Anak-anak buas, mak bapak tak reti jaga siap masuk bilik utama tuan rumah. Siap makan tumpah dekat sofa bukan nak lap

Tolonglah jadi tetamu beradab sikit. Anak – anak tu tolong lah pantau. Seronok lompat atas saofa mak aku, mak ayah duk senyum – senyum je, ‘biasalah budak – budak.’ Tangan aku dah gatal dah..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih sebab siarkan confession ni. Aku berumur 20-an. Hanya nak kongsi pendapat dan pandangan adab kita sebagai tetamu. Tak kisah la semasa menghadiri open house ke kenduri ke ape ke tapi adab kita sebagai tetamu tu mesti ada. Sebab sekarangkan orang duk galak buat open house.

Pertama sekali, nak pesan kalau ye pun tuan rumah tu adik beradik ke saud4ra mara sendiri, makan tu jangan lah melahap sampai makanan tu habis kat kita sorang je. Kalau nak sendukkan lauk untuk pinggan kita tu jangan la penuhkan untuk kita aje. Simpan sikit untuk orang belakang.

Ambil sikit – sikit lah dulu. Kalau rasa tak cukup, boleh ambil lagi. Ini tidak, tunggu nak menggunung dalam pinggan dia baru nak berhenti ambil. Lepas tu, kalau kata tak sedap? Kau pun buang. Masyaallah. Banyak giIa yang kau bazirkan.

Makan banyak – banyak sampai tahap melahap gitu kau pikir sikit, tuan rumah tu bukan masak dan sediakan untuk kau je? Hm.. mana la tau kot tetamu tuan rumah tu masih ramai. Kalau semua kau telan, tetamu yang lain nak makan apa? Makan hati berulam jantung?

Yang kedua, kalau ye pun jangan meminta untuk tapau hidangan makanan yang disediakan. Lain la kalau kata tak sempat nak makan kat situ kemudian mintak nak tapau. Ini tidak, melantak dah penuh perut pastu mintak tapau.

Rasa nak je hayun penutup belanga kat dapur tu. Tolong la tolong. Dah bawak habis keturunan datang rumah orang pastu mintak tapau. Bukan kedekut tapi kena fikirlah jugak perasaan tuan rumah tu macam mana. Lagi sejenis manusia tu bila diberi apa yg nak ditapau tu, eh demand pulak nak isikan sendiri.

Aku faham sangat kalau jenis yang nak isi sendiri. Memang banyak la yang kau rembat. Dasar bagi betis nak peha ni susah juga. Pastu buat muka tak malu. Kadang – kadang aku kesian dengan mak aku. Kalau tak bagi, fikir sebab saud4ra. Kalau bagi, risau tak cukup untuk tetamu lain. Jenuh nak hadap makhluk macamtu.

Lagi satu, dah tahu pegi rumah orang, tolong la perhatikan anak – anak tu. Kalau tahu anak tu buas dan hyperactive, kena la pandai control. Ini tidak, sampai master bedroom pun masuk eh melampau la pulak. Kalau larang, menangis.

Itu baru tegur, bukannya kena balun dengan penyangkut baju ke hos getah ke ape. Haih budak zaman sekarang. Aku dulu kalau duk jauh je daripada mak aku, lebam ha peha aku kena cubit. Berbirat jugak la kena sepit ketam dia.

Sambil senyum sinis dia tu, sempat dia hulur tangan dia nak cubit aku. Itu baru kat tempat kejadian. Bila dah sampai rumah lagi parah kena. Sampai tahap dah tak bawak aku pergi mana – mana. Tinggal je kat rumah nenek sorang – sorang huhu.

Pastu kan, bila dah anak lepas sepahkan tempat makan tu, tolong la kutip balik nasi yang tumpah tu. Takde la sampai nak kena mop bagai tapi paling kurang bila kau balik tu next guest ada la tempat duduk untuk makan.

Ini tidak, dah siap makan elok je dia angkat b0ntot pergi balik pastu pinggan mangkuk gelas yang dia guna tu nak kena h4mba mana tolong ambik buang? Cannot brain aku dengan manusia yang takde common sense ni.

Aku bukan la nak aibkan sesiapa tapi memang ada manusia yang tak reti malu macam tu. Bila dia buat makan kat rumah dia, dia jamu sediakan untuk tetamu cipuuuut cipuuuut je. Pastu kalau nenek aku nak bekalkan sikit untuk atok aku, kata makanan dah habis blablabla. Kalau kat rumah aku, tak malu pulak meminta nak itu ini.

Pastu bila dia buat makan – makan, dia suruh tetamu makan kat luar rumah dia. Risau nanti kot perabot dia kotor. Tapi bila kat rumah aku, macam orang buta dia buat tak nampak je anak dia duk main lompat – lompat atas sofa rumah aku. Apeee? Ingat ayah aku supplier perabot jati ke ape?

Sebab tu aku jadi cepat naik angin kalau dengan budak – budak. Makin dilarang, makin menjadi – jadi. Sebab adik adik aku dulu dan aku sendiri pun tak buat per4ngai kat rumah orang. Pantang mak ayah aku tengok anak meliar kat rumah orang.

Bila orang buat macamtu kat rumahh aku, ya Allah rasa berbulu biji mata aku, s4kit hati tengok mak ayah yang jenis lepas tangan pasal anak – anak dorang. Panas membara pulak tangan aku autom4tik gatal – gatal. Yang mak ayah budak tu pulak senyum – senyum gelak tengok anak dia buat macamtu.

Anak sedang membesar katanya. Ye memang la. Tapi jangan la sampai melompat – lompat atas meja atas kerusi. Ingat trampolin ke ape ha? Itu baru rumah aku yang takde hiasan pasu bunga atas meja, takde hiasan kristal ke ape.

Kalau pergi rumah yang penuh dengan hiasan yang guna karpet gebu – gebas tu mahunye tak senang duduk tuan rumah tu. Aku rasa cukup sekali tu je tuan rumah tu ajak dia datang rumah. Itu je la yang aku nak pesan kalau pergi ke rumah orang.

Jaga adab kita sebagai seorang tetamu. Sekalipun rumah yang kita pegi tu rumah adik beradik kita. Harta kat rumah dia bukan lagi harta kita. Masa kecik – kecik dulu memang ye kalau nak kata harta dia harta kita sebab mungkin mak ayah ajar untuk berkongsi tapi bila masing – masing dah berumah tangga kena paham situasi orang. Jangan buat muka tak malu nak mintak itu ini.

Tolong la tanamkan perasaan malu tu. Buruk sangat bila orang pandang. Nanti mak ayah kita jugak yg kena sebab orang akan nilai, “macam mana la mak ayah dia ajar sampai jadi taktahu malu ni”, “anak sape la yang tak reti malu sangat ni”. See, mak ayah jugak yang naik nama sekalipun dorang dah lama meninggaI. Betul aku cakap.

Ini apa yang aku perhatikan sebab aku hidup membesar dengan orang – orang tua. Memang hidup ada toma’ninah la sikit bila pergi ke rumah orang (bukan nak up kan diri sendiri but then bila kau berkawan dengan orang tua memang penuh pantang). Last pesanan aku, tolong ada perasaan malu! – Anak tuan rumah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.