Aku tersepit antara mak dan isteri. Aku nampak isteri macam tak suka dengan kehadiran mak

Mak aku kalau datang dari kampung mesti bawak bawang, rempah – rempah, ikan bilis  dan buah tangan untuk kami. Baju kat rumah pun mak rajin nak tolong  Iipat, anak – anak pula kalau mak ada, dia nak jaga tak perlu hantar taska. Tapi sebenarnya isteri aku tak suka, dia kata mak sengaja buat begitu sebab nak perIi dia yang sibuk hingga tak sempat mengurus rumah tangga.

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Amli. Usia perkahwinan aku dan isteri dah menjangkau 4 tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata.

Sedikit latar belakang keluarga, aku anak bongsu daripada 2 adik beradik. Dibesarkan dalam keadaan sederhana, ayah sangat cool, ibu pula sedikit tegas tapi jenis yang ‘berkawan’ dengan anak.

Boleh sembang luar dalam. Tiada rahsia. Boleh dikira berapa kali aku dan abang aku kena marah semasa kami kecil. R0tan memang kami jarang sangat merasa.

Kebetulan kami berdua jenis senang dijaga. Tak nakaI, tak suka keluar malam. Ayah dah meninggaI dunia 3 tahun lepas. Sekarang ibu tinggal seorang diri di kampung.

Isteri masih ada mak dan ayah. Ayah mertuaku bekas askar. Berpendirian tegas. Kalau biru tu biru la. Jangan bantah. Suara Iantang dan garau, jenis yang ditakuti anak – anak.

Anak – anak masa kecik memang biasa makan peIempang orang tua ni. Dia juga tegas dalam memilih menantu.

Antara syarat jadi menantu, mesti kerja kerajaan, sihat tubuh badan. Soalan pertama diajukan semasa sesi ‘interview’, ‘mak ayah ada s4kit apa?’

Dia akan tanya direct, ada ambil barang ke tak, hisap rok0k ke tak. Anak – anak semua mesti usaha cari kerja kerajaan. Kalau dah dapat kerja kerajaan tapi pindah kerja swasta, dia halau kau terus. Mak mertuaku pula cool. Soft spoken.

Dipendekkan cerita, walaupun berlandaskan nilai moral yang sama, cara aku dan isteri dibesarkan agak berbeza.

Isteri seorang yang panas baran (seperti ayahnya), kau tak dapat jangka bila angin dia datang. Sebab kecil jadi besar. Aku pula, seperti majoriti kaum suami, malas nak cari pasal. Kalau boleh elak konfIik, aku elak. Aku cool mcm arw4h ayah.

Selepas kem4tian ayah, sekali sekala aku akan bawa mak aku datang ke rumah 4 – 5 hari dalam sebulan. Kesian dia kesunyian sebatang kara.

Seperti kebiasaan mak – mak kita, kalau datang rumah bawa buah tangan, makanan. Mak sedia maklum kami sibuk bekerja. Jadi kadang – kadang dia datang dengan pakej bawang, rempah – rempah, ikan bilis untuk dimasak di rumah kami.

Kalau boleh dia tak nak menyusahkan kami berdua. Baju kami pun mak akan rajin lipat. Faham – faham la bila sibuk bekerja, lepas cuci kadang – kadang nak sidai pun terlupa. Cucu pun dia suka nak jaga. Kadang – kadang kami tak hantar ke taska sebab mak nak jaga.

Saban hari aku perhatikan isteri tak suka dengan apa yang mak buat. Katanya mak sengaja buat begitu sebab nak perIi dia yang sibuk hingga tak sempat mengurus rumah tangga.

Tak suka mak uruskan pakaian, tak suka mak datang bawa bawang, ikan bilis. Dia kata mak nak ambil alih tugas dia pulak.

Aku tahu niat mak ikhlas nak membantu. Biasalah kadang – kadang dia tegur isteri beberapa perkara. Aku selalu nasihat isteri supaya bersabar. Bila berkahwin, kita kahwin dengan family sekali. Apa – apa kekurangan family sebeIah sana tu, telan jelah.

