Anak-anak perempuan saya berebut harta arw4h suami yang sikit. Bila mereka balik rumah saya, mereka tuduh saya..

Selepas suami meninggaI, arw4h ada tinggalkan sedikit duit. Saya suruh anak kedua saya uruskan keluarkan duit arw4h dari bank. Entah mana silapnya ada yang tak puas hati, mereka mula tuduh menuduh..

#Foto sekadar hiasan. Menjadi ibu bukan semudah disangka, bukan sahaja banyak peng0rbanan terp4ksa dilalui, malah lebih banyak kekecewaan dan cab4ran terp4ksa dihadapi. Bukan sahaja terhadap suami yang sering mengh1ris jiwa, tetapi juga dengan kerenah mertua, keluarga sendiri dan sudah pasti terp4ksa berdepan dengan per4ngai anak anak pelbagai ragam sejak kecil hinggalah ke akhir hayat kita.

Tak dinafikan ada antara ibu yang bertuah dapat suami baik, mertua bertimbang rasa dan anak anak mendengar nasihat serta menghorm4ti ibunya. Tetapi sedihnya ada antara ibu – ibu bernasib maIang dalam hidupnya dari mula berkahwin hinggalah dia menutup mata.

Saya tak bagi contoh orang lain, walaupun banyak benda yang lebih teruk berlaku antara ibu dengan anak – anaknya, tetapi saya mahu anda fikirkan apakah cara saya mendidik anak – anak saya sejak kecil hingga kini salah, kerana akibatnya hidup saya sering terganggu hingga kini. Kadang kala saya terfikir apakah saya salah mendidik anak – anak saya?

Sebab 3 orang anak perempuan saya, walaupun mereka bekerja dan berpendapatan tetap, tetapi tak salah kalau saya katakan mereka tidak bahagiakan hati saya. Bukan saya mahukan wang ringgit mereka, tetapi pengertian, kasih sayang dan timbang rasa dari mereka terhadap saya.

Anak sulung saya, Lily ada 3 orag anak, mereka jarang balik ke rumah saya kecuali pada hari raya, itupun setelah 3 atau 4 raya, tidur semalam, kemudian tergesa – gesa balik kerana anak nak sekolah, tuisyen dan sebagainya. Ketika anak masih kecil, alasannya tak selesa.

Tetapi saya tahu dia tak suka balik sebab dia dan suaminya tak sukakan adik – adiknya, Leha dan Liza yang dituduhnya kawal kehidupan saya dan cuba kawal duit dan harta benda saya. Saya nafikan. Anak kedua Lela duduk dekat dengan rumah saya, satu bandar, walaupun dia bekerja tetapi hidupnya amat tertekan.

Memang dia tak bercerita tetapi melihat dari cara kehidupannya, dia susah, sedangkan suami dia bekerja. Anak cuma 3 tetapi sering minta bantuan saya. Sementara si bongsu, Liza, duduk jauh dari kami tetapi kelantangan suaranya, membuat kakaknya tidak sukakan dia.

Sebab setiap kali balik ke rumah kami, dia sentiasa melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kehidupan kakak – kakaknya dan kalau boleh dia tak suka 2 orang kakaknya anak beranak balik ke rumah saya. Memang pelik sungguh.

Liza tuduh Lela habiskan duit saya. Sebab suaminya boros, sila berjvdi, kerja pulak tak pernah tetap. Bertukar – tukar. Saya tegur Liza jangan celupar, tetapi per4ngai Liza susah ditegur. Akibatnya anak – anak saya tak berbaik antara satu sama lain, inilah yang merunsingkan fikiran saya.

Saya sering mendoakan agar ik4tan persaud4raan antara mereka erat, tapi hingga kini, tak pernah sebulu. Setiap kali raya saya memang sedih, kalau anak anak jiran semua balik beraya ke rumah ibu mereka tetapi tidak kepada anak – anak saya.

Pernah berlaku satu tahun tu Lela anak beranak saja beraya dengan kami, sebab rumah mereka dekat. Sementara Liza dan Lily langsung tak balik. Ketika ayah mereka masih ada, per4ngai mereka taklah teruk seperti sekarang, tetapi setelah ayahnya meninggaI, mereka buat saya macam orang asing.

Saya tak minta duit mereka sebab saya dapat pencen arw4h suami. Tetapi mereka tuduh saya pilih kasih. Sejak kecil saya berlaku adil membesarkan mereka tetapi setelah berkahwin, mereka berubah, ada – ada sahaja mereka tak puas hati dan membenci antara satu sama lain.

Selepas suami meninggaI, arw4h ada tinggalkan sedikit duit. Saya suruh Leha uruskan keluarkan duit arw4h dari bank. Kerana tak tinggalkan w4ris, ibu ayah mertua pun sudah meninggaI begitu juga adik beradik arw4h yang lain, jadi Liza kata kami berbahagi berempat beranak.

