Aku terk3jut mak tiba2 call, bila aku angkat phone aku dgr mak ckp ‘tolong’

Aku hantar mak pergi kIinik tapi masa tu aku takut duit tak cukup. Aku tak tahu berapa kos dekat kIinik swasta. Aku bagi mak RM300 dan aku minta izin pergi bank. Aku terp4ksa pergi bank yang agak jauh, masa aku balik aku terpandang mak tengah jalan, jauh dari kIinik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambutan. Aku nak confess dekat sini bahawa seingat aku, sepanjang hidup aku, aku tak pernah cakap aku sayang mak aku dekat mak aku. Bukan aku tak sayang, cuma aku tak pernah cakap.

Dalam adik beradik aku, aku sorang je yang paling kenal mak aku sebab aku je yang duduk lama dengan mak ayah aku. Abang, kakak aku duduk asrama masa sekolah kemudian merantau dan terus kahwin. Sebelum masuk belajar dan selepas habis belajar aku memang duduk dengan mak ayah.

Kerja pon dekat. Nak dijadikan cerita, mak aku normal dengan orang lain tapi bila dengan aku, mak aku ni macam nakal. Aku dari kecik memang tak nakal langsung.  Tapi mak aku memang nakaI sampai sekarang aku jadi m4ngsa. Orang lain selalu ada anak nakaI kan, tapi kes aku terbalik. Aku nak share pengalaman aku je.

Peristiwa 1 : Pada suatu petang, aku duduk dekat luar rumah, angin sepoi – sepoi bahasa, burung berkicauan. Aku hirup ud4ra segar kampung. Tiba – tiba phone berdering, tertera nama ‘Mak’. Aku angkat, aku dengar suara mak aku cakap ‘tolong’.

Sepantas kelajuan cahaya aku berlari masuk rumah, aku lompat pagar rumah aku. Sampai dalam rumah, aku nampak mak aku terbaring dekat ruang tamu, lepas tu aku dengar mak aku cakap “Tolong ambilkan remote tu Butan, mak tak sampai” sambil tunjuk remote yang jarak semeter dari beliau. Aku kenangkan syurga bawah tapak kaki beliau je masa tu.

Peristiwa 2 : Aku balik dari kerja dalam pukuI 5 petang, aku baring dekat kerusi depan. Aku terlelap. Tiba – tiba aku terasa panas, pandangan aku kabur. Kedengaran suara orang mengaji. Aku cuba bangun walaupon rasa berat sangat.

Aku nampak mak aku dekat tepi tengah pakai telekung sambil baca Surah Yassin. “Eh Butan hidup lagi kau” kata mak aku sambil berlalu pergi. Aku speechless masa tu, termenung seketika aku dahla berpeluh kena selimut dari hujung kaki ke hujung rambut. Takpa la, at least aku ada pengalaman meningg4I.

Peristiwa 3 : Ada satu hari tu mak aku ajak tengok cerita h4ntu dekat astro citra. Mak aku pujuk aku cakap nanti nak belanja lolipop la apa la kalau teman beliau. Aku tetap tak nak sebab pagi tu ada rancangan nak j0gging.

Aku ingat lepas subuh pukuI 6 macam tu terus j0gging untuk menguruskan badan. Jadi aku kena tidur awal untuk bangun awal. Tengah sedap tidur, alarm berbunyi. Bukan alarm phone aku, tapi alarm phone mak aku tapi phone beliau tu dibawah bantal aku.

Tengok jam baru pukuI 4 pagi. Mak aku baIas dend4m tu sebab tak teman beliau. Sudahnya aku pegi sahur. Aku tak j0gging. Pagi tu muka aku masam je. Aku perhati je mak aku sengih – sengih macam Spongebob.

“Butan jom pegi KFC, mak belanja kau pinggan ular”. Sebagai seorang anak, aku pon maafkan mak aku selepas aku kenyang. Lepas tu baru aku ingat aku puasa hari tu.

Peristiwa 4 : Aku dah bertekad untuk diet, aku dah berjaya diet selama 3 hari masa tu. Malam tu, aku tengah duduk dekat bilik, pintu aku biar buka. Tiba – tiba mak aku datang bawa char kuew tiaw, air Milo sejuk. Mak aku pon duduk bersila depan pintu aku, baca doa dan makan.

Dekat rumah aku ada 3 meja makan dan 14 kerusi makan tetapi mak aku memilih untuk makan depan pintu bilik aku. Mengapa ye tuan puan? “Butan, mak sakit perut la, tengok kan makanan ni kejap mak nak ke bilik ayor.”