Kita nak hubungan berkekalan. Kami kerap bertengk4r disebabkan perkara ni. Aku jadi serba salah. Aku kesiankan mak yang nak menumpang kasih sayang anak, dan aku tak nak isteri rimas dengan cara mak aku yang suka cakna bermacam benda.

Pernah aku kongsi cerita dengan kawan – kawan dipejabat, ramai parents mereka macam mak aku. Perangai mak2 suka ambil tahu pasal anak walaupun dah berkahwin.

Kadang – kadang bila tau kita tengah sesak, dia pulak hulur duit kat kita. Perkara ini jelas berbeza dengan mertua aku. Ayah mertua kalau datang, kami sebagai host mesti bersiap sedia.

Rumah harus kemas, makanan harus cukup dan masa makan mesti makan. Lambat makan, perut masuk angin, dia akan tarik muka.

Aku respect mak mertua aku, atas kesabaran dia dengan suami. Tolong jaga cucu? Tengok – tengokkan sekejap boleh la. Kalau nak tinggal anak dengan mertua, nak dating berdua tengok wayang, jangan harap.

In short, mak aku suka nak tolong dan sibuk semua perkara. Mertua aku kalau datang umpama raja. Jangan tak tau, duit anak – anak pun dia pau setiap bulan. Alasannya dia dah bersusah payah besarkan anak dulu, sekarang masa untuk dia berehat dan menuai hasil.

Pertengk4ran kami biasanya agak besar. isteri kalau dah angin satu badan, kau keluar hadis sahih pun dia tak peduli. Kau lawan salah, diam salah.

Memang biasa aku terima kata – kata kesat. Kalau taIak ni perempuan yang pegang, dah banyak kali aku kena cerai dah. Di saat aku menulis ni kami sedang bertengk4r kerana aku dan mak bawa anak aku pergi gunting rambut, tanpa isteri.

Aku tau salah aku, isteri dah pesan, nak gunting rambut anak tunggu dia. Aku terlupa, lepas tu anak dah cukup rimas rambut dah terlalu panjang.

Seperti biasa, isteri cakap mesti mak aku yang nak bawa gunting sangat ni. Mengucap panjang aku. Benci betul isteri dengan mak aku.. Kesian mak aku. niat nak tolong ringankan kerja kami je..

Gunting rambut je pun.. sebulan lagi panjang balik kau bawak lah pulak gunting. aduhai..

KonfIik menantu dengan mak mertua ni selalu aku baca di group – group krt dan confession – confession. Tak pernah aku dengar lagi pak mertua konfIik dengan menantu. Macam aku dengan pak mertua aku.

Aku langsung tak setuju cara dia. Macam langit dengan bumi kalau banding dengan arw4h ayah. Tapi aku pekak telinga je. Layan je.

Tak pernah aku komplen dengan isteri pasal ayah dia, sebab aku tak nak menggur1s hati isteri. Apa perasaan kalau orang kutuk – kutuk parents kau sendiri.

Tapi isteri tak buat perkara yang sama. Dia pernah buat mak aku menangis dulu, dan sekarang dia cuba cari pasal lagi.. Seolah – olah tak ade rasa kesian dengan mak aku yang dah sebatang kara, nak menumpang kasih dengan anak cucu sekali sekala..

Apa yang aku nak simpulkan di sini, suami adalah m4ngsa keadaan sebenar bila terjadi konfIik wanita ni. Serba salah dibuatnya.

W0rst case scenario, suami ceraikan isteri. Yang jadi m4ngsa, anak – anak. Doakan aku tabah dan diberi kesabaran men3mpuh hari – hari mendatang..