Entah mana silapnya ada yang tak puas hati, mereka mula tuduh Leha ambil banyak, sedangkan mereka tahu jumlah duit arw4h. Mereka bersungut tuduh Leha ambil duit saya. Bukan ambil tetapi Leha pinjam. Sebab nak tukar kereta kerana keretanya dah buruk selalu bermasalah. Tetapi itulah punca mereka tuduh Leha ambil duit saya.

Sejak itu sering berlaku tuduh menuduh antara mereka, walaupun bukan depan saya, tetapi setiap kali mereka balik ke rumah, saya lihat mereka tak mesra macam dulu. Masalah ini terbongkar bila Liza terus terang desak kakaknya, Leha segera bayar hutang dia pada saya. Dan dia tak benarkan Leha pinjam duit saya lagi.

Saya cuba nasihatkan bila dia ada duit dia akan bayar dan saya ikhlas bantu dia sebab dia susah. Tetapi Liza bantah, katanya Leha meminjam kerana desakan suaminya yang suka berjvdi dan macam – macam tuduhannya.

Sebagai ibu saya cuba tenangkan, tetapi dengan Liza sukar dilembutkan, dia keras. Leha pulak nafikan suaminya berjvdi, dia pinjam kerana nak beli kereta, dan dia akan bayar bila dapat bonus nanti. Bila saya cuba tenangkan Liza, tak pasal pasal dia tuduh saya pilih kasih, sebab selalu bagi duit pada Leha.

Katanya kalau dah tahu hidup susah, kenalah berusaha, bekerja dan berjimat, bukan meminjam dan habiskan duit orang macam duit mak bapak sendiri. Liza tuduh saya lebih sayangkan Leha kerana selalu membantunya.

Tidak dinafikan saya memang sering bantu Leha, sebab dia selalu sesak. Sebagai ibu takkan saya nak biarkan anak cucu kita hidup susah, kita ada sedikit duit kita bantulah dan saya sering nasihatkan Leha supaya berjimat.

Tetapi saya tidak tahu pulak suaminya kaki jvdi. Kerana masalah seperti inilah hati saya tak pernah tenteram dan saya sedih anak – anak saya bermasam muka antara mereka, semuanya kerana duit. Kakak saya nasihatkan jangan bantu Leha lagi, jika betul dia bantu suaminya.

Dan perhatikan apa berlaku dalam keluarga Leha. Kalau keadaan terdesak tentu Leha akan ceritakan masalah dia sebenar baru kita tahu. Jadi jangan bantu Leha, nasihat kakak. Supaya kita tahu per4ngai suami Leha sebenarnya.

Saya teringin nak ke rumah Leha nak tengok keadaan rumah mereka, tetapi saya tak pandai memandu. Setahun lamanya saya tak bantu Leha. Satu hari ketika cuti sekolah, Leha hantar anak – anaknya ke rumah saya, konon nak bercuti di rumah nenek. Memanglah saya suka.

Dua hari kemudian Leha datang sama. Katanya kesian saya terp4ksa melayan makan minum anak – anaknya. Ketika itulah kemudiannya baru saya tahu, mereka berg4duh. Puncanya Leha tak bercerita panjang. Tetapi dari pertengkaran Liza dan Leha dalam telefon baru saya tahu kerana duit.

Lepas g4duh dengan Liza, Lily pun ikut campur. Tapi Leha bantah Lily jangan terlalu mengutuk dia, sebab nasib Lily pun belum tahu bahagia. Selagi gaji bulanan Lily masuk akaun suami, semua oklah, tapi tunggu nanti bila duit simpanan suami dah banyak, belum tentu hidup Lily akan bahagia, tambahan pulak per4ngai mertua yang suka control anak – anak.

Mendengar mereka bertengk4r membuat hati saya tambah h4ncur, apa nak jadi dengan masa depan anak – anak perempuan saya ini. Saya cukup bimbang. Apakah saya salah mengasuh dan mendidik anak – anak saya? Dulu suami nasihatkan saya jangan campur dan nasihatkan anak – anak, mereka berpelajaran, mereka tahu mengurus masa depan mereka. Jadi biarkan mereka membentuk hidup sendiri. Mereka tahu mana betul atau salah, antra buruk dan baik. Ibu bapa jangan campur.

Tetapi masalahnya kini baru saya sedar kerana sikap saya biarkan mereka hidup tanpa bimbingan dan nasihat menjadi punca mereka hidup berantakan sekarang. Anak – anak fikir suami mereka semua baik sama seperti per4ngai ayah mereka yang baik dan bertanggungjawab.

Tanpa mereka sedar bahawa manusia ini berbeza, kitalah sebagai ibu dan isteri mesti menasihati mereka supaya dapat uruskan keluarga dengan baik. Tanpa nasihat dan bimbangan isteri atau ibu, sering berlaku suami terleka akhirnya rumahtangga porak peranda. Inilah yang berlaku dalam keluarga anak – anak saya dan saya amat bimbang, apakah mereka boleh bertindak membaiki kesilapan yang mereka lakukan?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.