Aku setia menanti suami balik ‘outstation’ tapi rupanya dia pergi bercuti dengan kekasih di pulau

Betul lah kata orang, perempuan menyesal dan sedih di awal perpisahan, lelaki pula menyesal setelah perempuan sudah moved on. Dan kini, bekas suami datang merayu untuk rujuk semula tapi ini yang aku lakukan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, minta tolong hide profile kawan saya. Nama aku Sara. Aku berusia lewat 20-an dan bekerja sebagai seorang executive di sebuah bank yang terletak di Kuala Lumpur.

Aku mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 5 bulan. Dan aku juga merupakan seorang ibu tunggal yang telah diceraikan oleh bekas suami 2 bulan lepas. Punca penceraian, jika ditanya pada bekas suami, tentulah semua salah dalam perkahwinan kami diletakkan di atas bahu aku.

Tetapi, jika ditanya pada aku, sudah tentu disebabkan oleh orang ke-tiga. Ya, bekas suami aku menjalinkan hubungan dengan perempuan lain yang lebih muda ketika aku sedang berpant4ng 100 hari.

Kisahnya awal tahun ini. Bekas suami berubah 360 darjah. Dia tidak suka meluangkan masa dengan aku dan anak, selalu mencari alasan untuk keluar rumah, tidur lambat dan banyak menghabiskan masa dengan handphone.

Dia kerap mengeluarkan kata – kata yang sangat menggvris hati aku, ibu kepada anak yang ditunggu – tunggu. Contoh kata – kata yang mengguris hati? Dia benci melihat aku, aku tidak lagi membuat dia bahagia, aku bukan perempuan yang sesuai untuknya, dia tidak pernah mencintai aku dan hanya berpura – pura bahagia selama ini.

Hampir setiap hari bekas suami mengeluarkan kata – kata yang pedih sehingga aku jadi dah Iali. Sehingga aku sudah tidak rasa apa tiap kali mendengarnya. Kej4m kan? Setelah sebulan menjalinkan hubungan, semuanya terb0ngkar bila aku sendiri terjumpa video mereka pergi bercuti bersama di sebuah pulau yang terketak di Pantai Timur tanah air.

Sebelum ini suami bagi alasan kononnya ke sana atas urusan kerjanya. H4ncur hati aku melihat perempuan lain bahagia berjalan berdua dengan suami yang aku sayang. Bahagianya mereka. Sedangkan aku bergeIut dengan anak sambil menanti bekas suami pulang dari suami yang pergi ‘outstation’.

Di sini aku namakan perempuan itu, Fika. Selepas dari hari itu, semuanya berubah. Aku menangis hampir setiap malam mengenangkan anak aku yang masih kecil dan masa depan anak jika kami bercerai.

Dan kerana memikirkan masa depan anak, aku maafkan bekas suami, dan cuba untuk lupakan semua yang telah terjadi. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi kecurangannya. Namun aku silap. Sekali sudah menipu pasti akan terus menipu dan tak must4hil untuk dia ulanginya lagi.

Selepas sebulan, aku terjumpa pula whatsapp bekas suami dengan perempuan yang sama, Fika. Betullah kata orang, tipulah isteri banyak mana pun, lama – lama akan terb0ngkar juga. Hampir setiap hari kami berg4duh dan aku akan mengungkit setiap kecurangan dan kesanggupannya bersusah payah untuk Fika.

Setiap hari juga aku seperti perempuan giIa akan memeriksa handphone, sociaI media, location, dan call logs bekas suami. Sehinggakan dia rimas, rasa terkongk0ng, tidak bahagia dan akhirnya, aku telah diceraikan dengan taIak 1.

Dia keluar meninggaIkan aku, anak kami dan segala beban di bahu aku seorang untuk mencari kebahagiaannya. Sejak itu, aku dilayan seperti sampah. Hampir setiap hari aku merayu ketika dia dating melawat anak kami.

Aku merayu – rayu supaya dia kembali, demi masa depan anak. Tapi dia tidak pernah peduli. Mungkin dia lebih bahagia bersama Fika, perempuan yang sempurna di mata dia ketika itu. Bukan aku yang serba kekurangan.

