Aku masuk bilik ayah senyap2. Aku jumpa pad berterabur dalam bilik, alasan ayah langsung tak logik

Masa awal kahwin, aku pernah jugak makan masakan perempuan tu. Tapi lama – lama aku stop. Bayangkan, lepas dia masak, sisa2 perut ayam ke perut ikan ke d4rah ikan ke dia tak buang dan tak kemas. Bersepah dalam sinki. Kalau yang ada lekat atas dapur, dia tak cuci.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua sahabat. Hari ni rasa nak taip kisah aku dan family aku. Aku hanya nak berkongsi mungkin boleh hilangkan sedikit rasa beban dalam kepala. Kalau kisah aku ni panjang sangat, aku minta maaf.

Aku berasal dari Semenanjung, perempuan berumur lingkungan 20-an. Mempunyai 8 orang adik beradik dan sekarang tinggal 7 orang beradik. Emak aku dah meninggaI pada tahun 2011 disebabkan kekurangan sel d4rah merah.

Masa tu, aku tengah belajar sem 3 dekat universiti di utara. Mak aku meninggaI selepas adik aku meninggaI pada tahun 2009 juga disebabkan kes yang sama. Padahal keturunan keluarga kami tiada masalah d4rah. Takpe lah, ape pun kami dah redha.

Hampir setahun lebih mak meninggaI, aku yang tengah belajar mendapat khabar yang ayah aku ingin kahwin. Ayah aku masa tu tengah bekerja lagi sebagai seorang guru. Walaupun sedih, aku sebagai anak harus terima jugak jika itu yang terbaik untuk dia.

Aku ingat lagi pada tahun tu, masa tu aku last sem dan tengah praktikal di negeri aku. Jadi, aku ulang alik dari rumah ke tempat praktikal. Masa tu, dekat rumah kami, hanya ada ayah aku dengan kami tiga beradik perempuan.

Kami tiga beradik memang selalu tidur dalam bilik ayah. Rindu sangat time tu. Tiap – tiap malam sebelum tidur, kami akan bercerita dan bergurau sebelum tidur. Ok, sambung pasal ayah aku nak kahwin. Sampai sekarang, aku masih belum boleh terima perempuan tu dan mungkin sampai bila – bila.

Yang aku tahu masa ayah aku nak kahwin ada orang tolong kenalkan mereka. Perempuan tu janda, anak 7 orang. Suami dia meninggaI sebab b4rah otak, katanya. Sebenarnya susah aku nak terima ayah aku nak kahwin masa tu.

Dulu hampir tiap hari, aku pergi opis menangis. Lepas kenal dengan perempuan tu, ayah aku pun dah mula berubah. Untuk pengetahuan korang, ayah aku kaki masjid. Tiap hari dia akan pergi masjid, kadang – kadang bawak kami sekali untuk dengar ceramah.

Dan selalu juga ayah imamkan kami berjemaah di rumah. Dan lepas solat dia akan singgah kubvr emak dan adik. Sebab kubvr tu sebeIah masjid. Lepas dia kenal dgn perempuan ni, ayah aku jadi pelik. Lepas balik surau, sebelum tidur dia akan kuar rumah semat a- mata untuk bergayut bawah pokok dalam gelap.

Lepas balik mengajar kat sekolah, terus pergi rumah perempuan tu. Kami tunggu dia balik sebelum maghrib. Jarak rumah kami dengan rumah perempuan tu bukan dekat, lebih kurang 45 minit. Itu yang selepas balik mengajar ayah terus pergi, kadang – kadang sampai pukuI 2 pagi kami tunggu ayah balik.

Bila call, dia cakap tengah lepak minum air dekat area rumah perempuan tu. Tak sure masa tu perempuan tu ada lepak sekali atau ayah dengan kawan laki je. Aku dengan adik – adik pernah terbaca sms diorang. Ya Allah, memang rasa jelik bila baca apa yang dia hantar dekat ayah aku.

“Rindu kat abang, tak sabar nak kahwin dengan abang, I love U, I miss U.”  Aku baca yang ayah aku baIas yang aku ingat lah, “berdoalah pada Allah semoga semua urusan dipermudahkan, banyakkan membaca zikir dan berselawat”. Lebih kurang macam tu.

