Anak meng4muk nak minum air gas. Saya bagi rasa, suami bising sedangkan dia yg teguk depan anak

Tiba – tiba anak datang mintak ngempeng, dia meng4muk tunjuk perasaan sambil pr0tes gigit lengan dia. Saya naik h4ntu, saya ambil pis4u sambil hulur kat anak pastu, cakap kat anak, gigit lagi mama p0tong terus tangan tu. Anak nangis terus lari ke suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Maaf kalau luahan saya ni menggangu korang semua. Tapi saya hanya ingin berkongsi, hari ni mentaI saya breakdown. Dah beberapa hari sebenarnya saya rasa penat sangat dan tak cukup tidur.

Anak saya umur 3 tahun mengamuk jenis yang berguling – guling. Dia akan gigit tangan sendiri dan hempas barang. Saya str3ss sangat, sekarang tengah cuba nak putvs susu tapi masih tak berjaya. Bila anak meng4muk suami akan marah saya sebab bising dan sebab tu saya bagi je anak susu sebab tak nak suami marah.

Dulu bila marah, saya cubit anak sebab dia buat per4ngai. Saya istighfar, saya cuba pujuk baik – baik, cuba peIuk sayang dia tapi anak masih buat per4ngai meng4muk tu. Contohnya, kalau dia nak apa – apa kita dah bagi, nanti dia nak lagi tapi dah habis.

Dan mulalah drama meng4muk tu. Dan suami?? Akan terus menyalahkan saya sebab tak pandai nak handle anak. Lepas tu suami salahkan saya bila gigi anak rosak sebab dia kata saya ibu yang selalu bagi anak makan manis.

Sedangkan dia pun ada bagi jugak. Dia tak tahu saya ni dah berusaha jaga gigi anak saya. Dah pergi kIinik gigi, dah tampal tercabut balik. Saya beli tooth moouse harga RM80 walaupun waktu tu saya tak ada duit. Saya jaga betul gigi anak saya tapi dia salahkan saya tak reti jaga.

Bila suruh suami beli pampers anak dijawap pula kenapa cepat habis, tuduh saya membazir pampers sepah – sepah. Bukan ke anak isap susu badan dah dikira jimat untuk dia. Ini semua salah saya, anak masih pakai pampers pun salah saya.

Sekarang saya tak bagi anak makan manis dah. Tapi sikap meng4muk anak tetap ada. Saya penat nak masak, nak rumah sentiasa kemas. Saya dah sapu, vaccum dah banyk kali tapi laki tetap cakap kotor – kotor, macam saya ni tak kemas rumah langsung.

Kadang – kadang saya rasa dia ada OCD. Sebab tahap bersih dia tu over dari org lain. Saya dah sampai tahap hanya berdiam, saya malas, penat berg4duh. M4kin berg4duh, hati saya m4kin jauh. Satu hari, suami nak minum Pepsi, anak nampak jadi saya pun bagi anak minum jugak.

Ye, saya mengaku salah saya bagi anak minum air gas. Sebab saya malas anak bising menangis sebab saya tengah penat, lelah sangat. Suami salahkan saya, katanya pepandai lah tipu ke ape, sambil dia gonggok air tu depan anak.

Saya rasa cukup menyampah sebab bagi saya, boleh tak dia yang menyorok minum. Kepala saya mula fikir macam – macam. Rasa benci kat laki sebab dia tak pernah nak tolong saya. Dia akan tengokkan anak kejap je, tak sampai setengah jam pun mesti anak menangis ataupun dia naik suara.

Macam saya cakap tadi, saya dah tahap malas bersuara sebab rasa sia – sia, Pendapat saya tak bermakna dah. Saya akan pergi ke dapur, saya kemas dapur macam orang giIa. Sental segala benda yang boleh disental, saya cuba pujuk hati sendiri.

Ape yang Allah takdirkan adalah yang terbaik untuk kita. Tiba – tiba anak datang mintak ngempeng, dia meng4muk tunjuk perasaan sambil pr0tes gigit lengan dia. Saya naik h4ntu, saya ambil pis4u sambil hulur kat anak pastu, cakap kat anak, gigit lagi mama p0tong terus tangan tu.

Anak nangis terus lari ke suami yang berada di ruang tamu. Saya cepat – cepat istighfar. Berhenti kemas. Ambil wuduk. Siapkan minuman malam suami. Lepas tu saya cepat – cepat masuk bilik, solat, mengaji. Kemudian suami masuk bilik dengan anak.

