Mak mertua aku tu tak larat dah, usia pun dah tua tapi aku tak boleh tengok suasana macam tu sebab rumah aku bersih. Aku ni kalau sampai lewat malam pun akan sental dinding, sapu lantai mop bagai. Nanti esok sepah balik. Ada sampai aku nak munt4h..
#Foto sekadar hiasan. Min..mohon Hide profile ye, mohon pandangan semua. Macam mana ya nak cakap, susah la aku nak lupa dan redha. Luahan hati aku ni agak panjang, maaf ye kalau ada yang kurang senang. Sedikit info pasal diri kami, aku dan suami kenal di laman fb, suka sama suka seterusnya kami tunang dan nikah sehingga dikurniakan 2 orang anak.
Suami aku ni adik beradik dia ramai, dia no 2 lelaki dalam adik beradik dia manakala aku pulak anak sulung dalam adik beradik aku. Kami duduk sendiri memandang kan kami masing – masing bekerja kan. Dalam hal nafkah dia memang bertanggungjawab, cukup makan dan pakai, mana yang terlebih terkurang tu aku bantu cukup kan. Kami memang hidup aman bahagia dengan cara kami sendiri.
Isunya sekarang, aku banyak terasa hati dengan akak ipar aku 2 orang tu, dari mula kawen lagi aku dah makan hati dengan mulut diorang. Pernah la diorang ramai – ramai datang rumah kami asbab nak hantar adik yang bongsu masuk kolej, dah la takde yang bantu, tolong aku di dapur, aku dengan balik kerja terus sinsing lengan baju masuk dapur masak sebab nak bagi diorang makan.
Masa awal kahwin dulu aku tak berapa pandai lagi nak masak, tapi gigih aku belajar di YouTube dan tengok segala mak nenek resepi di fb untuk tingkatkan skill memasak aku tapi korang nak tahu, akak ipar aku punya la busuk hati, dia siap pegi bawak periuk lauk yang aku masak tu tunjuk kat mak mertua.
Diorang tak perasan aku dengar perbualan diorang tu. Mak mertua dengan akak ipar aku tu kutuk masakan aku. Sedih sangat, sampainya hati diorang, kenapa diorang tak tegur depan – depan dan ajar cara yang betul, bagitahu apa yang kurang. Kenapa perlu kutuk aku di belakang?
Mulai dari peristiwa tu, aku memang berhati – hati dengan akak ipar aku tu. Sampai sekarang aku tak boleh lupa dan aku pendam dan takde cerita kat suami aku pun. Entah belakang aku agaknya berbakul – bakul diorang kutuk aku kan, padahal aku tak pernah masuk campur hal diorang.
Akak ipar tu anak dia ramai, laki pen4gih, jadi faham – faham je la hidup dengan lelaki pen4gih ni macam mana. Sengsara hidup dia, dengan hutang keliling pinggang, laki lepas tangan dalam urusan anak – anak. Jadi akak ipar aku selalu datang tinggalkan anak di rumah mertua.
Setiap kali akak ipar tu datang rumah mertua, dia langsung tak tolong masak pun, dia tunggu je mak mertua siap kan makanan. Dia datang basuh tangan makan je dengan anak – anak dia sepahkan rumah mak mertua, perbelanjaan di rumah mak mertua pun dia tak keluar sesen pun tapi sibuk nak kritik aku.
Aku penat betul kalau giliran bermalam di rumah mertua. Rumah mertua aku sentiasa sepah 24 jam, aku serabut min. Dengan tandas, sinki berlumut kulat, makan tak reti nak kemas, pinggan mangkuk longgok di sinki.
Sampah penuh tak reti nak dibuang dengan pampers anak – anak sed4ra yang akak ipar aku longgok je dalam plastik sangkut di bilik air. Kotor sangat sampai nak munt4h aku. Mak mertua aku tu tak larat dah, usia pun dah tua tapi aku tak boleh tengok suasana macam tu sebab rumah aku bersih.
