Along kahwin lain masa isteri dia tgh k0ma, tp skrg isteri dia dah sedar

Along berubah bila Kak Mira k0ma, dia jadi pendiam. Setahun lepas tu Along kahwin dengan Alin, dua pupu kami. Tapi diorang tak macam suami isteri. Sehinggalah sampai masa yang kami tak jangka, Kak Mira sedar dari k0ma. Masa Kak Mira datang rumah kami, dia tanya tentang siapa Alin. Kami terk3jut dengar jawapan Alin..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hi, Aku Hanisah. Adik bongsu dari 6 beradik. Yang sulung abang. Yang lain semua kakak. Aku sekadar nak berkongsi cerita, meluah rasa, sebab semua orang dalam family aku macam tak nak cakap apa  -apa pasal hal ni.

Along aku seorang doctor, hensem, baik, sangat bertanggungjawab. Umur dia pertengahan 30. Dulunya seorang lelaki yang sangat mesra, peramah, dalam lembut ada tegas dia. Biasalah anak sulung kan. Along aku dah berkeluarga. Ada isteri, ada anak.

10 tahun lepas, Banglong aku berkahwin dengan Kak Mira. Kak Mira memang dah lama bercinta dengan Along. Sejak zaman sekolah lagi. Along aku sayang sangat Kak Mira. Walaupon lambat dapat anak tapi diorang sangat bahagia.

Tahun 2014 kami dapat berita gembira. Kak Mira mengandung. Along aku buat kenduri kesyukuran macam kenduri kahwin. Along aku sangat gembira. Along aku tatang Kak Mira macam puteri. Satu benda pon tak bagi buat. Hanya fokus dekat baby dalam perut je.

Tahun 2015, Kak Mira melahirkan seorang baby perempuan. Arissa. Comel. Sihat. Sempurna sifat. Kehadiran Arissa sangat kami nantikan. Masa umur Arissa 2 minggu, Kak Mira jatuh tangga dekat kampung parents dia. Kak Mira k0ma. Lama.

Masa tu Along aku ibarat m4ti separuh nyawa. Sejak tu Along aku berubah. Kami “hilang” Along kami. Along aku jadi pendiam, cakap bila perlu sahaja. Dah tak pernah senyum, gelak apetah lagi. Muka macam orang tak ada perasaan je.

Raya 2016, Along aku kahwin lagi. Kahwin dengan Alin. Alin ni kira macam dua pupu aku. Masa tu dia baru sangat habis degree. Ibu bapa dia nak sangat Along kahwin dengan Alin. Along aku pon tak menolak. Perkahwinan Along dan Alin sangat – sangat simple.

Tak ada kenduri langsung. Sekadar panggil adik beradik rapat, buat makan – makan. Itu saje. Alin dan Along tak pergi pun honeymoon. Alasannya sebab Along sibuk kerja. Alin juga tak banyak meminta, mungkin sebab dia tahu dia bukan pilihan Along aku.

Hubungan diorang sangat suram. Sekadar tinggal sebumbung, tidur sebilik je. Makcik pakcik aku selalu mengata pasal family Alin nak kikis harta Along. Tapi Alin langsung tak pernah komen apa – apa. Tak pernah marah, tak pernah meIenting.

Sejak Alin kahwin dengan Along, hidup dia fokus dekat Along dan Arissa saja. Diorang hanya cakap bila perlu sahaja. Kebanyakan pasal hal keperluan Arissa. Tak ada gurau antara diorang. Tak ada gelak – gelak, usik – usik. Dua – dua hidup macam tak ada perasaan.

Tiap kali Along dan Alin balik raya rumah mak. Alin akan tidur dengan aku dan kakak – kakak. Tugas Alin lebih kurang macam seorang pembantu. Alin akan pastikan semua benda lengkap. Bila Along aku nak mandi, dia akan keluarkan baju, boxer, kain letak siap – siap atas katil.

