Aku kenal suami dekat kelab malam. Mulanya keluarga tak restu sebab cara pakaian dia, anting – anting dia, tatt00 dia, orang tua tengok pun takut. Aku nekad nak jadi isteri yang baik tapi dah 2 kali kami cerai taklik sebab..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku berumur 45 tahun dan suami aku setahun lebih tua dari aku. Kami kenal secara tak sengaja ketika suami kerja di club dan masa tu aku suka lepak – lepas tengok live band lepas balik kerja.
Masa tu office aku belakang klcc dan jalan p ramlee sangat la happening. Masa tu aku sunyi sebab suami pertama aku baru meninggaI dan anak – anak aku kat kampung dijaga oleh orang tua. Aku tak boleh balik rumah sebab ending dia aku akan menangis sampai pagi, jadi aku habiskan masa aku lepak, tengok band dan pukuI 11 dah ngantok, aku balik terus tido.
Masa ni hidup aku kosong. Masa aku lepak tu aku kenal la dengan salah sorang budak band. Dia memang friendly, sweet talker dan pandai bersembang. Jadi, sebab aku sorang – sorang aku layan la. Dari berkawan aku tahu la dia ni kaki perempuan.
Sebab aku pernah pinjam tepon dia sebab phone aku habis bateri. Hah macam – macam nama dalam phone dia ada. Baby la, sayang la, honey la, my dear la, darling la. Ah malas aku nak ambik port. Sebab aku pun sunyi dan si dia pun banyak masa terluang aku pun selalu la lepak dengan dia tapi kami memang kawan je la sebab masa tu aku executive dan dia ni musician, aku tak rasa nak bercinta pun.
Selepas 3 tahun macam tu kami m4kin rapat tapi mendapat tent4ngan family dan sebagainya. Yela kerja dia macam mana dressup dia, anting – anting dia, tatt00 dia, orang tua tengok pun takut. Dari berkawan sampai kami rapat.
Dari family tak suka sampai la family yang suruh nikah. Masa tu aku memang takut. Aku tak boleh brain. Takkan aku nak kahwin dengan orang yang kereta pun takde. Tapi memandang kan demi nak menghalalkan aku pun niat la kahwin kerana Allah. Akhirnya selepas 6 tahun kenal kami pun menikah.
Aku nekad jadi isteri yang baik sebab life aku sebelum ni normal je. Aku bukan kaki clubbing pun. Apa pun tak reti cuma aku terjebak dalam dunia tu sebab sunyi tapi aku tetap aku yang sebenarnya anti social dan tak reti pun benda – benda gini.
Aku percaya dengan janji Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik maka aku berazam menjadi wanita yang baik. Kami bahagia. Lagi suami aku pun sayang dengan anak – anak hasil perkahwinan terdahulu malah mereka sangat rapat. Suami aku pun mula meninggaIkan benda – benda h4ram.
2 tahun kemudian kami dapat anak. Aku sangka anak aku akan jadi pengik4t kasih rupanya suami sunyi bila aku luangkan banyak masa dengan anak. Suami bawak kawan tinggal di rumah masa aku berpantang di kampung.
Start tu lah suami terjebak lagi dengan d4dah. M4buk tak payah cakap la. Bila aku dapat tahu aku meng4mok. Jadi, berhenti lah sekejap. Sebelum menikah suami kantoi jadi kaki jvdi sebab dulu banyak kedai mesin sekitar rumah dan kami nekad pindah.
Untuk rekod dah 2x kami bercerai kerana taklik. Suami taklik tak jvdi dan tak ambik d4dah tapi dia Ianggar. Maka 2 kali kami ke mahkamah untuk declare taklik. Hidup aku pula bagai dib0dohkan oleh mulut manis suami aku.
Aku ni sebenarnya cepat kesian kat orang. Dari aku kecil aku cepat kesian nak nak bila tengok orang susah. Suami aku lahir dari br0ken family dan merupakan orang susah. Aku pernah cakap kat suami, aku tak nak duit tapi nak kasih sayang.
Suami aku baik. Cakap lembut je. Contra dengan aku yang kasar sebab aku kerja pun macam jantan. Aku akui, aku sayang dan kesian pada suami. Punya lah sayang aku kat suami pernah la aku hantar suami pegi umrah dengan harapan suami berubah. Rupanya 3 hari sebelum ke umrah masih giIa jvdi online.