Aku pon tengokkan makanan tersebut, lepas tu rasa la sikit – sikit. Takda la rasa banyak, 5 sudu je. Air Milo dia nikmat. Aku nak jenguk mak aku kat bawah, takut kant0i. Tapi aku nampak mak aku tengah duduk tengok tv makan karipap.

Mak aku nampak aku, “Butan, kalau dah habis makan pinggan dengan cawan tu bawa turun.” Aku sedekahkan Al Fatihah kepada daiet aku yang 3 hari menemani aku. Kini tiada lagi.

Peristiwa 5 : Peristiwa ni takda kena mengena dengan aku cuma aku tak boleh lupakan. Mak aku baca majalah. Lepas tu mak aku tanya aku maksud metr0s3xuaI kat aku sebab ada tulis dekat situ. Aku jawab la lelaki bergaya dan kemas kot.

Lepas tu suatu hari Persatuan Village Onions datang rumah aku adalah dalam 5 – 6 orang makcik. Mereka kupas isu Igbt masa tu. Salah seorang makcik tu ada sebut perkataan hom0s3xuaI. Dengan yakinnya mak aku mencelah,

“Saya tahu s3xuaI – s3xuaI tu, anak lelaki saya ada sorang yang macam tu”. Persatuan Village Onions speechless. Lepas 15 minit aku gelak guling – guling, aku buat pembetulan dekat makcik – makcik tu. Baru la ceria sikit muka mereka lepas aku terangkan.

Peristiwa 6 : Mak aku suka main game tapi ayah aku tak pernah tahu. Mak aku pandai sembunyikan kegiatan beliau. Mak aku kadang – kadang main game masa Iipat kain, bila ayah aku datang, mak aku letak phone dekat bawah kain baju beliau Iipat tu lepas tu pura – pura Iipat kain.

Hari tu pernah, mak aku tengah masak sambil main game, tiba – tiba ayah aku datang, mak aku letak phone beliau dalam peti ais sebab takut kena marah dengan ayah aku. Aku yang terk3jut bila buka peti ais tu. Aku tengok si Layla mobile legends mengigil sejuk dalam tu ha.

Peristiwa 7 : Ni bukan peristiwa tapi terjadi hari – hari. Mak aku takut naik kereta kalau aku yang drive. Mak aku takut tapi hari – hari suruh aku bawak beliau. Kadang – kadang rumah jiran selang 2 – 3 rumah pon mak aku suruh aku hantar.

Jiran aku tu kalau dia k3ntut pon aku boleh dengar dari rumah aku, kalau drive tu tak payah masuk gear pon dah sampai. Pernah aku nak pergi kedai dengan mak aku, akak aku call, lepas tu aku dengar mak aku cakap,

“Okay lah kalau panjang umur aku call balik, nak menggadai nyawa dengan Butan jap.” Masa dalam kereta, mak aku akan genggam pemegang dekat atas tu, tangan lagi sebeIah beliau pegang bahu aku. Bila nak k0na ke nak Ianggar bonggol ke mesti beliau genggam bahu aku kuat – kuat macam orang nak bersalin tu, nafas turun naik.

Gayat kot, tapi tulaa pergi kedai depan rumah je kot. Bawak 40 je. Tapi kalau dengan ayah aku lain. “Laju lagi Butan, laju lagi”, “P0tong kereta tu Butan, p0tong”, “Drift Butan, drift”.

Peristiwa 8 : Mak aku pernah pinjam phone aku nak call pakcik aku. Aku pon biar jela, aku pergi makan. Dalam 15 minit macam tu, mak aku senyap je. Aku int4i dari belakang mak aku, aku tengok mak aku tengah whatsapp dengan boifren aku. Dengan muka tak bersalah mak aku pulangkan phone aku, “Nah Butan, abiy kau kirim salam”.

Peristiwa 9 : Aku ada diari zaman sekolah menengah, masa budak – budak sangat. Aku simpan dalam kotak dekat bilik. Masa tengah kemas, aku baca balik, mengimbau kenangan silam. Aku tersenyum, ketawa sorang – sorang bila baca diari tu. Mak aku masuk bilik..

Mak. : Gelak apa tu Butan?

Aku. : Tak ada apa lah. Baca dulu punya kenangan.

Mak : Oow mak pon nak tahu jugak, ceritalah..