Bila Along aku nak makan, dia akan pastikan makanan panas dan hidangkan untuk Along aku. Walaupon dia muda (beza umur 10 tahun dari Along) tapi dia sangat cekap buat kerja rumah. Masak pon tiptop. Layanan Along aku pada Alin sangat suram.

Sangat berbeza dengan layanan Along pada Kak Mira dulu. Dulu, Along aku buat semuanya untuk Kak Mira. Along aku suka mengusik, suka bergurau. Manja dengan Kak Mira. Along aku selalu buat surpr1se, selalu ada masa untuk family.

Tapi tidak dengan Alin. Diorang tak benci sesama sendiri, cumanya nampak macam tak bahagia. Aku ingat lagi, dulu (sekitar hujung tahun 2016 – musim budak universiti k0nvo). Aku tanya Alin, bila dia k0nvo, sebab aku nak ambil cuti. Nak meraikan sama-sama.

Dan dia reply, “minggu lepas”. Bila aku tanya kenapa tak pergi k0nvo, dia cakap “lupa”. Must4hil sangat Alin lupa hari k0nvo dia. Alin pelajar cemerlang, degree first class. Tapi dia lupakan segalanya sebab dia nak fokus dekat Arissa.

Ataupun, mungkin dia takut kalau Along aku terp4ksa ambil cuti untuk k0nvo dia. Mungkin dia takut dia membebankan Along aku. Alin seorang yang sangat bertimbang rasa. Berdikari. Dia akan sedaya upaya buat semua benda sendiri.

Cat rumah sendiri. Lampu rosak, dia panjat betulkan sendiri. Paip bocor dia google cara baiki sendiri. Tayar kereta pecah, dia call pomen mintak tolong tukarkan. Sikit pon dia tak kacau Along aku. Dia hanya kacau Along aku bila melibatkan Arissa je.

Bila Arissa tak sihat, dia cepat – cepat call Along aku, kalau Along tak angkat, dia akan call mak. Mak akan call Along dan inform. Kalau Alin tak sihat, dia akan gigihkan diri hantar Arissa balik rumah mak, dan dia pergi hospitaI sorang – sorang.

Bila dia dah sihat baru dia cerita dekat mak dan aku. Dia tak nak Arissa jangkit. Dia sayang sangat dekat Arissa. Arissa pon rapat sangat dengan Alin. Muka Arissa ni hampir seiras macam muka Alin, walaupon bukan anak kandung Alin.

Manja, bijak, cantik, dan mudah terhibur. Sikit – sikit cari Alin. Raya tahun lepas, Along dan Alin macam mesra lebih sikit. Dah nampak macam boleh senyum sikit. Masa dekat dapur, aku pernah dengar mak tegur Alin sebab Alin makan pil perancang.

Mak suruh Alin stop makan ubat apa – apa. Mak suruh Alin mengandung. Mak cakap anak ni pengerat hubungan. Mak cakap, kalau ada anak dengan Alin, mungkin Along aku akan berubah jadi macam dulu balik. Tapi, Alin ni senyum je.

Dia cakap, Arissa sorang pon dah cukup kot. Along aku sayang Arissa sangat. Semua orang nampak benda tu. Sayang yang tak berbeIah bahagi. Arissa ni dunia Along aku. Alin cakap Along aku baik, tak pernah marah dia, semua cukup.

Makan, pakai, tempat tinggal selesa. Cukup untuk Alin. Tapi, jujur aku katakan. Hubungan diorang hanya sekadar suami dan isteri, dulu tak nampak sayang dalam hubungan. Sekarang baru nampak macam ade sayang sikit, macam baru nak mula.

Tapi tak semesra macam Along dengan Kak Mira dulu. Alin sangat pandai pend4m perasaan. Tapi tak pernah sekali pon dia burukkan Along aku. Hujung tahun lepas, Kak Mira sedar dari k0ma. Almost 5 tahun dia k0ma, dan sekarang dia dah sedar kembali. Semua orang terk3jut.

