Aku tgk suami berhenti kerja, aku pun berhenti kerja sbb aku xnak dia lari dari tanggungjawab

Beberapa bulan lepas kahwin suami aku m4kin malas kerja. Dia selalu ponteng dan akhirnya berhenti. Aku dah nampak macam dia nak alihkan tanggungjawab dekat aku. GiIa tak giIa aku pun berhenti kerja jugak. Suami aku cakap dalam keluarga dia, mak dia yang banyak keluarkan perbelanjaan. Aku dah nampak….

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih admin kalau siarkan confession ni. Aku seorang perempuan berumur 26 tahun, dah ada 2 orang anak. Tahun ni dah masuk tahun ketiga aku dan suami mendirikan rumah tangga.

Aku rasa terpanggil untuk confess kat sini bila baca banyak isu rumah tangga sejak akhir – akhir ni. Dan kebanyakannya pasal suami yang culas bab tanggungjawab. Kisah aku ni lebih kepada pahit manis dalam rumah tangga.

Boleh dik4takan sebelum kahwin aku jenis yang berdikari and happy go lucky. Senang cerita selalu happy je. Aku and suami bercinta setahun sebelum kahwin. Suami aku kategori yang nampak baik and jaga agama jugak.

Awal kahwin aku seronok je. Kentut pun bau cupcake. Aku and suami dua – dua keje. Pendapatan kami sederhana. Hidup kat tengah band4raya KL. Tapi selepas beberapa bulan, suami aku jadi m4kin malas keje. Dia selalu ponteng dan akhirnya dia berhenti.

Lepas suami aku berhenti tak lama lepastu aku pun berhenti jugak. GiIa tak giIa tapi aku berhenti jugak bila aku rasa suami aku dah mula nak alihkan tanggungjawab dia pada aku. Ibu bapa kami tak pernah tahu pasal ni sampai sekarang.

Bagi aku, aku lebih reIa makan pasir daripada suami aku lari dari tanggungjawab. Tapi aku tak makan pun pasir. Bila duit betul betul zero and terdesak kami akan bergilir – gilir mintak atau kadang – kadang pinjam duit sikit dari ibu bapa dengan macam – macam alasan tapi selalunya suami aku la yang selalu mintak dengan ibu bapa dia sebab dia segan nak suruh aku pinjam dengan ibu bapa aku.

Suami aku ni anak orang senang la jugak dan kebanyakan perbelanjaan rumah family dia, suami aku cakap mak dia yang tanggung. Ayah dia  banyak habiskan untuk diri sendiri je. Aku tak nak suami aku jadi macam tu.

Jadi bermulalah hidup kami yang tunggang Ianggang. Gaji terakhir aku and suami sebelum berhenti dah m4kin susut, bil api air kereta m4kin tertunggak. Nasib baik rumah yang kami duduk rumah ibu bapa aku beli.

Jadi tak payah bayar sewa pun, ibu bapa aku ok je walaupun aku rasa segan. Tak lama lepastu suami aku mula kant0i dengan tengok video Iucah, cubaan chatting ng0rat perempuan perempuan tak cukup kain dekat wechat, insta dan beberapa lagi media sosiaI.

Aku daripada hormat terus hilang hormat dengan suami aku. Tiap kali kant0i video and chatting aku akan ng4muk teruk and suami aku punya maaf dah tak boleh pakai. Suami aku punya style dia buat fake account and cuba ng0rat perempuan perempuan s3ksi tapi basib baik jugak takde yang bagi serius respond sebab dia pun pakai fake account kan.

Bila kant0i alasan suami aku, saja suka – suka je takde apa pun. Tapi bagi aku mula dari saja suka – suka la yang boleh jadi bah4ya. Sempat lah dua bijik fon suami aku berkecai. Bukan aku yang h4ncurkan tapi suami  aku sebab dia geram bila aku ng4muk m4ki – m4ki dan dia tak boleh nak baIas balik sebab benda tu berpunca dari dia.

