Masa kami kecil mak sangat garang, dia kerah kami macam kuIi. Sekarang mak dah 80, anak-anak berebut ambil mak

Mak kalau dah marah dia kejar kami sekeliling rumah cukup dengan h4nger tau. Mak mogok tak masak dekat kami 7 beradik. Bila balik sekolah, dari jauh tercium aroma ikan goreng…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku saja nak meluah. Taklah besar sangat pun masalah ni saja je nak minta pandangan. Apa – apa komen baik buruk aku terima in Shaa Allah. Ok dia macam ni. Kami ada 7 adik beradik. Aku anak ketiga lah. Semua perempuan, sorang je lelaki.

Sebenarnya takde lah ada masalah besar pun cuma kadang – kadang benda ni agak ganjil jugak. Kami ni semua dah tua bangka. Adik bongsu dah 34 tahun. Aku dah 44. Bayangkan lah umur kakak kakak aku yang dah masuk 5 series. Semua dah kawin beranak bercucu.

Mak bapak ni orang yang sederhana dan kami bukan orang yang senang pun. Bapak takde keja tetap pun tapi rajin berniaga kecil – kecilan dengan mak semasa kami kecik. Mak juga manusia yang paling rajin dan cergas. Usia dah masuk 80 dah tapi masih aktif berniaga.

Masalahnya sini, kami adik beradik berebut nak tinggal dengan mak bapak. Kalau mak bapak pegi mana – mana mesti kami nak teman atau nak ikut. Kalau mak terlebih layan sorang anak, ada lah yang merajuk walau dah tua bangka.

Adik aku yang lelaki selalu jugak nak conquer bawak mak bapak tidur tempat dia padahal kalau mak tidur kat rumah adik yang bongsu, hari – hari dia call. Tak pernah cukupnye. Kakak – kakak juga tak kurang nak juga dengan mak walau mereka pun dah jadi nenek cucu dah sedozen. Katanya tak puas bermanja dengan mak.

Aku pun sama juga tapi oleh kerana tinggal jauh, cuma seminggu sekali lah aku lawat mak tu pun mesti set appointment dulu. Mak selalu kena cuIik oleh adik – adik aku yang lain tinggal dengan mereka atau kena bawak bercuti.

Kalau dulu aku tinggal dekat. Hari – hari aku tapau mak bapak tinggal dengan aku. Jangan salah faham ye. Kami semua tak suruh pun mak jadi maid, jaga anak atau tukang masak ke apa tapi dengan ada nya mak bapak kat rumah, rasa keberkatan sangat kat rumah tu. Paling suka lepak dengan mak tengok drama.

Pernah mak bapak nak balik kampung, aku nangis tau. Lepas aku berdrama adik – adik aku pulak ikut berdrama kata dah 7 hari kat kau, kat aku la lagi. Tu tak termasuk kakak – kakak aku yang nak bawa mak lama – lama.

Sampai mak cakap. Sampai ke tua lah kamu nak memb0ntot je. Nasib baik menantu mak semua baik hati terutama adik ipar perempuan. Dialah yang selalu ada dengan mak. Mak pun anggap dia macam anak sendiri tau. Malah kalau ada buah tangan, dia dahuIukan menantu perempuan dia dari anak sendiri.

Kami semua tak kisah. Jujur. Dia sorang jelah adik ipar perempuan yang kami ada. Sebenarnya aku kesian juga kat mak bapak. Diorang pun rindu nak ber me time kat rumah sendiri tapi entahlah apa masalahnya kami adik beradik tak boleh nak berenggang sangat. Call hari – hari.

Percaya tak umur aku macam ni masih tidur atas riba mak. Sedap je rasa hati ada mak. Bayangkan kalau mak s4kit, habislah kami semua berbondong bondong pergi rumah mak sampai mak cakap, “aku tak n4zak lah. PergiIah korang balik. Bak sini panadol. Aku nak tido.”

Kakak dan adik aku sampai menangis kalau mak tidur seharian sebab mak jarang nak tido lama. Mak kalau s4kit dia tak suka susahkan orang. Dia nak tido je. Kami je yang beriya nak lap – lap badan mak la. Nak urut la. Nak bawak kIinik lah.

