Aku ‘tr4uma’ mak dah tetapkan aku kena bagi duit raya RM100 untuk semua makcik, anak sed4ra sorang RM20

Sepupu aku ramai, total anak – anak je dalam 40 orang. Adik beradik mak aku ada lapan orang. Mak aku tetapkan aku kena bagi RM10 untuk yang kecik, yang belajar kat kolej tu RM20. Untuk makcik – makcik plak RM100 sorang. Dah lama aku pelik. Duit raya tu wajib ke? Kalau tak bagi duit raya berd0sa?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam ramadhan. Raya pada tahun ini bagi aku sama sahaja seperti raya di tahun – tahun sebelumnya. Raya di rumah, ziarah rumah pakcik – pakcik dan makcik – makcik aku yang jaraknya sekangkang kera sahaja daripada rumah.

Arw4h atuk dan nenek kedua – dua beIah ibu dan ayah aku sudah lama meninggaI dunia. Jadi, tiada lagi ‘balik kampung’, cuma ziarah menziarahi sahaja. Alkisahnya, oleh sebab nak raya lagi beberapa hari, aku nak kongsi sikit ‘tr4uma’ aku bila sampai hari raya.

Kejadian berlaku pada raya tahun lepas. Masa tu,  pagi raya ketiga. Mak aku tegur, “kaklong, duit raya dah bagi belum?”. Dah masuk 2 tahun aku bekerja, jadi memberi duit raya sudah menjadi ‘kewajipan’ bagi aku. Tapi sebenarnya aku pelik, dah lama aku pelik.

Duit raya tu wajib ke? Kalau tak bagi duit raya berd0sa? Aku masih bujang. Belum ada apa – apa komitmen yang banyak. Alhamdulillah, gaji pun boleh dik4tegorikan sebagai ‘selesa’. Dapat lah buat makan kfc seminggu sekali, kadang – kadang McD.

Aku kerja sebagai seorang doktor. Tapi, bila setiap kali raya, macam berd0sa pula kalau salam tak bagi sampul dan duit. Jangan salah faham, bukan tak nak bagi, tapi… tu lahh.. Bayangkan, aku anak sulung. Takda anak – anak buah yang kecil – kecil.

Jadi duit – duit raya ni sebenarnya aku kena bagi dekat sepupu sepapat aku yang lagi muda dari aku mostly tengah study (kolej and sekolah). Yang dah keja, diorang pun wajib bagi duit raya jugak. Ok, sepupu aku ramai. Adik beradik mak aku ada lapan orang, maklong, makngah, maklang, makteh, makchik, atam, mak uda, maksu.

Purata anak – anak makcik aku ni, adik beradik diorang dalam 4 – 5 orang, lepas tu tolak yang dah bekerja, jumlah total lebih kurang 20 orang. Ini baru beIah mak aku, nak kena tambah beIah ayah aku lagi. Adalah dalam 40 orang.

Okay, so aku kena sediakan duit raya untuk 40 orang. Kalau dah bagi sorang, kena jugaklah bagi yang lain. Mak aku suruh aku bagi paling cikai pun at least rm10, tapi yang studi kat kolej tu, bagi lah rm20. Sebab diorang lagi banyak nak guna duit. Ni untuk sepupu – sepupu je ye.

Pastu mak aku cakap lagi, “makteh, atam , makchik pun jangan lupa bagi duit raya, sorang rm100 pun jadilaaa..” Tapi bila pergi beraya rumah diorang masing – masing pakat keluar iphone 7, 8, 9, 10, 11, ipad, go pro segala mak nenek yang branded dan mahal – mahal.

Henset aku pakai ni pun aku beli 2 tahun lepas sebab henset lama kena curi, harga tak lebih seribu. Sebab aku memang tak minat gajet – gajet ni lagipun. Sepupu – sepupu aku pun ramai yang studi dapat elaun, ada yang dapat biasiswa, pastu dapat duit lagi dari mak ayah.

Mak aku beriya nak suruh aku bagi duit raya. Lagi banyak lagi bagus. Sedekah katanya, bagi duit kat orang, rezeki luas. Ye betul, aku faham. Ustazah kat sekolah dulu pun ajar benda yang sama. Tapi ni nanti aku bagi duit raya ni untuk diorang beli latest iphone? Latest gajet? Bekal duit untuk beli r0kok?

