Aku tengking ayah sebab masih berhubung dengan mak. Aku takkan lupa apa yang mak buat dekat kami

news.allmhidotcom warning

Mak tinggalkan aku dan ayah masa umur aku 8 tahun. Aku tarik tangan mak jangan tinggalkan aku. Mak sep4k aku, dia kata aku boleh hidup dengan ayah. Mak nak tengok bapak aku boleh ke bagi aku hidup dengan pendapatan men0reh dia masa tu. Tiba – tiba tahun lepas mak hubungi ayah semula…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi pengalaman hidup aku yang sebenarnya bagi kesan dekat em0si aku sampai hari ini. Tentang aku yang tak akan pernah boleh maafkan mak aku sampai m4ti, mungkin.

Aku anak tunggal, hidup dengan ayah aku sejak umur 8 tahun. Aku lahir dalam keluarga yang dhaif. Ayah aku pen0reh getah dan ambik upah pot0ng rumput rumah orang cari rezeki lebih. Mak?

Mak aku tinggalkan ayah aku masa aku baru 8 tahun. Mak ikut lelaki lain, AJK kampung kat felda yang boleh bagi kesenangan hidup dekat dia masa tu. Hari ayah aku pergi men0reh, depan mata aku dia naik motor ikut lelaki lain entah pergi mana.

Dekat tengahari pandailah dia balik settle dapur kejap. Orang kampung bukan tak mengata, dah mengata dah. Tapi memang begitulah keadaan dia. Aku ingat lagi, aku tak pernah rasa mak ikhlas beIa aku, lahirkan aku.

Pernah mak tonjoI kepala aku tiba – tiba sebab aku duduk dekat meja makan. Ada hari tu kaki aku Iuka sebab main bola kampung terseret. Tercabut kulit lutut aku tunggu masa gugur. Aku balik mengadu dekat mak dengan rasa berharap mak sapukan ubat.

Apa yang mak buat? Mak tarik kulit tu lepas tu seb4t guna h4nger dekat bahagian Iuka tu. Menangis aku. Benda yang keluar dari mulut mak c4ci m4ki aku menyusahkan tak guna cari peny4kit. Ayah tak ada malam tu aku tak ingat ayah pergi mana.

Satu hari, aku jumpa r4cun tikus punya paket dalam sinki. Aku curious sebab aku ni lasak memang biasa tak pernah aku jumpa tikus kat rumah ni. Takat Iastik cicak, kejar lipas, sebat kalkatu tu memang profession aku, saham cari makan.

Tiba – tiba mak keluar dari bilik kata nak pergi hantar makanan dekat ayah. Aku tak fikir sangat apa – apa masa tu walaupun memang mak tak pernah kesah pasal makan minum ayah selama ni.

Mak pernah jerit dekat aku dengan ayah, kalau kau jantan – jantan nak makan, masak sendiri! Pergi carik janda! Ya Allah… Janda pun aku tak tau pebenda masa tu. Ingatkan nama kedai. Sambung balik bab r4cun tu.

Mak keluar dengan mangkok tingkat pergi ke ladang getah. Jarak dia tak jauh pun dari umah aku kira boleh jalan kaki je. Entah macam mana aku tiba – tiba tak sedap hati, aku ikut mak aku pergi ladang tu. Aku kejar mak aku.

Aku tak tau apa – apa masa tu aku menangis dah walaupun aku rasa takkanlah mak sanggup r4cun ayah. Entah macam mana, mak perasan aku mak tanya kenapa ikut nak buat apa? Aku pun ingat – ingat lupa apa aku jawab balik tapi memang muka mak lain macam takut.

Tiba – tiba mak capai ranting kayu kat atas rumput mak seb4t aku. Adalah dua tiga motor budak kampung lalu pandang je aku kena beIasah dekat situ. Allah tolong aku, ada sorang pakcik ni naik motor dia berhenti tanya kenapa pukuI anak.

Aku yang menangis ni terus lari balik rumah. Kawan – kawan aku yang jalan kaki nampak sampai kejar aku nak tau kenapa aku macam tu. Malam tu ayah balik, ayah berg4duh dengan mak.

Aku perasan AJK kampung tu dalam kereta tunggu luar rumah. Mak suruh ayah ceraikan mak sebab dia kata ayah aku dayus tak pandai beIa bini. Tu lah malam mak aku tinggalkan aku dalam keadaan aku tarik tangan mak jangan tinggalkan aku.

Mak sep4k aku, dia kata aku boleh hidup dengan ayah. Mak nak tengok bapak aku boleh ke bagi aku hidup dengan pendapatan men0reh dia masa tu.

