Lepas arw4h ayah meninggaI, mak nekad nak bagi harta arw4h sama rata sedangkan along anak angkat. Bila kami bantah, mak tuduh kami anak derh4ka. Kuasa Tuhan dapat harta tak berkat, 3 buah rumah sewa Aloang terbakar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Cerita saya ringkas je.. Nama saya Kantan. Belum kahwin, merupakan anak yang ke-lima, anak bongsu. Saya ada 2 orang abang dan 2 orang kakak. Abang sulong saya tu anak angkat tapi dih4ramkan dalam keluarga sebut dia anak angkat.
Ceritanya, 8 tahun mak ayah kahwin tapi takde anak. Alhamudulillah, bila ambil along selepas setahun baru lah mak mengandungkan abang ngah dan anak – anak yang seterusnya. Mak dan ayah siap bin kan nama along kepada nama ayah.
(Saya tau perkara ni pun lepas kakak saya jumpa surat beranak asal dan surat akuan serah anak dalam laci ayah lepas ayah meninggaI). Kiranya kami tak tahu la selama ni yang along tu anak angkat. Entahlah zaman dulu punya data kan sebab tu kami tak tahu.
Lepas kami desak baru lah mak cerita hal sebenar. Mak cakap rezeki mak ayah melimpah ruah lepas jaga along. Untuk pengetahuan pembaca, arw4h ayah ada banyak tanah, rumah sewa dan ladang kelapa sawit. Mak cakap kami semua hidup senang dan bahagia sebab tuah along.
Ayah meninggaI 2021 kerana kovit. Masa tu saya umur 19 tahun. Ayah meninggaI tidak tinggalkan wasi4t. Semua harta atas nama ayah. Cuma tanah dan rumah tempat kami tinggal tu je atas nama mak. Mak putuskan semua harta mesti dibagi sama rata.
Mak cakap ayah dah pesan mesti bagi sama rata. Mak tak nak ikut faraid. Tak adil katanya. Saya bantah. Sebab saya dah google pasal faraid dan saya telefon pejabat agama untuk dapatkan pandangan dan tahu tentang hukvm. Pejabat agama terangkan pasal faraid ni.. saya takut hukvm Allah.
Saya bagitau mak along anak angkat tak layak dapat faraid tapi mak meng4muk marah. Mak cakap along anak susuan. Dia layak dan sama taraf dengan anak lain. Mak cakap saya tak matang tak payah ambil tahu. Abang ngah juga tak setuju. Abang ngah minta ikut faraid.
Abang ngah juga cakap dia setuju bagi along tapi bukan sama macam anak kandung dapat. Mak marah. Mak meng4muk. Dekat tiga bulan juga mak tak nak jumpa saya dengan abang ngah. Cuma 2 orang kakak je yang setuju.
Dia orang cakap kalau betul – betul ikut faraid nanti abang ngah je yang akan dapat paling banyak harta. Yang lain melopong jugak. Saya sedih dengan mak saya. Mak selalu pergi ceramah agama. Solat tak tinggal tapi abaikan hukvm Allah.
Mak terlalu sayangkan along dan tak mahu along hilang harta. Kakak pulak sayangkan harta dan tak fikir dah soal betul ke salah. Mak lantik along sebagai wakil dan uruskan semua pasal pembahagian harta tu. Abang ngah cuma berani merungut pada saya je.
Nak bukak mulut bantah lagi dia dah malas. Mak ungkit macam – macam dan cakap anak derh4ka je yang bantah cakap mak. Awal tahun 2024 urusan dah selesai. Tapi betul lah kuasa Allah tu Maha Hebat. 3 buah rumah sewa yang ditukarkan nama ke nama along terbakar. Semua hangus.
Ladang kelapa sawit yang dulu banyak hasil pun dah kurang berbuah. Semuanya macam tiba – tiba. Raya baru ni saya balik kampung, masa salam dengan along dia cakap dengan saya, “betullah apa adik cakap. Harta yang milik orang yang tak ikhlas memberi memang tak berkat. Along menyesal sangat..”
Memang nampak dia sedih sangat tapi mak cakap takpe..”takde hal.. rumah mak ni mak akan letak nama along.. nanti kita pergi tukar nama.” Saya cuma mampu pandang abang ngah. Tak mampu nak cakap apa dah.. – Kantan (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Yan Mudzafar : Nilaikan semua harta arw4h ayah. Selesaikan hutang jika ada. Ibu ambil dulu harta sepencarian. Bakinya bahagikan secara faraid (jika takde persetujuan untuk bahagi sama rata) antara adik beradik kandung + ibu.
Jika nak bagi pada along, bahagian w4ris yang bersetuju untuk bahagi sama rata iaitu ibu+ 2 orang kakak dikumpulkan dan bahagi 4. Jadi 4 orang ni (ibu, 2 kakak dan along) akan dapat harta yang sama nilai. Harta yang memang nama ibu contoh rumah kalau ibu tukar nama kepada nama along ketika ibu masih hidup adalah hak ibu semata – mata dikira hibah. Selesai
Awak mungkin tak pernah anggap yang along awak sebahagian dari adik beradik awak tapi tidak pada ibu. Mungkin awak tak tau macam mana selama 8 tahun ttc apa yang ibu ayah hadap orang kata macam – macam. Lepas ambil anak angkat Allah berbuat ihsan kepada ibu ayah awak dengan kurniaan harta dan anak – anak kandung.
Kalau Allah juga berbuat ihsan kenapa tidak kita juga berbuat ihsan. Rasanya ramai mak ayah yang ttc jika ada ambil anak angkat dan kemudian ada anak sendiri mungkin terkesan dengan cerita ni. Wallahualam..
Norain Noordin : Seeloknya pertama sekali muafakat. Kalau tiada permuafakatan barulah faraid. Tak d0sa kalau tak ikut faraid jika semua setuju. Emak tu ada ihsan terhadap abang long. Kamu dan abang ngah yang tiada ihsan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.