Dia bagi anak, lepas tu cakap kenapa masuk bilik tak beritahu kemudian dia keluar sambil hempas pintu bilik. Kan saya cakap, saya tak boleh tinggalkan anak kejap dengan laki. Jaga anak tu macam beban untuk dia. Tapi nanti dia salahkan saya tak pandai didik anak. Segala benda salahkan saya.

Kadang – kadang dia yang salah letak barang, dituduh saya jugak. Saya sampai rasa hidup saya ni macam h4mba tak macam orang lain, isteri boleh berkongsi ape sahaja dengan laki. Tapi saya, apa yang keluar dari mulut saya macam tak penting.

Pendapat saya tak guna. Kalau dia tanya A atau B, bila jawapan saya berbeza dengan pendapat dia, dia akan pertikai tapi marah. Kalau dah ade pilihan tak perlu kot pendapat saya, saya sampai berdoa, hilangknlah rasa sayang, cinta saya pada laki supaya hati saya tak mudah ambil hati dengan kata – kata laki dan sedih.

Buatkanlah hati saya ni lebih cintakan Allah dari manusia. Sekarang ni lepas beri anak pada saya, dia terus keluar dari bilik, tidur di bilik yang lain. Kalau dulu saya pujuk, menangis merayu ampun maaf takut tidur esok terjaga terus kat ner4ka.

Entah kenapa kali ni saya rasa tak nak. Biar lah, saya civm anak dan mintak maaf pada anak. Maafkan mama sayang, mama bukan mama yang terbaik. Anak 3 tahun saya pegang kedua – dua pipi saya, lepas tu dia cakap, “Aishah sayang mama.” Allah berd0sa ya saya pada amanah yang diberi ni. Para pembaca tolong doakan saya kuat bersabar.

Komen Warganet :

Ieda Ismail : Sis, bersabarlah sis. Dulu saya pernah alami hampir sama macam sis. Lagi masa tu anak kecik ada dua orang selang setahun. Masa – masa tu dah berlalu. Kini saya rasa menyesal sangat – sangat atas perasaan dan perbuatan saya dulu.

Terlalu sedih bila saya teringat perbuatan saya. Percayalah ini semua untuk tingkatkan darjat sis dengan Allah. Cadangan saya, setiap kali sis rasa susah, try sis doa masa tu juga minta pada Allah apa yang sis susah dan nak di permudahkan tu. Cubalah.

Dulu saya macam nak giIa uruskan seorang diri dengan masalah – masalah rumahtangga lagi. Saya minta suami nak pergi umrah masa tu sebab saya rasa macam tak boleh handle kehidupan ni. Masa di mekah dan madinah, saya nampak batu di gunung – gunung yang tinggi tu ada kalimah – kalimah Allah.

Tidak hanya ada satu tapi ada banyak. Seolah – olah gunung itu berzikir. Percayalah sis. Balik dari itu saya ubah diri saya dan pemikiran saya. Walau nak minta parking kereta pun saya minta Allah sebab saya drive sorang. Alhamdulillah saya Allah tak pernah k3jam tinggalkan saya sendirian. Percayalah.

Siti Balqis Johari : Peritnya hidup dengan suami macam tu. Mudah sangat menyalahkn isteri dalam segala hal. Saya doakan semoga sis diberi kekuatan untuk meluahkan. Bersuara kepada suami sis dan dibukakan hati dan mata suami sis seluas – luasnya untuk nampak setiap penat lelah sis uruskan anak dan rumahtangga. Sis jangan lepaskan marah kat anak ya. Kesian dia tak tau pape. Dia cuma nak perhatian.

Faz Amir : Allahu… semoga dipermudahkan segala urusan sis dalam urusan rumah tangga. Kalau penat, biarkan rumah bersepah sis. Fokus pada anak. Sebab yang struggle tu sis, rumah kalau kita jaga sampai bila pun akan tetap bersepah.

Mulut orang hanya pandai mengata je. Kita kena tahu limit diri kita. Penat, rehat. Jangan p4ksa diri sis. Incase kalau apa – apa jadi pada diri sis nanti siapa yang akan jaga anak. Keperluan suami biar dia uruskan sendiri.

Bukan niat nak menghasut sis, memang tanggungjawab isteri pada suami tapi menjaga dan didik anak tu tanggungjawab bersama. Kena ada tolak ansur. Mungkin sis boleh cuba berbincang dengan suami ajak ke pejabat agama untuk kaunseling. Harap sis bersabar ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?