Aku ni kalau sampai lewat malam pun akan sental dinding, sapu lantai mop bagai. Nanti esok sepah balik. Penatnya aku, s4kit habis badan aku. Dari ikhlas sampai naik meluat aku dengan per4ngai diorang. Suami aku pulak bantu tapi bila disuruh baru dibuat.
Bila laki aku pergi lepak kat kedai, tinggal aku dengan anak – anak kat rumah mertua. Aku bosan betul sebab rutin aku berulang – ulang. Itupun keluarga mertua tak nampak usaha aku. Mungkin diorang anggap aku ni bibik free je kot. Sedih betul aku…
Tapi nak dijadikan cerita, akak ipar aku teruk kena b4ntai dengan laki dia, pandai pulak tu lari dari rumah angkut anak – anak datang rumah mak aku mintak tolong. Adik ipar yang ko kutuk ni jugak la yang tolong kan, beria buat report polis bagai, pastu lewat petang akak ipar aku tu tarik balik report, Haihhh… sia – sia je aku tolong, buang masa aku je.
Sampai sekarang dia bertahan lagi dengan laki pen4gih tu. Aku pun heran, padahal dia tu lulusan ijazah tapi otak sempit h4mbakan diri dengan laki tak guna macam tu. Pastu menyusahkan mak ayah dan adik beradik. Suami aku ni pulak anak yang baik, seboleh – boleh dia nak jaga hati kedua beIah pihak.
Aku faham tu tapi mcm mana ye aku nak redha, tiap kali laki aku ajak balik rumah mak mertua mula la aku hilang mood, terus rasa serabut, nak hadap rumah kotor tu. Dengan per4ngai akak ipar aku tu lagi, serabut betul aku.
Dah la cuti aku tak banyak, jadi aku kena bahagikan cuti aku, bermalam di rumah mertua ikut giliran. Setiap kali balik rumah mertua serius aku str3ss, kalau tak balik nanti suami aku kecik hati pulak. Kalau boleh aku tak nak langsung balik rumah mak mertua aku, tapi nanti diorang kutuk aku lagi. Bertahun sabar ada jugak limitnya.
Aku takut sampai masa nanti aku yang meIetup. Aku tak masuk campur hidup akak ipar aku tu pun, tapi kenapa dia nak sibuk campur hal aku laki bini. Penat aku berper4ng dengan perasaan sendiri. Apa yang harus aku buat ye? Mohon pandangan semua. Maaf jika susun atur ayat berterabur. Terima kasih admin.
Komen W4rganet :
Iza Shaari : Puan bagitau je terus terang dekat suami yang puan tak suka per4ngai kak ipar puan tu. Kan senang bagitau terus terang daripada pendam s4kit hati sorang – sorang. Bagitau taknak pergi lagi rumah tu. Penat nak kemas – kemas semua. Jaga hati sendiri lebih baik dari jaga hati orang lain. Tak payah bantu sangat kalau rasa menyusahkan. Hidup ni mudah kalau kita bertindak jangan senyap je.
Kamote Kamote : Kalau giliran family awak pegi rumah mak mertua, bagitahu suami awak tak mahu. Apa sebab? Cakap je “saya penat nak mengemas hari ni. Kemas pun besok kotor balik. Bukan orang jaga kebersihan.”
Kalau tiap minggu 3 kali suami pegi sana, awak pegi lat2 lah. Minggu ni awak pegi 1 hari. Minggu depan awak pegi 2 hari. Tak perlu ikot tiap kali ke sana.
Yuyue Mashu New : Kalau orang datang, tak payah masak. Beli je. Masak penat – penat pastu kena kritik ingat tak penat ke? Balik rumah sana tak payah buat apa – apa, rumah kotor pejamkan jela mata sekejap. Tak selesa, tidur je hotel.
Kadang – kadang bila kita respon semua benda – kita yang penat. So awak pekakkan je telinga, butakan je mata. Kak ipar awak tu dengki je sebenarnya, orang yang nak tutup kelemahan sendiri dia akan kritik orang lain. Lakinya pulak pen4gih, lagi laaa. Dah – dah abaikan je sis.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.