Sambil berbual dengan kak ipar, sekali abang ipar balik. Bila keluar kereta nampak anak dia yang umur 11 tahun ni menangis. Aku dengar suara abang ipar, “belajar tak pandai, bang4ng, menyusahkan!” Dia tolak anak dia yang nak buka kasut sambil jerit..
#Foto sekadar hiasan. Akibat terbaca satu confession ni terus aku rasa nak tulis confession aku sendiri. Kita ni kalau jadi mak biasa jenis overprotective dan defensive anak kita sendiri aku pun sama. Aku dengan suami memang tak pernah naik tangan dekat anak, aku memang pantang.
Sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang ibu dan abah yang tak pernah gunakan kekasaran pada anak – anak. Adik beradik kalau buat salah ibu atau abah aku yang datang duduk dekat sebeIah cakap dengan elok dan bagitahu yang kesalahan kami ni memud4ratkan. Kesan dia mungkin seumur hidup.
Ibu dan abah aku ni tinggi suara pun aku rasa seumur hidup cuma sekali, itu pun abang aku sampai menangis minta maaf sebab kali pertama dengar abah aku sampai tinggi suara macam tu sebab dia buat silap. Kami pun adik beradik bila dah ada anak buat benda yang sama ada sekali kadang – kadang macam terlepas geram, tak naik tangan pun tapi cuma tinggi suara sikit kena pula ada ibu aku dekat rumah waktu tu. Kena juga nasihat sejam dua.
Tapi keluarga beIah suami aku ni lain dia jenis yang semua nak pakai tangan dan mulut. Aku banyak kali tahan suami aku nak pukuI anak – anak sebab diorang ni kecil lagi umur baru 6 dan 8 tahun. Bila aku tengok keluarga beIah suami aku pun rata – rata macam tu.
Sebab ayah suami aku ni dia bekas tent3ra diorang ni dibesarkan dengan gaya yang kaki tangan semua sama naik, mulut m4ki hamun tu dah biasa. Sebenarnya paling kesian bila aku balik kampung beIah suami atau jumpa ipar duai sana.
Aku kesian anak diorang setiap kali salah sikit laju tangan naik ke muka anak. Suami aku adik beradik dia semua lelaki semua memang jenis macam tu. Padahal anak tu kecil lagi kesalahan tak besar diorang tak pernah cuba nak tanya dulu ke tenangkan diri.
Aku banyak kali terp4ksa ambil anak diorang ni pegang sekejap cakap jangan buat macam tu, kesian padahal anak tu setakat tertumpahkan air. Sedangkan boleh suruh diorang ambil kain buruk dan lap tak payah nak pukuI dah menangis s4kit kesian.
Yang paling macam segar dalam memori aku. Aku waktu ni melawat keluarga ipar aku. Abang sulung suami aku. Abang ipar aku tak ada sebab dia keluar dengan anak dia ambil report card sekolah agama. Aku anak suami dan akak ipar dengan lagi sorang anak duduk sambil berbual sekali abang ipar aku balik bila keluar kereta nampak anak dia yang umur 11 tahun ni menangis ye.
Dengar suara ayah dia cakap “b0d0h, belajar tak pandai, bang4ng, menyusahkan”. Bila anak dia nak masuk dalam rumah ni dia pergi tolak bahu anak dia yang nak buka kasut sambil jerit, “masuklah cepat” kau bayangkan budak umur 11 tahun dah lah budak tu badan dia kecik tersungkur depan pintu.
Aku yang paling dekat tu bangun dan ambil dia cepat kesian menangis kuat sambil tersedu. Akak ipar aku pun bangun sambil marah suami dia kenapa ni. Sekali rupanya anak dia ni tak dapat naik darjah sekolah agama.
Kalau yang bersekolah agama dekat Johor tahu kalau gagal satu mata pelajaran terus tak dapat naik kelas kena stay repeat. Suami aku pun bising juga, dia cakap sabar nak marah benda dah jadi. Cuba tanya dia mana yang silap.
Dia lempar kertas tu, aku dengan akak ipar pun tengok. Bila tengok tu aku macam ni mesti ada sebab dia. Kau bayangkan mata pelajaran lain tinggi ye, markah dia rata – rata 70 ke atas tapi ada satu mata pelajaran Sirah dia dapat 30, aku pun tanya anak dia dengan elok, “Subjek lain Man pandai je ni dapat A dengan B, Sirah susah ke?”
Anak dia yang tersedu ni sambil menangis cakap lah dia tak boleh nak jawab sebab demam. Sekali akak ipar aku bila ingat balik dia baru teringat yang diorang ada pergi kIinik waktu malam. Dia pun bangun dan check ubat tarikh ubat lepastu tarikh ujian dan memang sah anak dia malam sebelum peperiksaan sirah tu demam.
Diorang bawa pergi kIinik dan esoknya nak tak nak terp4ksa pergi sebab peperiksaan akhir tahunkan. Habis berg4duh akak ipar aku dengan suami dia. Yang suami dia pula tak nak mengaku salah nak juga dia yang menang siap cakap, “s4kit sikit pun tak boleh jawab!”
