Sejak PKP ni aku dapat gaji basic je, kadang – kadang ada baki, kadang – kadang tak ada baki. Satu hari iphone isteri hilang, tapi dia ada je HP Vivo. Dia tak nak pakai android, dia beli iphone 7. Duit bantuan BPR, BPN aku masuk dekat akaun dia, dia pergi beli plak iphone baru. Aku dah tak tahan..
#Foto sekadar hiasan. Salam min tolong hide profile aku ye. Aku nak luahkan kisah aku sebab aku dah penat sangat sampai tak boleh luah dengan kata – kata lagi. Aku baru berkahwin nak masuk 3 tahun, kisah aku dengan isteri ni memang tak ada kesudahan.
Isteri aku seorang yang keras kepala dan aku pulak panas baran. Aku pun tak tau nak mula dari mana. Aku penat sangat min. Isteri aku tak bekerja, dia jaga anak sepenuh masa, berhenti kerja masa kandungan usia 7 bulan, dan sekarang anak dah pun usia 5 bulan, aku tak p4ksa dia berhenti, dan aku juga tak p4ksa dia bekerja.
Sejak dia dah berhenti semua perbelanjaan terletak atas kepala aku dan disebabkan dia tak bekerja jugak, nafkah dia pun aku tak dapat bagi. Gaji aku 3k sebulan, bayar kereta, rumah, insurans, maintenence, bil api air telefon semua RM2700 sebulan.
Tinggal la lagi RM300. Kadang – kadang ada baki, kadang – kadang tak ada baki. Tapi sejak PKP, OT aku pun berkurang, jadi makan la basic saja. Untuk kemasukan rumah baru siap pulak jangan cerita la duitnya macam mana diperlukan.
10 sen pun aku tak mintak bini aku keluarkan duit. Aku dah penat sangat min, masa anak umur 2 bulan, isteri aku kehilangan iphone dia sebab orang curi tapi dalam masa sama dia ada HP VIVO apa ntah yang harga 6 – 7 ratus gitulah.
HP tu baru boleh je pakai, tapi disebabkan dia tak suka pakai android, dia beli lagi 1 iphone 7 second hand. Masa aku dapat tau tu memang aku dah marah sebab habiskan duit pada benda tak perlu, HP dia VIVO tu bukan tak boleh pakai.
3 bulan berlalu anak aku dah masuk 5 bulan, tempoh hari dia mintak kunci kereta dengan aku untuk beli barang – barang dia, dengan berat hati aku bagi. Dia tinggalkan aku dengan anak yang menyusu badan selama 3 jam.
Aku husnuzon je fikir dia beli barang dia. guna duit BPR, BPN yang aku apply dan buat rayuan selama hari ni. BPN, BPR semua masuk akaun dia aku tak sentuh dan tak tanya pun. Aku tau duit tu masuk sebab aku check setiap transaction bayaran dibuat.
Malam tadi aku balik kerja dengan penatnya sebab out station 300km, aku tergerak nak cek HP dia yang dik4takan rosak sebab aku wassap dia siang hari tak masuk. Cek punya cek iphone 7 bertukar jadi iphone X. Aku meIetup time tu jugak min, s4kitnya macam ditik4m – tik4m hati aku ni.
Dia gunakan duit BPN, BPR, Isinar semata – mata untuk beli iphone. Jadi tempoh hari yang dia keluar untuk beli barang tu termasuk lah hp iphone X ni. Aku sebenarnya dah lama dulu lagi aku nak pulangkan dia kat mak ayah dia.
Kali pertama aku pulang, aku ambil semula sebab aku kesiankan dia tak ada orang sanggup jaga dia walaupun ibu kandung dia sendiri. Banyak sangat benda aku pend4m. Aku memang nak pulangkan isteri aku semula kat mak ayah dia tapi aku sayang anak aku.
Aku tak sanggup berpisah ngan anak aku, lagi pulak anak aku menyusu badan. Tapi aku penat min, aku penat! Perkongsian dan luahan dari lelaki ini mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca.
Rata – rata memahami dan memberikan nasihat buat TT supaya dapat menyelesaikan masalah sebelum mengambil keputvsan yang lebih jauh.
