Alhamdulillah murah rezeki Johan belanja Yoe dan Asif makan. Siap bagi hadiah lagi!

Siapa yang tidak kenal dengan trio Youtubers Malaysia iaitu Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey yang memiliki pengikut lebih 1 juta. Umum sedia maklum, Asif yang menghidap mild autism diperkenalkan Syahmi Sazli dalam Drama Spontan menjadi popular dan diminati ramai.

Boleh dikatakan sekarang memang tengah fenomena Yoe Parey dan Asif. Hari ini di IG Syahmi ada memuat turun foro bersama Johan dan isterinya Jozlyn. Menurut Syahmi, beliau dah lama minat dengan Johan. Yela kan, siapa yang tak minat Johan. Baru bukak mulut je orang dah gelak.

Dari dulu mmg minat betul dgn @jozlynnhanania .. Alhamdulillah harini dpt lunch skali n diorang sangat baik dan pemurah. Beli hadiah utk asif, yoe, mi, wife n baby.. patut la rezeki diorang murah. Moga abg johan n kak ozlynn sentiasa dalam rahmat ilahi.

Kalau sesiapa yang mengikuti IG Johan dan Jozlyn ni, memang akan tahu lah yang mereka ni sangat pemurah. Selain itu, di IG milik Jozlyn juga ada memuat turun tentang pertemuan mereka. Boleh kata orang yang sama-sama hebat dan popular sekarang.

Ini kalau buat video sama ni mesti pecah perut.

Hari nih memang dh set untuk luang masa dengan dorang.. Rezeki jumpa orang hebat.. semoga berjaya dunia akhirat buat kalian.. nanti kami upload video parohhhhh asif dgn yoe ok… bertabahlah @syahmisazli @anissafaizul melayan kerenah adik2 manja kita nih.. puas gelak la korang kan.. mi hari2 amik video pon boleh gelak lagi tadi @asifsuhaimi02 @yoe_parey

Ni mesti masa jumpa tadi asyik gelak je kan…hehe

 


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..