Anak aku dah main HP lama, aku ambik sorok tapi dia member0ntak. Boleh plak, mak aku bagi HP dia dekat cucu. Bila aku marah anak, mak bapak aku suka masuk campur ibarat dorang terpaling bagus jaga anak..
#Foto sekadar hiasan. Aku Melati. Berstatus ibu tunggal untuk seorang anak lelaki yang dah berumur 6 tahun. Selepas diceraikan, aku menumpang dan tinggal bersama mama dan papa. Aku baru nak mulakan hidup baru dan mula bekerja semula memandangkan sebelum ini aku hanya surirumah.
Jadi sepanjang aku bekerja, Mama yang akan mengasuh cucu dia tu. Aku tak boleh tahan harini. Sedih sungguh aku rasa. Aku bukan seorang ibu yang baik sehingga aku rasa aku tak layak pun jadi ibu. Harini aku diuji dengan anak dan ibu aku.
Kebiasaanya, selepas pulang dari kerja aku akan baring sekejap kosongkan fikiran dalam bilik sebelum aku luangkan masa dengan anak. Untuk pengetahuan pembaca, aku ada hp lama yang aku dah tak guna dan aku tinggalkan di rumah untuk bagi anak main game.
Dengan syarat lepas je aku balik kerja, no more games no more HP. Tapi harini masa aku tengah berehat sekejap, anak minta lagi HP. Ok tak apa, aku bagi main sekejap dan set masa 5 minit sahaja. Lepas dari tu, dia nak sambung main lagi.
Aku tegur, cakap tak boleh dan aku terus sorok HP tu sebab aku dah bagi dia masa yang lama untuk main HP memandangkan harini hari sabtu (tak sekolah). Lepastu dia member0ntak, aku malas layan dan terus ke bilik air bersihkan diri.
Dia ketuk – ketuk pintu bilik air sampai nak pecah. Mak aku pujuk dia dengan cara bagi Hp mak aku dekat dia. Lepas je siap mandi, aku r4mpas hp tu dan marah dia sebab tak habis – habis dengan Hp. Dia ikut aku masuk bilik, tumbvk – tumbvk aku, pukuI aku, t4mpar – t4mpar badan aku.
Ikutkan hati nak je aku t4mpar dia, nak je aku kurung dia dalam bilik air gelap. Tapi aku cuba sabar, Aku biarkan je masa tu sebab aku terkejar nak solat asar. Pada masa yang sama, aku dengar mak aku sindir – sindir aku. Dia kata “ajarlah anak tu main HP. Time dia merah – merah lagi, ajar. Lepastu budak tu dah ket4gih, sibuk nak marah – marah.”
Sedih giIa aku rasa bila mak aku cakap macamtu, bila mak aku masuk campur bila melibatkan aku dengan anak. Aku tak pernah bagi dia main HP pun masa dia baby. Start umur 3 tahun baru aku bagi tu pun sekejap – sekejap sebab aku nak masak dan buat kerja rumah (masa belum bercerai).
Aku diam je. Kalau aku Iawan, confirm jiran – jiran cop aku anak derh4ka. Tapi dalam hati masa tu aku rasa nak je c4rutkn mak aku sebab menangkan cucu dia. Dia sedar tak cucu dia dah kurang ajar dengan aku, dah pukuI – pukuI aku sebab HP.
Asar tadi aku solat sambil teresak – esak menangis sebab s4kit kena pukuI dengan anak sendiri, sebab aku rasa aku dah gagal sebagai seorang ibu. Paling sedih, anak aku sep4k – sep4k sejadah tu dan ganggu aku solat. Aku teruskan solat sampai habis.
Habis je solat, aku dah hilang sabar. Aku t4mpar anak aku. Dengan bertelekung, aku baring atas katil menangis tanpa suara. Anak aku keep on pukuI – pukuI aku tapi aku buat keras. Tiba – tiba mak aku jengah ke bilik aku, mak aku tanya “Mama ko dah m4ti ke”.
Sumpah aku terkilan masa tu. Dia memang nak anak dia ni m4ti cepat ke. Laju airmata aku mengalir. Sedangkan semua benda dalam rumah ni aku tanggung walaupun gaji pokok aku cuma 1.5k (tambah ot dapatlah bersih dalam 1.8k).
Duit gaji aku, aku cuma rasa 150 je untuk kegunaan aku. Sungguh rasa peng0rbanan aku tak dihargai. Rasa s4kit tu lebih s4kit dari dapat tahu suami kau curang dengan perempuan sampai berz1na, lagi s4kit dari diceraikan dengan talak 3 sebab dia dah kantoi.
Waktu tu memang aku doa Allah cabut je nyawa aku. Aku seorang yang banyak pendam banyak simpan sendiri apa – apa masalah yang aku hadap. Bertambah rasa beban dalam hati ni. Kalau anak bukan dengan aku, memang time tu jugak aku angkut semua baju keluar hidup sendiri.
Tapi sebab aku masih fikirkan anak aku, aku hadap je. Banyak kali dah masalah ni jadi. Bila aku marah anak, mak bapak aku suka masuk campur ibarat dorang terpaling the very good mom and dad. Sedangkan dorang tak pernah tahu tr4uma aku sepanjang dibesarkan.
Ibarat aku ni ibu dari ner4ka. Sungguh. Semua gara – gara HP. Lepas anak aku dah penat duk pukuI – pukuI aku, dia keluar. Tak sampai 10 minit, dia datang semula dekat aku minta nak makan (dengan lemah lembut). Kau rasa sanggup ke aku nak lari tinggalkan anak aku sorang – sorang duduk dengan atuk dan nenek dia? Apa – apa mesti dia cari mak dia ni juga akhirnya.
Aku suruh dia minta maaf dulu baru aku bagi dia makan. Lepastu aku cakap dekat dia, kalau dia buat lagi. Aku akan lari keluar tinggalkan dia dekat sini. Terus dia melalak. Kau rasa, mudah ke aku nak lari hidup sorang – sorang?
Hari – hari aku mintak dekat Allah janganlah uji aku dengan anak dan ibu aku. Aku tak mampu nak hadap. Aku tak nak jadi anak derh4ka. Aku taknak jadi ibu yang jahat. Aku minta maaf kalau aku terlalu beremosi. Aku cuma nak meluahkan perasaan je. Thanks sudi baca luahan aku. – Melati yang takkan boleh lari-
Komen W4rganet :
Shasha Harun : Aku rasa ko ni sebenarnya lebih kepada letih dengan ujian hidup dik. Kalau penat ko rehat, kalau rasa down.. bangkit lah. Ingat ada orang lain yang diuji lagi hebat dari kita. PeIuk dan civm dari akak untuk ko. Semoga ko terus sabar. Kita ibu – ibu semua ada fasa macam ni.. sabar dik. Banyakkan redha.
Syu Islamiah : Semoga sis terus kuat. Rasanya sis simpan terus hp tu dan kata dah rosak. Jangan bagi langsung anak main hp lagi. Biar dia tengok YouTube kat TV jek sebab masih boleh mudah kawal lagi. Anak – anak saya yang kecik saya tak bagi main hp sampai dah sekolah menengah baru boleh main hp itu pun 1 hp share untuk yang sekolah menengah tu jek pandai – pandai diorang bahagi masa untuk share dan guna.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.