Along aku ambil cuti lama, sebab nak luangkan masa dengan Kak Mira. Along hantar Alin dan Arissa balik rumah mak, dan Along aku bawak Kak Mira balik rumah diorang. Kadang – kadang Along balik rumah mak. Rindu Alin, rindu Arissa agaknya.

Bila keadaan dah okay, Along bawak Kak Mira ziarah rumah mak. Masa dekat rumah mak, Alin banyak sibukkan diri dekat dapur. Masa Kak Mira nampak Alin, kami semua diam, tunggu Along aku kenalkan Alin dekat Kak Mira sendiri.

Tapi Alin ni sangat pandai jaga hati orang sekeliling. Sebelum Along aku sempat cakap apa – apa. Alin bukak mulut, dia kata dua pupu kitorang. Tengah menganggur sekarang, jadi tumpang duduk rumah mak aku jap.

Jujurnya, masa tu, tak ada seorang pon yang bukak mulut. Along aku pon diam je. Mak aku langsung tak cakap apa – apa. Malam tu, Kakngah aku masuk bilik, dia tanya Alin, kenapa tak biarkan Along terus terang je. Dan Ain cakap dia paham Along aku mesti rasa bersalah.

Alin sangat tenang, dia senyum, dan dia cakap, Along aku sayang Kak Mira sangat – sangat. Dia kadang – kadang jeles dengan Kak Mira, dalam k0ma pon masih ada family dan suami yang setia tunggu. Sekarang, Kak Mira dah bangun, Alin cakap dia tak nak kacau Along aku dengan Kak Mira.

Dia cakap, Along aku banyak tolong family dia. Dia hargai sangat jasa Along aku. Dia cakap, dia nak permudahkan urusan Along aku. Dia tak akan susahkan Along aku. Kami adik beradik tak berani nak masuk campur hal rumah tangga diorang.

Masing – masing hanya mampu cakap dalam bilik saje. Awal tahun ni, Kak Mira datang rumah mak. Dia datang sorang je. Masa ni Kak Mira dah kuat sikit, dah boleh jalan macam biasa. Dia ser4ng Alin. Per4mpas katanya. Alin sikit pon tak meIawan.

Kena tolak, kena t4mpar, kena m4ki. Kami cuba leraikan tapi perempuan kalau dah marah, semua dia Iibas. Arissa pon jadi takut. Arissa lari peIuk Alin. Pastu panggil “Mama – mama”. Kak Mira jadi bertambah marah, dia panggil kami semua penipu, dia cuba pij4k Alin.

Aku tak ingat ape aku buat masa tu, yang aku sedar aku tolak Kak Mira sampai jatuh dan aku nampak mak dah terkulai baring peIuk Alin, Kakngah peIuk mak, protect mak dari kena Iibas. Cepat – cepat aku call Along suruh balik.

Malam tu, kami semua duduk dalam bilik mak. Semua tak larat. Kaknjang aku dan Kakteh aku balik rumah mak sebab nak jaga kami. Takut kalau jadi apa – apa. Semua diam membisu. Tiba – tiba Arissa pergi baring dekat perut Alin, dia cakap. “Baby tidur mama”.

Masa tu mak aku cepat – cepat pegang perut Alin. Mak aku menangis teresak – esak. Kami semua terk3jut. Tapi Alin sangat tenang, dia duduk dan dia cakap, “korang tolong jangan bagi tahu Along ye”. Alin dah mintak cerai dekat Along tapi Along aku langsung tak respon.

Mungkin sebab Along aku busy dengan Kak Mira. Before PKP, Along aku ada balik rumah mak. Tapi Alin langsung tak keluar bilik. Along sembang dengan mak. Mak tanya Along pasal Alin mintak cerai. Along aku diam seribu bahasa.