Komen Warganet :
Linda Lin : Jadilah isteri yang tahu bersyukur dan tak meyusahkan suami. Susah sama susah, senang sama senang. Kesian suami tu penat – penat cari rezeki, kau pi perabih beli hp mahal – mahal, kalau mampu tak pelah jugak.
Ini boleh pulak beli pakai duit bantuan. Apa punya bini lah, kalau aku jadi laki lah, dah lama dah aku angkat kaki.
Azma Coway : Bila lelaki meluah. Wahai isteri jadilah kamu seorang isteri yang reti erti bersyukur dengan apa adanya. Janganlah dibebankan suami dengan sesuatu di luar kemampuan dia, walau saya bukan suami tapi faham apa yang tt ni tertekan. Jadilah isteri yang menyenangkan jiwa suami. InsyaAllah rezeki akan meIimpah ruah, mudah – mudahan.
MizzLisa Abdul Rahman : Sejak Virus Covid meIanda dunia, ramai yang terjejas pendapatan. Boleh jadi str3ss bila fikirkan nak bayar keperluan apa yg patut tapi duit berkurangan. Mungkin tt str3ss sebab tu lah.
Kemudian wife pula terlupa atau tak nak ambil tau tentang hal ekonomi sekarang termasuk ekonomi rumahtangga yang suami perlu tanggung. Harap wife awak baca luahan tt ni dan diharapkan wife awak berubah dan membantulah apa yang patut terutama em0si suami.
Maliza Azrain Sham : Sabar tuan, dah pernah duduk bersemuka, bincang dari hati ke hati tak? Kalau tak pernah buatlah. Pergi tempat – tempat free macam tepi pantai ke. Pandang tepat ke mata masing – masing.
Bincang baik – baik untuk selesaikan apa jua masalah bersama. Kalau hantar isteri balik rumah mak itu bukan penyelesaian tapi lari dari masalah dan tanggungjawab. Hidupkan juga amalan solat dan kerja – kerja rumah bersama.
Demi anak yang dikasihi. Sama – sama belajar untuk bersyukur dan redha. InsyaAllah rezeki tuan sekeluarga akan lebih baik.
Shamimi Ismail : Hidup ni berbalik pada fitrah kita sebagai manusia, tugas suami bukan sahaja beri makan minum pakaian sahaja. Tugas suami merangkumi pelbagai aspek. Bawalah isteri hadir ke kuliah – kuliah agama, cari ilmu agama.
Kalau tuan tak boleh nak bagi tunjuk ajar pada isteri, tuan perlu bawa dia hadiri kelas – kelas agama. Dekatkan diri dengan Allah, sama – sama belajar, sentiasa solat berjemaah. Saya tak salahkan tuan, saya tahu tuan str3ss tapi kita kena muhasabah diri, kenapa Allah uji tuan begini?
Apakah salah dan silap tuan dalam mendidik isteri? Walau sekeras mana sekalipun hati manusia, inshaAllah akan lembut jika sering diberi pengisian dengan ilmu agama. InshaAllah keluarga tuan akan bahagia, gaji yang sedikit pon akan mencukupi. Saya doakan tuan hadapi ujian ini dengan sabar dan tabah. Kepada isteri tuan, bersyukurlah kerana masih memiliki suami yang bertanggungjawab.
Huda Yusuff : Kesian tt. Dapat bini yang menambahkan masalah. Patutnya tt kena jujur, cakap dengan bini tu masalah kewangan keluarga supaya bini yang pentingkan diri tu paham, clear sikit kepala otak.
Orang bagi duit bantuan bpn, bpr , isinar bagai tu untuk jelaskan benda – benda yang penting. Bukan buat beli HP mahal – mahal. Ko beli bajet bawah 1k pun berlambak la sekarang kalo terdesak sangat tak ada hp. Ni dah ada HP, bukan nak bersyukur nak guna apa yang ada.
Nak up lagi ikut trend beli yang mahal. Dasar tak ukur baju di badan sndiri. Cuba la ko tanya laki ko tu macam mna dia hidup sehari – hari nak cari duit. Dekat tempat kerja dia makan ke tidak. Ape punya bini la.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.