Aku tinggi suara dekat mak sampai dia terdiam. Esoknya tiba2 aku tak boleh bercakap

Mak sanggup datang bawa kereta pergi kampus aku semata nak bagi beg yang dia belikan untuk letak laptop. Tahu apa aku buat? Aku marah mak aku waktu dia turun dari kereta bawa beg tu sebabnya, beg tu tak lawa di mata aku waktu tu. Air muka mak berubah, dia terus pusing balik ke kereta. Aku biar je dia terus balik..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak cerita. Betapa besarnya redha seorang ibu. Aku ni tak sempurna. Memang h1na. Dulu masa remaja, selalu sangat bertekak dengan mak. Tiap kali UPSR, PMR, SPM, masa nak exam tu lah berg4duh besar.

Benci sangat kat mak aku sebenarnya. Ye lah, nak exam kot tapi boleh berg4duh plak. Dulu – dulu aku tak faham tindakan mak aku, tapi d4rah muda remaja yang membuak, aku ikut baran aku. Ajaibnya, walaupun g4duh besar waktu tahun aku nak ambil exam, sampai tak bercakap berbulan – bulan, sampai hempas radio yang besar gabak tu, result exam aku semuanya cemerlang gak. Taklah straight A’s tapi cemerlang gak.

Lepas tu, ambil diploma, mak aku sanggup datang bawak kereta pergi kampus aku semata nak bagi beg sandang yang dia belikan untuk letak laptop aku. Tahu apa aku buat? Aku marah mak aku waktu dia turun dari kereta bawa beg tu sebabnya, beg tu tak lawa di mata aku waktu tu.

Hati muda tengah panas lagi. Bila aku marah, air muka mak aku berubah. Terus pusing balik ke kereta, air mata dia dah bergenang. Tak perlu sesaat, hati aku dah bersalah. Tapi eg0, aku biar mak aku balik rumah. Perjalanan dari rumah ke kampus aku waktu tu sejam lebih.

Rasa bersalah sangat malam tu, call mak aku gak. Menangis mintak ampun, mintak maaf. Mak aku dengan berat hati, terisnggung, maafkan juga. Tapi lillahitaala, waktu tu memang aku rasa bersalah. Dan kau nak tahu? Beg tu lah aku pakai sampai masuk degree, sampai dah koyak – koyak, beg tu lah yang jadi kegemaran aku lepas tu.

Kau bagi lah beg mahal mana pun, beg tu gak yang aku pakai. Yang t4wan hati aku. Kemudian, waktu degree, sekali lagi aku derh4ka. Kehidupan belajar degree agak busy. Tapi aku memang ignorant pun waktu tu. Mak aku lah yang rajin hantar whatsapp kat a- kata nasihat, kata – kata hikmah, tanya dah makan ke belum, dah solat ke belum.

Kadang – kadang aku baca, tapi tak reply. Kalau kawan – kawan mesej , laju je aku reply, laju je aku layan sampai ke subuh. Ada sekali, mak aku tanya benda remeh. Aku malas nak reply. Bila nak reply, asyik terlupa. Sampai satu tahap, mak aku bagi mesej kecil hati dengan aku sebab tak reply mesej dia.

Allah, terus aku call mak aku. Tak di angkat. Aku mesej, tak dibuka dan dibaca. Semalaman, aku call berpuluh kali. Mesej pun berpuluh mesej aku minta maaf. Tapi dia sepi tak menjawab sebarang call atau mesej. Esoknya aku nak pergi fakulti, motor aku plak tersadai tepi jalan.

Hose minyak bocor tiba – tiba. Isi minyak, laju je dia keluar, akhirnya tersadai tepi jalan. Aku call mak aku, dia angkat, terus aku menangis minta maaf. Minta maaf bersungguh – sungguh ni. Letak je telefon, ada dua brother datang tolong tolak moto ke bengkel. Settle…

Tak habis lagi derh4ka aku sebagai anak. Aku kerja pula. Tahu apa aku buat? Aku tinggi suara kat mak aku sebab aku tak setuju dengan pendapat dia. Dalam kes ni, memang mak aku yang salah. Tapi cara aku tegur mak aku, itulah derh4kanya.

