Berjam – jam main game, skip makan bersama keluarga, habiskan duit dekat game, malah boleh tolak untuk bersama isteri. Kasihan anak – anak, ayah tak layan, tak main dengan anak – anak. Ada masa lapang, terperuk dengan game..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan coretan saya. Maaf jika penulisan saya ni kurang kemas susunannya. Pengalaman putus cinta dengan cinta pertama membuatkan saya serik sangat untuk bercinta lagi. Susah nak ubati hati ni sampai tak nak terima sesiapa yang cuba untuk mendekati saya.
Sampailah naluri keibuan saya mebuak – buak sebab suka sangat dengan bayi, teringin anak sendiri panggil kita mama. Tapi macam mana nak ada anak kalau tak ada suami??? Waktu tu saya bertekad nak lelaki yang mampu bernikah dengan saya saja la, tak nak proses bercinta memakan masa yang lama.
Alhamdulillah takdir menemukan saya dengan lelaki yang baik, kami kenal dah lama cuma kenal dia sebagai kawan kepada kawan (mutual friends). Dalam tempoh 8 bulan, kami melangsungkan perkahwinan, saya buka hati saya seluas – luasnya untuk terima dia sebagai suami saya yang tercinta.
Namun, apa yang saya impikan adalah benar – benar mimpi sahaja, realiti men4mpar saya apabila saya tahu dia seorang gamer sejati. Sebab apa saya cakap begitu sebab dia sanggup berjam – jam main game, skip makan bersama isteri, sanggup habiskan semua duit kepada game, malah boleh tolak untuk bersama isteri.
Waktu tu dah nampak red flag apabila saya s4kit dia langsung tak peduli. Rasa b0doh sangat sebab tak ambil tindakan sebab masih berharap suami mungkin akan berubah lepas ada isteri, akan berubah lepas ada anak 1, anak dua…
Haha, sekarang dah anak 4 masih lagi cintakan game dan diri sendiri. Ada berubah cuma tu lah… percentage kalau dikira adalah dalam 20% dari sebelumnya. Janganlah kata baik giIa game dari giIa perempuan. Sebenarnya kesannya sama iaitu pengabaian terhadap isteri dan anak – anak.
Main game jasad ja di rumah tu pun dalam bilik sampai bersawang bilik pun tak apa, janji game on. Kasihan anak – anak… ayah tak layan, tak bermain dengan anak – anak, nak bawa anak – anak pergi taman permainan jauh sekali. Ada masa lapang ja terperuk main game.
Maintenance rumah jangan cakaplah, isteri ni lah yang duk gagahkan diri ni tukar lampu, tukar pili air, servis air tapis, cuci kipas siling, buang sampah, kemas rumah, cuci kereta. Perancangan kewangan, ada penasihat iaitu mak dia dan isteri hurrmmmm masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Akhirnya anak – anak saya kena bercatu makan dan belanja dari awal bulan sampai akhir bulan. Gaji dia sebenarnya lebih 3k. Tapi itulah hutang membelit pinggang kami. Duitnya tak nampak ke mana. Nafkah zahir saya terima saja kalau takde.
Nafkah batin panggiIan sweet – sweet tiada, bersama bila bil naik ke atas tu pun sekadar melepaskan batuk ditangga, cukup untuk keperluan dia sahaja. Kadang – kadang saya s4kit sebab tiada permulaan permainan, macam tu kot rasa dip4ksa melakukan hubungan bersama.
Saya seorang pes4kit mental, diagnosis sahkan oleh doc pakar pada tahun 2014 tu pun saya tebalkan muka pergi ke hospitaI untuk terima rawatan sebab anak – anak. Saya tak boleh mengharapkan kepala keluarga untuk memimpin masa depan anak – anak saya, jadi saya lah yang kena berubah.
Menc4barnya harian saya dengan pandu hati, minda saya dengan membimbing anak – anak lagi… Ada hari saya r3muk, letih emosi tapi saya cuba Iawan perasaan tu demi anak – anak saya. Kadang – kadang hati saya berdoa, ya Allah jika takdir saya tidak bahagia sehingga akhir hayat saya, janganlah perkara yang sama terjadi kepada anak – anak saya.
Jadikanlah mereka manusia yang berguna pada agama dan masyarakat. Bahagiakanlah mereka di dunia sehingga di akhir4t. Temukanlah mereka dengan orang – orang yang membawa mereka ke jalan redha mu. Kenapa sampai anak 4?
Saya dah merancang makan ubat dan cucuk depo tapi terjadi juga. Rezeki, tak apalah alhamdulillah. Saya juga mencari duit belanja sendiri dengan ambil upah menjahit kemasan sembat baju. Tulang belut, t4hi lalat. Saya dan suami juga kadang – kadang terima bantuan dari kedua beIah keluarga mereka tahu situasi kami.
Harap coretan saya ini, dijadikan pengajaran buat semua. Saya doakan supaya semua yang membaca ni sentiasa dikabulkan doa oleh Allah swt. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. – Niesa (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Matt Empat Puluh Enam : Susahlah lelaki macam ni, aku dulu bujang – bujang pon layan games juga, start masuk 30an dah tak sempat sebab sibuk dengan family. Dulu – dulu mana ada mobile games, just main PC saja. Sekarang PC dah jadi rumah tikus, console dah berhabuk.
Mobile games tak usah cerita la, tak sempat langsung. Bujang – bujang bersengkang mata main games, sekarang bersengkang mata cari rezeki dan layan kerenah anak isteri. Please berubah, kita sem4kin tua, sem4kin matang, sekarang hobi aku hanya bersama family, melayani hobi – hobi aku ketika bujang bersama – sama anak isteri. Siapa lagi nak ubah diri kita kan.
Rosallinda Ismael : Melihat pada coretan – coretan di sini, saya berharap generasi sekarang tolong didik anak lelaki pasal tanggungjawab sebagai lelaki untuk isteri, keluarga dan anak – anak. Ramainya suami dan bapak yang tak berguna sekarang. Jangan la kahwin, jangan buat anak kalau takde rasa tanggungjawab. Tak layak pun digelar ketua keluarga kalau tak berguna.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.