Alhamdulillah, Zarina Zainuddin berangkat ke Mekah bersama madunya

Menunaikan Umrah merupakan impian semua umat Islam. Terbaru dilaman media IG Zarina Zainuddin, beliau berkongsi berita gembira apabila beliau akan berangkat ke tanah suci bersama madunya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibunya Zahura binti Abdul Mutalib dan serta anaknya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan.

Dalam status yang di muat naik oleh beliau, menunjukkan video Azal memohon maaf kepada semua sebelum berangkat kesana.

Assalamualaikum

Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan

Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur

kimar dan blous @as.legacymalaysia

Video :

Alhamdulillah rezeki Kak Zarina dan Azal berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Kami doakan perjalanan Kak Zarina sekeluarga.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menitipkan mendoakan supaya perjalanan serta ibadah mereka itu dipermudahkan. Tidak kurang juga netizen yang meminta pasangan tersebut mendoakan supaya mereka menjadi tetamu Allah satu hari nanti.

Semoga selamat pergi dan balik.. Doa kan sy jgk ya kak zarinazainudin – Netizen

Semoga kakĀ @zarinazainuddin_ , azal dan keluarga selamat smpi ke tanah suci dan semoga dipermudahkan segala urusan disana serta selamat kembali semula ke tanah air- Netizen


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..