Langsung tak respon. Mak aku tanya lagi, tekan – tekan Along aku. Sampai Along aku cakap. “Dia mengandung mak. Dia isteri Abang, Abang tahu”. Alin fikir Along aku tak tahu dia mengandung, tapi sebenarnya Along aku tahu. Mak aku jadi marah dekat Along sampai mak cakap Along tak sayang Alin langsung.

Tapi Along aku tenang, langsung tak meIenting, Along cakap, “kalau tak sayang, Abang tak sentuh dia mak”. Mak aku terdiam. Along aku makan nasik macam biasa, dia naik bilik nak tengok Alin. Tapi Alin tak bukak pintu. Along civm Arissa lepas tu dia balik.

Sejak tu Along aku tak pernah singgah rumah mak sebab dah start PKP. Sejak PKP ni, Along mula whatsapp aku, tanya pasal Alin. Kadang – kadang pukuI 2-3 pagi, dia tanya kalau Alin ada mengidam apa – apa. Along aku selalu bagi tips jaga kandungan, dia suruh aku forward dekat Alin.

Sampai satu tahap aku naik rimas. Aku suruh Along whatsapp Alin personal. Tapi Along buat tak tahu je. Dah kena block agaknye. Along bankin duit beribu dekat aku, dia suruh aku beli bantal orang mengandung. Dia suruh aku order katil baru, yang besar sebab Alin selalu tidur atas toto je.

Kalau Alin mengidam apa – apa, dia mintak aku usahakan, cari sampai dapat. Sebab Along aku dah bekerja, jadi duit bukan halangan. Tiap kali Along video call dengan Arissa mesti dia akan tanya Arissa, “mama mana?”, “sayang mama jap”.

Pastu Arissa pon terkedek – kedek laa cari si Alin sebab nak civm. Setiap soalan Along tanya Arissa, mesti akan berkait dengan Alin. Kami suka kalau Along dengan Kak Mira, sebab Along aku jadi diri dia semula. Happy je. Dan kami jugak sangat suka kalau Along dengan Alin.

Makan pakai terjaga. Arissa sayang betul dekat Alin. Jujurnya, Along sayang dekat Alin. Cumanya dia tak reti tunjuk. Mungkin sebab Alin bukan pilihan dia. Lagipon Kak Mira dah sihat. Mesti susah untuk Along aku buat keputvsan. Alin rela berpisah, Kak Mira pula tak sudi di dua kan.

Tapi Bang Long aku sayang dua – dua. Along aku lelaki yang sangat baik. Kak Mira perempuan yang baik. Alin jugak perempuan yang baik. Aku harap lepas habis PKP ni, ada sinar bahagia untuk dia orang semua. Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya terutamanya pasal Arissa dengan Kak Mira.

api post ni pon dah cukup panjang, jadi aku skip jelah pasal Arissa ni. Aku harap pembaca semua dapat doakan kesejahteraan family aku. Semoga semua baik – baik saja. Stay home, stay safe everyone. Sekadar meluah, – Hanisah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Ain Nasir : Kebanyakan kat sini komen, ada yang backup along, Alin and Mira, dan salahkan family, ada yang salahkan family, ada yang nak menangkan. Pertama sekali, kalau tak kena dekat diri kita sendiri kita takkan tahu apa rasanya.

Sama macam confessor sendiri, kalau confessor dekat tempat Mira tu agak agak confessor boleh terima ke? Si Alin tu bila dah kahwin mesti akan timbul perasaan sayang dekat husband dan anak. Dalam situasi ni bukan salah dia tapi jika diawal lagi dia boleh menolak kalau dia tak tersepit antara family.

Lepastu Mira, dia pun terk3jut dan kecewa bila sedar dah ada yang ambik alih tempat dia. Along yang sepatutnya bertegas daripada awal tapi bila dah jadi macam ni diluah m4ti mak ditelan m4ti bapak sebab keduanya dia sayang.