Lillahi aku tak reka cerita pasal sms ni. Masa nak kahwin , ayah aku beli barang hantaran untuk dia pun bagi aku tak masuk akal. Tudung je RM200 sehelai. Kami ni bukan kaya pun. Hantaran pulak dalam rm5K. Hurmm.

Dipendekkan cerita, ayah aku kahwin dengan dia. Macam – macam yang kami tiga beradik kena hadapi. Adik beradik yang lain dah kahwin, duduk rumah asing, tak rasa sangat. Bayangkan, lepas kahwin dengan dia, ayah aku banyak ponteng mengajar.

Dah la jadi PK1 masa tu. Semua cikgu – cikgu duk bercakap pasal ayah. Dia pergi sekolah pun kadang – kadang banyak termenung. Anak bongsu perempuan tu pun dah pindah belajar sekali tempat ayah aku mengajar. Suka – suka hati tak pergi sekolah.

Duk menangis dalam kelas tak nak belajar. Adik bongsu aku plak sekolah tempat yang sama, masa tu dia darjah 6, dia pun dah rasa malu dengan semua tu. Sebab semua cikgu – cikgu asyik bercakap. Sampai ada cikgu tanya dia, kenapa ayah jadi macam tu ?

Lepas ayah kahwin, aku perhati je tingkah laku mereka. Masa awal kahwin, aku pernah jugak makan masakan perempuan tu. Tapi lama – lama aku stop. Bayangkan, lepas dia masak, sisa – sisa perut ayam ke perut ikan ke d4rah ikan ke dia tak buang dan tak kemas.

Bersepah dalam sinki. Kalau yg ada lekat atas dapur, dia tak cuci. Selalunya aku yang akan cuci. Dia akan tinggal je mcm tu. Pernah ke korang masak tinggal camtu je? Aku masak pun aku akan kemas balik. Lepas makan tak penat dah nak cuci semua.

Ada 2, 3 kali, masa ayah aku keluar dengan dia, tinggallah aku 3 beradik perempuan. Aku nak basuh baju. Tapi dalam mesin basuh tu ada baju dia dengan ayah. Masa aku nak keluarkan baju dia untuk jemur, korang tahu aku jumpa ape?

Aku jumpa pads yang terlekat pada baju. Terk3jut aku, Ya Allah. Sampai adik aku yang tengok pun menjerit sebab geli. Memang benda tu dah tercampur sekali dengan baju diorang. Walaupun dah dicuci tapi kesan d4rah masih ada lagi pada pads tu.

Bukan takat tu je, aku pernah masuk dalam bilik ayah aku sebab tak berkunci. Lantak lah salah ke tak. Tapi bagi aku, tu bilik ayah aku, jadi aku ada hak untuk masuk. Korang tahu aku jumpa ape, aku jumpa bertimbun pads yang belum dicuci.

Aku dah cakap dengan ayah aku. Ayah aku hanya cakap nanti dia tanya, mungkin dia lupa nak cuci, atau cepat – cepat nak mandi lupa basuh terus dalam toilet. Aku hidup selama ni pun, tak pernah nak buka pad kotor dalam bilik tidur. Hurmmmm.

Dalam bilik ayah aku, dari set cadar, langsir sampai lah sejadah color kuning. Perempuan tu yang tukar semua. Kami ada jugak cerita pada adik beradik yang lain. Tapi masa tu, hanya kakak kami yang banyak mdengar. Kakak aku ni dia duduk negeri lain.

Abang – abang aku yang lain walaupun tinggal rumah lain tapi masih lagi dekat dengan rumah kami kecuali abang aku no. 3 yang kerja dekat negeri selatan. Aku hanya mampu bertahan duduk dalam rumah tu tak sampai setahun.

Aku bawa adik – adik aku duk rumah bapa saud4ra kami sebeIah arw4h emak. Ayah dah berubah, kadang – kadang jadi pemarah. Banyak memihak kat bini dia tanpa mendengar. Pernah sekali aku masak megi sebungkus je, dia ngadu dekat ayah aku, aku makan tak nak kongsi dengan dia.