Setiap kali s4kit mak akan w4rning jangan heboh sangat lah. S4kit biasa je kan dah berumur ni sihat apanye lagi. Tapi tulah… kami adik beradik tak dapat nak berahsia sangat. Mak ni orang nya lucu dan sangat penyayang.

Paling suka budak budak. Dengan cucu dia ya Allah semua dia manjakan sangat sampai semua nak tidur kat rumah nenek dia. Again. Mak bukan orang yang kaya. Kami tak pandang pun harta mak. Kami cuma nak habiskan masa dengan mak dan bapak.

Aku tulis ni pun kerna aku rindu dengan mak. Aku doa supaya Allah panjangkan dan sihat kan kedua mak dan bapak aku. Semoga mereka di tempatkan di dalam syurga tanpa hisab. – T (bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum. Sebenarnya aku malu nak sambung. Malu sangat sangat. Takut pula ada rasa riak, ujub dan bangga. Aku takde niat minta pujian dan sanjungan. Sebelum tu aku berterima kasih sangat sangat pada semua.

Lagi sekali terima kasih sangat ye admin dan semua. Harap sudi baca lah ye. Kali ni aku tulis sehabis panjang lah terus nak flashback mana – mana yang relevan tu. Maaf kalau ayat berterabur atau skema. Kalau ada silap susunan bahasa harap dimaafkan ye

Maaf sekali lagi kalau tulisan aku ada membuat kan mana – mana pihak terasa hati, mengguris perasaan or tr1gger mana perasaan yang tak patut. Ada yang tanya bagaimana cara kami dididik atau macamana suasana kami membesar. Sebenarnya takde apa special sangat pun.

Betul takde. Sama je macam orang lain rasanya malah hidup kami kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sewaktu kecik dulu mak agak garang juga. Maklum, kami ni banyak adik beradik, rapat pulak tu. Taulah budak budak nak melasak je kerja.

Mak kalau dah marah dia kejar kami sekeliling rumah cukup dengan h4nger tau. Kadang – kadang tu mak m0gok masak. Tu cara dia nak ajar kami kalau angin dia tak baik. Mungkin jiwa mak masa tu baran sikit yelah kan ibu muda. Nak jaga kita semua mesti rasa tertekan.

Mak dan bapak keduanya buta huruf. Ilmu parenting zero tapi dah jadi mak bapak, auto lah akan tau tugas masing – masing. Memang mak dan bapak tak pernah ambil tahu dalam pembelajaran kami tapi dalam usia kecik – kecik tu dah tau bedikari. Berdiri atas kaki sendiri.

Ada kerja sekolah kami buat. Tak payah mak jerit suruh buat. Dari kecik lagi kami dah pandai guna seterika yang berat macam batu tu. Bayangkan banyak kali jatuh kat kaki. Berair mata wei. Kami buat kerja rumah tolong mak.

Mak tau masak dan kemas sikit – sikit. Kami tak nak mak over str3ss. Nanti kami juga yang kena libas. Mak penat. Mana nak meniaga lagi. Mak dan bapak selalu turun awal pagi meniaga. Kami sekolah jalan kaki. Alhamdulillah sekolah hampir dengan rumah. Tu salah satu rahmat Allah juga.

Mak dan bapak tengah struggIe cari duit besarkan kita orang tulah ingatan – ingatan indah yang kami ingat. Sedari kecik kami selalu ikut meniaga. Lepas balik sekolah kami akan join meniaga sampai malam. Mak rajin usung adik – adik yang kecik – kecik meniaga.

Mak dan bapak meniaga makanan. Gerai kecik tepi jalan. Tidur lah kami dalam kereta, berpanas berhujan tapi seronok. Mak nak kami selalu depan mata dia. Tak pernah mak biarkan kami walau dalam apa jua keadaan. Kami memang hidup susah waktu tu.