Kini.. Tahun lepas, mak cari kitorang. Mak tanya khabar aku, ayah, cucu dia dan isteri aku. Semua ni terkant0i sebab aku terjawab telefon ayah aku masa dia dalam tandas. Aku kenal suara tu walaupun dah berpuluh tahun dia tinggalkan aku.

Aku menangis sangat – sangat, jatuh air mata jantan aku depan isteri aku malam tu sebab aku marah sampai menangis. Kenapa ayah masih berhubung dengan mak aku lagi sedangkan perempuan tu dah buat macam – macam  dekat kami.

Perempuan tu pernah cuba r4cun ayah, aku yakin satu benda ni. Ayah kata mak s4kit. Mak dah bercerai dengan suami AJK kampung dia tu. Mak perIukan duit untuk diaIisis.

Sebab dia dapat tau daripada makcik aku (kakak mak, tolong jugak aku membesar masa mak lari dulu) yang aku dah jadi engineer, dia nak mintak bantuan duit. Kau rasa dend4m aku tak membara ke, bila mak aku cari aku sebab duit?

Kenapa bukan sebab menyesal kenapa mesti sebab duit je? Aku tengking ayah malam tu. Aku kata jangan berani contact mak lagi sebab aku takkan lupa apa yang dia buat dekat ayah, dekat aku.

Tergamak mak tinggalkan aku macam tu. Benda tu tiba – tiba diam lepas beberapa minggu, aku boleh cakap dengan ayah macam biasa. Alhamdulillah bini aku sangat membantu dalam hal ni.

Dia selalu bagi positive vibe bila aku mula nak fikir bukan – bukan. Betullah, perempuan dah jadi mak dia akan pandai handle banyak benda, tapi dalam kes ni mak aku terkecuali lah eh?

Ada satu hari tu, aku balik kerja lambat sebab memang serabut dengan projek dekat bintulu. Balik – balik bini aku hidangkan makanan, siap tuangkan lauk semua. Lepas dia dukung anak aku, dia ambil tempat kat sebeIah teman aku makan.

Entah macam mana sambil aku makan aku menangis. Aku tak terungkap rasa s4kit dalam diri aku, aku tak pernah rasa perempuan care pasal aku macam ni. Mak aku tak pernah layan aku macam ni, tak pernah teman aku dekat meja makan pun.

Pernah masa aku manja – manja nak mintak mak suap aku, mak h4ntuk kepala aku atas pinggan kaca warna kuning (pinggan orang dulu – dulu tu). Ya Allah nasib tak pecah kalau tak berparut dah kepala aku.

Mak aku kata tak guna, aku dah tolong masak kau mintak macam – macam lagi baik mamp0s. Bini aku sampai menangis kat sebeIah tanya kenapa aku jadi macam tu, dia masak tak sedap ke atau aku tak suka lauk dia masak..

Aku tak tercakap, sebab aku rasa s4kit sangat – sangat bila teringat mak buat macam tu. Kaki palsu ayah? Ayah hilang kaki sebab terlibas mesin rumput. Mula – mula dia infection Iuka tu dah teruk sangat – sangat kuman merebak.

Masa tu kitorang tak mampu nak tanggung kos perubatan mahal – mahal semua. Akhirnya, ayah hilang kaki (bukan semualah). Aku takkan lupa macam mana ayah berk0rban untuk aku sampailah aku masuk u pun ayah masih nak bagi duit dekat aku.

Aku tau ayah tak dapat banyak duit tapi sebab dia tahu aku takda mak. Ayah pernah je beIasah aku teruk – teruk sebab aku p0nteng sekolah konon – konon nak member0ntak jadi budak buat masalah sebab masalah keluarga.

Balik tu ayah beIasah aku bebirat belakang. Tapi malam tu aku terjaga dalam pukuI berapa pagi, ayah datang bilik aku. Aku boleh dengar lagi dia sedu – sedu menangis sapu ubat untuk aku.

Lama dengan aku sekali mengalir air mata sebab rasa d0sanya aku dekat bapak aku. Aku menyesal sangat. Harini, Nilah hasil dia.. lepas setahun kerja, aku kumpul duit untuk ayah buat kaki palsu.

Aku nak ayah senang jalan – jalan cari makan, lagipun hobi ayah mesen rumput. Tak ade rumput pun dia still akan on mesin tu biar berbunyi. Hahahaha ayah, ayah. Macam mana aku boleh terinspirasi nak tulis benda ni, sebab aku cucikan kaki palsu ayah.

Sambil lap sambil menangis teringat jasa ayah untuk aku selama ni. Untuk pengetahuan pembaca, Ayah dah empat hari dalam wad, semput mungkin sebab dah terlalu tua. Keuzuran dia buat aku takut hilang ayah.

