Mak mertua bagi bayi saya mandi air sejuk. Anak saya menangis kuat, kesejukan. Sampai satu tahap, saya kunci pintu bila mandikan anak. Malah hari tu, disuapnya bayi saya kuah masak lemak. Bayi saya baru tiga bulan…
#Foto sekadar hiasan. Salam, mohon bantuan dan nasihat rakan – rakan. Saya tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa. Cuma tidak tahu hendak meluahkan kepada siapa. Tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan. Sejak saya mengandung, saya makan hati sangat dengan ibu mertua. Saya ini sudah keguguran dua kali.
Bila kali ketiga mengandung, saya kena rehat sepenuhnya sehingga kandungan tiga bulan. Tetapi masa itu adik ipar hendak menumpang duduk rumah. Saya tidak kisah, cumanya saya kena memasak untuk dia. Kalau saya dan suami sahaja, suami akan membungkuskan makanan sahaja untuk kami.
Bila ada adik ipar, saya kena memasak sebab ibu mertua tidak suka makan makanan luar. Kalau saya tidak memasak nanti dia memberitahu ibunya pula. Saya gagahkanlah bangun memasak sambil menahan munt4h di dapur akibat m4buk – m4buk mengandung.
Bila ibu mertua datang, selalulah dia mengomplain rumah bersepah, kotor. Dengan keadaan saya mengandung masa itu memang saya tidak larat hendak mengemas rumah dengan sempurna seperti saya tidak mengandung dahulu.
Masa tidak mengandung, rumah saya sentiasa berkilat bersih (saya suri rumah, memang itu sahaja kerja saya). Dia tidak fahamkah keadaan saya bagaimana. Lagipun saya tidak boleh banyak bergerak sebab rahim saya tidak kuat.
Tapi saya gagahkan diri demi menjaga hati dia. Kenapa dia tidak bercakap dengan suami saya (anak dia sendiri) minta tolong apa yang patut untuk membantu saya dalam keadaan saya macam itu. Erm. Ibu mertua saya ini jenis sayang anak sangat. Dia tidak akan menyusahkan anak dia.
Masa saya bersalin pun, ibu mertua awal – awal pesan kepada emak saya jangan suruh anak dia, iaitu suami saya ambil dan hantar emak saya ulang – alik ke hospitaI untuk menjenguk saya sebab dia tidak mahu anak dia letih (untuk makluman, emak saya ibu tunggal, ayah saya sudah lama meninggaI).
Padahal emak saya tidak berkata apa pun hendak suruh suami ambil dan hantar. Saya ada abang yang boleh memandu. Dia yang memandu membawa emak saya. Sedih saya masa dengar ibu mertua memberi amaran kepada emak macam itu.
Mentang – mentanglah dia masih ada suami. Ermm tidak apalah. Malah masa emak saya sampai hospitaI, dia meminta emak saya menjaga saya di hospitaI sebab dia mahu suami saya balik tidur di rumah. Lebih selesa.
Nampak tidak, dia tidak mahu menyusahkan anak dia. Dia sangat sayangkan anak dia. Tetapi suami sendiri mahu menjaga saya di hospitaI. Saya kan baru bersalin anak sulung masa itu. Masa di hospitaI pun, ibu mertua mendominasi seorang cucu dia. Emak saya tidak diberi peluang langsung pegang cucu. Kesian emak.
Ibu mertua saya ini jenis tidak percaya doktor sangat. Masa saya mengandung pun dia menyuruh saya membuang ubat – ubat yang doktor bagi sebab tidak elok katanya. Ibu mertua kata masa dia mengandung segala asid folik apa dia tidak ambil.
Dia banyak mengambil ubat – ubat kampung daripada bidan kampung sahaja. Tetapi bab ini saya tidak ikut. Saya makan apa ubat yang doktor bagi. Kalau bercakap tentang doktor memang dia buat tidak kisah sahaja. Bidan dia pula memang cakap macam yang ibu mertua cakaplah. Itu yang pening sangat ini.