Jadi, dia lepas geram dekat fon. Huhu. Sejak tu kami memang selalu g4duh, boleh dik4takan setiap hari. Aku dah mula sangsi dengan suami aku, selalu member0ntak, marah, menangis, murung, rasa terper4ngkap dalam perkahwinan yang serabut.

Aku and suami takde lah alim mana tapi bab solat kami jaga jugak. Selalu jugak solat sama – sama, mengaji sama – sama. Tapi sebabkan suami aku tak kerja, tak laksana tanggungjawab dengan betul, selalu kant0i p0rn and chatting buat aku rasa tak tenang.

Aku and suami dua – dua macam kena k3jutan lepas kahwin. Dia rasa terbeban, aku pulak rasa tertipu. Penah jugak beberapa kali aku mintak cerai tapi suami aku diam je. M4kin lama hidup kami m4kin sempit.

Suami aku mula lompat kerja dari satu tempat ke tempat lain. Dia kerja 3, 4 bulan kemudian berhenti, lepas tu cari kerja lain. Aku dan suami masing – masing ada pelajaran jadi agak senang jugalah nak dapat kerja.

Sementara nak dapat kerja lain tu bertabahlah kami berjimat cermat dengan apa yang ada je. Suami aku selalu jugak suruh aku cari kerja, aku iyekan je tapi aku tak cari sungguh – sungguh sebab aku tak nak kerja lagi dan aku tak nak suami aku rasa senang dengan gaji isteri.

Ada masa yang kami hitung duit syiling untuk makan, takde duit nak pegi mana – mana pun. Ada barang yang boleh jual kami jual online and pakai duit tu untuk terus hidup. Peritnya hidup susah ni tak payah cakap.

Orang yang pernah hadap je tau macam mana rasanya. Tapi aku okay sebab aku nak suami aku sedar and belajar bab nafkah. Bagi aku, aku okay kalau hidup susah dengan suami, tapi aku sangat tak boleh terima kalau suami aku tak ade rasa tanggungjawab dan menggataI dengan perempuan lain.

Sebab yang menghadap susah payah hidup dengan dia ni aku jugak. Aku and suami pernah sama – sama berniaga tepi jalan, jual barang – barang online tapi selalu separuh jalan je. Penah jugak g4duh dan suami aku cakap aku ni beban pada dia.

Memang aku s3ntap and rasa macam tak nak dah jadi bini dia tapi nanti suami datang aku mintak maaf. Tahun kedua kahwin, aku selamat lahirkan anak sulung kami. Hari terakhir p4ntang suami aku berhenti kerja lagi.

Memang aku rasa serabut. Tak lama lepastu suami aku buat keputvsan nak ajak pindah balik negeri asal kami sebeIah utara. Aku ikutkan je. Kami tinggal dengan mertua aku beberapa bulan sementara husband aku cari kerja.

Lepas dapat kerja, suami aku kant0i lagi tengok video dan chatting lagi. Dan untuk kesekian kalinya aku meng4muk lagi. Akhirnya aku mintak suami aku cari rumah sewa, supaya kami boleh duduk asing dengan mertua and senang sikit aku nak hadap per4ngai suami aku yang selalu buat aku marah.

Lepas dah dapat rumah sewa dan mulakan hidup baru dengan kerja baru and tempat baru, suami aku m4kin hari m4kin baik. Dah kurang kant0i video dan chatting. M4kin sibuk dengan kerja tapi kami masih selalu g4duh.

Alhamdulillah anak kami tak banyak ragam dan sebagai ibu bapa kami berlakon macam tak ada apa – apa yang berlaku. Jadi, satu hari aku cuba muhasabah diri. Apa salah aku, kekurangan aku. Kenapa kami masih selalu g4duh, rezeki masih  sempit.

Akhirnya aku sedar yang aku pun kena banyak sabar, cakap yang baik – baik, doa yang baik – baik. Sebab aku memang tak boleh kawal suami aku sepanjang masa. Alhamdulillah m4kin lama suami aku nampak m4kin m4tang dan m4kin bagus bab tanggungjawab.

