Aku tertipu dgn pakaian sopan, labuh isteri sebelum kahwin. Lepas kahwin aku jumpa kotak r0kok dalam bag dia

Walaupun aku ni engineer tapi aku dah diajar untuk tak boros dari kecil. Isteri aku plak nak aku beli barang yang branded untuk dia, jenama Epal. Dia h1na keluarga aku pakai baju murah. Detik kekecewaan terendah aku apabila aku terjumpa sekotak r0kok dalam beg tangan dia. Perempuan mer0kok??

#Foto sekadar hiasan. Hi salam semua. Semoga tulisan ini mampu mendapat pandangan sewajarnya agar mampu memberi sedikit pertimbangan sebelum aku membuat keputvsan dalam masalah rumahtangga aku. Aku sebenarnya tak tahu sama ada aku perlu teruskan perkahwinan aku atau tidak.

Baru menginjak 3 tahun tapi aku rasa sangat banyak perbezaan antara aku dan isteri aku. Dari segi pemikiran, gaya hidup, halal h4ram, d0sa pahala, kerjaya, hala tuju hidup. Aku mulakan dengan menceritakan serba sedikit latar belakang kami agar mudah kalian memberi pandangan.

Aku merupakan seorang Software Engineer walaupun aku bukan belajar dalam bidang itu. Aku mengambil jurusan agama di Timur Tengah. Tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang pengaturcaraan, aku sering belajar sendiri ketika punya waktu terluang.

Usai tamat pelajaran di Timur Tengah, aku terus minta kerja dalam bidang pengaturcaraan dan berjaya menempatkan diri dalam syarik4t terkemuka walau tanpa sijil berkaitan. Berasal dari keluarga yang sederhana, ibubapa aku ajar aku untuk bekerja keras dan sentiasa berjimat cermat supaya tidak boros dan berjaya mengubah hidup.

Isteri aku merupakan seorang berkelulusan sastera di universiti swasta dalam negara. Sekarang bekerja di dalam bidang pentadbiran di sebuah syarik4t kecil dengan gaji bawah B40. Dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tapi dimewahkan oleh ibubapanya.

Simpanan zero sebab semuanya dibelanjakan untuk anak – anak. Beberapa sebab kenapa aku nak putvskan hubungan ini, iaitu kami sering berg4duh tentang gaya hidup. Aku walaupun bekerja di syarik4t besar mana lah gaji banyak sangat sebab baru sahaja nak mula hidup.

Tapi aku diberi expectation oleh isteri untuk sediakan 100% keperluan rumah, memberi nafkah dengan tambahan membeli barangan – barangan mahal seperti produk Epal. Aku selalu cakap kepada dia untuk berjimat cermat, tapi sering tidak diendahkan.

Ya, aku faham dia dibesarkan dalam keadaan serba mewah, tapi ukurlah baju dengan badan sendiri. Kedua, aku rasa tertipu dengan pakaian beliau sewaktu mula kenal. Nampak seperti muslimah bertudung labuh tetapi tidak sebaik yang disangka.

Walaupun dia mendapat didikan agama dengan sempurna tapi tidak diamalkan sepenuhnya dalam keluarga beliau. Semasa tahun akhir sahaja, dia mula bertudung labuh selepas menyertai “usrah instant” gara – gara insaf ditinggalkan bekas teman lelakinya.

Detik kekecewaan terendah aku apabila aku terjumpa sekotak r0kok dalam beg tangan beliau. “Perempuan mer0kok?” Ketiga, dia tiada usaha untuk buat lebih baik dalam kehidupan. Baik kehidupan dunia mahupun akhir4t. Hanya tahu enjoy, vacation, korea.

Keempat, dia tak suka keluarga aku. Dih1nanya keluarga aku sebab mengamalkan kehidupan yang sederhana, pakai pakaian murah, makan makanan di kedai biasa. Dia sangat tidak suka kalau aku nak balik kampung ke rumah ibu aku.

