Aku syak, imam tu guna-gunakan isteri aku. Sampai isteri sanggup lari pergi masjid. Ujian datang lagi, anak ketiga lahir dengan sumbing

Isteri aku dah lupa untuk masak, hal kerja rumah banyak yang aku kena buat. Aku tak bagi isteri masak, sebab anak – anak taknak makan isteri masak. Tak sedap. Takde rasa, kadang – kadang taw4r, manis, terlebih pedas. Aku nak pulangkan isteri…

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Arjuna, 42 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata perempuan. Isteri aku berusia 41 tahun, kami sudah berkahwin selama 18 tahun dan dia menghidap peny4kit mental skiz0fenia.

Aku berkahwin dengan isteri aku atas dasar cinta dan aku pernah berdoa pada Allah jika aku berkahwin dengan isteri, aku akan tinggalkan dunia songsang aku tapi aku mungkir janji. Sebelum pertunangan kami, aku sudah ceritakan kisah silam aku pada isteri yang aku meminati lelaki.

Lama dia diam.. then, dia cakap dia terima aku seadanya dan akan cuba perbaiki diri aku. Akhirnya kami berkahwin.. diusia 5 tahun perkahwinan kami bahagia dengan cahaya mata sulung kami. Isteri mula tertekan selepas melahirkan anak kedua tetapi anak itu meninggaI dalam perut usia 8 bulan. Selepas pada tu dia mula mer0yan.

Ibu mertua aku juga mempunyai sejarah mental iaitu mer0yan. Doktor bagitau mental ni keturunan, mungkin disebabkan pak mertua berkahwin 4 ketika itu. Isteri aku datang dari keluarga yang bermasalah, waktu usia dia belasan tahun dia terp4ksa membantu ekonomi keluarga ketika itu seramai 7 beradik.

Isteri aku mengandung anak yang ketiga tetapi kali ini kami diuji anak sumbing dari bibir hingga ke lelangit yang menyebabkan susah untuk minum susu yang memerIukan pvting khas. Agak susah penjagaannya yang menyebabkan dia lebih tertekan.

Selepas itu kami menyewa berdekatan tempat kerja aku, pada awal menginap dia nampak baik. Selepas hampir setahun isteri aku mula mimpi pelik, tangan kaki Iebam, lipan atas katil dan nampak ular hitam. Aku bawa berubat cara islam jumpa ustaz, imam tiruan pun ada.

Mula – mula tu oklah, lepas tu nampak teruk hingga kerap sangat nak ke rumah imam tersebut. Aku syak macam isteri aku dah diguna – gunakan sampaikan isteri aku lari keluar rumah untuk jumpa imam tersebut di masjid padahal takde pun.

Imam tersebut minta tempatkan isteri aku dalam 1 bilik dengan kain kuning tapi aku tak layan, isteri aku yang gigih buat sebab imam tu cakap isteri aku dari jelmaan sorang puteri. Selepas pada tu mulalah isteri aku menjerit nak keluar sehingga mengganggu kerja aku.. aku minta tolong mak aku jaga isteri aku pun dia h4mbat mak aku guna kayu,

Halusinasi isteri aku ni macam – macam seperti nampak d4rah dalam rumahlah, lembaga berbululah, sy4itan berkuda di waktu maghriblah. Aku pernah bercakap dengan puteri jelmaan tu sambil buka ayat ruqyah, syok pr0vok jin ni sebenarnya, sampaikan dia marah kat aku sampai dia jatuhkan tv dari rak yang pasang surah ruqyah tu.

Mak aku juga pernah difitnah imam tersebut dia cakap mak aku punca keretakkan rumah tangga kami. Aku berd0sa dengan mak aku sebab tuduh mak aku tanpa usul periksa, yelah makhluk sy4itan ni memang suka musn4hkan rumahtangga orang.

Lepas kejadian tu aku bawa isteri aku balik kampung, sebenarnya malu dengan jiran – jiran dengan keadaan isteri aku, then aku bawa isteri aku jumpa pakar psiki4try dan dia makan ubat hingga sekarang walaupun kadang – kadang ok kadang – kadang tak.