Kereta dah lah kereta buruk yang ada lobang kat lantai tapi kereta tu jugak lah rumah kedua kami. Dah lah takde aircon tapi seronok tau. Kalau hujan, mak akan lap cermin kereta dengan kain biar bapak senang nak tengok jalan.

Cermin berkabus tu lah favourite kami. Kami conteng cermin tu dengan jari. Tu lah hiburan kami. Zaman yang serba kekurangan. Dalam kedhaifan tu, setiap tahun aku naik pentas ambil hadiah sampailah sekolah menengah.

Always top 2. Walau mak dan bapak tak involve, mereka selalu tanya dapat nombor berapa kat kami. Kalau ada pertandingan sajak ke puisi ke, hafalan surah – surah ke. Mak bapak wajib datang. Menang atau kalah, dia selalu puji kami. Tak ada nak buat kami rasa rendah diri ke apa.

Masa kecik mak juga rajin layan kami berborak walau tak penting sangat pun. Ceta budak – budak la kan. Setiap kali kami buka mulut, mak akan usaha dengar walau dia sibuk macamanapun. Lepas tu seingat aku mak suka suapkan kami adik beradik makan.

Sebenarnya dia tak nak kami menyepah dan membazir nasi tapi akhirnya dah jadi tabiat mak pulak. Waktu kecik tu, apa je aktiviti kami akan buat sama – sama. Ni malu juga nak bagitau. Dulu kan rumah kami kecik sangat.

Kami terp4ksa tidur satu bilik dengan mak hinggalah meningkat remaja. Bapak tidur kat ruang tamu dengan adik lelaki. Walau dalam hati nak ada bilik sendiri tapi tak mampu. Bayangkan kami yang dah besar panjang ni tidur dengan mak.

Kalau kawan – kawan nak datang rumah macam – macam alasan kami bagi. Remaja kan. Rasa malu tu memang ada. Tapi seronok tidur dengan mak. Kuranglah rasa takut. Al maklum. Rumah tengah hutan. Jauh dari jalan besar. Macam – macam pula bunyi dia kalau malam.

Adanya mak, segala mak nenek h4ntu tak berani nak kacau. Mak very protective dan sangat berani. Very the g4ngster mak aku ni. Paling indah momen balik sekolah. Dari jauh akan terciuum aroma ikan goreng. Ya Allah sedapnye.

Bayangkan kami berebut makan dengan nasik panas lumur kicap. Tu lah menu tersedap sedunia rasanya. Hari – hari pun kami tak jemu. Apa je mak masak kami makan tanpa bantah. Mak memang rajin memasak sampai umur dia masa ni.

Masa kecik kami tak rasa pun kami miskin kerna mak dan abah tak kedekut dengan kami. Belanja sekolah diorang beri lebih dari cukup. Duit sentiasa mengalir walau tak banyak. Orang meniaga kan. Bapak orang yang paling pengasih.

Tak pernah jentik pun kami. Jika mak marah bapak lah yang selalu pujuk dan bawak kami makan kat luar. Wajah bapak dari dulu sampai kini asyik senyum je. Kami tak rasa malu pun bapa takde kerja tetap. Stage remaja tipulah kalau kami tak g4duh dengan mak bapak.

Tipulah kami ni suci murni. Memang waktu tu fasa yang menc4bar untuk mana – mana mak bapak tapi aku salute dengan mak. Cara dia approach kami macam kawan. Dia dengar je kami meluahkan perasaan. Dia pendengar yang baik, kalau dah over the line baru dia akan tegur.

Cara dia tegur tak kasar tapi straight to the point. Kami tak berahsia tentang boyfriend ke apa ke, mak hanya pesan, jadi seorang perempuan tu above all, mesti julang harga diri tu setinggi – tingginya. Ah macam tu lah lebih kurang.

Mak sentiasa ada sepanjang masa waktu kami membesar. Orang pertama yang kami cari ialah mak. Masa usia kanak – kanak memang mak garang, dia kerah kami macam kuIi, dia biasakan kami hidup susah tapi dah remaja, mak jadi sahabat kami.