Bila sudah ada cucu, cerita lain pula. Apa saya buat semua tidak kena. Saya ini jenis terbuka hendak menerima apa sahaja ajaran daripada orang tua. Saya pun tidak pandai lagi tentang menjaga bayi. Tetapi saya tertekan sebab semua tidak betul.
Saya tidak boleh bagi bayi saya mandi menggunakan sabun walaupun sabun bayi. Alasannya sabun itu kimia. Saya dip4ksa bagi bayi saya minum air masak padahal saya ini hendak eksklusif menyusukan bayi sehingga enam bulan.
Lagipun doktor sendiri tidak galakkan memberi air masak kepada bayi di bawah enam bulan sebab tidak elok. Susu ibu itu Allah sudah cipta cukup semuanya. Bila saya cakap kepada ibu mertua, dia tidak mahu dengar. Dia akan memberi air masak kepada bayi saya masa bayi ada dengan dia. Sedih saya tidak dapat memberi susu secara eksklusif.
Malah ibu mertua saya hendak menyuapkan nasi kepada bayi dengan alasan kesian bayi teringin. Bila saya tegur elok – elok kata tidak boleh, dia cakap anak – anak dia dahulu umur sebulan sudah diberi nasi. Malah hari itu disuapnya bayi saya kuah masak lemak.
Bayi saya baru tiga bulan. Risaunya saya. Tetapi saya tidak boleh buat apa. Ibu mertua sangat berkuasa dan saya jenis tidak pandai menegur takut orang tua kecil hati. Baju apa saya pilih untuk bagi bayi pakai pun semua tidak kena.
Sarung tangan itu tidak kena, seluar itu nanti sejuk. Macam – macam lagiIah. Sampai saya jadi takut hendak bagi bayi pakai apa. Ibu mertua pun bagi bayi saya mandi air sejuk. Menangislah budak kecil itu kena dengan air sejuk.
Sampai satu tahap bila saya hendak mandikan bayi saya kunci pintu bilik sebab hendak mandikan bayi dengan air suam. Tidak sampai hati saya tengok bayi menangis kuat kena air sejuk. Saya dan suami juga ada cadangan hendak buat akikah bayi di rumah ibu mertua.
Tetapi masa kami beritahu itu, dia tidak setuju hendak buat lagi. Jadi, saya dan suami tukar rancangan hendak buat akikah di kampung saya dan emak saya setuju. Bila ibu mertua dengar kami hendak buat akikah di kampung saya terus dia tukar rancangan minta buat di rumah dia. Haih pening kepala saya dan suami.
Saya ini tidak tergamak hendak tengok emak saya memendam rasa, tidak mahu derh4ka dengan mertua dan tidak mahu suami pening kepala. Saya tidak tahu hendak buat macam mana. Sekarang bila ibu mertua hendak datang rumah saya jadi takut.
Bab saya, saya boleh terima lagi. Tetapi bab bayi saya, sumbat makan macam – macam kepada bayi agak susah untuk saya terima. Sebab saya sudah tegur tetapi ibu mertua buat juga. Mohon pandangan rakan – rakan di sini. Terima kasih.
Komen W4rganet :
Mc Laren : Ya Allah simpati sangat – sangat kat TT. TT, please lah banyak – banyak mengadu kat tuhan. Kat sini ni 1% je boleh tolong awak, selebihnya mengadulah kat maha pencipta, mohon banyak – banyak kat dia selesaikan kekusutan ni.
Lagi satu, lain kali, bila nak bawak anak ke kIinik jumpa pakar kanak – kanak, usung MIL sekali, biar dia dengar dari mulut doktor tu sendiri apa yang boleh dan tak boleh untuk baby ni. Mungkin dia dengar dari mulut TT, kena pulak TT ni surirumah.
Kadang – kadang orang pandang rendah pada surirumah ni, as if tak tahu apa – apa. Saya pun stay at home mom jugak macam TT – so apa yang keluar daripada mulut TT ni kemungkinan mereka rasa info tu TT silap dengar atau silap faham, jadi nak puaskan hati MIL, biar dia dengar daripada mulut doktor pakar sendiri, supaya dia sedar apa yang TT cakap tu ialah apa yang doktor dah pesan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.