Aku sengaja ambil anak tak bagitahu pengasuh, dia terkejut teruk. Dalam perjalanan balik carseat anak basah lencun

Pengasuh sengaja bagi gambar anak aku tengah main dekat rumah dia. Sekali aku perasan baju anak aku tak tukar dari pagi tadi. Bila aku tegur, dia melenting kata susah jaga ramai budak. Selepas anak aku, diambilnya lagi tiga bayi untuk diasuh. Menjadikan secara keseluruhan tujuh anak asuhan di bawah amanahnya..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon siar. Hi, Aku Tulip Merah. Aku dalam dilemma. Ni cerita pengasuh anak aku. Ya, satu – satunya pengasuh anak aku. Orang cakap memang tak mudah nak jaga anak orang. Lain kepala lain ragam.

Tapi sedarkah kita yang apa yang dipertanggungjawabkan di bahu kita adalah amanah? Walaupun tiap bulan dihulur duit, tapi kalau gagal melaksanakan amanah, kelak dihitung kira depan Tuhan juga. Maaf tulisan aku bersulam em0si.

Hati seorang ibu, hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yang faham. Selama ni aku sentiasa titipkan dalam kepala yang anak aku diamanahkan kepada insan yang baik – baik. Tak terlintas dalam kepala nak berburuk sangka walau sedikit pun.

Tetapi apa yang berlaku baru – baru ini merenggut semuanya dari pemikiran. Daripada seorang yang positif aku jadi tak ada hati nak berhusnuzon. Aku berulang pergi balik kerja lebih 100km setiap hari. Jadi aku akan keluar subuh dan balik di rembang senja.

Suami akulah yang sentiasa menguruskan anak untuk dihantar kepada pengasuh. Kami tak pernah berkira dengan pengasuh. Setiap kali nak hantar anak, rutin biasa suami aku akan mandikan anak, suapkan makan kenyang – kenyang, lewat macamana pun, itu tanggungjawab yang kami laksanakan sebagai ibu bapa, kami tak passed tanggungjawab kami kepada pengasuh.

Setiap bulan duit upah pasti diberi lebih daripada dijanjikan. Barang dapur tiap – tiap bulan kami pam ke rumah pengasuh. Umpama kecewa bercinta, aku sekarang suka rela mengungkit segala kebaikan yang dibaIas tuba.

Biarlah soal pahala pun, siapalah kita nak buat kerja Tuhan. Suami aku akan hantarkan anak kami dalam keadaan kenyang dan kemas. Dah siap di mandi, makan, ceria bersama sebotol susu suam yang dibancuh penuh. Sedikit pun kami tak menyusahkan pengasuh.

Kami cuma minta ehsan pengasuh (yang kami bayar setiap bulan, bukan asuh free ya) untuk tengokkan anak kami, mandikan bila perlu, suapkan makan tengahari yang aku dah bekalkan (tak pernah sekalipun mintak pengasuh yang masakkan makanan anak).

Mandikan anak tengahari dan petang (dah memang lumrah manusia mandi tiga kali sehari). Hantar pun bukannya lima hari seminggu (kadang – kadang si atuk nenek k1dnap minta teman bermain), tapi masih dibayar penuh.

Bila aku persoal kenapa anak yang sedari pagi dalam baju dan pampers yang sama (beliau kirimkan gambar anak sedang melasak dengan anak asuhan lain jam 5.58petang), beliau tersentak. Katanya, “lepas ni jaga sendirilah anak akak.”

Oh my Allah. Ke situ pulak? Aku tepuk dahi. Soal anak, nombor satu, soal kedua pula amanah. Tak takutkah kita mengambil upah kerja untuk perkara yang tak dilaksanakan dengan sempurna? Tak ikut SOP pendek kata. Maaf cakap, umpama makan gaji buta.

“Bila aku baIas ok, kalau macam tu gaji kurang 20% dari biasa.” Beliau melenting mengatakan cadangan aku tidak adil. “Ingat senang ke nak jaga ramai – ramai.” Antara ayatnya yang berkumandang di corong telefon. Pesanku, jangan pikul amanah yang kita tak mampu.

Selepas anak aku, diambilnya lagi tiga bayi untuk diasuh. Menjadikan secara keseluruhan tujuh anak asuhan di bawah amanahnya. Jadi, salah aku ke tu?? Ini bukan pertama kali kesilapan ditangkap. Hari tu aku out station dan balik tengahari, sengaja pick up anak tak maklum pengasuh terlebih dahulu.

Bila dah depan di depan pintu pagar, aku telefon maklumkan, dia panik. Di soalnya aku berkali – kali “kenapa tak bagitahu nak datang?” Amboi, aku nak ambik anak aku je pun, bukan nak bertandang melawat nak menjamu selera sanak saud4ra di hari raya. Ewah~

Aku beri alasan bateri phone dah weak. Dihulurnya anak aku yang sedang lena dengan pampers penuh. Aik, tak tukar pampers dari pagi ke? Sampai je rumah, habis basah carseat dek kebocoran tahap petola pampers. Aku diamkan daripada pengetahuan suami.