Dia paling faham kami. Dia support hobi dan aktiviti kami. Bila kami dah bekerja. Mak dan bapak akan selalu lawat kami kat tempat kerja. Dulu kerja kat kedai je. Selalu lah mak dan bapak akan jenguk kami. Selalu mak bawak bekal untuk alas perut. Dan setiap malam mak bapak akan jemput kami balik kerja.

Mak cakap dia seronok tengok anak – anak dia kerja. Dia bangga walau kerja kedai je. Kereta kami satu je masa tu, kereta tu lah kami carpool ramai – ramai macam sardin hinggalah kami dah mampu beli kereta masing – masing.

Umur aku 23 tahun, aku kerja kat bank, gaji syukur alhamdulillah. Mak tetap lawat dan bawak bekal. Memang lah ada kawan yang hairan mak rajin sangat lawat anak dia tapi bagi aku hal macam tu normal. Seronok tau tengok wajah mak masa kau penat kerja.

Semua kawan aku suka kat mak dan bapak aku. Mereka pun panggil mak dan bapak. Mak suka sedekah makanan kat diorang. Kau bawalah serombongan bas pun kat rumah. Mak dan bapa aku sangat suka meraikan tetamu.

Adab diorang 1st class. Mak akan masak macam – macam. Dia suka tengok orang makan. Bapak akan keluarkan segala isi peti ais untuk menjamu tetamu. Sampai macam tu. Kalau takde apa nak masak, bapak akan zoom ke kedai behampiran beli barang – barang yang terbaik dan termahal untuk tetamu.

Aku tau kerana bapak sentiasa buat macam tu untuk kami. Bapa cuma kedekut untuk diri dia sendiri. Seluar dia takde butang, dia ik4t pakai tali. Dia tak suka berhutang dan beli barang – barang mahal. Kalau kami beli dia akan support tanpa protes.

“Takpe dah kamu minat kan, belilah”. Kadang – kadang aku ketawa sebab bapak selalu tanya harga barang kat kedai lepas tu dia kata, “ai mahalnye” walau aku tau dia suka. Kamilah yang selalu belikan untuk dia. Dia bukan berkira cuma aku tau dia tak pentingkan diri dia. Selfless betul bapak aku.

Momen yang paling aku tak boleh lupa, masa aku putvs tunang. Really heartbr0ken abis. Mak dan bapak lah yang selalu ada hiburkan aku. Bapak cakap anak dia kuat sebenarnya, konon lah terpaling heartbr0ken, aku ketawa la juga tapi memang weh s4kit betul masa tu.

Mak bapak lah yang rajin usung aku pegi mall, makan dan tengok wayang supaya aku boleh bangun semula. Dan part paling best, bila aku ada anak. Mak tinggal dengan aku. Apa – apa aku tanya mak. Mak sangat sayang pula dengan anak aku. Sampai masa ni. Kalau dengar je anak aku demam.

Mak akan nangis tersedu – sedu. Dengan segala kebolehan dia, dia akan urut, akan baca – baca sikit dan kalau dia tak puas hati dia bawak anak aku pegi kIinik private. Bukan murah tau. Suami aku nurse govt. Dia kata tak payah mak. Demam biasa je. Budak. Dah beri ubat hospitaI.

Mak kata dia risau dan ralat kalau tak buat apa – apa. Dia nak yang terbaik. Ubat private ni baik dia kata. Masa aku berhenti kerja, akan kena depr3ssion. Tau sapa yang sentiasa bersama aku? Mak dan bapak. Merata dia berdua ubat aku.

Mereka teman aku tidur dan jaga anak – anak aku. Sampai aku sembuh. Adakala aku terjaga subuh bila anxi1ty-att4ck. Bapak akan bangun dan teman aku, tenangkan aku. Bapak akan pastikan aku tidur baru dia lelap. Suami aku masa tu selalu kerja malam.

Hutang budi aku kat mak bapak terlalu banyak. Tu baru cerita aku. Belum lagi cerita dari kakak dan adik – adik. Kalau aku tulis, esok – esok belum tentu habis baca. Apa je masalah, kecik besar mak akan sentiasa alert. Sentiasa ada.