Aku : Tak boleh mak, ni rahsia Butan.

Mak. : Ha yela, tapi muka surat kedua terakhir tu paling kelakar kan. (Sambil buat muka spongebob). Mak dah khatam 10x masa kau takda kat rumah hahahahahaaaaaa. Best la baca diari kau.

Aku. : Makkkkk!!!!!!

Peristiwa 10 : Aku dekat tempat kerja masa tu, nak balik. Aku tengok phone, aku baca whatsapp mak aku, “Butan, mak dah takda nyawa dah ni, balik cepat sikit.” Rancangan aku nak mengopi dengan kawan dibatalkan.

Aku bawa motor laju, seIamba je aku p0tong mat rempit, asalnya aku pakai tudung tapi sampai rumah dah jadi kelambu. Aku cari mak aku, aku dah risau. Aku nampak mak aku tengah duduk. Nampak runsing,

“Butan, bagi mak nyawa sikit dekat Gardenscapes (nama game), mak perIukan satu je lagi star ni ha.” Aku sayang mak aku dunia akhir4t, tapi aku tak reti nak luahkan. Walaupon mak aku selalu pr4nk aku, aku sayang mak aku.

*Min kalau tak nak siarkan confess ni pon takpa, dah 9 cerita Butan min publish. Yang ni Butan tulis saja – saja sebab cuti.

Sambungan… Hi, nama aku Rambutan. Aku seorang perempuan berumur 20-an, tinggi 153cm, berat 56kg, muka lawa la macam Sizuka.

1. Hari tu ada yang tanya dekat komen, “Mak kau tak kacau kau lagi ke?” GiIa tak kacau, dahlah serumah. Aku kalau tengah berg4yut dengan boifren aku, aku perhati je ada kaki dekat depan pintu bilik. Bila aku buka pintu, beliau buat – buat laa sapu sampah la mop lantai la, selalu beliau macam tu sampai nipis lantai depan bilik aku.

Kadang – kadang beliau lupa bawa mop, “Mak nak check je kau hidup lagi ke tak. Bukan nak dengar kau berg4yut dengan boifren kau pun.”

2. Suatu Jumaat, mak ajak aku ke pasar malam. Semua sedia maklum, pasar malam memang sesak, parking pun memang penuh memang kena rebut – rebut. Mak pulak ada f0bia dengan parking sebab baru – baru ni abang aku bergesel dengan kereta lain dekat parking, masa tu abang bawa mak.

Mak suruh aku cari parking yang kosong petak kiri kanan. Aku pusing – pusing dekat 30 minit, m4kin penuh kereta adalah. Mak suruh jugak aku cari. Aku cari yang jauh sikit dari pasar malam, jauh banyak sebenarnya dah lah depan jir4t cina, merentas desa aku nak ke tapak pasar.

Sampai pasar, aku dengan mak dah tercungap – cungap kepenatan. Mak dah tak larat jalan, mak duduk dekat gerai, mak suruh aku belikan taufufa. Aku pun pusing pasar malam, beratur nak beli taufufa. Aku cari gerai yang terbaik, aku beli panas – panas. Sampai je dekat mak,

Mak: Bukan yang ni Butan, mak nak yang ada sayur kangkung ada fishball tu.

Aku: Itu yongtaufoo. Mak cakap taufufa.

Mak: Eh mak cakap yongtaufufa la tadi.

Aku penat panas geram semua ada, tapi aku bersabar sebab tak nak masuk ner4ka. Ner4ka lagi panas kan. “Butan, sebelum mak m4ti, mak nak sangat makan yongtaufufa.” Aku lemah kalau mak aku cakap macam tu.

Walaupun mak aku gunakan ayat ‘mak m4ti” tu secara konsisten sejak aku darjah 1. Aku tetap gelabah bila mak cakap macam tu. Aku pun cari la yongtaufoo, sampai dekat mak, aku tengok habis taufufa beliau telan.

Mak cakap mak kenyang, mak ambil yongtaufoo tu, mak hulur rm30 kat aku. “Nah Butan kau makan la apa kau nak, mak nak balik nanti bapak kau bising keluar lama – lama”. Mak balik jalan kaki, sebab rumah aku lagi dekat dari tempat aku parking tadi

Alang – alang mak dah bagi duit, aku belanja la cacing dalam perut aku. Hampir sejam aku lepak makan dekat situ. Perut kenyang hati girang la kan. Masa nak balik tu aku baru teringat, aku parking jauh, lepas tu aku teringat aku parking depan jir4t cina.

