Aku dah takde duit sebab beli rumah. Masa birthday aku, isteri buat majlis siap panggil semua keluarga, kawan kerja dan jiran. Meriah! Akhirnya aku yang kena bayar, isteri aku sponsor kek je. Aku tumbvk dinding lepas geram…
Sambungann.. Part 1 >> Mak tolak awek aku sebab dia janda. Mak p4ksa kahwin dengan anak d4ra. Bila dah kahwin, isteri banding aku dengan suami jiran. Buat yang komen awek Tupperw4re tu trigger dengan ayat ibu aku, aku akui awek Tupperw4re tu jenis straight forw4rd.
Kita manusia memang tak sempurna tapi per4ngai ni la yang buat aku paling suka awek Tupperw4re sebab dia jenis straightforw4rd, tak memeningkan dan tak menyerabutkan kepala aku. Sebelum ibu aku sebut pasal anak d4ra tu, ibu aku ada cakap kat awek Tupperw4re, kau ingat anak aku tu mesin ATM yang akan keluarkan duit untuk sara kau dengan anak – anak.
Aku sebagai anak pun speechless dengan ayat ibu aku. Aku dah check background awek Tupperw4re sebelum decide nak rapat dengan dia. Aku check dengan kawan – kawan sekerja dia, housemate dia, aku check dengan cikgu – cikgu yang selalu travel dengan dia.
Aku juga pernah contact dengan bekas suami dia, dia mengaku mereka bukan berpisah bukan sebab orang ketiga, bukan sebab malas, bukan sebab tak bertanggungjawab tapi sebab rasa dah tak ada persefahaman. Bekas suami rasa awek Tupperw4re terlalu berdikari.
Aku tanya juga dia memang dapat awek Tupperw4re yang rajin tu sejak dari awal kahwin atau kena didik dulu? Bekas suami dia cakap memang dia dapat awek Tupperw4re yang rajin tu sejak di awal perkahwinan, awek Tupperw4re bangun pun awal dalam pukuI 5 atau 5.30 pagi.
Kalau rajin breakfast pun dia masak. Kalau tak rajin, biasa diaorang breakfast sama – sama kat luar tapi waktu lunch dan dinner memang awek Tupperw4re masak. Tapi kalau awek Tupperw4re tu mengemas macam – macam hari tu, dia akan inform suami dia tolong beli makanan untuk lunch dan dinner sebab dah penat kemas macam – macam hari ni.
Cumanya awek Tupperw4re ni kalau dia masak tapi suami dia tak makan, dia merajuk. Suami dia ada juga cakap, dah balik lewat, tak rasa nak makan dah, rasa nak tidur je. Aku ada tanya awek Tupperw4re kalau dia masak, aku tak makan, dia merajuk tak?
Dia cakap dia merajuk, kurang – kurang makan sikit tak apa dah, jangan sampai tak makan langsung. Fikir la sikit effort aku gi pasar, beli barang basah, beli bahan masak, nak bersihkan bahan basah lagi, nak p0tong sayur, p0tong bawang apa semua, nak masak lagi, nak hidang lagi, nak basuh peralatan memasak, nak clearkan sinki.
Bila kau tak makan, aku rasa effort aku sia – sia. Dia siap pesan lagi kau kalau agak – agak balik lambat, cakap je terus terang hari ni tak balik makan kat rumah. Buat yang pernah bekerja di pedalaman 3 Sarawak, rasanya berkawan dengan lelaki bukan perkara pelik sebab di kawasan pedalaman 3, cikgu dan staf lelaki lebih ramai dari perempuan.
Pasal polis tu pula, dia orang pantai timur dan rasa nak makan masakan pantai timur, sebab tu dia minta awek Tupperw4re masak. Sekali tu je awek Tupperw4re masak untuk dia sebab aku cemburu. Lepas tu memang awek Tupperw4re tak masak walaupun polis nak buat tempahan sebab tak nak ada isu dengan aku.
Aku rasa awek Tupperw4re tu sangat matang. Bukan jenis berdrama, bukan jenis banyak ragam. Kalau ada isu, dia akan cuba cakap depan – depan. Pernah la dia kata, ada benda nak cakap ni, kalau cakap sekarang boleh tak?
Bila aku cakap boleh, dia akan cakap apa yang tak kena. Bila aku cakap tunggu kejap lagi boleh, dia okay je, takdelah nak merajuk tiba – tiba ke apa. Aku ambil contoh lepas kejadian masak untuk polis. Awek Tupperw4re minta aku cakap je terus terang kalau aku tak okay dia masak untuk orang lain, kalau boleh cakap boleh, kalau tak boleh cakap tak boleh.