Aku banyak kali nak hentikan hubungan ini. Tapi aku tiada kekuatan. Rasa cinta tiada. Yang ada kasihan. Kasihan kalau aku tinggalkan dia apa lah jadi dengan nasib kehidupan dia. Kemudian, aku takut dipersalahkan. Aku tak suka buka aib dia pada mak mertua aku tentang sisi buruk anaknya. Tiada keperluan pun.

Sebab ibu dia sendiri tahu per4ngai buruk anaknya. “Perkahwinan ni memang satu penipuan!” Ibu ayah aku sendiri merasakan aku tidak bahagia dalam perkahwinan. Mereka sendiri pun menyalahkan pilihan aku. Tapi rasa malu dengan mertua kalau perkahwinan ini diputvskan.

Macam – macam dah aku buat kat isteri aku untuk bagi dia tawar hati, tapi selepas beberapa hari aku rasa kesian. Aku sendiri yang pujuk balik dia. Isteri aku sangat sayangkan aku. Sangat dahagakan perhatian aku tapi aku tiada rasa apa – apa. Aku rasa terp4ksa tapi kasihan.

Oh ya, kami masih belum ada anak. Satu kelegaan buat aku, sebab aku tak mahu perkara jadi lagi rumit jika mempunyai anak. Aku tidak boleh bayang kalau anak aku mendapat didikan dari ibu seperti beliau. Aku dah tawar hati.

Aku tak nampak halatuju perkahwinan kami ini. Dalam masa sama aku tak sanggup nak s4kitkan hati dia. Sebab aku kesian. Aku rasa hidup dia dah terlalu banyak tr4uma. Dan aku tidak perlu menambah tr4uma itu. Aku tak tau apa jadi pada dia kalau aku tinggalkan dia. Entah bvnvh diri atau giIa agaknya. Tapi aku sendiri merasa sekarang. Mohon pandangan. – Suami Kasihan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Athraa Amad : Para wanita / isteri cuba lah rasional dalam memberi komen. Asal ada luahan suami tertekan, mesti tetap ada yang terselit nak mengutuk suami, ikut mana suami juga salah, isteri saja yang perlu dibela. Ada je isteri tak baik dalam dunia ni, perempuan bukan semua betul. Bantulah dengan beri lah nasihat yang membina.

Faris Haikal : Perempuan zaman sekarang memang ramai macam tu. Korea, nak makan tempat hipster / viral, kuat berangan, takde usaha upgrade diri! Bila dah kena tinggal, mer0yan. Yang kesian lelaki, tersangkut dengan marriage yang umpama sc4m, lebih maIang bila dah ada anak.

Rasa terp4ksa terus hidup bersama walau dah tak sayang, asbab taknak anak – anak hidup dalam keluarga pecah beIah. Bagi aku solusi kes kau ni bro; (1) cuba bimbing dia dulu, dari cerita sounds mcaam wife ko ni dah biasa pampered, jadi memang take time + effort untuk bagi dia faham dan terbiasa dengan value hidup kau yang berbeza dengan dia.

(2) dia sayang kau, jadi biasanya bila sayang, seseorang tu sanggup berubah asalkan dapat bersama dengan insan yang dia sayang. Dalam proses perubahan, dia perIukan sokongan. Peranan kau sangat besar di situ. Jangan sekadar p4ksa dia untuk berubah, tapi kena bersama – sama dengan dia dalam proses perubahan tu.

Be support system to her, (3) kalau semua di atas tak jalan, berpisah mungkin jalan yang terakhir. InsyaAllah dia masih ada tuhan dan parents yang boleh menjaga dia. Ambil cara baik, pulangkan juga mestilah dengan cara yang baik.

Zarith Ghazali : Ada seseorang pernah nasihat member dekat office. Katanya, bila pasangan tidur, pandang dia. Rasakan apa yang ada dalam hati. Kalau lihat pasangan tanpa ada rasa, Maka teruslah melangkah keluar dari ik4tan.

Katanya lagi, andai cinta, kasih dan sayang dah tiada, tapi adanya rasa kasihan, itu masalah yang sangat – sangat besar. Kerana dengan kesian akan terus mengik4t kita dalam hubungan itu. Dengan kasihan, cinta sayang dan kasih boleh berputik kembali. Tanya pada Allah kemudian tanya pada hati. Gud luck tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?