– Ahmad Amli (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nell Yahya : Perbezaan ketara ialah didikan antara tt dan isteri. Ketegasan ayah yang merupakan seorang bekas askar, menjadikan isteri bersikap lebih keras dan jenis yang meluahkn reaksi ketidakpuasan hati secara terang – terangan. Berbanding tt yang lebih toleransi dan berhemah. Dalam situasi begini, tt perlu lebih tegas menegur dan dalam masa yang sama mendidik isteri untuk faham dan terima perlakuan mertua selagi tidak menimbulkn kemudar4tan dalam hubungan tt dan isteri. Ibu adalah syurga tt, manakala tt adalah syurga isteri. Justeru jagalah syurga tt sebaiknya tanpa merosakkan syurga isteri, kerana kedua – dua syurga ini mahal harganya buat tt. Amanah yang perlu tt jaga sebaik – baiknya demi meraih rahmat dan redha Allah.

Peah Peah : Encik Ahmad Amli kena sedikit bertegas dengan isteri. Suruh isteri beralah dan bersabar bila mak awak ada di rumah. Ibu awak itu syurga awak. Bagi tahu isteri awak, nak ke suami dia jadi anak derh4ka? Lagi pula ibu awak bukan selalu datang nak spend masa dengan anak menantu dan cucu. Dan lagi pula anak dia tak ramaikan.. Sesekali isteri kena disekolahkan juga. Suruh dia tunjuk contoh teladan yang baik untuk anak – anak dia. Sebab nanti dia juga akan jadi ibu mertua dan ada menantu. Mak awak bukanlah yang jenis buat huru harakan rumahtangga anak menantu.

Tee Zatee : Aduhaii, sabar ye confessor. Patutnya isteri tu kenala berlapang dad4. Best kot mak mertua suka datang rumah kita, bukan nak ambil kesempatan. Tapi bila once dah kahwin, mak mertua pun macam mak kita sendiri. Lagipun, mak mertua (mak confessor) tu tak ade sapa dah kan, isteri kenalah faham, bersyukur…kalau rasa serba salah, better suruh isteri direct cakap..”mak janganlah buat kerja, nanti saya balik saya buat..” semuanya berbalik kepada isteri tu sendiri.

Azila Ahmad : Kepada En Amli, Pada pemerhatian akak, isteri Amli ni dah naik kepala. Sebagai suami, Amli kena bertegas dengan isteri. Jangan sampai dia rasa selesa dengan tindakan dia. Masa terbaik untuk menegur wanita sebegini, masa mood dia tengah baik. Jangan ditegur masa dia tengah saw4n. Tak lut segala jenis hadis. Tapi akak faham, dari cara Amli dibesarkan, lebih kurang macam akak. Kita biasa dengan soft spoken. Jenis malas nak cari g4duh. Tapi percayalah. Dia perlu ditegur.

Hari ni, mungkin Amli boleh kawal kesabaran. Lama – lama pendam rasa, sekali meIetop nanti. Dari keputvsan Amli nak luahkan rasa di Confession ni, akak dah boleh agak, tahap kesabaran Amli dah mula bergoncang. Semoga Amli dapat kekuatan membentuk isteri Amli menerima mak Amli seadanya dia. Bila sampai tahap emak Amli pun dah mula terasa hati, oh no… You will be in a very big tr0uble bro.

Maznah Mdarif :  Kalau mak jatuh air mata kerana menantu. Adoi aku yg sedeh. Kalau aku di tempat mak kau. Aku rela kesunyian kesorangan. Hiduplah korang anak beranak. Jangan ingat mak kau tak tahu apa bini kau dah buat. Jauh disudut hati dia simpan. Cuma tidak dibicarakan takut anak menantu berg4duh. Kesian mak kau.

Ameer Al Manna : Sebab tu sebelum nak kahwin kena cari isteri yang boleh terima mak kita sebab sampai akhir hayat kita kena jaga mak. Bila kita ada anak lelaki, kita ajar buat benda yang sama jugak, jaga mak (isteri kita sekarang) sampai m4ti. Kalau tak, tengok la Allah baIas dia kena dengan anak sendiri bila dah tua nanti. Apa – apa pun, kirim salam kat mak!

Apa kata anda?