Aku surirumah tapi suami taknak aku tinggal sekali. Dia nak kami PJJ. Aku nekad ikut demi anak, rupanya suami tak putus asa

Mungkin, satu hari, kalau Allah tarik nyawa aku dan anak aku, mungkin baru dia rasa kehilangan. Atau mungkin tak rasa apa – apa? PJJ yang selamanya, tak perlu dah dia minta kami balik kampung lagi, kami akan pulang ke kampung abadi.
#Foto sekadar hiasan. Hai nama aku Reena, aku berumur 33 tahun. Ini kisah perkahwinan aku yang terpendam sekian lama. Aku rasa di sini tempat terbaik untuk aku meluahkan segala yang terbuku di d4da. Aku berkahwin dengan suami sudah hampir 6 tahun.

Kami berdua memang kenal sejak zaman sekolah lagi. Tetapi dulu kami hanya berkawan dan kemudian baru timbul rasa sayang. Jadi, pada dasarnya, kami berkawan hampir 10 tahun sebelum berkahwin. Kami berdua adalah lepasan ijazah dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia tetapi berbeza bidang.

Dia dalam bidang kejuruteraan manakala aku dalam bidang pharmacy. Selepas tamat ijazah, rezeki kami, terus dapat kerja. Tiada istilah menganggur untuk kami. Kami berdua bekerja dalam bidang masing – masing. Kami memang mula berjauhan ketika itu. Jumpa pun bila masing – masing pulang ke kampung sahaja.

Setelah hampir 4 tahun bekerja, masing – masing dah punya income yang stable dan cukup simpanan, kami buat keputusan untuk bertunang. Itupun aku yang mula tanya dulu. Dia ada juga sampaikan hasrat sebelum tu tapi yela perempuan kan?

Aku mestilah nak hubungan dari zaman sekolah ni berakhir dengan sesuatu. Sebab dah terlalu lama kami berkawan. Akhirnya, Alhamdulillah, kami disatukan. Tapi pada awal perkahwinan, kami terp4ksa PJJ sama seperti sebelum berkahwin.

Aku di utara, dia di selatan. Terp4ksa berjauhan atas tuntutan kerja. Tak lama selepas itu, aku disahkan hamil anak pertama kami. Sepanjang kehamilan, aku melalui waktu yang sangat sukar, aku mengalami alahan yang amat teruk.

Dah lah jauh dari suami, jauh dari keluarga. Hanya Allah yang tahu struggIe nya hidup masa tu. Hanya housemates yang banyak tolong itu ini waktu tu. Hingga lah hujung kehamilan, kandungan aku masih lagi bermasalah, doktor nasihatkan untuk aku bed rest sampai waktu bersalin.

Jadi waktu tu, aku buat keputuan untuk berhenti kerja. Aku balik ke kampung dan tinggal bersama keluarga aku. Dan, kami suami isteri masih lagi dalam fasa PJJ. Selepas aku melahirkan anak pertama kami, aku dah mula rasa anak aku perIukan ayah dia.

Aku rasa aku nak ikut suami aku. Aku dah tak nak berjauhan. Aku pun tak tahu kenapa suami aku masih nak PJJ waktu tu, sedangkan dia dah tak benarkan aku bekerja sebab suruh jaga anak sepenuh masa. Jadi tiada alasan lagi untuk PJJ. Boleh je bawak anak bini ke negeri dia bekerja.

Lama juga lah, anak dah 2 tahun baru dia bawa kami anak beranak tinggal dengan dia. Itupun selepas aku pujuk macam – macam. Dia mesti banyak alasan, masih nak kan PJJ tak nak bawak aku dan anak ke sana. Aku sampai pikir dia ni ada perempuan lain ke? Tapi tidak ya. Bukan kes curang.

Aku memang yakin bab tu. Dia memang takde main kayu tiga. Tapi sejenis suami aku ni, dia memang lagi suka nak lepak dengan kawan – kawan. Hampir setiap malam dia akan keluar lepak dengan kawan – kawan. Aku tengok cara dia suka bebas. Tak nak rasa terkawal dan terik4t bila aku ada dengan dia di sini.

Tapi, dia kena la sedar diri dia dah ada anak bini, bukannya sama macam bujang dulu. Selepas aku ikut dia pindah ke sana, aku selalu terasa hati dengan dia, sebab ayat yang keluar dari mulut dia selalu macam terp4ksa je bawak kami anak beranak ke negeri tempat dia bekerja.

