Along Cham dedah petugas ASK halang beliau lalu di karpet merah.

Belum reda lagi rupanya corat coret kisah semasa berlangsungnya Anugerah Skrin pada Jumaat lepas. Kini giliran pelawak Along Cham pula menceritakan pengalaman yang berlaku pada malam tersebut.

Menurut status yang dimuat naik oleh Along, semasa beliau tiba di laluan karpet merah, petugas yang berada disitu menghalangnya dari berjalan melalui karpet merah. Malah beliau disuruh melalui laluan lain.

Mujur ketika itu, Mawi yang turut ada ditempat kejadian ternampak akan situasi tersebut lalu menjerit dan memberitahu petugas bahawa beliau adalah Along. Kata petugas tersebut, dia tidak perasan bahawa individu terbabit adalah Along.

Cerita Red Carpet Ask2019…Masa abang nak masuk menuju ke laluan red carpet ASK2019 ni..

crew ASK2019 tahan n then dia check invitation card abang…

pastu dia arahkan abang utk menuju ke laluan lain…

pastu mawi jerit..eh itu along cham kot..kenapa tak bagi dia lalu red carpet?

dengan spontannya crew ASK2019 jawab “ooo x perasan pulak”…

sedangkan dekat kad tu dah ada tulis detailsnya…aduuhhhh..

ape pun tahniah buat seluruh team filem Tiada Tajuk dan tuan direktornya @cahayaasmawi sbb tercalon utk ASK 2019 utk kali yang pertama..

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari rakan-rakan artis. Malah mereka turut meninggaIkan komen gurauan di IG milik Along.

Mungkin petugas tu penat atau memang betul tak perasan la tu. Siapa la yang tak kenal Along ni. Tak tengok Adnan Sempit ke?hehe


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..