Dia pernah berjalan keliling rumah 4 jam non stop, lepastu tu baru doktor bagi ubat tidur tapi itu pun kadang – kadang tak membantu. Isteri aku sering bercakap sorang – sorang, senyum ketawa menangis tanpa punca, anak – anak aku sering mendengar isteri mengutuk aku.

Isteri aku pernah keluar rumah hilang 2 kali tanpa pengetahuan aku hinggakan kena buat polis report. Hampir 3 tahun duduk di kampung kami berpindah ke rumah taman yang dibeli masa isteri sihat dan aku masih dengan jalan hidup songsang aku walaupun aku tau d0sa.

Aku muhasabah diri dengan apa yang berlaku ni semua sebab aku, cuma aku minta pengakhiran yang baik, aku tengah berjuaang nak Iawan hawa nafsu aku ini dengan sering solat di masjid dan aku block semua kenalan yang sama jenis dengan aku.

Cuma sekarang aku kadang – kadang burn out, isteri aku dah lupa untuk masak, hal kerja rumah banyak yang aku kena buat syukur ada anak yang serba sikit boleh membantu, isteri aku di rumah hanya tidur. Kadang – kadang dia rasa nak buat keja rumah dia buat, memasak memang aku tak bagi sebab anak tak makan masakan isteri aku yang tak punya rasa, kadang – kadang taw4r, manis, terlebih pedas, itu semua pembaziran.

Jadi aku cuba masuk dapur yang pada mulanya aku tak tau langsung masak hanya dengan tengok che nom dan khairulaming masak alhamdulillah apa yang aku masak semua jadi, dari nak beli kat luar yang tahap ekonomi yang agak membebankan.

Aku pernah berjumpa konselor agama pasal masalah aku ni, ustaz tu hanya suruh aku bersabar dengan ujian ni, walau pun aku tak tau sampai bila aku harus bertahan. Aku ada tanya isteri aku, dia sayang aku ke tak dia cuma diam, perasaan aku pada isteri aku kosong lebih pada kesian, berd0sakah aku?

Apa harus aku buat? perIukah aku pulangkan kembali isteri aku pada keluarganya? Tapi adik beradik dia semua dah berkeluarga dengan mak ayah s4kit. Aku tak rasa mereka boleh jaga isteri aku dengan baik. Aku dalam dilema sekarang samada ingin melepaskan atau tak. Terima kasih pembaca sekalian harap doakan aku ya. Aku memerIukan pendapat yang baik untuk bantu aku. – Arjuna (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lisa Khadijah : Ambil dia masa sihat.. s4kit selepas melahirkan zuriat cik. Jika nak pulangkan pada keluarga, pulangkan lah masa dia sihat seperti masa cik ambil dia dulu dari orang tuanya. Sedih bayangkan seorang isteri dipulangkan selepas s4kit.

Adakah serapuh itu cinta lelaki? Saya juga seorang pes4kit yang agak banyak membebankan suami. Saya mohon maaf semasa banyak menyusahkan dia. Dia kata, dia lebih banyak meny4kiti saya, meng0rbankan hidup saya untuk dia. Ni masa untuk dia baIas semula.. tentang nafsu, boleh jadi isteri s4kit adalah ujian asbab cik mungkiri janji dengan Allah. Bertaubatlah..

Nurul Hazwani : Yang satu nafsu songsang… yang satu isteri s4kit. Then anak – anak lagi.. berat ujian saud4ra ni. Bukan senang nak kawal nafsu songsang.. perIukan sokongan. Tapi baru nak berubah dah hadap isteri mental plak.

Isteri mental pun perIukan sokongan keluarga untuk sihat. Anak – anak plak perIukan ibu ayah yang mampu menjaga mereka. Sekarang ni semuanya kat bahu saud4ra. Nasihat saya.. tinggalkan dunia songsang. Fokus pada keluarga dan lebih banyak dekatkan diri dengan Allah. Saya hanya mampu berdoa untuk saud4ra.. semoga Allah memudahkan urusan dan istiqamah saud4ra untuk berubah jugak dapat berjaya. Amin..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.