Aku tahu dia lebih dari mampu. Jadi tiada alasan pun. Dia selalu cakap, ‘elok duk kampung nak ikut sangat saya duduk sini’. Memang selalu lah dia cakap. Dia kata aku ni tak suka nak dengar cakap suami. Tapi bukan ke sebaik – baik tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya?

Jadi aku mula kerap terasa hati dengan semua kata – kata dia. Sebab apa – apa mesti dia nak kaitkan dengan suruh aku PJJ. Kadang – kadang aku cuba positif, aku fikir mungkin dia rasa suka ada me time sendiri. Tak nak serabut dengan anak bini bila balik kerja? Sebab kerja dia sangat memenatkan.

Tapi aku dengan anak dia ni bukan sepatutnya jadi penyeri hidup dia ke? Tapi kenapa dia macam selalu nak elak untuk aku dengan anak bersama dia? Macam – macam aku fikir. Sampailah, satu tahap, aku dah start rasa aku macam tawar hati.

Sebab bila aku tinggal dengan dia, dia selalu marah benda kecik beria sangat. Memang banyak berg4duh bila duduk serumah sekarang. Nampak macam orang yang tak puas hati dengan kita sebab benda lain, tapi lepaskan dengan cara lain. Korang faham tak situasi tu? Memang selalu sangat.

Aku tau memang sampai ke harini dia masih tak puas hati sebab aku dan anak ikut dia ke tempat dia bekerja. Aku rasa macam aku dan anak ni beban pulak untuk dia. Aku tengok dia memang seorang ayah yang sangat penyayang kat anak.

Memang semua yang anak aku perlu dan minta mesti dia cuba untuk penuhi. Cara dia layan semuanya tiptop. Tapi bab tinggal bersama ni, aku tak tahu kenapa dia tak nak sangat. Aku rasa tawar hati dan aku rasa sebenarnya dia tak sayangkan aku dah. Aku rasa dia tak nak kan aku.

Sebab aku tengok suami orang lain, isteri balik berpantang pun cepat – cepat je nak bawak balik ke rumah sendiri. Isteri anak balik kampung, rindu – rindu. Tapi bukan untuk suami aku. Dia lagi suka hidup berjauhan. Aku tak tahu apa alasannya. Kenapa dan mengapa.

Aku bukan nak bandingkan dia dengan suami orang lain, tapi kenapa dia tak nak sangat tinggal bersama. Sampai lah hari ni, dia masih mengungkit hal itu. Macam – macam kata – kata dia untuk suruh aku kembali ke kampung dan kembali PJJ.

Dan sampai harini, aku masih di sini. Demi anak. Berapa banyak kali pun dia suruh aku kembali ke kampung, aku tetap tak nak. Aku nak bersama dia walaupun hati aku terIuka sangat. Aku nak anak aku happy ada mommy ayah dia selalu. Tapi untuk aku, Aku dah tak tau nak rasa apa.

Mungkin, satu hari, kalau Allah tarik nyawa aku dan anak aku, mungkin baru dia rasa kehilangan. Atau mungkin tak rasa apa apa? PJJ yang selamanya, tak perlu dah dia minta kami balik kampung lagi, kami akan pulang ke kampung abadi. – Reena (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fira Faheera : Sedihnya baca confession ni. Rumahtangga sepatutnya kena penuh dengan kasih sayang dan rasa saling memerIukan. Takut perasaan tak happy tt tu nanti bertukar jadi depr3ssion pulak. Suami yang normal dia mesti akan nak isteri di sampingnya selalu. Hurmm

Noorul Izzah Marzuki : Tempat terbaik isteri adalah di sisi suami. Kalau nak kata sebab suami tu background kerjanya ialah kejuruteraan so takde emosi, tak pandai nak tunjukkan affection, tak betul juga. Ramai saya jumpa background engineering / teknikal, kerja yang memenatkan tapi kebanyakannya penyayang dan tak suka berjauhan dengan anak isteri dan keluarga, termasuklah suami saya.

Tiap hari tak sabar nak ambil saya di tempat kerja, kalau saya perlu outstation untuk kerja mula la dia frust dan tak selesa ditinggalkan, kadang – kadang sanggup ikut pula. Pasti ada sesuatu yg menyebabkan suami tu tak suka bila anak isteri di sisi, dalam kes ni tak suka tinggal bersama. Pasti ada. Cuba siasat. Mungkin juga sebenarnya dia masih belum bersedia untuk ada komitmen berkeluarga. Wallahualam. Moga Allah bantu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.