Selepas sebulan rayuan aku tidak dilayan, aku belajar untuk bangun dan lupakan segalanya. Aku mahu bangkit, aku belajar make up dan bergaya, aku belajar berdikari hidup tanpa suami, aku belajar bahagikan masa untuk anak dan kerjaya, aku uruskan perihal anak sendirian tanpa meminta bantuan bekas suami, dan ya, aku telah Berjaya untuk move on!

Aku isikan hujung minggu dengan berjalan – jalan bersama anak kesayanganku dan kawan – kawan. Ketika hari bekerja, aku masa banyak dihabiskan di rumah mengemas, menyediakan makanan dan juga barang keperluan untuk ke nursery keesokan harinya.

Tiada lagi masa untuk aku meratapi kehilangan lelaki yang aku cintai. Betullah kata orang, perempuan menyesal di awal perpisahan lelaki pula menyesal setelah perempuan sudah moved on. Dan kini, bekas suami datang merayu untuk rujuk semula.

Merayu untuk kembali kepangkuan keluarga. Mulalah memberikan pelbagai alasan mahu rujuk gunakan nama anak. Mungkin tidak dia sudah tidak berjaya mencari kebahagiaan bersama Fika barangkali.

Tetapi hanya maaf yang aku mampu katakan. Aku bukan anak patung, aku bukan robot. Aku tidak ada reset button di belakang badan ku. Aku tidak pernah lupa setiap kata – kata pedih yang telah dikeluarkan oleh bekas suami dulu.

Aku tidak boleh lupa kecurangan bekas suami ketika aku masih berpant4ng. Walaupun aku masih menyayangi bekas suami, aku tidak mahu kembali ke fasa dicurangi oleh suami sekali lagi.

Aku tidak mahu jadi perempuan giIa yang penuh dengan rasa ins3cure dan paran0id terhadap bekas suami. Oleh sebab itu, aku pilih untuk hidup berdua dengan anak. Aku pilih untuk bahagia tanpa ada suami di sisi. Doakan aku kuat!

Komen Warganet :

Rosmawati Omar :  Terbaik! Semoga urusan tt dipermudahkan, bekas suami datng merayu pada tt sebab dia tengah kecewa, biasa lelaki memang macam tu. Masa bahagia dia tak pandang pun isteri, lelaki macam ni memang pentingkan diri sendiri. Harap TT jangan toleh kebelakang lagi, move on.

Scarlet Heart : Terima kasih puan sebab menaikkan martabat kaum wanita. Jangan lemah, suami puan tak layak untuk puan. Bekas suami puan tu hanya layak untuk sampah.

Semoga puan berjumpa jod0h yang baik, InshaaAllah yang terbaik dalam hidup puan. Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik.

Ziha Jieha : Semoga terus kuat dan tabah. Semoga kebahagiaan akan terus menyinar dalam hidup Puan dan anak. Aamiin..

Sharissa Ismail : Sangat bangga dengan kecekalan puan. Ingat Allah ada bersama h4mbanya yang terani4ya. Setiap aturan perjalanan hidup kita Allah dah atur secantik – cantiknya. Setelah pahit diterima manisnya pasti akan menyusul kemudian.

Saya doakan puan akan bertemu jod0h yang boleh menghargai puan dan boleh terima puan seadanya dan anak puan.

Noor Azizan Abdul Samat : Terbaik. Didoakan puan terus kuat untuk terus melangkah ke hadapan. Jangan toleh ke belakang lagi. Jika ada lagi jod0h carilah yang benar – benar menerima puan dan anak, menyayangi puan sepenuh hati kerana puan jua layak untuk bahagia.

Leeya Hj Osman : Hidup kena diteruskan, jangan toleh kebelakang lagi dan tolong jangan balik semula pada bekas suami.. Buangkan semua benda yang meny4kitkan hati, kisah hitam yang pernah dilalui.

Semoga Allah permudahkan hidup kamu anak beranak.. InsyaAllah lepas ni cari jod0h yang betul – betul ikhlas yang boleh terima kamu dan anak kamu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?