Anak aku tengah tidur tetapi mak mertua tetap dengan sikap dia terus r4mpas anak aku dari aku. Lepas itu, terus pegang tak mahu berikan anak aku pada aku walaupun aku minta. Anak aku menangis nak tidur nak susu dan penat..
#Foto sekadar hiasan. Cerita ini bermula setelah kami bernikah. Ditakdirkan aku mempunyai ibu mertua yang begitu insecure dengan diri aku. Bagi dia, aku adalah saingan dia. Apa sahaja benda baru yang aku dapat, dia nak dapatkan juga dan mesti lebih lagi dari aku.
Kalau dia nampak aku rias diri aku cantik, dia akan pergi tukar baju supaya nampak lebih cantik. Apabila orang puji talent aku, dia akan cakap diri dia atau anak dia lebih hebat. Begitulah mertua aku. Maka dengan itu, aku berpesan pada suami untuk diam tidak buka mulut pada ibu dia jika kami membeli sesuatu yang baru.
Suami mungkin seorang yang suka berkongsi semua pada ibunya. Aku tidak kisah cuma, aku jadi tidak selesa bila ibunya seperti suka bersaing dengan aku dan keluarga mertua suka masuk campur dengan keputusan kami.
Kalau ingin bercuti ke mana – mana suami suka bercerita pada keluarganya atau kalau ingin membeli apa – apa juga pasti dia akan berkongsi segalanya. Kiranya tiada privacy dalam setiap langkah kami, suami nak ceritakan semua.
Jadi, aku tegur supaya hentikan bercerita semuanya biarlah apa yang kita rancang kita sahaja tahu melainkan bila betul – betul melibatkan family. Maka, sebermula itu suami tidak berkongsi lagi segalanya dengan family dia.
Hanya perkara penting sahaja. Maka bermulalah episode demi episode yang aku rasa keluarga mertua mulai makan hati dengan aku dan suami. Episode pertama, hanya aku dan suami sahaja tahu tempat kerja lama suami sangat t0xic dan tiada career growth untuk suami.
Ditambah pula dengan gaji kecil yang tidak setimpal dengan jawatan suami ketika itu. Hanya aku dan suami sahaja tahu struggle kami untuk mengumpul duit setiap bulan demi kelangsungan hidup. Mertua tidak tahu semua ini.
Mereka cuma tahu anaknya kerja di company besar. Suami ingin berhenti kerja dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Suami berkongsi pendapatnya bersama orang tuanya. Namun, mereka tentang pendapat suami dan meminta suami bertahan di company itu.
Suami mengadu pada aku, dia sudah agak, pastinya keluarga tidak setuju jika dia ingin bertukar tempat kerja. Aku sebagai isteri, aku cuba memberi kata – kata semangat pada suami, aku katakan padanya, “Why you nak approval from your parent kalau you think your life suck there? Go find your dream! You fly high! Jangan limitkan you punya dream you pandai! You fast learner, semua company nak orang macam you!“.
Maka, atas rezeki Allah, suami dapat pekerjaan yang lebih baik, gaji yang setimpal dengan pengalaman kerjanya, benefit company yang memberasangkan, environment dan boss yang sangat positive with clear career growth.
Tetapi, suami ditawarkan kerja sebagai pekerja contact selama 1 tahun lebih sebelum di convert kepada permanent staff. Aku tahu dan yakin suami akan permanent suatu hari nanti sebab aku yakin dengan skill dan talentnya. Aku sokong suami untuk ambil risiko itu.
Aku kata padanya “nak berjaya, kita sentiasa kena take risk. Go go fly high!“. Akhirnya suami resign. Dan aku juga pesan pada suami supaya untuk sementara ni, rahsiakan dulu keputusan dia berhenti dari company lama itu dari ibubapanya sehinggalah suami berjaya permanent nanti barulah kita beritahu hal yang sebenar.
Kerana, aku tidak mahu ibu ayahnya membantutkan pemikiran suami. Tapi, itulah sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Entah bagaimana tiba – tiba ibu ayah suami marah – marah suami kerana tidak memberi tahu mereka tentang suami berhenti kerja di tempat lama.
