Aku suka buat pinjaman koperasi masa bujang sampai 80k. Bila dah kahwin anak bini pakai baju koyak-koyak

Seronok betul aku buat pinjaman koperasi, sekali pinjam 20k, 30k. Sampaikan adik aku kahwin pun aku sponsor majlis grand sampai 2000 jemputan. Sekali lagi aku buat loan 30k bila aku nak kahwin, mak aku plak jenis berlagak dia ajak 2000 orang jugak. Sekarang gaji aku tinggal 480..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Ni fake acount je.. Aku nak cerita sikit pasal diri aku sendiri. Aku merupakan seorang tent3ra d4rat dah beristeri dan mempunyai dua orang anak yang comel – comel. Hubungan aku dengan anak isteri erat bahagia je, aku takde masalah rumahtangga pun.

Cuma yang aku nak cerita sekarang ni pasal aku dulu masa bujang, aku selalu sangat buat pinjaman koperasi tent3ra. Aku seronok sangat buat pinjaman tu, aku langsung tak fikir pasal masa depan aku waktu tu, yang aku tau aku seronok nak buat pinjaman banyak – banyak.

Sekali aku pinjam 20k, lepas tu aku pinjam lagi 30k, tapi aku pinjam tu untuk seronok – seronok nak enjoy, nak beli barang yang aku suka, tapi bukan untuk main perempuan tau. Aku tak penah main perempuan masa aku bujang sebab aku bukan macam lelaki lain, duit tu untuk bagi kat adik aku, sponser untuk dia buat kenduri kahwin.

Sekampong mak aku jemput, lebih kurang dalam 2000 buah pintu mak aku jemput. Mak aku ni jenis berlagak sikit, anak perempuan dia, dia jual mahal tapi anak d4ra orang pulak dia nak beli murah. Suami adik aku bagi hantaran sikit je tak cukup nak tampung buat kenduri tu.

Oleh sebab aku kesian kat diorang, aku terus buat loan 30k tu bagi kat mak aku untuk buat kenduri tu. Tapi tak sampai 4 tahun adik aku kahwin dorang dah cerai. Hurmm.. tak ke mana jugak buat kenduri besar – besar tu akhirnya bercerai jugak.

Yang aku ni pulak sampai sekarang masih menanggung hutang. Masa aku nak kahwin pulak, aku buat loan koperasi 30k lagi, jadi jumlah aku pinjam semua tu dah 80k, tapi yang buat aku tiba – tiba jadi sedih ni mak pak aku bagi hantaran 3k je kat bini aku masa tu sebab mak pak bini aku tak cakap pun nak berapa ribu hantaran.

Mak pak bini aku ni orang baik – baik, jenis alim, beIah bini aku pun buat kenduri kecik – kecik jelah pastu beIah aku pulak mak aku buat besar – besar sampai 25k belanja masa kenduri. Mak aku tu jemput 2000 pintu buah rumah jugak.

Yang buat aku lagi terkilan sekarang ni, aku kesian tengok anak bini aku makan pakai aku tak mampu nak cukupkan untuk mereka. Korang bayangkanlah gaji bersih aku sekarang ni hanya tinggal RM480 je. Memang tak cukup, p0tong hutang koperasi saje dah RM1800 tapi bini aku tak pernah pun nak merungut sebab selama 6 tahun aku dah berumah tangga ni mak pak bini aku yang banyak tolong aku.

Mak pak bini aku baik sangat dengan aku walaupun aku ni orang susah, gaji pulak kecik dan tak berharta, harap motosikal buruk tu je. Sekarang aku dah ada kereta, itupun mak mertua aku yang bagi duit bayar muka 10k sebab gaji aku tak lepas nak loan kereta masa tu.

Jujurnya aku segan sangat dengan keluarga bini, semua diorang tanggung aku anak beranak dari makan minum sampai la duit nak isi minyak kereta. Kalau gaji aku dah habis diorang la yang bagi segala susu, pampers anak bila habis sebelum aku gaji diorang la yang beli.

Aku segan sangat – sangat dengan mak pak mertua aku, bila aku susah bini aku, mak pak mertua aku lah banyak yang tolong. NakĀ  harap adik beradik aku memang takde lah diorang nak tolong aku. Yang diorang tau yang mintak duit saja kat aku sedangkan diorang pun ada kerja, gaji besar lagi dari gaji bersih aku.