Aku call ayah aku, aku buat – buat menangis supaya ayah simpati. Ayah pun setuju nak ambil aku dekat pasar. Dari kejauhan, aku nampak ayah tiba naik motor. Tapi memang menyirap betul aku masa tu. Kenapa mak aku ikut?

Memang jelas dan nyata, takda ruang untuk aku atas motor tu. Ayah dan mak cakap nak teman aku sampai tempat parking. Alhamdulillah memang mereka teman. Sampai ke kereta, aku buka pintu. Tiba – tiba mak jerit,

“Butan, jangan pandang belakang!!” Vrooommmm, mereka berlalu meningg4Ikan aku dengan lambaian mesra dan hilai tawa. Menggelupor aku masuk kereta, tangan menggigiI, hampir menangis. Aku baca ayat kursi ulang – ulang.

Nak masuk kunci, kunci jatuh pulak. MenggeIabah r4ba – r4ba kunci. Aku dah berimaginasi macam – macam dah. Tapi aku seorang yang kuat, aku dapat lalui semua tu. Aku selamat balik, aku merajukk dengan mak ayah!

Aku tak tegur mereka selama 12 jam hmm. Itu pun ayah yang tegur aku dulu, ayah tanya kenapa lampu kereta pecah sikit. Iye aku yang salah masuk gear semalam. Aku nak reverse tapi masuk gear 1. Tapi bukan salah aku kan? Salah mak ayah tinggalkan insan lemah bersendirian dekat depan jir4t cina.

3. Pada pagi Ahad, aku masakkan sarapan dekat rumah, tapi mak tak makan. Aku nampak mak baring, aku tengok TV. Kemudian aku ajak mak masak tengahari, mak senyap je. Aku siapkan masak tengahari, aku ajak mak makan,

Mak: Mak s4kit gigi ni. Kau makanlah dulu.

Aku: Jom Butan bawa ke kIinik.

Mak: Mak tak larat, kaki mak s4kit.

Aku tak senang duduk, risau tengok mak s4kit lagi – lagi s4kit gigi sebab s4kit gigi ni dia punya s4kit suuppp naik ke atas. Mak pun dah tak ceria macam selalu, makan pun tak. Aku pergi bilik. Aku tengok duit cash yang aku ada, ada rm350.

Aku tak tahu berapa kos untuk baiki gigi mak aku dekat kIinik gigi private. Aku terus p4ksa mak aku pergi kIinik. Aku drive ke kIinik, tak ramai dalam tu sebab kIinik dekat kampung kan, dekat kampung dorang cabut gigi guna benang je.

Sementara tunggu giliran, aku hulur rm300, aku minta izin nak ke bank sebab takut tak cukup duit. Mesin ATM buat hal, aku terp4ksa cari bank yang jauh sikit. Sampai – sampai, tengok beratur dekat ATM.

Balik dari keluarkan duit, jalan jem sikit menghala ke kIinik tu. Aku pusing ikut jalan lain. Aku bawa perlahan sebab banyak kereta, tiba – tiba mata aku terpandang seseorang yang amat aku kenali iaitu mak Butan sendiri.

Jauh juga la dari kIinik tadi. Aku parking, mak senyum – senyum sambil buka pintu belakang. Ada seorang lelaki pekerja kedai tolong angkatkan barang mak, letak dekat seat belakang. Sel otak aku tak berhubung lagi masa tu, terkebil – kebil.

Aku perhati je mak sengih – sengih. Mak duduk seat belakang, mak pegang barang yang beliau beli tadi erat – erat. “Butan, mak baru nak call kau. Mak pinjam duit kau tadi ye, mak beli set pinggan mangkuk ni.”

Aku masih terkebil – kebil. Bukan ke mak s4kit? Aku drive balik, dalam perjalanan aku perhati je mak aku bermanja – manja dengan pinggan mangkuk beliau. DipeIuk – peIuknya kotak tu dengan kasih sayang.

Beliau int4i – int4i dalam kotak tu lepas tu sengih – sengih. Aku tengok senyuman mak, aku nampak elok je gigi beliau. Kaki pun elok je jalan jauh – jauh. Balik rumah, mak bertambah ceria bila nampak satu set pinggan mangkuk ayah beli. Mak ceria sangat dekat dapur tu. Aku pun cerita kat ayah semua yang terjadi,

Ayah: Mak kau tu bukannya s4kit, dia merajuk ayah tak nak belikan set pinggan semalam. Ayah belikan juga hari ni sebab mak kau tak nak bercakap dengan ayah.