Ibu ayahnya tidak mahu bercakap dengan suami. Suami cuba memberitahu segalanya tetapi mereka masih makan hati kerana suami tidak menceritakan kepada mereka. Dari situ, aku mula terbit rasa bersalah. Aku yang suruh suami rahsiakan sebab aku tahu, jika beritahu pasti mereka tidak sokong dan bantah dengan tindakan suami.
Tapi, yelah air yang dicincang tidak akan putus lama – lama lembut juga hati ibu ayah suami dan mereka maafkan suami. Episode kedua, episode kedua bermula setelah kami mula menimang cahaya mata. Anak sulung pertama dan cucu sulung pertama di dalam keluarga.
Ya lah, semua orang excited dengan kehadiran si kecil ini. Ceritanya bermula apabila ibu suami terlalu over excited dengan anak kami. Aku tidak kisah jika dia ingin mendukung anak aku tetapi, janganlah tidak pedulikan langsung perasaan aku.
Aku sampai tr4uma nak bawa anak aku berjumpa dia. Kalau dia nampak anak aku, walaupun anak aku sedang tidur di pangkuan aku, dia ingin terus mengambil anak aku. Walaupun aku kata, tak pe biarlah anak aku tidur tetapi dia tetap dengan sikap dia terusnya r4mpas anak aku dari aku.
Lepas itu, terus menerus pegang tidak mahu berikan anak aku pada aku walaupun aku minta. Anak aku menangis nak tidur nak susu dan penat, tetap dia ingin bermain dengan anak aku, dukung gendong. Kesian anak aku.
Aku katakan padanya “sabarlah, biarlah affan nak susu ni“. Dia duduk tunggu tepi aku. Bila ada orang dok tepuk – tepuk depan anak aku yang tengah menyusu pastinya anak aku tidak dapat fokus minum susu. Apabila dia melihat anak aku tidak fokus, terus je dia ambil anak aku dan dukung bawa masuk ke biliknya.
Sepanjang duduk rumah mertua, anak aku menyusu cuma sekali dua sahaja dalam sehari dan tidur pun tidak tentu. Aku minta suami pulang ke rumah kami awal. Sebabnya anak aku penat duduk rumah keluarga dia. Aku rasa nak marah.
Aku cakap pada suami, kalau macamni lah i tak selesa nak balik sini lagi. Janganlah buat anak kita macamtu, dia bukannya budak besar atau anak patung. Dia baru je baby 4 bulan masih perlukan susu dan tidur yang cukup!
Maka, sejak itu, kami balik sebulan sekali sahaja. Aku sudah tak sanggup nak tengok anak aku penat sangat macam tu. Aku terdengar perbualan suami dan ibunya, ibunya kata nak datang rumah kami nak main dengan cucu lagi.
Suami kata, anak kami penat sangat semalam balik rumah mereka biarlah dia berehat saja harini. Aku rasa ibu dia macam kecil hati sebab tak dapat datang. Aku malas nak nasihat apa – apa waktu tu. Waktu tu aku macam, biarlah dia nak kecil hati ke apa, aku ibu pada anak aku, biar anak aku rehat.
Episode ketiga. Episode ketiga pula, apabila kami diduga dengan anak kami yang tidak begitu sihat. 3 – 4 hari anak kami asyik batuk dan selesema. Aku dan suami ambil cuti untuk menjaga anak kami. Sedang aku menjaga anak aku, aku terdengar perbualan suami dan ibu dia.
Ibu dia marah – marah suami kenapa tak kerja? Kenapa tak hantar je anak kami ke taska dan pergi kerja daripada tak kerja. Suami bertegas kata, anak kami s4kit dan ibu tahu dia s4kit macamana kami nak pergi kerja. Ibu dia bertegas hantar jelah taska, biasa lah budak s4kit.
Suami aku bertegas kata, anak kami s4kit. Ibu dia tetap marah – marah sebab suami ambil cuti sambil kata, pandai – pandailah korang uruskan apple (aku) kan ada, biarlah dia jaga dan suami aku pergiIah kerja. Suami aku kata, apple pun bekerja juga dia pun banyak dah ambil cuti so now, its my time to take leave and take care anak kami pula.
