
Ketika berpisah, anak lebih memilih papanya. Jantung ini bagai terhenti, sudah jatuh ditimpa tangga. Kehilangan kasih sayang suami, anak turut pergi.. Selepas 3 tahun..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca. Terima kasih sudi baca coretan saya. Semoga anda semua mendapat ikhtibar dari kisah saya. Ini perjalanan hidup saya. Saya sekarang berusia 47 tahun dan single mother. Di sini saya akan cerita kisah mengenai 2 anak kesayangan saya dan sedikit kisah penceraian rumah tangga saya.
Saya bercerai sekitar tahun 10 tahun yang lalu, ini kerana saya tak rela berpoligami dan saya sudah lama bersabar dengan tingkah laku mertua yang selalu memandang rendah pada saya. Hanya kerana saya bukan dari kalangan keluarga berada dan bukan juga kerja kerajaan seperti ex husband dan adik beradiknya. Even mertua pun keduanya pencen dari sektor kerajaan.
Aku bertemu ex husband ketika kami berurusan bisness kerana ex husband adalah orang yang suka mencari duit dan peluang. Itu adalah salah satu faktor kenapa aku setuju bernikah dengannya. Kembali kepada kisah utama, setelah 4 tahun mendirikan rumah tangga aku dikurniakan sepasang cahaya mata abang dan adik.
Walaubagaimanapun, kami terpisah dek kerana anak – anak aku yang ketika itu memilih untuk duduk dengan papa mereka sendiri dan hak asuhan di berikan sepenuhnya buat ex husband. Awalnya aku terk3jut dan sangat bersedih, yalah aku yang s4kit beranak, jaga siang malam, kalau s4kit ke, urusan sekolah aku yang urus.
Aku yang berk0rban amek cuti, aku yang pantau kerja sekolah sampai mereka berdua cemerlang dan terurus dari semua segi. Ketika berpisah, anak lebih memilih papanya. Jantung ini bagai terhenti, aku ingat kalau tak kerana keluarga aku, aku hampir bvnvh diri kerana sudah kehilangan kasih sayang suami, anak turut pergi. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Perkahwinan yang kami pertahankan hampir 13 tahun musn4h kerana orang ketiga, sudahlah si dia di anggap menantu pilihan kerana berkerja di sektor kerajaan. Ibarat kalau berkumpul dengan keluarga ipar, apa – apa perbualan boleh masuk. Sedangkan aku di dapur jadi bibik.
Tak mengapa itu kisah silam, selepas 3 tahun berpisah, ex husband aku menikah dengan wanita pilihan ibunya aka penyondol tersebut. Selepas bernikah itulah aku mula berpeluang kembali bersama anak – anak aku. Ya Allah, dia yang Maha Tahu.
Selepas aku diberi kesempatan bersatu kembali dengan anak – anak, aku membawa mereka bercuti, peluang begini susah untuk aku dapatkan. Kali ini dek kerana papa mereka pergi bercuti ke luar negara dengan isteri barunya dan tiada siapa mahu mengurus anak – anak maka di beri kesempatan aku untuk mengurus kembali mereka. Walhal cuti penggal tapi tidak dibawa anak – anak bercuti.
Tak mengapa ketika itu, abang dah berusia 15 tahun dan adik 13 tahun. Mereka mula membuka cerita bagaimana susahnya mereka berdikari di rumah papa dan sering diabaikan pelajaran. Dari segi duit belanja, memang mewah, tapi dari segi masa dan pengurusan abang dan adik harus bungkus, harus fikir bagaimana dan lain – lain. Mujur ada kedai makan berdekatan taman, jadi mudah untuk mereka.
Seandainya anak – anak ini kalau tersalah pergaulan atau terpengaruh hal – hal buruk, memang aku akan berabis salahkan papanya. Untung kedua anak aku bijak mengurus masa dan wang saku. Selain sudah matang diusia muda, pelajaran bagus, aku bertanya kenapa tidak mahu ke asrama penuh, si abang cakap, nak jaga adik, si adik pun sebaliknya.
Ketika itu kedua anak aku masih mengambil upsr dan keputusan berdua tidak kalah, sama – sama cemerlang. Ketika aku dalam perjalanan ke tempat bercuti, anak – anak bercerita, kenapa mereka memilih papa, sebab mereka tahu situasi yang berlaku antara aku dan ex husband.
Dia tahu mengenai nenek yang tak suka mama dan tahu ada auntie cantik jadi girlfriend papa. Mereka taknak menyusahkan aku, dan menyuruh aku fokus fikir diri sendiri dan cari ruang untuk sembuh. Mereka takkan menyusahkan aku dan tidak mau membebani aku.
Si abang juga berkata, dia tahu kalau dia dan adik pilih mama, mungkin nafkah papa akan culas. Mungkin mama akan jadi single mother sampai papa lupa dia ada anak. Yes, kedua anak aku sangat memahami, sebab tu aku sedih dan pelik kenapa mereka memilih papa.
Dan semenjak ex husband aku menikah lagi, aku tak pernah terfikir mencari pengganti, aku boleh hidup sendiri, dan aku sekarang banyak kesempatan untuk bersama anak – anak aku yang bijak. Sekarang, si abang dah bekerja di sektor swata dan di usia yang masih muda sudah mengumpul aset sendiri tanpa hutang.
Aku bangga dan dia juga banyak support adik untuk belajar tanpa pinjaman. Sementara itu, anak – anak sudah sepenuhnya kembali kepada aku, kerana papa mereka sudah punya hidup yang lain, cuma kalau raya atau ada majlis, mereka akan datang menjenguk papa mereka.
Aku bersyukur dikurniakan anak – anak yang baik, jaga solat, jaga adab dengan orang tua, lemah lembut dan tidak banyak masalah walaupun berasal dari br0ken family. Aku sebagai ibu, cuba memberikan yang sehabis baik buat kedua cinta hatiku. Semoga aku terus kuat dan cekal dalam melalui liku – liku sebagai orang tua yang kesunyian menunggu kedua anak – anak free untuk berkumpul lagi. – Mila (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
AnaTusiah Musa : Memang bijak anak Puan, bila berpisah seeloknya anak – anak ikut bapa supaya tak culas dari nafkah anak.. lagipun hubungan anak dengan ibu takkan renggang pun sebab hubungan ibu anak tu kuat. Kalau berpisah dengan bapa pula mungkin lama – lama bapa tu lupa dia ada anak. (Erra Fazira ada anak 1 je tapi dia bagi dekat tak husband jaga supaya anak tak kehilangan kasih sayang bapa dan Erra tentunya sangat mengasihi dan bila – bila masa je menerima anaknya).
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.