Dipendekkan cerita, masa bulan puasa pula. Dia kantoi tengok video h4ram tu sebeIah aku. Ye sebeIah isteri dia yang sah dan HALAL ni! Bila aku tanya kenapa tengok. Tak rasa hormat dah dekat isteri? Suami aku dengan bangga cakap..
#Foto sekadar hiasan. Hai aku faham ramai yang tertanya tanya fasal post ni. Aku pasti ramai yang tahu benda ni sudah semestinya H4RAM. Yes.. Tapi kenapa masih lagi ramai yang tengok? Walaupun dah jadi suami, dah ada isteri, wanita yang halal dan paling aku pelik dah ada anak?
Sebelum aku teruskan cerita, aku tak tujukan kepada semua lelaki dan semua suami. Aku tahu, masih wujud lelaki yang bagus. Alhamdulillah anda sangat pentingkan keluarga bukan pentingkan nafsu serakah semata. Kisahnya begini, semasa bercinta aku tengok apa yang ada pada suami semua manis, semuanya bagus.
So kami teruskan majlis bertunang. Dalam fasa ni semua orang tahu c4barannya lain macam. Dia pernah kantoi dengan aku disebabkan per4ngai gatal dan kaki tengok video tak senonoh. Bukan tu saje ye. Isteri orang pon jadi mangsa kegatalan test market dia.
Aku termenung lama. Adakah betul aku tengok ni? Dia ke? Bukan ke dia baik, kuat agama, hormat orang tua, jaga adab lelaki dan perempuan. Tapi apa yang aku tengok semua tu, dia ke. Aku ambil keputusan untuk berbincang. Aku sangat – sangat marah sebenarnye. Tapi aku cuba tenang.
Yes, dia mengaku itu zaman dulu. Dia dah berubah. Siap menangis lagi terang dekat aku. Aku fikir lama untuk terima apa yang dia cakapkan. Tapi aku pon manusia penuh d0sa.. Aku bagi peluang untuk dia buktikan dia berubah.
Aku tak berhenti berdoa untuk dia. Lagipon tak lama lagi dia nak jadi suami aku, imam aku kan. Akhirnya kami bernikah. Ya kami dah kahwin! Untuk tempoh itu tak ada apa – apa lagi yang buruk. Semuanya nampak bagus. Dia sangat bertanggungjawab, rajin tolong aku dan macam – macam lagi.
Tapi ada satu hari aku ternampak gambar. Ye satu gambar ketika di tempat kerja. Gambar staff – staff dia ramai – ramai, tangkap gambar. SebeIah dia ada seorang perempuan s3xy ye. S3xy. Dengan tanpa rasa bersalah dia berpeIuk dengan perempuan tu.
Perempuan tu juga dengan selamba letak tangan di bahu laki aku. Walaupun bukan peIuk dari depan atau belakang. Bagi aku benda tu sangat meny4kitkan hati seorang isteri. Aku tanya dia, kenapa macam ni? Dia marah – marah aku dan tukar password handphone dia. Aku menangis diam – diam. Aku masih lagi sabar.
Aku pendekkan cerita, ketika bulan puasa pula. Dia kantoi tengok porn h4ram tu sebeIah aku. Ye sebeIah isteri dia yang sah dan HALAL. Bila aku tanya kenapa tengok. Tak rasa hormat dah dekat isteri? Dia dengan berbangga cakap dia tak tengok pon.
Padahal aku siap tunjuk history video – video yang dia tengok tapi dia masih dengan ego s3tan dia tu cakap dia tak tengok. Dia marah – marah aku, tengking – tengking aku, kena m4ki. Bila berg4duh memang itu yang aku selalu dapat.
Bayangkan bulan puasa sanggup dia tengok. Aku sedih sangat. Aku percaya dia berubah. Tapi mana.. Mana! Aku berdoa dekat Allah, aku nasihat pon tak berjalan. Apa lagi nak buat? Untuk pengetahuan, dah banyak kali dia kantoi dengan aku. Tapi aku diamkan je. Aku dah penat. Ya Allah dah penat. Tak tahu nak buat apa lagi..
Nak minta lepas? Pernah aku minta… tapi dia ugvt aku. Satu lagi peristiwa yang aku memang tak percaya dia ni manusia. Aku pregnant anak first. Ye masa tu dia dengan rajinnya tolong buat kerja rumah bagai. Aku bersyukur. Tapi kantoi lagi dengan aku.
Ye kantoi tengok Iucah, perempuan b0geI, s3xy.. Ya Allah sedih sangat. Aku salah ke ye.. Bila tanya, dia tak nak mengaku jugak. Padahal bukti terang – terang dah ada. Aku tak tahu hati dia ni dah hitam sangat ke.. Masa mengandung pon tengok.
Masa berpantang aku tak tahu lah apa lagi dia buat belakang aku. Kenapa buat isteri mu macam ni. Apa salah aku. Kenapa suka sangat menipu.. Semoga ada anak seterusnya dia berubah. Semoga ada sinar dalam hidup aku. Semoga dia berubah. Jangan la menyesal kemudian hari. Aku buntu.
Aku tak tahu nak buat apa dah.. Maaf aku menangis masa menaip ni. Aku dah tak tahan macam mana lagi. Aku tahu aku tak boleh ubah dia. ALLAH saja yang mampu. Dan diri dia sendiri sama ada nak ubah atau terus jah4nam.
Kepada yang membaca, jika anda pernah mengalami keadaan macam ni atau lebih kurang macam ni. Aku nak minta pendapat korang. Apa yang korang buat dan kuat untuk hadap masalah ni? Macam – macam tips aku google semua aku dah buat. Tapi dia masih lagi dengan per4ngai dia tu.. Aku buntu… Maaf jika penulisan ini ada menggangu emosi kalian. Doakan aku. – H4mba Allah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
حضرة كاسي : Saya beberapa kali terlibat mengajar kemahiran pada anak – anak bermasalah. Kebanyakkan anak – anak gadis ni jadi m4ngsa keluarga dalam rumah sendiri akibat tabiat suka menonton p0rno. Jadi saya sendiri sangat menentang orang yang beri nasihat agar tidak check phone suami dan teruskan berdoa.
Berdoa tanpa berusaha itu tidak wajar dan berhusnuzon tanpa cuba mencari punca atau menerima bulat – bulat juga sangat salah. Jangan sampai anak – anak jadi m4ngsa. Itu pun ada ibu – ibu sanggup diamkan diri tak report polis sebab takut suami atau ahli keluarga durjana tu ditangkap dan mereka hilang punca pendapatan.
Ada juga sanggup biarkan anak perempuan diratah kerana takutkan kecaman masyarakat kalau mengadu. B0doh. Simply alasan b0doh bagi saya. If you wanna stop something, stop it when it is still in early stages.. If tak boleh maka cara drastik adalah jalan terakhir.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.