Kalau kami dalam kesusahan tapi nak berahsia, ah habislah kau kena ceramah. Mak tak suka hidup kau kau aku aku. Bapak aku selalu pesan, “Kalau nak ketawa ketawalah bersama – sama.” Maksud dia kalau kau senang. Kau tengok sekeliling. Ada adik beradik susah, tolong semampunye. Jangan ketawa sorang. Macam tu pemahaman aku.

Masa kecik, jika kami demam, mak dan bapak akan setia jaga kami. Kalau tua – tua ni bapak dan mak akan selalu call kalau kami s4kit. Lepas tu mak akan masak best best dan hantar kat rumah kami. Kami tak minta pun. Bapak paling rajin cari ubat supaya kami tak s4kit sangat.

Mana – mana tempat dia cari. Ubat cina. Ubat kampung. Ubat hospitaI. Semua dia beli. Kalau kami tak pakai pun kami akan ambik je untuk jaga hati bapak. Allah. Thank u bapak. Berair mata aku tulis part ni. Sumpah.

Back to my story, macamtu juga kalau birthday kami. Mak ingat semua birthday anak dia. Dia akan usaha sambut walau dengan sebiji kek at least. Dari kami kanak – kanak hinggalah usia dah masuk senja ni. Mak tak pernah lupa.

Baru – baru ni adik aku masuk 40 tahun. Mak beli kek sponge pelangi dari supermarket untuk adik aku yang juga dah tua bangka tu. Dia siap suruh video dan p4ksa cucu – cucu dia nyanyi. Mak – mak. Kalau kami tak nak mak akan terkilan. Sambutlah walau dengan sebiji kek dia kata.

Kalau time raya, mak akan sediakan duit raya untuk semua anak cucu cicit dia. Angka semua bukan sikit. Kami cakap tak payah lah mak. Kami dah cukup dah ni tapi mak cakap sedekah. Dah lah aku amal tak cukup katanya. Dah lah dia masak semua juadah. Dia juga yang beri duit.

Allahuakbar mak. Mulianya hatimu. Sebenarnya, bukan mak je yang begini. Makcik aku, adik mak aku juga macam ni. Makcik aku ni orang berduit sikit kerna suami dia guru besar. Makcik aku ni lah setiap hari raya akan beli baju cantik – cantik untuk kami adik beradik.

Bukan sehelai tau. Berpasang – pasang baju serta kasut hinggalah kami dah berusia ni. Apa anak dia pakai kami akan pakai. Pakcik juga orang yang paling baik antara yang terbaik. Pengasih orangnya macam bapak. Dialah yang banyak pandu kami dalam pelajaran. Our motivator.

Makcik dan pakcik adalah parent kedua kami. Makcik juga rajin masak. Dia selalu jamu kami. Apa saja kau nak makan dia belikan. Cakap je. Apa saja baju atau kasut kau nak dia belikan. Kerana itulah aku tak sedar aku orang susah kerana selalu je ada rezki.

Sehinggalah kawan aku kata (masa sekolah menengah-grade 7) “Kesian juga rumah kau ni ye T tapi aku suka berkawan dengan kau” Tu ayat dia yang aku ingat sampai ni. “Kenapa dengan rumah aku?” Bila aku pergi rumah dia baru aku sedar.

Dhaif rupanya kami ni rumah papan atap zinc tapi kami okey pun sebenarnya. Syukurlah ada rumah tempat berehat Last year tahun 2022, pakcik meninggaI dunia. Kami rasa sedih sangat. Hilangnya separuh tempat berpaut.

Sejak pakcik takde, bapak kata orang yang dia selalu nak jumpa dah takde. Meruntun jiwa aku dengar. Semasa kami remaja, kami jugalah yang jaga atuk masa atuk terlantar. Berbulan kami bergilir jaga atuk sampai dia meninggaI. Memang masa tu takde pun rasa terbeban.

Mak dan bapak juga suka berdua ke mana – mana. Tengok wayang. Pergi pasar. Tidur masih satu katil. Tak pernah berenggang. Yang lucunya juga ada beberapa kali tu mereka makan kat mana – mana tempat atau shopping, ada je orang belanja mereka.