Jangan cakap ikut suka sebab kalau cakap ikut suka, memang dia buat ikut suka dia. Sejak dari tu memang aku cakap terus terang. Aku tak ada minta pun jumpa atau dijodohkan semula dengan awek Tupperw4re aku tu. Aku rasa susah nak lupa dia sebab dia boleh jadi best friend aku. Dia orang yang boleh diajak sembang macam – macam.
Dia bukan cinta pertama aku tapi dia orang pertama yang boleh faham aku dengan baik, boleh support hobi dan impian aku. Dia okay je kalau aku keluar pergi memancing sebab waktu lapang dia di pedalaman, dia pun join orang sana keluar memancing.
Adalah juga kadang – kadang dia cakap macam mana aku sabar tunggu ikan makan umpan, harap aku pun sabar macam tu dengan per4ngai dia. Aku ada impian untuk sambung belajar sampai phd pun dia support juga, siap tolong survey lagi tempat pengajian untuk aku dan check yuran pengajian.
Yang dia tanya pasal gaji aku, komitmen aku, simpanan aku tu, tujuannya dia nak tolong kira yuran pengajian yang sesuai dengan ekonomi aku masa tu. Maklumlah dia tu cikgu matem4tik. Isteri aku pula tak suka aku keluar memancing, membazir masa katanya.
Daripada keluar memancing, baik duduk di rumah selesaikan kerja rumah dan bersihkan halaman rumah. Aku sebut pasal nak sambung belajar pun dia macam tak support, dia cakap nak buat apa sambung, bukan gaji naik pun.
Buat yang tanya pernah tegur tak isteri tu, jawabnya dah pernah. Aku tegur melalui whatsapp, tak lama kemudian dia forw4rd whatsapp aku kat family aku. Dia block aku dan gambar whatsapp tukar hitam, FB dengan ig pula memang penuh dengan post dan quote pasal suami kena hargai isteri, d0sa suami s4kitkan hati isteri.
Aku pernah asingkan tempat tidur, isteri aku lagi suka, boleh online sampai pagi tanpa gangguan. Aku pernah tegur isteri depan – depan, aku minta dia sedia minum petang untuk aku, tak payah masak pun takpe, buat air dan hidang pisang goreng yang dibeli pun okay dah tapi dia merajuk sampai kemas kain baju balik rumah mertua aku sambil nangis – nangis walaupun aku tak naikkan suara dan cakap secara santai.
Waktu ni terp4ksa libatkan kedua orang tua kami sebab family isteri ingat aku pukuI isteri. Aku pujuk dia, dia minta aku terima dia seadanya dan aku yang perlu ubah diri aku untuk terima diri dia yang begitu. Aku dah pernah kaunseling di pejabat agama, aku cerita semuanya siap cakap lagi asal g4duh walaupun benda kecil pun minta cerai, cerai tu dah macam zikir kat mulut tapi orang pejabat agama cuma suruh aku sabar alasannya sebab aku dah lama sabar jadi teruskan bersabar sampai bila – bila.
Aku dah pernah kaunseling di unit psiki4tri tapi sempat tiga kali sahaja. Sesi 1 kaunselor suruh luah semua benda yang aku dan pasangan rasa, masa ni memang g4duh besar juga la sebab aku sebut macam – macam walaupun bukan semua.
Setiap apa yang aku sebut memang akan dapat jawapan baIas dari isteri. Sesi 2 kami masuk berasingan untuk sesi luahan perasaan. Sesi 3 kami masuk sama – sama dan kaunselor sarankan isteri aku supaya ubah per4ngai. Sesi 4 sepatutnya pergi lagi tapi isteri aku tak nak, dia tak boleh terima dia kena ubah per4ngai. Isteri aku siap komen, kaunselor tu b0doh, cakap entah apa – apa.
Dari awal kahwin aku tak pernah bandingkan isteri aku dengan awek Tupperw4re sebab aku sedar mereka orang yang berbeza. Aku start teringat dekat awek Tupperw4re sejak pindah rumah bulan 8 tahun ni. Masa kemas barang kat rumah baru, aku terjumpa jam tangan hadiah birthday dari awek Tupperw4re yang dia beli masa melancong ke Itali.
Sebulan sebelum birthday aku, awek Tupperw4re tanya nak hadiah apa? Aku cakap nak jam. Dia tanya aku ada contoh gambar? Aku bagi gambar kat dia. Dia cakap dia tak suka buat surprise, dia lagi suka tanya hadiah apa orang tu nak supaya dia boleh bagi benda yang memang orang tu nak.