Dan aku dengar ibu dia masih tak puas hati sebab suami aku cuti. Aku waktu tu, hentahlah ye. Rasa sedih dan sebak sangat timbul dalam hati. Dalam aku lihat wajah anak aku yang tak berapa sihat, aku cakap padanya “tak pe sayang, awak ada ibu okay. Ibu janji selagi ibu bernyawa ibu akan lindungi awak sepenuh hati ibu“.
Waktu tu juga, aku malas nak nasihat suami dengan cara dia bercakap dengan ibu dia. Hentah rasa tak de hati nak tegur. Aku rasa suami aku di pihak yang betul dan beliau tegas dengan pendirian beliau untuk jaga anak kami.
Aku tahu, mak mertua pasti terasa tadi dengan kata – kata suami yang tidak mahu mendengarkan nasihatnya. Tapi, aku diam je. Aku tak de hati nak tegur. Biarlah. Episode keempat. Episode keempat pula, apabila keluarga belah suami ada buat kenduri kend4ra.
Ibu suami suruh suami bawa anak kami jumpa sed4ra mara. Waktu itu, anak kami baru sahaja sihat dari demam selepas v4ksin. Suami kata, nantilah bawa anak kami tak berapa sihat ni. Ibu dia kata kami ni kera sumbang dan sombong tak nak jumpa dengan orang.
Suami kata, bukannya kami nak berkurung anak kami sampai bila – bila nanti dia sudah besar sikit dah fully vaksin boleh lah pergi tempat crowded begitu. Tapi, itulah ibu dia tetap tak faham. Ibu dia kata, ibu dia tak didik suami untuk jadi kera sumbang macamni.
Suami tetap bertegas bukan tak nak jumpa tapi, anak kami baru je sembuh dari demam vaksin. Ibu dia tetap tak memahami kami dan berkecil hati. Aku pun, malas nak masuk campur dah isu mereka anak beranak. Biarlah.
Aku nak fikir apa yang terbaik je untuk anak aku. Aku rasa suami aku betul, untuk tidak membawa anak kami ke tempat ramai orang waktu itu sebab anak kami pun baru sahaja baik demam. Jika bertemu sed4ra mara pastinya mereka ingin mencivm anak kami.
Dari ramai yang makan hati bila kami tegur nanti, baik ibu dia sorang jelah yang makan hati. Aku pun dah tak de hati nak nasihat suami. Beza betul ibu mertua dengan ibu sendiri. Ibu sendiri punyalah halang kami bawa anak kami ke tempat ramai orang takut berjangkit sebab immune bayi masih lemah.
Tetapi ibu mertua pula marah – marah kami tak bawa anak kami ke tempat ramai orang katanya sombong kera sumbang. Biarlah dia. Itu sahajalah luahan di hati ini, derhaka kah suami aku kerana buat ibu dia kecil hati? Atau itu bukan namanya derh4ka? – Apple (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shahdu Mohd Sah : Syabas suami berjaya pertahankan rumahtangga. Sokong terus suami dan beri semangat. Tapi kalau kasar suami tegur ibu ayah tu, boleh juga pesan suami masih kena tegur dengan berlembut juga dengan ibu tu, walaupun ibu tu salah.
Sebab apa – apa pun dia tetap ibu kan? Kena sabar lebih sikit. Pasal kenduri tu, boleh je suami sorang pegi sebagai wakil. Tak bolehla orang nak cakap kera sumbang. Kalau kera sumbang tak nampak bayang langsung.
Moga Allah mudahkan urusan korang. Good luck confessor.
Ae Vin : Nasihat untuk dari sendiri juga dimasa hadapan, sebagai mertua, bila anak da berkahwin, jangan lah ditidakkan hak menantu. Mereka ada hati dan perasaan. Fasa kita sebagai pasangan muda sudah berakhir. Maka biarlah anak layari hidup berpasangan dengan cara mereka. Kita hanya doakan saja semoga anak – anak hidup bahagia dunia akhir4t.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.