Cuma apa yang aku nak cakap sekarang ni, aku menyesal sangat – sangat sebab buat pinjaman berpuluh ribu masa aku bujang dulu. Aku langsung tak fikir masa sampai aku waktu tu tak fikir nanti kalau dah kahwin macamana kalau dah ada anak bini.

Sekarang terp4ksalah hadap gaji bersih RM480 setiap bulan sampai aku tamat perkhidmatan nanti sebab aku belum buat sambung lagi. Anak bini aku nak makan tak cukup, nak beli pakaian apatah lagi, sampai anak bini pakai baju k0yak – k0yak sebab tak cukup duit nak beli.

Tapi aku syukur sangat, bini aku baik, tak pernah merungut dengan aku. Dia cakap biar susah – susah dahulu bersenang – senang kemudian. Apa – apa pun memang salah diri aku sebab pinjaman banyak masa bujang dulu untuk benda yang tak berfaedah.

Jadi sekarang ni aku nak pesan la pada ask4r – ask4r tu janganlah seronok sangat korang nak buat loan koperasi, fikir la jugak pada masa depan korang nanti. Kalau korang dah kahwin, korang sanggup ke nak tengok anak bini korang nak makan itu ini tak dapat, pastu pakai baju k0yak – k0yak.

Sanggup ke korang tengok anak korang menangis nak itu ini semua tak dapat sebab gaji korang tak cukup. Aku dah laluinya selama 6 tahun ni, memang perit, aku kesian sangat kat anak bini aku tapi apakan daya memang semua salah aku.

Komen Warganet :

Nurnabilah M Podzi : Kisah tt sama macam kisah suami saya. Sebelum kahwin buat loan macam – macam, ada yang beli HP dekat gf dulu, ada yang berjoli sakan dan lagi parah dia jadi penjamin untuk kawan dia. Selepas kawan dia buat loan, kawan dia lari dari tent3ra.

Sampai bulan – bulan gaji suami saya kena p0tong untuk penjamin tu, tambah lagi kena p0tong sebab loan yang dia pernah buat sebelum ni. Masa saya kawan dengan dia saya tak pernah tanya pasal gaji dia tapi dia tetap cerita pada saya tentang gaji dia sebelum kahwin.

Dari ada motor LC dia jual untuk belanja kahwin kami. Masa saya kahwin dengan suami saya, dia takde apa – apa, hanya berbekalkan seorang tent3ra yang gaji dia hanya 280 sebulan selepas tolak semua hutang – hutang dia.

Alhamdulillah setahun kahwin dah dapat anak rezeki m4kin mencurah. Suami dapat beli moto 2nd hand tu pon moto honda wave. Satu – satu hutang koperasi dia lunaskan. Dia buat kerja macam – macam. Saya pula buat surat dekat koperasi minta pengurangan p0tongan dia bulan – bulan.

Syukur lepas 5 tahun kahwin, hutang koperasi suami dah habis. Suami pon dapat beli rumah untuk saya dan anak – anak. Pada tt dan isteri, bertabahlah. Isteri tt sama macam saya selalu pujuk suami supaya bersabar, bersusah – susah dulu, insayaaAllah pasti ada ganjarannya nanti.

Song Onim Circle : Nanti pencen kau akan dapat duit apa orang panggil? Saguhati ke apa yang setompok tu? Beli rumah terus seketul, kau jangan fikir nak joli katak. Kot ada baki, kasi sedikit dekat bini. Fikir peng0rbanan dia.\

Jangan insaf sekarang aje tapi nanti dah dapat duit kau gatal telur nak berbini baru. Lagi p4rah kau sponser pulak cucu tok nenek menakan nak buat kenduri. Dapat rumah, letak nama bini kau sebagai pemilik kalau apa – apa jadi pada kau. Kang tak memasal anak bini kena tend4ng. Sebab mak kau ada tanda tamak haloba.

Megat Hairul Megat Mohd : Paling sadis satu kisah benar, suami letak penama kwsp nama ibubapa masa bujang. Dah kahwin tak tukar penama. Tup – tup mase kawin plak bini bukan pilihan mak. Satu hari kemaIangan lelaki tu meninggaI.

Satu sen duit tak dapat kat anak beranak dia, pasal penama dalam akaun masih nama mak. Anak – anak beranak merempat weiii. Pasal wife asal bukan pilihan. Tapi nak pesan jangan main – main weii makan harta anak yatim. Dunia akhir4t tak aman.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?