Alhamdulillah Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki hari ini secara pembedahan.

Alhamdulillah Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki hari ini.

Sebelum ini Abby Abadi telah dimasukkan ke hospital disebabkan komplikasi terhadap kandungan. Hari ini menurut su aminya Faizal Zakaria, is teri beliau telah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 10.43pagi.

Abby dilaporkan sudah stabil, walau bagaimanapun bayi masih lagi berada dalam NICU.

Mari kita sama-sama doakan Abby Abadi dan juga bayi berada didalam keadaan sihat dan dalam rahmatNya.

Sebelum ini aktor Norman Hakim mengesahkan bekas is terinya, pelakon Abby Abadi bakal menjalani pembe dahan untuk melahirkan bayi yang dikandung selepas mengalami ‘turun darah’.

Norman berkata dia terpaksa berkongsi berita tersebut kerana mahu memohon doa dari semua pihak agar segala urusan Abby yang sedang bersalin enam bulan dipermudahkan, serta bayi dan ibu selamat.

Sedikit sebanyak tentang Abby Abadi, hasil dari perkahwinan sebelum ini bersama pelakon Norman Hakim beliau dikurniakan 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Selain itu Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..