Aku ambik turn jaga ayah dengan wife, isteri memang banyak main peranan dalam urusan jaga ayah. Aku ada benda nak pesan sesama kita :

1. Jadilah anak yang baik. Kadang – kadang parents kita, pasangan kita tak mampu provide kesenangan harta yang banyak dekat keluarga dia but kita kena selalu ingat effort dia.

2. Jangan biadap dengan orang tua especially ayah mak kita (dalam kes ni ayah akulah, aku sayang ayah).

3. Doakan aku, untuk maafkan mak aku, terima dia. Terima kasih semua. Sekian.

Komen Warganet :

Metalcrafr Bro : Syurga di telapak kaki ibu aku rasa ada maksud yang lebih mendalam. Pada aku maksud sebenar adalah langkah ke mana arahnya ibu bawa anaknya.

Contoh kalau ibu ajar dan bawa si anak ke arah kebaikan itu lah ke arah syurga tapi kalau langkah ibu ke arah ner4ka, harap si anak tu diberi hidayah untuk keluar dari langkah ibu. Akhir zaman ni dah banyak kelakuan ibu menjerumuskan anak ke arah kesesatan juga.

Jadi pada aku syurga di bawah telapak kaki ibu dah tak sesuai la untuk tapak kaki ibu yang salah ni. Cuma si anak wajib lah memberi penghormatan pada si ibu. Kerana ibu tetap ibu yang melahirkan si anak tu.

Tiap kata syuga di bawah tapak kaki ibu, aku dok terkenang ada ibu yang sanggup d3ra anak, buang anak, jual anak. Apakah masih ada syurga di bawah tapak kaki ibu – ibu yang macam tu buat si anak yang maIang macam tu…????? Apa korang fikir…. !!!!

Edzhar Daniel : Mak dia hampir bunvh dia semasa kecil, tinggalkan dia semasa dia perIukan kasih seorang mak. Jenis mak dia ni tak rasa s4kit pun melahirkan anak, bersalin secara C -Section..

Rasa menyesal lagi Mak melahirkannya, tak sempat bunvh sebab ada ayahnya. Petanda seorg ibu tidak sayang pada anak, sanggup tinggalkan anak.. Macam juga ibu lain yang sanggup buang anak.. Anak tiada d0sa diperlakukan seperti binatang..

Jadi apa hukvm pada si ibu yang kej3m pada anak kandungnya sendiri,. Di manakah syurga jika telapak kaki ibu sering diguna untuk teraj4ng anak tanpa beIas kasihan.. Sepatutnya seorang ibu yang tahu kesengs4raan melahirkan anak tak akan buat benda yang kej4m terhadap anaknya sendiri. Biar apapun ibu tetap dihorm4ti.

Sunarti Sukirman : Sedih kisah awak. Selalu kita dengar tentang anak derh4ka. Bagaimana pula sekiranya ibu atau bapa yang tidak menjalankan amanah sebaiknya kepada anak – anak??

Semoga ayah awak cepat sembuh. S4kit dan pahitnya awak rasa namun saya doakan semoga ALLAH lembutkan hati awak untuk memaafkan ibu awak.

Mizah Salleh : Baca kisah ni, teringat kisah mak aku. Semua kisah hidup dia dari kecik dia cerita kat aku tapi, dia tetap maafkan org tua dia, layan dan jaga depa elok – elok bila dah tua dan sampai hujung usia.

Dia kata kat aku “mak ada anak. Mak tak mau nanti anak – anak mak kalau tengok mak tak layan dan jaga mak abah mak elok – elok, nanti anak – anak mak akan buat benda sama kat mak masa mak tua.

Pasal apa depa buat kat mak dulu, mak dah maafkan.” Untuk tt, cuba ambik masa untuk maafkan mak awak.. Insyaallah hidup awak pasti senang dan hati akan jadi lebih tenang..

Siti Norjannatul : Saya pernah dengar baIas dend4m paling bagus untuk orang yang kita benci, buat benda baik dekat dia, layan dia baik – baik sebab tu akan buat dia rasa serba salah seumur hidup.

Untuk awak plak, melupakan tu payah, memaafkan memang susah. Tapi dengan memaafkan bukan buat awak kalah, malah nak buat hati awak lega. Sampai bila pun kalau awak tak maafkan, hati awak akan terus rasa s4kit..

Sejahat – jahat dia, dia tetap ibu awak, dia dah dapat baIasan kat dunia lagi. Tapi itu d0sa dia dengan ayah awak dan Allah. Ayah awak tanggung lagi teruk tapi dia boleh memaafkan. Mulia sangat hati dia, jadilah macam dia, contoh terbaik untuk awk..

Apa kata anda?