Ada yang simpan duit nak beli tiket flight nak melancong. Bagus lagi aku derma or bagi sumbangan, sekarang ni macam – macam saluran korang boleh cari nak bagi derma. Banyak dah link – link orang share kat fb and media sosiaI yang lain.

Kat tv pun banyak bantu orang yang takde duit nak makan, ada yang takde tempat tinggal pun. Sedekah tu kita bagi duit untuk orang yang memerIukan. Yang takde duit yang mencukupi untuk barang – barang keperluan, bukan untuk memenuhi kehendak.

Betul kan? Ke aku je yang rasa macam ni? Sebab aku tengok budaya bagi duit raya dalam masyarakat melayu ni, kalau dulu mungkinla orang bagi niat nak sedekah kat orang. Tapi dalam keluarga aku, duit raya tu lebih kepada ‘hadiah’, dan aku wajib bagi.

Sebab kalau orang – orang macam aku yang baru kerja ni, baik simpan duit, sedekah untuk yang betul – betul memerIukan. Tapi sebab budaya bagi duit raya ni sudah seperti kewajipan, aku rasa terbeban. Aku dah luahkan dah benda ni kat mak aku.

Dia dengar je laa.. tak cakap apa – apa. Antara faktor lain yang menjadikan duit raya ni dah macam benda wajib ialah sebab dengar orang kata. Kalau tak bagi nanti orang kata macam ni, “Eh, kerja bagus, gaji besar takkan tak bagi duit raya?”. Kalau bagi nanti orang cakap macam ni pulak “RM5 je ke? Anak maklang bagi RM20.” Haha. Sekian terima kasih.

*Semua yang aku tulis ni sekadar luahan perasaan tentang situasi hidup dalam keluarga aku yang aku lalui sekarang. Sekadar berkongsi pengalaman. Selamat hari raya semuaaa.. – Melayutulen (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Faris Haikal : Aku macam boleh faham situasi confessor, aritu baru je confessor dapat bonus rm500 tapi macam sume dah hangus kat duit raya.. kah3.. niat sedekah / hadiah insyaAllah tak hangus, mudah – mudahan jadi ladang pahala di akhir4t.

Aku pun sama, spend almost rm2k just untuk duit raya. Pikir logik, macam dah boleh beli macam – macam. Tapi setahun sekali bagi kaum keluarga happy apa salahnya. Macam daging k0rban lah, bukan syarat pembahagian dagingnya hanya pada orang miskin je, semua boleh dapat sama ada kaya@miskin. Same goes to duit raya. Niat bagi hadiah, Allah will reward you more (baca:rezeki) dari arah yang tak disangka – sangka. Trust me!

Nurin Fatihah : Sedekah tu baguslah. Bagi masa raya buat untuk seronok – seronok bergembira. Tapi rasanya terbeban kalau ditetapkan macam sekurang – kurangnya rm10, sekurang – kurangnya rm20. Pakcik makcik sorang rm100 pula.

Mak ayah? Nak memberi ni tak perlu minimum – minumum. Nak bagi sorang rm1, rm2 pun takpa lah. Rasanya dia terbeban sebab ada minimum – minumum amaun pula nak bagi.

Fatin Azwa Sidik : Entah la. Aku tak kerja doktor. Aku ni suri rumah je. Tapi aku seronok nak memberi walau aku sendiri pun nanhadoo. Itu pun berkat simpan bulan bulan. Seronok tengok orang dapat duitt raya. Mungkin sebab kecik – kecik dulu orang bagi duit raya tengok orang kot.

Dorang suka, dorang bagi. Tak suka tak bagi. So aku bila dah besar panjang ni aku taknak la jadi macam tu. Kalau pada aku boleh nak bagi merasa semua. Sorang dapat, semua mesti dapat. Orang happy aku happy. Itu je la.

Bibi Izzatul Sheikh Rahimullah : Based on the story.. conclusion nya, coz your title tu dik… ‘doktor’.. mesti lah parents proud.. dan dari sudut pandangan masyarakat.. adik dik4tegorikan golongan atasan tu. Senang je, if adik ikhlas nak beri.. niatkan sedekah.. terutama yang dah tua – tua.. if tak nak beri.. tak payahlah adik.. hak masing – masing.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?