Isteri tak hormat aku, baru setahun kahwin dah banyak kali mintak cerai. Baru ni kami berg4duh, dia c4bar aku untuk cerai. Aku sabar, lari naik motor. Dekat atas motor, isteri mesej bagitahu dia dah pecahkan kamera aku. Tu kamera syarik4t…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku hanya nak pendapat dari orang lain. Isteri aku dengan aku dah tak sehaluan, malah dia akui aku ni no.2 selepas ibu dan ayah dia. Untuk pengetahuan anda, bebaru ni ada terbaca mesej hasutan dari mak mertua.
Dalam mesej tu mengandungi tuduhan dari mertua yang aku ni dah mencuri barangan isteri aku untuk dib0mohkan dan isteri telah termakan hasutan itu. Dalam mesej tu juga ada tertulis arahan mak ayah dia supaya memasukkan air jampi dekat aku.
Aku tanya dekat isteri aku, air apa yang dimasukkan dalam makanan dan minuman aku? Dia kata takde apa – apa, sampai berlaku perg4duhan dan dia sanggup bersumpah dengan Al-Quran. Baru ni aku terima mesej dari mak mertua, dia kata tu adalah air jampi dari ulama tetapi yang mushkil, dalam mesej tu mak mertua larang isteri aku minum dan makan dari makanan yang dicampur dengan air tu.
Aku syak something sebab isteri dan mertua aku beri alasan yang bercanggah. Aku pernah ajak kaunseling kali ke-2 tapi dia tak nak malah dia telah mengh1na ustaz yang beri kaunseling dengan mengatakan ustaz itu b0doh, macam kartun, tak berpengalaman, takde ilmu, pilih kasih.
Aku dah memberi peluang kepada isteri untuk memilih ustaz atau ustazah pilihan dia tetapi dia enggan. Baru – baru ini dia bersetuju untuk pergi kaunseling tapi ugvt dekat aku agar tak cerita berlebihan atau dia akan bertindak luar jangkaan.. Aku betul – betul kecewa.
Sekarang ni aku duduk se rumah tapi macam orang asing. Aku pernah tegur suruh isteri aku solat tapi jawapan dia mengecewakan. Dia kata itu urusan dia dengan Tuhan… Aku minta maaf kalau post aku buat korang semua tak selesa tapi aku tak tahu luah kat apa lagi?
Aku tertekan sangat sampai aku jatuh s4kit. Untuk pengetahuan korang semua, usia perkahwinan aku tak sampai setahun. Bayangkan masa hari bersanding dia marah aku masa adat bersantap depan orang ramai. Dia boleh tengking jurufoto.
Masa dalam bilik pengantin aku kena marah, kemudian masa lewat petang kawan aku dari KL datang ke Lumut, Perak untuk hadiri perkahwinan aku, mereka nak tangkap gambar sesama. Isteri aku boleh jeling lepas tu pergi macam tu je. Itu semua sebab aku lewat setengah jam… Pasal itu saja.. Aduhhh sedih aku…
Pernah sekali kami berg4duh, isteri aku minta cerai banyak kali. Kalau ikut s3tan aku kat keliling ni aku dah lafazkan tapi sayang rumahtangga punya pasal aku keluar rumah untuk elak aku lafazkan ayat cerai tu. Masa atas moto aku dapat mesej dari isteri aku berbunyi, “Padan muka kau, aku dah jah4namkan kamera kau.”
Aku patah balik ke rumah, memang betul kamera tu dah jah4nam, tapi tu bukan kamera aku, tu kamera tempat kerja aku yang mereka amanahkan untuk jaga dan isteri aku pun tahu tu kamera tempat kerja aku. Ya Allah, tabahkan hati h4mba-Mu ni.
Sebelum kahwin, fasa kami bertunang dah banyak per4ngai dia yang aku nampak. Kebanyakan perg4duhan berlaku sebab aku tak angkat telefon. Sebab apa tak angkat? Banyak sebab antaranya aku meeting mestilah silent hp, aku pergi tandas tinggal hp kat meja dan kadang – kadang tu aku masuk bilik bos aku pun aku tinggal kat meja. Biasa la kerja kat kementerian memanjang meeting je.
Nak ditunjukkan Tuhan 2 minggu sebelum kahwin kami berg4duh sebab aku tak angkat telefon sahaja. Aku dah jelaskan berpuluh kali sebelum ni dan pada masa tu juga aku terangkan. Tunang aku tuduh aku dating, ada perempuan lain.
Kami berg4duh tapi tak sangka dia serbu aku kat pejabat. Kebetulan masa dia serbu ada 3 orang staff wanita dan 4 orang laki, semua kawan aku. Tunang aku nampak aku kat opis dengan mereka.. Tunang aku boleh call mak dia cakap aku berduaan dengan wanita.
Aku geram sangat sebab tu semua fitnah, walhal jarak kawan aku yang perempuan tu dalam 5 meter siap dipisahkan dengan partition board lagi tu. Kemudian aku SMS mak tunang aku bagitahu benda sebenarnya, siap sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk kebenaran tu.
Geram tu memang geram la. Lepas tu aku keluar dari opis tinggalkan dia. Selang setengah jam dapat SMS dari dia “Padan muka kau, aku dah delete file dalam PC kau. Aku dah koyak barang – barang kau kat sini.” Mula – mula aku ingat main – main jer.
Lagipun mana la dia tahu guna iMac. Esok masuk opis aku tengok meja aku bersepah dengan koyakan hasil kerja grafik aku. Lebih meny4kitkan hati hasil kerja aku 2 tahun dia dah delete, rasa nak menangis plak masa tu. Ye la perit jerih buat design last – last senang je orang lain delete.
Aku ada terpikir untuk putus tunang masa tu, sebelum terlambat. Aku dah nekad tapi nekad aku aku dipatahkan dengan ayah mak aku. Mak aku pernah bercakap, “Kalau boleh sebelum mata mak tutup, mak nak tengok kau dengan dia kahwin. Mak tengok nak tengok cucu plak.”
Aku dengar camtu hati aku lembut balik tambahan lagi kawan – kawan dan adik beradik cakap nanti lepas kahwin dia akan berubah sebab sekarang dia rasa insecure lagi selagi aku ni tak kahwin ngan dia sebab perempuan kuat cemburu masa bertunang..
Aku pun teruskan perkahwinan dengan harapan dia mesti berubah. Rupa – rupanya memang dia berubah tapi berubah jadi Hulk versi wanita. Apa aku cakap semua dia bangkang. Apa aku nasihat dia Ianggar. Aku pernah marah – marah dia tapi hasilkan dia meIawan, jadi aku cuba berlembut plak tapi hasilnya lagi teruk. Bukan teruk je, senang – senang je dia maIukan aku dengan mesej camtu…
Untuk pengetahuan korang semua, tak sampai 3 minggu kahwin dia dah main mintak cerai. Dia ingat cerai ni benda main – main. Dia ingat, dia mintak cerai tu, aku tak terc4bar. Aku terc4bar cuma aku ni marah – marah pun tahan dari cakap ayat cerai tu.
Sekarang ni aku nak memfailkan penceraian tetapi isteri aku mengandung 7 bulan. Sejujurnya aku nak failkan penceraian selepas dia bersalin tetapi keadaan sepanjang menunggu dia bersalin keadaan bertambah teruk. Malah kami macam orang asing bila duduk serumah.
Perasaan hormat kat aku usah cerita la, memang takde langsung. Aku harap ada pendapat bernas dari sahabat dalam ni sebab ada yang kata baik failkan walaupun masa mengandung, ada yang suruh failkan selepas bersalin. Aku buntu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.