Family along pulak sepatutnya leraikan perg4duhan dan panggil semua family Mira, family Alin untuk bagi penjelasan. Cerita daripada A sampai Z, lagi lama disimpan lagi p4rah terutamanya bila melibatkan perasaan. Kalau Along sayang keduanya, biar dia buat keputvsan dan bercakap dengan elok untuk isteri – isterinya. Lagi elok kalau dia solat bertiga memohon petunjuk dan tidur bilik berasingan terlebih dahulu.

Farah Hanum Ariffin : Ramai orang salahkan Alin dan keluarga, salahkan along. Betol, mungkin kalu saya kat tempat kak Mira hati akan s4kit sangat. Tapi sebagai h4mba Allah, kita kena ingat, apa yang berlaku tu, adalah ketetapan Allah.

Allah yang takdirkan kak Mira k0ma lepas 2 minggu arissa di lahirkan, kalu Allah tak tetapkan j0doh, takde berlaku perkahwinan along and Alin, dan dengan izin Allah, lepas 5 tahun kak mira bangun iaitu selepas Alin mengandung.

He is the Almighty, bila kalu kita belajar redha dengan ketentuan ilahi, hati ni lebih tenang. Ser4ng Alin is not a good move because she s4crifice her life as well. Tapi kalau kak mira betul – betul sayangkan Arissa, dia patutnya berterima kasih sebab sepanjang dia takde, ada orang jaga anak dia macam anak sendri.

Sebenarnya, 3 orang ni terIuka, tersepit dalam situasi ni, mungkin sebab along baik Allah nak bag idia rezeki bini 2 kan. Semoga ada sinar bahagi untuk mereka bertiga

Fathirra Izzatul : Cerita ni buat aku lagi tekanan, tak tahu kenapa cerita ni macam dekat sangat dengan diri aku. Seolah – olah macam aku je dekat tempat mira tu. Sepanjang mengandung, bersalin, berp4ntang. Satu je aku doa, supaya aku tak jatuh s4kit lagi (aku pes4kit k4nser), supaya aku boleh besarkan anak – anak aku.

Tengok anak – anak bina keluarga sendiri sebab aku nak anak – anak membesar dengan tangan aku, mak kandung diorang sendiri. Bukan perempuan atau wanita lain. S4kit sangat rasa hati apabila diduakan anak kandung sendiri dari diduakan suami.

Tapi andai ditakdirkan umur aku tak panjang, aku doakan ada pengganti seikhlas dan sebaik Alin ni untuk jaga anak – anak aku. Anak – anak aku yang macam – macam kerenah ni. Kasih seorang ibu kandung tak akan sama dengan kasihnya orang lain untuk anak yang bukan lahir dari rahim sendiri, ada beza tu

Shahinaz KN : Semua i kesian. Pencerita i kesian sebab jadi orang tengah. I kesiankan along. Hati dia mesti berbeIah bagi. I kesiankan kak mira. Bukan dia nak k0ma dan kemudian boleh sihat balik. 5 tahun tu lama.

Alin yang paling i kesian sebab dia nampak macam sangat baik dan sayangkan keluarganya. Dan dia tak nak jadi penghaIang kepada along dan kak mira. Arissa beruntung dapat mama yang sangat sayangkan dia. Hugs to all. Tulis la lagi. I nak baca

Aminah Siti : My husband tolong jaga masa saya s4kit tak boleh bangun dulu dalam 2 bulan. Tu pun rasa terharu dah. Tapi sekarang ni i kenal dengan seseorang, isteri dia k0ma dan terlantar selama 9 tahun, ye 9 tahun!

Macam kisah ni juga. Anak kecik lagi baru lahir.. Tapi takde pun dia kahwin lain sebab isteri masih hidup. Dia jaga isteri, anak sendiri. Ya, dia ada pembantu yang tolong, sampai 4 kali tukar maid. He owned my respect.

Untuk kisah confessor ni, family tu yang lebih sudu dari kuah. Kalau orang laki tak bersuara kahwin lain tak perlu la campur hal rumahtangga. Tapi tu la cakap banyak kang kata dah semua takdir. Hidup ni ada pilihan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?