Aku: Takpa lah ayah, asalkan mak gembira.

Ayah: Tapi ayah beli pinggan setiap minggu dekat mak kau.

Aku: Itu bukan beli pinggan, itu beli sabun percuma pinggan wahai ayah.

*Moral cerita ni, kau beli la apa bini kau nak selagi yang dia mintak tu masuk akal. Sebab orang perempuan ni, selagi dia tak dapat barang yang dia nak, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.

4. Mak aku ada ramai anak angkat, tapi bukan anak angkat yang ada surat semua tu. Anak angkat secara tak rasmi sahaja. Anak angkat mak sangat ramai, dulu masa sekolah, separuh budak kelas aku adalah anak angkat beliau.

Kalau dekat kampung tak payah cerita lah, berterabur adik beradik angkat aku di mana – mana. Tidak mengira bangsa, umur dan jantina. Aku tak kisah dan tak cemburu dengan keadaan ini sehinggalah pada suatu hari, mak menjadikan musvh ketat aku sebagai anak angkat beliau.

Masa aku dengan mak terserempak dengan si Joyah musvh ketat aku tu, dia civm – civm pipi mak mak aku, peIuk bagai lepas tu jeling – jeling dekat aku. Aku rasa macam nak cubit je Joyah ni sampai tercabut daging dia.

“Mak buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?” Tak guna punya Joyah, dia ingat aku yang berdiri ni batu bersurat ke apa. Balik tu aku meng4muk,

Aku: Mak, mak tahu kan Joyah tu musvh Butan! Kenapa?

Mak: Ala kau ni Butan..

Aku: Mak lupa ke dulu dia pernah r4mpas boifren Butan? Butan tak kisah sangat pasal lelaki tu sebab dia tak hensem. Tapi sekarang dia nak r4mpas mak pulak dari Butan. Kalau mak takda, siapa nak masakkan kari untuk Butan lagi.

Mak: Over la kau ni. By the way, nanti mak bagi kau resepi.

Aku merajuk, lepas tu mak janji tak nak ada hubungan dengan Joyah lagi. Sejak tu aku ketatkan peraturan kalau mak nak ambil anak angkat. Aku buat interview, tahun ni ada dua orang aku interview untuk jadi anak angkat mak.

Ada 2 ujian yang calon kena lulus untuk jadi anak angkat mak. Pertama sekali, aku akan bawa calon ke kedai makan. Kalau calon belanja, calon lulus ujian pertama.

Ujian kedua ialah soalan, “Kenapa awak nak jadi anak angkat mak saya?” Calon yang menjawab dengan bernas akan diserap menjadi anak angkat serta – merta.

Skema jawapan: Saya nak jadi anak angkat mak awak sebab anak kandung mak awak sangat comel. A++

Komen Warganet :

نورحزيمة عبدالرحمن : Mak kau punya ragam macam mak aku la butan. Kalau aku bawa kereta dia tunjuk arah, cakap kiri tunjuk kanan. Cakap kanan tunjuk kiri.. Aku percaya je dekat tangan daripada mulut dia. Kadang – kadang kalau dia tengah duduk – duduk dia ngadu, “ibu ni s4kit d4da la.” Aku tanyalah kenapa, dia jawab “entah la da nak m4ti kot.” Sabo jelahhh

Nor Azima Ahmad : Ahhaaaa, bila baca luahan ko butan, teringat anak bujang aku. Pasti dia rasa bersyukur sabgat – sangat bila mama dia dah dok jauh. Kalau tak celik mata je pasti ada je benda yang seronok untuk aku kenakan dia.

Selalu dia kata, “mama ni macam budak – budak la”. Sekarang tak ade lagi dapat g4duh dengan dia pasal remote, pasal kutuk masakkan dia. Tak ada lagi boleh buat – buat merajuk sebab nak makan cekodok. Menitis airmata ni bila teringt balik. Butan, emak ko pasti anggap ko macam kawan baik dia. Macam yang aku rasa pada anak bujang aku tu.

Sharifah Nor Bte Omar : Allah dik, terhibur akak. Akak doakan kamu sekeluarga bahagia dunia akhir4t. Dah bekerja? Syukur.

Rosmaliza Daud : Terhibur baca story ko butan. Untung dapat mak macam ni tak kering gusi melawak. Semoga butan hargai kasih sayang mak tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?