Aku lupa, dia seorang ibu. Aku tinggi suara sampai dia terdiam. Dia jawab pertanyaan aku dengan nada sedih. Aku terdiam. Bersalah sekali lagi. Sebelum letak telefon, aku minta maaf sebab tinggi suara, tapi maaf aku tu tak ikhlas, sebab hati tengah panas.

Tahu apa jadi pada aku? Pagi esoknya, Allah tarik nikmat suara aku. Aku tak boleh bersuara hampir sebulan! Sebulan!!! Aku nak bersuara, aku kena usaha dalam keadaan seolah menjerit. Dan kali ini, aku sekali lagi taubat.

Allah dah tunjukkan pada aku berkali – kali natijahnya jika derh4ka pada seorang ibu, regardless siapa pun ibu kita. Start dari tu, aku kawal baran aku, marah aku. Aku cuba berdiplomasi dan berhikmah. Sisa baran tu masih ada, sebab aku tak jaga solat aku dengan sempurna.

Tapi kat sini, aku nak ingatkan juga, seteruk mana pun kau, sebaik mana pun, kalau kau derh4ka pada seorang ibu, natijahnya itu besar. Sekarang apa aku buat? Aku berhenti kerja yang jauh dari rumah mak aku dan menganggur sementara sekarang ni sebab nak jaga mak aku.

Dan sebab mak aku kata ‘Dahla nak, awak cari je dekat – dekat dengan rumah, boleh jaga mama’. Aku tak fikir lain dah. Walaupun gaji kerja waktu tu aku kira agak lumayan. Tapi cukuplah redha mak aku.

Sekarang… Dia gatal – gatal kat badan, aku garukan. Dia s4kit – s4kit lenguh, aku picitkan. Dia nak ke mana – mana, aku temankan. Dia nak bergosip, aku layankan. Dia nak tengok cerita h4ntu, aku temankan, kemudian sama – sama menjerit.

Selalu aku akan tanya dia, ‘ma, happy tak kita ada kat rumah?’ Beliau jawab ‘happy, lagi happy awak cepat – cepat kerja’. Dan sekarang, walaupun aku jobless, dari riak wajah dia, cukuplah ada aku di sisi teman dia. Doakan aku wahai pembaca, semoga dipermudahkan urusan menjaga mak aku.

Baik pekerjaan, mahupun mencukupkan solat aku. Aminn. Ingat, jangan derh4ka. Kawal em0si. Jaga solat. p/s: ayah aku baru meninggaI, sebab tu aku tak fikir panjang berhenti kerja bila permintaan mak aku nak aku ade dekat dengan dia. Dia keseorangan.

p/p/s : mana adik beradik lain? Ada tapi aku lah yang beliau paling sayang. – Saudari derh4ka

Komen Warganet :

Nfauziah Abdrazak : Allah nak didik supaya seorang anak bertaubat. Kalau degil sangat lagi besar lah pengajaran yang diberi. Mungkin sampai ‘terduduk’. Tapi itu kira untung jugak, diberi kesempatan untuk insaf dan bertaubat sementara bonda masih ada dan boleh melafazkan kemaafan.

nul Ashikin Abdullah : Yup.. Redha mak tu penting. Dulu mak aku pernah kecik hati sebab aku tak suke bawak lauk yang dia masuk pergi asrama. Aku rasa bende tu kecik. Sebab aku tak suka nak banyak – banyak bekas makanan.

Aku malas nak bsuh. Lepas tu mak aku cakap ‘mana nak suka mak masak’ sentap terus sampai hari ni, apa mak aku nak aku bagi, mak aku masak aku makan sampai habis, macam – macam sebab aku nak happy kan mak aku. k lah. Nak tepon mak!

Lola Mel Zati : Kudos to you. Baran memang susah nak hilang tapi respect sebab dalam dunia akhir zaman ni, kadang – kadang mak bapak kena tinggal dengan anak, Allah pilih awak untuk jaga mak awak. Semoga menjadi anak yang lebih baik. Sampaikan salam pada ibu awak. Semoga dalam rahmat Allah selalu.

Elinda Hashim : Pelik lah ko ni dik. Derh4ka pastu kena baIa wat lagi. Tapi takper lah asal kamu sedar. Memang redha ibu tu sangat besar. Ada redha ibu hidup senang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?