Selalu aku dengar suami aku asyik sebut nama Sha. Sha bagitau ini, Sha bagitau itu. Berdasarkan informer aku, ya, mereka berkasih – kasihan dalam diam. Aku tenang, aku mula rancang strategik untuk melangkah keluar penuh gaya..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku Nurul. Aku menulis luahan ni sambil menikm4ti suasana sibuk rakyat Jepun. Ya, aku di Jepun, membawa diri, mencapai impian. Perihal taat. Kenapa? Ya, aku bekas isteri orang. Kenapa bekas?
Aku dan H dah berkahwin selama 8 tahun. Dikurniakan seorang babygirl. Masa aku bergelar isteri, ada satu perkara yang aku tak pandai buat. Aku tak pernah membebel dekat suami, apatah lagi bercakap marah – marah.
Semua lembut je. Bila geram, marah, semuanya aku cuba untuk bercakap dengan elok dan tenang. Personaliti aku tenang tapi dalam kepala aku bising sangat. Aku memang individu yang tak pandai membebel dekat suami. Apatah lagi nak meng4muk. Jadi bila aku marah, aku diam sahaja.
Kalau dekat anak tu biasalah. Aku ibu yang garang juga kata anak aku. Selepas menginjak tahun ketujuh perkahwinan, suami aku dapat pekerjaan baru. Syarik4t dia ada culture “buddy system”, maksudnya, staff lama akan ditugaskan untuk guide staff baru selama satu tempoh.
Buddy asal untuk H ada sedikit masalah nak commit, jadi dia digantikan dengan buddy baru. Rupanya buddy baru tu adalah rakan sekelas masa di universiti dahulu. Kita namakan dia sebagai Sha. Hari pertama H bekerja, semua dia ceritakan dekat aku, termasuklah pasal Sha.
Rupanya Sha yang recommend dekat HR untuk review application suami aku di syarik4t tu dulu. Hari demi hari, kerap jugak aku dengar suami aku asyik sebut nama Sha. Sha bagitau ini, Sha bagitau itu. So far, semua berkaitan pasal kerja je yang aku tahu. Kira Sha ni sangat membantu lah nak blend in dalam team dia.
By the way, aku pun bekerja, dan company aku pun ada buddy system – jadi aku taklah rasa sus sangat sebab buddy aku macam tak function sangat. Fast forw4rd 6 bulan kemudian, aku mula ada rasa instict sesuatu. Suami aku macam biasa je, tapi ada satu perasaan yang aku rasa macam off sikit.
Masih lagi suka bercerita pasal Sha. Aku dengar je tapi aku akan syak sesuatu. Time kerja pun dia jarang mesej aku, tapi aku still anggap mungkin dia sibuk. Kat rumah pun macam biasa, handphone letak merata je sebab aku sejenis tak check pun phone husband.
Turned out instinct aku tepat. Dari status buddy, menjadi couple. Berdasarkan informer aku, ya, mereka berkasih – kasihan dalam diam. Selalu pegi lunch sama – sama, tapi cover dengan team. Banyak benda buat sama – sama.
Aku tenang, tapi pada masa yang sama aku mula buat exit plan. Aku cakap kat suami aku, aku nak ambil beberapa skill certificate, supaya aku boleh upgrade resume aku. Aku cakap aku nak beli kereta, jadi suami aku belikan kereta cash supaya aku boleh pegi class tanpa perlu dia hantar.
Done strategy pertama. Lepas 6 bulan aku dapat certificate untuk tambah value resume aku. Aku tahu suami aku dengan Sha masih berhubungan. Prinsip aku, selagi suami aku sendiri tak mengaku, tak kantoi sendiri, aku akan tengok je dulu sampai mana game mereka dua ni.
Dengan upgraded resume, aku berjaya masuk satu GLC. Aku masih layan suami macam biasa, dan dia pun berper4ngai sama je seperti biasa. Aku pun ada buat 2nd instagram profile untuk aku follow instagram Sha. Banyak kali jugak dia upload story gambar husband aku, tapi sipi – sipi ala – ala misteri macam tu.
Macam lah aku tak kenal kan? Kau letak gambar celah kuku sekalipun, aku kenal juga segala bentuk tubuh suami aku. Almost a year aku diamkan diri, tiba – tiba Sha follow instagram aku. Aku pura – pura terk3jut tapi kekal tenang.