Aku dalam hati geleng kepala je. Kalau dia cuba tanya dan faham anak dia dulu. Ini tidak rupanya dalam kereta dah m4ki anak tu, dah pukuI. Lepastu tak cuba untuk minta maaf langsung eg0 macam tu. Benda macam ni yang buat anak – anak berd3ndam dan benci kita.
Cuba kalau peIuk anak tu dan cakap ayah minta maaf. Ini dah tahu salah dia, lepastu tak nak minta maaf. Lagi marah anak sebab tak berhenti menangis. Aku pun lepas duduk sekejap aku cakap dengan suami dan akak ipar nak keluar jalan jalan dekat situ. Aku bawa sekali anak diorang.
Aku waktu mula dulu berkahwin, suami aku selalu cerita yang ayah dia ni memang jenis tegas dan garang. Dia cakap setakat kena kaki tu benda biasa. Pernah dia cakap along dia terlambat sekali je waktu azan maghrib dia ik4t dekat pokok sampai nak dekat pukuI 12 malam.
Aku bila dengar tu geleng kepala dan gerun. Suami aku pernah cakap sebab diorang kena buat macam tu dengan ayah dia tapi adik beradik diorang ‘berjaya’. Hurmmm.. bila aku fikir balik iya berjaya tapi emotionally. Sebab pada aku diorang punya empathy skill memang lacking.
Sebab pada diorang aku dulu kena, kenapa pula anak aku tak boleh kena benda yang sama. Sejujurnya aku sebagai akak ni sekarang tengok generasi sekarang dah berubah dah tak ikut sangat tauladan secara keras mak ayah kita.
Bagi aku yang paling ketara sekarang mak ayah dah rajin terlibat sama dengan anak – anak. Aku ambil contoh aktiviti sekolah dari pibg, hari sukan atau hari apa sahaja yang jemput ibu bapa. Kalau zaman aku membesar majlis macam ni boleh kira berapa orang je mak ayah datang.
Tapi bila aku dah jadi seorang mak, aku tengok ramai mak ayah yang muda datang hari sukan nak sokong anak – anak, “the importance of showing up”. Ini memori anak – anak kita, bak kata orang internet “core memory”. Siapa je yang tak nak buat lagi bagus depan mak ayah.
Kena pula dengar suara mak ayah bersorak, diorang mesti lagi emotional, bersemangat. Aku harap generasi m4kin hadapan tak lalui emotional abvsed macam ramai anak anak lalui. Harap semua lebih sabar cuba dengar.
Sekarang ramai cakap, “ahh budak zaman sekarang teruk itu ini, jahat itu ini.” Dulu pun sama teruk dan jahat tapi dalam masa yang sama ramai anak – anak kecil sana yang baik dan elok orang-nya. Sama – sama kita bina masa depan yang terbaik buat anak – anak generasi hadapan. – Nur (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ruby A. Rashid : Tahniah Puan sebab berjaya hentikan cruuel cycle pend3raan em0si dan fizikal suami Puan. Suami Puan mungkin tiada contoh parenting yang lain dari apa yang dia hadap sepanjang dia membesar, asbab jodoh dengan Puan, suami melihat sisi lain parenting skill yang baik.
IzyAn ComEy : Mak aku dulu garang. Silap sikit je naik tangan. Kawan – kawan sekolah aku semua takut nak datang umah. Bila dah berumur ni beliau tak marah – marah dah. Adik – adik aku selamat la. Dalam tak sedar, rupanya aku dah emotional dam4ge.
Start dewasa jadi pemarah juga. Aku sedar. Aku set mental. Nanti bila dah ada anak aku tak nak jadi cepat naik tangan macam mak aku. Bila ada anak, tengah melasak memang menguji kesabaran. Terp4ksa juga tinggi suara.
Asian mother. Susah nk tegur anak secara berlemah lembut. Tapi aku tahan diri dari pukuI anak. PukuI tangan saje niat nak mengajar. Tapi memori kena pukuI, kena marah tu berbekas diingatan. Aku tak nak benda macam tu repeated thru generations.
AqtiveNaz Aqtivenaz : Ntah lahh.. bapak aku pencen tent3ra. Memang masa kecik dia ajar aku melebihi adik – adik aku sebab aku anak sulung. Silap sikit kena tengking, kena pukuI tu biasa. Dengan adik – adik aku kurang sikit dia buat macam tu.. selalu aku jelah yang kena.
Bila m4kin membesar, aku jadi member0ntak. Now sekarang umur dah 30-an. Dalam adik beradik, aku je sorang yang kurang berjaya. Adik – adik lain semua belajar pandai lepasan U. Maybe kalau ayah aku berlembut sikit dengan aku dulu, tegur aku dengan cara yang betul. Mungkin aku pun selevel adik – adik aku.
Sekarang ni ak takde pun perasaan marah kat ayah, cuma nak melupakan tu memang tak mampu. Bila ingat akan ada terasa kecik hati dan tidak adil.. macamtu lah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.