Inilah satu – satunya hadiah dari awek Tupperw4re yang aku simpan sampai saat ni. Nak buang rasa sayang. Aku tak tahu berapa yang awek Tupperw4re bayar untuk jam ni. Masa aku turun KL, aku ada pergi kedai jam berjenama sama, tapi orang kedai cakap jam ini design baru dan belum masuk pasaran Malaysia.
Siapa yang kata awek Tupperw4re tu mata duitan, memang silap besarlah sebab awek Tupperw4re tu lagi berduit dari aku. Kerani sekolah dia pernah cerita, waktu orang lain sah jawatan dan sibuk buat permohonan beli kereta, awek Tupperw4re buat permohonan beli rumah, permohonan beli rumah tu dia buat sebelum kahwin lagi.
Lagi satu, bapa dia kerja oversea, gaji bayar guna dollar. Taklah kaya bebeno tapi kategori orang senang dan sangat merendah diri. Birthday awek Tupperw4re, dia minta origami bunga yang aku lipat sendiri, kad ucapan, pengepit kuku dan jadi pendengar yang baik sampai bila – bila.
Aku nak belikan benda lain, dia cakap tak payah, dia ada duit dan dia boleh beli sendiri. Birthday isteri aku pula nak kena beli hadiah barang branded atau barang kemas, cikai – cikai sambut kat menate, order steak makannya ciput je, bayar mahal – mahal balik tu siap pakej g4duh dalam kereta.
Masa birthday aku tahun ni, isteri aku nak celebrate. Aku cakap celebrate kita berdua dah la sebab tahun ni aku beli rumah dan start kena bayar dah, tak boleh nak spend duit banyak – banyak macam sebelum ni. Isteri buat surprise birthday siap ada makan – makan dengan jemput keluarga, jiran – jiran dan rakan sekerja kami.
Menu dia pilih macam – macam antaranya kambing bakar, gulai kambing, nasi arab, nasi minyak, mee kari, soto lagi. Aku ingatkan dia nak sponsor makan – makan tu sebab aku dah inform pasal bayar deposit rumah, bayaran bulanan dan kos renovate dapur rumah baru sebab isteri tak berkenan dapur yang asal.
Aku okay je dengan dapur asal sebab dah tahu jarang masak. Sekali dia claim kat aku duit makan – makan tu, dia sponsor kek je, kiranya kek tu la hadiah birthday aku. Aku beng4ng giIa sebab aku dah inform tahap kewangan aku macam mana, banyak mana duit aku yang aku keluarkan untuk rumah baru.
Bila aku sebut depan isteri aku, dia cakap aku berkira padahal benda sambut setahun sekali je pakej merajuk, tak bercakap dan tidur asing hampir sebulan. Aku marah dan s4kit hati kat isteri aku tapi tak mampu nak luah sebab nak elak masalah lain, akhirnya aku tumbvk dinding rumah sampai berd4rah tangan.
Isteri aku tengok tangan aku berd4rah macam tu dia jeling je, tak ada pun nak minta maaf atau beli ubat. Aku anak bongsu dan ibu aku ada sejarah s4kit jantung, sebab tu aku banyak berfikir sebelum ambil keputusan nak lepaskan isteri aku.
Nak poligami tak mampu sebab komitmen naik mend4dak sejak beli rumah. Doakan aku mampu bersabar sekurang – kurangnya sampai ibu tutup mata. Betul, aku pun rasa aku b0doh sebab tak pert4hankan hubungan aku dengan awek Tupperw4re dulu. Konon nak jadi anak yang baik dan tak meIawan cakap ibu. Padan muka aku.. – S (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nuur Al Akmal : Aku rasa lah kan.. Bini kau tu baru nak rasa jadi orang senang, sebab tu per4ngai macam – macam. Takpun jenis budak lembik dalam family. Awek Tupperw4re tu plak memang anak orang kaya asal, yang jenis sempoi, jenis tabah dari kecik.
Sebab tu dia boleh hadap banyak perkara dan takde drama. Kalau betul lah cerita kau ni tidak berat sebeIah dan benar berkaitan dengan bini kau tu, harap – harap kau tak s4kit mental dan tak kena s4kit jantung.
Siti Fadzilah : Ni nasihat untuk yang belum berkahwin terutama LELAKI.. in case future wife kau tu, mak kau tak suka Tapi dia dari kalangan orang yang baik, orang yang mendamaikan hati, orang yang bawa kau ke jalan syurga.
PERT4HANKANLAH hubungan tu sampai bernikah. Selama mane mak tu nak jaga kite. Isterilah yang kau nak hadap hari – hari. Bukan mak kau.. Memang lah restu mak tu penting. Tapi selagi mana kite buat kerana Allah.. kite tetap di jalan yang benar.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.