Bersangka baik. Berharap ini kejadian terakhir. Namun sangkaan meleset. Untuk bulan ni, aku sengaja lewatkan bayaran upah (upah masih full dan extra macam biasa), lewatkan dua hari daripada biasa. Beliau hangin lagi, kenapa bayar lewat?

Sedangkan hari ni tinggal berapa haribulan sebelum masuk bulan? Korang kira sendiri. Bila upah nak pula ikut tertib SOP segala mak nenek, bila disoal pampers anak tak bertukar dari pagi, marah pula. Aku dilemma, perlu ke aku jadi ibubapa per4ngai hanatt baru dia tak pijak kepala aku ni?

Kami ni bagi muka sangat ke sampai dia ambik mudah hal kebajikan anak aku? Ok tu jelah nukilan hati akak Tullip Merah. Lepas ni kalau umur kita panjang, kita jumpa lagi InshaAllah.. Tullip Merah – Tullip Merah

Komen Warganet :

Sarah Syahira : Saya pun sampai satu tahap memang tak hantar terus. Tukar hantar taska. Jari baby terkepit nail clipper sampai berd4rah – d4rah. Tak pernah – pernah suruh p0tong kuku. Kepit kuku baby dalam keadaan si kecik tu jaga dan waktu aktif.

Tak tahu nak respond masa tu. Tapi hati memang berapi. Muka je cuba maniskan dan cuba lagi husnuzon. Towel tukar hari – hari. Baju 3 pasang. Tapi bila ambik je sebulan ke belakang tu baju tidur tu mmg kotor giIe. Paling meIetup towel baby yang hantar tu teruk giIa kekotorannya.

3 towel ada kotor yang sama macam buat lap lantai. Sekali dengan baju baby pun ada. 4x clorox tetap tak tanggal sempurna. Dulu cakap tak pakai buai sebab follow rules jkm. Lepas tu kant0i pakai buai. Sembang pasal buai, agaknya terlupa dulu propa cakap tak pakai buai.

B0ntot baby selalu merah sampai melecet – lecet. Sebab first time mother, ingat pampers tak sesuai ke apa. Tapi sekarang hantar kat taska pakai pampers sama, elok je tak melecet. Tak merah pun. Kalau cakap saya cerewet memang tak lah.

Tak penah nak tanya kenapa sebab ingatkan sikit – sikit kita bertolak ansur je lah. Tapi m4kin lama tengok macam m4kin terabai. Seminggu tu at least 2 – 3 kali belikan kuih la, kfc la dunkin donut la. Entah lah. Harap yang jaga anak – anak orang ni please la amanah dan jaga baik – baik.  Jangan harap semata sebab nakkan duit nak bayar komitmen itu ini. Maaf membebel. Saya pun dah jadi tak ikhlas. Tapi bila ingat balik, memang s4kit hati.

Amnah Saayah Ismail : Kenapa saya suka hantar taska antara sebab – sebabnya begini la. Di taska sekurang – kurangnya mereka sudah ada jadual tetap dan ramai pengasuh lain. Selain ada cctv juga. Boleh pilih taska under JKM yang cikgu – cikgu semua perlu hadir kursus.

Untuk kes begini puan kena ambil tindakan tukar pengasuh. Berhenti kerja jangan sekali sebab hidup kita ada cita – cita sendiri sebagai satu pencapaian dan kepuasan. Teruskan bekerja dan discuss bersama suani apa pilihan yang ada. Jangan buruk – burukkan pengasuh lama berdoalah Allah permudahkan segalanya.

Heeda Nordin : S4kitkan hati? S4kit sangat bila kita buat semua untuk mudahkan pengasuh / ‘teacher’ kononnya, diorang baIas t4hi? Banyak kali kena. Dik4tanya cerewet. Padahal anak hantar pagi wangi, dah menyusu, botol tak payah basuh, towel bawak hari – hari, tapi masih tak reti bancuh susu anak betul – betul, menipu, tak kasi mandi petang, terus tukar baju petang je.

Kant0i sebab balik tengahari pukuI 1 dah pakai baju tidor hmmm. Kant0i datang pukuI 2 semua susu anak habis. Entah dibuang ke, dibagi anak orang ke, wallahualam. Pengajaran, dah buat habis baik dipijak kepala. Dah kasi senang hidup naik lemak. Manusia.

Sebab tu sekarang, tak ada masa nak sengih – sengih beramah Mesra buat macam kawan. Cukup bulan i bayar you, u buat kerja macam biasa. Kalau i rasa nak sedekah duit ke apa – apa barang tu terpulang pada i. Takde masa nak main rasuah – rasuah macam ni sebab nak dia jaga anak i baik – baik. Sebab kalau dah sy4itan, buat baik pun dia bagi t4hi. So better jadi professional.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.