Apa – apa keperluan aku dan anak dia akan tunaikan dengan baik. Selepas hapir 2 tahun baru aku dan suami boleh terima satu sama lain. All these while kami macam selalu salahkan satu sama lain. Sebelum ni aku takut kalau hilang suami aku sebab aku memang sayang dia.

Tapi sekarang aku sedar aku tak boleh kawal semuanya. Sesungguhnya Allah yang memegang hati hati manusia. Jadi aku cuma boleh doakan yang terbaik and usaha untuk jadi lebih baik inshaAllah. Sekarang anak dah masuk dua, suami aku dah ada kerja tetap dengan gaji yang baik dan dah tak suruh aku kerja.

Bila aku cakap nak kerja, suami aku suruh duk rumah jaga anak – anak atau buat online business. InshaAllah akan cari income sendiri jugak lepas anak – anak dah besar sikit. Jadi aku rasa apa yang Allah bagi harini berbaloi dengan apa yang aku dah hadap.

Pengalaman adalah pengajaran yang terbaik. Layanan suami aku m4kin baik, aku m4kin gembira dan rezeki pun rasa m4kin lapang. Aku urus rumah dan anak – anak, suami aku cari duit. Maisng – masing bertolak ansur.

Hari cuti suami aku tak berkira untuk tolong aku dan bawak kami anak beranak jalan – jalan. Harapnya akan datang pun yang baik – baik saja inshaAllah. Tolong doakan ye. Jadi lah isteri yang bijak di samping berusaha menjadi isteri yang baik untuk suami. Taat tu wajib dan perlu bila kena pada tempatnya. Happy wife happy life. Sekian terima kasih. – Isteri tak sempurna

Sambungan.. Maap ye. Kepada yang cakap kami anak orang senang tolong jangan salah faham. Aku nak tambah sikit lah. Memang family kami banyak membantu tapi perit hidup susah tetap ada. Masa aku kerja aku tak berkira pun untuk belanja beli barang dapur dan suami aku tak ambik tau sangat pasal keperluan rumah.

Banyak yang aku beli sendiri. Memang berdikari. Sampai la suami aku berhenti dan aku pun berhenti sebab aku memang dah nampak permulaan suami aku macam mana. Kereta kami tertunggak berbulan. Suami aku kena surat amaran bukan sekali dua tapi dah berkali – kali.

Tiap kali bank call untuk tarik kereta aku dan suami akan kelam kabut call sana sini untuk cari duit. Selalunya suami aku akan bayar untuk sebulan je hanya untuk bagi orang bank senyap kejap. Kadang – kadang dapat bayar pakai duit gaji sendiri jugak.

Dan part berniaga tepi jalan tu aku tolong suami aku berniaga mula aku pregnant 5 bulan sampai dah sarat. Kena marah dengan peniaga melayu yang d3ngki, kena saman dengan MBKL semua kami merasa. Sehari sebelum aku bersalin aku masih ikut suami aku berniaga tepi jalan sebab duit kami setiap hari cukup makan je.

Anak kami keluar lewat 4 hari dari due date. Kami stop berniaga 3 hari sebelum anak keluar sebab suami aku dapat better job offer. Tapi lepas tu, suami aku berhenti lagi hari last aku berp4ntang. Str3ss bagai nak giIa.

Pernah jugak lapar tengah malam tapi yang tinggal duit syiling je. Kami hitung duit sama – sama and beli burger tepi jalan kongsi berdua. Rumah kami pernah kena pot0ng air sampai suami aku terp4ksa tebalkan muka mintak pihak maintenance seminggu untuk cari duit and bayar bil air.

Senang cerita semua bil kami tertunggak beratus ada yang sampai beribu. Bank call bukan sebulan sekali tapi sebulan berkali – kali. Kesian memang kesian tapi aku tak nak suami aku duduk saja. Dan kami pergi mana – mana pun banyak naik motor sebab nak jimat duit minyak.