Padahal masa tu, makanan kat rumah pun takde. Duit ayah pun selalu tak cukup. Aku sering menangis dengan adik – adik kenape ayah kami berubah. Sampailah tak tahan, aku cerita kat pak sed4ra aku. Dia pun datang ambik kitorang.

Masa kami duk umah pak sed4ra, ayah ada jugak datang pujuk suruh kami balik. Aku cakap tak nak, sebab aku malas nak g4duh dengan ayah, perempuan tu dalam umah kami. Aku penat dan aku kesian kat adik – adik aku.

Lebih – lebih lagi yang bongsu. Tapi kisah ni berpanjangan. Ya, memang  ayah aku kena buatan bini dia. Dia ada amal ilmu penunduk dan selalu duk amal joget main puteri atau orang panggil joget bangkit angin. Aku cakap ni sebab aku ada bukti, aku pernah stalk fb anak dia.

Dan korang tak akan percaya kalau lihat perwatakan bini ayah aku. Selalu berjubah tudung labuh dan sarung kaki tak pernah tinggal. Tapi bila nak pergi jemur baju kat luar rumah aku, boleh plak dia berkemban kain sarung.

Aku, kakak aku dengan famili pak sed4ra aku dah cuba banyak kali jugak cuba berubat ayah aku. Tapi korang mesti tahu kan, susah. Sebab diorang dah jadi laki bini. Hari ni angkut, bawak jumpa ustaz. Petang balik nanti jadi balik.

Dia boleh letak macam – macam pada ayah aku. Ada satu kali tu, first time ayah berubat. Ni pun kitorang plan senyap – senyap call ayah suruh datang rumah pak sed4ra konon ada buat makan – makan. Kitorang terp4ksa tipu ayah padahal kitorang bawak ustaz datang.

Lepas siap berubat, ayah balik rumah. Ayah nangis – nangis, dia macam tak boleh percaya ape yang ustaz tu cakap. Ape yang perempuan tu dah buat dekat ayah. Ayah cakap dia mintak Allah tunjukkan kebenaran. Sekarang, semua family aku dan sed4ra aku beIah ayah dan beIah arw4h emak dah tahu pasal ni.

Tapi tak mampu nak buat ape. Ayah pernah juga isi boring cerai. Tapi tak jadi sebab perempuan tu pujuk. Ayah aku pulak lepas kahwin jadi m4kin kurus. Berat pun mendadak turun. Mungkin sekarang berat ayah tak sampai 50kg. Selalu s4kit – s4kit.

Adik aku pulak yang berdua tu balik semula tinggal dengan ayah aku sebab diorang sayang nak tinggal ayah aku sorang dengan perempuan tu. Aku pula tak lama tinggal dengan pak sed4ra, sebab aku pun dah kahwin. Tinggal dengan emak mentua.

Kadang – kadang je aku balik jenguk mereka masa cuti tu pun waktu perempuan tu tak ada. Tapi doa aku tak pernah putvs untuk semua family aku. Kalau nak cerita banyak lagi benda berlaku pada kami sampai sekarang, lepas mak aku meninggaI dan lepas ayah kahwin dengan perempuan tu.

Sampai satu tahap, aku meraung meratap sorang diri, tertanya – tanya pada Allah kenape berat sangat ujian dia bagi pada family kami lebih – lebih lagi pada ayah. Lepas adik laki s4kit pastu meninggaI, mak pulak tinggalkan kami.

Lepas tu jadi macam – macam kat ayah dengan famili kami. Walaupun dah kahwin, aku rindukan famili aku yang dulu. Yang belum dir4mpas oleh perempuan tu. Rindu dengan gurau senda kami dengan  ayah. Rindu nak naik motor dengan  ayah pergi masjid.

Rindu nak tidur sebilik ramai – ramai dengan ayah. Sekejap je Allah ambik balik dari kami. Semoga Allah sentiasa meIindungi kami sekeluarga dari segala kejahatan makhluk Nya. Amiin. – H4mba yang Sentiasa Merayu Pertolongan dari Nya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.