Tak tahulah sapa. Kadang  -kadang akan ada je orang bayarkan barang mak dalam trolley semasa kat cashier. Kerap orang beri sampul duit. Selalu benda ni terjadi. “Mak jangan la sc4m orang buat muka kesian, duit mak kepok – kepok kot,” mak dan bapak akan ketawa terbahak.

“Entah lah.. macam orang miskin sangat aku ni agaknye.. Rasanya lawa juga baju aku pakai masa tu” kami memang suka bergurau – gurau macam ni tau. Kami semua anak beranak memang masuk air. Kalau kami roti dah lama kembang.

Honestly tak ada magic touch or specific tips pun. Semua ada hit and miss. Cuma mungkin sem4kin kami berusia ni, dah rasa jadi mak bapak orang mungkin tu yang membuatkan kita berebut nak berbakti pada mak dan bapak.

Nak t3bus kesalahan kesalahan lampau yang mungkin banyak menggur1s mereka. Selagi Allah izinkan kami bernafas, selagi hayat dikandung badan, selagi itu kami usaha untuk merebut jalan ke syurga. Sebenarnya bnyak lagi traits yang aku dapat dari mak.

Contoh aku pun jenis mak yang tak boleh berenggang dengan anak. Mana – mana aku bawa anak. Apapun keadaan aku akan angkut anak – anak sampai mak pun ejek. Ni tali pusat belum tanggal ke. Entahlah. Aku pun tak tau kenapa. Seperation anx1ety kut.

Anak dah bujang pun aku masih peIuk dan sentiasa luangkan masa bersama mereka 10 minit sebelum mereka tidur almost setiap malam. Segala macam cerita lah aku baca untuk mereka. Kalau tak baca, kami bergurau senda, ketawa mengikik macam h4ntu.

Yang bujang walaupun dah tak berapa nak mengendeng tapi tetap akan tanya cerita from A to Z apa dia buat hari tu. Siapa kawan dia, diorang kat mana dan sebagainya. Nervous sebenarnya ada anak remaja. Tapi aku dengan usaha ,doa dan tawakal.

Aku tau jiwa remaja kerana pernah remaja dan aku doa Allah sentiasa pandu kami ke jalan yang lurus. Tapi of course kami banyak kekurangan juga. Takde yang sempurna pun. Buat pembaca. Jalanan hidup yang kita hadapi akan tak pernah sama tapi Allah Maha mengerti akan kemahuan setiap h4mba.

Tak dapat di dunia, di syurga in Shaa Allah so tak payah rasa ralat. Just peaceful reminder. Setiap satu kekurangan atau kesusahan. Kalau kita redha. Allah akan naikkan darjat kita. Semoga kita sentiasa di rahm4ti Allah.

Maaflah ye tulisan aku ni panjang sangat. Semoga yang baik jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan. Terima kasih semua. – T (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zairil Rizan : Aku suka cerita peng0rbanan orang – orang tua demi keluarga ni. Tengoklah mak bapaknya tak tido sekali pun tak ada masalah nak cari bini baru sebab takde siapa nak layan napsu. Walaupun orang kata tak elok tido asing takdenya tak elok, semua tu niat.

Bukan je dorang k0rbankan kesenangan sendiri, nafsu sendiri pun dorang k0rbankan demi anak – anak. Hasilnya dituai bila anak – anak dah besar. Jasa sentiasa diingat hidup memang kena berk0rban, sebab tu masa awal – awal kahwin kena honeymoon lama sikit supaya puas giler – giler, lepas dah ada anak barulah mula masa untuk berk0rban.

Ini baru sebulan 2, tak tido sekali dah nak carik bini baru, konon malaik4t Iaknat bini.. lemmah.. esok – esok anak buang bapaknya barulah nak menyesal. Time kena buang anak, malaik4t pun tak tolong. (Saja komen untuk meny4kitkan hati mamat ‘kuat agama’ kot – kot dia baca).

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.