Sampai aku pregnant 6,7 bulan pun masih ikut suami naik motor. Pernah satu malam naik moto masa aku dah sarat jugak dan tiba – tiba rantai motor jatuh masa dalam perjalanan balik, nasib baiklah dah tak jauh. Dalam 2km lagi dari rumah.

Jadi terp4ksa jalan kaki dengan suami dalam keadaan sarat sampai ke rumah. Memang rasa susah dan syahdu tapi aku masih sayang suami. Dan sekarang alhamdulillah semua dah m4kin baik. Dah tak ada lagi bil – bil tertunggak.

Aku hanya nak terangkan sebab point utama aku bukan pasal susahnya hidup kami dulu tapi point utama aku kat sini jangan la menonong redha je walaupun suami tak bertanggungjawab. Walaupun dapat suami yang takde rasa tanggungjawab tapi masih ada harapan untuk isteri didik suami.

Mungkin cara aku ni berkesan untuk suami aku je. Lain orang lain caranya. Tapi kepada para isteri yang diani4ya suami tu bangkit lah dan berju4ng. Jangan biarkan dirimu terus diani4yai. Dan buat para suami, ketahuilah m4kin tip top tanggungjawab anda m4kin murah rezeki Allah bagi. Jangan ada yang terasa hati ok.

Komen Warganet :

Sur Real : 5 tahun perkahwinan adalah satu tempoh yang cukup perit. Segala harta benda, emas perhiasan, simpanan, keuntungan perniagaan aku yang kecil – kecilan aku usahakan dah habis hanya disebabkan seorang suami yang culas akan tanggungjawabnya.

Aku cuma harap Allah akan gantikan dengan yang lebih baik di masa akan datang. Bila suami dah tak kesah tentang rumahtangga dan suruh aku keluar bekerja, aku rasa dah sampai masanya untuk aku angkat kaki dari ner4ka dunia.

Kami bercerai. Anak – anak dengan aku. Dan sampai sekarang, setelah 2 tahun bercerai, nafkah anak – anak memang dia tak bagi. Hak kami dinafikan, kami dizaIimi, diani4ya. Takpe, Allah ada. Dan sampai sekarang ni, dia masih salahkan aku kerana aku yang memilih jalan perceraian.

Wow! Just wow! Hebat sangat dia ni. Semoga Allah buka pintu hati dan beri hidayah padanya supaya dia sedar akan tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki dan ayah sangat – sangat berat tu. Untuk adik – adik di luar sana yang masih single, berdoa lah banyak – banyak supaya Allah kurniakan seorang suami yang penuh dengan rasa tanggungjawab.

Asna Zhafran Zahra : Cerita dia tak semua berakhir dengan happy ending. Macam yang confessor cakap, jalan ni berkesan untuk dia dan suami dia. Tapi peluang hanya 50-50. Nasihat aku. Teruskan bekerja tapi limitkan pada tanggungjawab isteri sahaja.

Jangan bayar nafkah atau tanggungan suami. Simpan duit untuk kec3masan. Agak – agak dah p4rah angkat kaki goodbye. Dengar macam k3jam tapi ketahuilah untuk ubah seorang lelaki yang selama 20-30 tahun tak bertanggungjawab kepada bertanggungjawab adalah sesuatu yang sangat sukar tapi tak must4hil.

Usaha dan peng0rbanan yang perlu diberi tak ternilai. Lagi – lagi oleh sang isteri. Belum lagi drama dari keluarga mertua dan lain – lain. Ini cara kalau suami masih ada keinginan nak kerja tapi lompat – lompat.

Macam kes ni kira ok lagi suami masih nak berniaga nak cari kerja walaupun lompat – lompat. Maih ada nampak usaha suami. Tapi kalau suami jenis buat tak tahu, tak peduli tak nak usaha langsung, tolong jangan ikut cara ini.

Ikut cara yang simpan duit angkat kaki. Percayalah cakap aku sebab aku lalui dah ape confessor lalui malah lagi teruk lagi. Tolonglah para isteri, sayangi diri anda dahulu, anak – anak anda dahulu. Jangan berk0rban memb4bi buta untuk orang yang tak layak dan hargai anda.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?