Dia kenalkan diri dia, lepastu dia mengaku dia ada hubungan dengan suami aku dan mereka dah bincang nak berkahwin. Aku cakap kat Sha, aku dah lama hidu hubungan dia dengan suami aku dan minta Sha jangan contact aku. Biar kami berdua laki bini uruskan sendiri.
After a few days, suami aku tiba – tiba tanya Sha ada contact aku tak. Dari situ, terbuka lah cerita semuanya yang suami aku memang ada rancang nak kahwin dengan dia. Aku? Masih tenang tapi mendiamkan diri. Semua perasaan dalam diri semua jadi kosong.
Akhirnya malam sebelum tidur, aku cakap aku tak mahu jadi isteri pertama dan minta dilepaskan. Aku cakap dengan tenang yang aku dah fikir masak – masak, dan aku tak mahu jadi isteri derh4ka bila ada yang kedua.
Suami aku terdiam. Dia minta maaf. Dia mengaku yang dia salah sebab tak jaga batas. Katanya dia sendiri tak tahu kenapa dia sukakan Sha, padahal dulu masa belajar, dia bukanlah rapat dengan Sha. Aku marah? Sejujurnya perasaan aku dah kosong.
Tak ada r3muk, tak ada kecewa, cuma kosong. Masa awal dulu aku dah penat berjuaang untuk sayang kasih suami aku, jadi sekarang aku dah penat sebab dia tak ada usaha nak juaang kasih sayang kami. Kenapa aku tak mahu jadi isteri pertama?
Sebab aku sendiri pasti yang aku tak boleh nak taat, terutamanya bila dah ada yang kedua. Aku tak mahu makan hati sampai akhirnya derh4ka. Emosi aku nampak tenang, tapi dalam kepala aku macam pasar ikan. Bising dan hectic.
Biarlah suami aku control seorang wanita je dalam hidup dia, aku tak mahu dikawal lagi. Aku dah bersedia dari awal masa dia mula – mula ada affair. Tiga bulan naik turun mahkamah, akhirnya aku sah menjadi bekas isteri dengan bantuan hakim.
Kami co-parent anak, jadi tak ada masalah di situ. Hari ini bermula lah jelajah aku sebagai janda. Benda pertama aku buat selepas habis edah – pergi ke jepun sendiri, negara yang aku dah lama nak pulang selepas tamatnya belajar di sini.
Lepas ni aku nak bawa parents aku bercuti ke Lombok pula, tunaikan semula janji – janji aku dulu. Banyak benda aku dapat capai lepas aku bercerai. Hobi yang dulu aku susah nak buat, sekarang aku boleh gunakan satu bilik di rumah aku sebagai studio untuk aku buat karya seni.
Suami aku? Aku tak tahu situasi dia. Yang aku tahu, dia tak kahwin lagi. Aku mesej dengan dia pasal nak ambil anak / hantar anak saja. Pernah aku dapat mesej yang dia rindu aku, dia menyesal, ni ujian dia, hantar reel, gambar cute – cute, tapi aku baIas emoji senyum je.
Ada juga bising – bising di luar sana, kenapa aku tak fiight? Kenapa aku biarkan penyondol menang? Aku cakap, buat apa nak fiight kalau aku perasaan aku dah kosong? Buat apa nak fiight kasih suami yang terang – terang dah curang? Jadi aku pilih diri aku dan sayang diri aku sendiri. – Nurul (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Shahinaz KN : I suka sikap u ni. Tenang – tenang je. Dah arrange exit plan. Semoga hidup u kekal tenang dan semoga satu hari nanti u jumpa orang yang betul sayangkan u tanpa berbeIah bagi (not that u really need it but its good to have one)
Noorsyazana Mohd Nor : What an inspired story! Aku pun pegang satu prinsip, sekali ada nama lain dalam hati suami, percayalah, sayang itu dah takkan macam dulu lagi. Aku pun dah remind laki aku, kalau ada orang lain, atau ada hasrat nak ada orang lain, sila jujur, lepaskan aku, then boleh fokus pada yang baru.
Tolong jangan buang masa aku. Impian aku besar. Walau kau tengok aku manja hatta isi minyak pun tak reti depan kau, jangan ingat aku tak boleh jalan jauh / terbang tinggi bila aku dah bergerak sendiri.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.