Lepas balik pun sama. 5 ringgit pun berjvdi. Sedangkan dengan aku dan anak – anak berkira. Padahal kerja dia kalau betul memang bersih 4k sebulan boleh dapat. Tapi itulah banyak sangat per4ngai sampai duit tak pernah lekat.
Sedangkan aku berm4tian bekerja mencari duit untuk menyara keluarga. Selama kahwin aku la tanggung semua. Rumah kete bil api air segala – gala. Suami akan tanggung makan tapi bila 10hb duit aku dah habis bayar bil – bil.
Begitulah dan aku memang provide semua sampai aku takde duit simpanan pun. Sekarang dah 10 tahun pernikahan kami. Lepas kantoi jvdi balik dari umrah tu, kami duduk asing. Lepas tu suami datang balik buat muka kesian.
Paling aku sedih tengok anak – anak sebab anak – anak rapat dengan bapak dia. Siang aku kerja dan husband akan jaga anak – anak. Maka aku tak nafikan memang dorang sangat rapat. Maka kami buat keputusan sambung balik dan suami pindah balik ke tumah kami.
Macam biasa suami janji buang semua per4ngai dan aku macam biasa bulat bulat percaya dan bagi harapan kat hati aku lagi yang suami akan berubah walau beribu peluang semua kena tipu. Walaupun beribu kali tertipu aku masih setia kat rumah jaga anak – anak.
Siang pi kerja. Tak pernah sikit pun aku ni niat nak curang padahal aku kerja construction yang kawan aku semua lelaki. Entahla aku memang tak minat. Focus aku cari duit, jaga anak dan family. Dalam masa Allah uji Allah juga limpahkan aku dengan rezeki yang mengalir bak air zam zam.
Pendapatan aku 5 angka dan aku ada jv dengan kawan aku dan aku ada income lebih lagi 5 angka. Baru – baru ni suami suka balik subuh dalam keadaan m4buk. Allah saja yang tahu perasaan aku. Setiap hari aku hadiahkan beratus al-fatihah untuk diri aku supaya kuat dan Allah ubah hati suami aku supaya bertaubat sebetul – betul taubat.
Aku dulu tahajud tanpa tinggal sampai lama – lama aku jadi penat dan letih untuk berdoa lagi. Namun aku tahu ini ujian Allah untuk aku. Kadang – kadang aku rasa nak pergi jauh – jauh. Lari dari semua ni tapi aku tak sanggup tengok anak – anak aku sedih berpisah dengan bapa mereka. Aku selalu berdoa ya Allah atur lah aku hanya jalani.
Kalau aku failkan cerai ini kali ke 3. Aku takut. Aku sayang suami aku. Aku tahu dia baik. Dia juga bapa yang baik untuk anak – anak aku cuma dia lemah iman. Aku tak tahu apa harus aku buat. Adakah patut aku ke mahkamah lagi. Tegar kah aku pisahkan anak dan bapa?
Aku pulak jenis lembut hati. Aku takut terjerat d0sa bila sudah bertalak tiga. Berat ujian aku. Doakan Allah rungkaikan masalah aku ni dengan jalan yang terbaik. Semoga Allah selamatkan rumah tangga kami. Aku sayang dengan pinjaman keluarga yang Allah bagi ni. Doakan aku ya diberikan jalan keluar yang terbaik. Aamiin. – Isteri (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hidayah Zulkefli : Sebelum kahwin lagi da tau dia keje kat kelab, minum ar4k, ambil d4dah, berjvdi.. Memang pakej red flag sangat. Tapi tulah perempuan kalau da sayang, dengan harapan lepas kahwin dapat ubah lelaki.. Tapi kalau sampai umur 46 ni susah nak berubah sebenarnya. Doakan yang baik – baik untuk anak – anak.
Nur Firdaus Fauzi : TT ni mesti pernah ada childhood tr4uma atau tr4uma bergenerasi sebab tuh p4in tolerance dia maha tinggi or else living in denial percaya suami dia baik. Anak tuh akan ikut per4ngai bapak dia jugak one day, kalau tak berani nak ubah dari sekarang. Susah nak convince orang yang masih belum ada psychology aw4reness and mental health macam TT ni.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.