Anak menunjukkan perubahan positif, Abby Abadi dan suami beri nama anak.

Selepas 7 hari kelahiran anak tersayang, Abby dan suami telah mengumumkan nama untuk anak mereka. Muhammad Danial Firman Faizal.

Sedap betul nama baby D. Menurut bapanya, anaknya menunjukkan peningkatan yang positif dan pendarrahan di paru-paru juga telah tiada.

Alhamdulillah..

Day 7, Baby D Muhammad Danial Firman Faizal indah nama dengan maksud yang indah

Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat…Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur

Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam

Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospitaI semalam….

Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang….abah dan mama rindukan Baby.

Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu…sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif…pendarrahan paru2 pun dah tak de…syukur sgt2…Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.

Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya…abah rindukan Baby Danial…Abah sayangkan Baby…

Moga Baby terus sihat, terus kuat….ramai yang tak sabar nak jumpa Baby…

Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui…Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya

Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya

#muhammaddanialfirmanfaizal

Untuk makluman, Abby Abadi sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam. Beliau mengucapkan jutaan Terima kasih kepada staff hospital yang menjaganya dan baby D. Kak Abby siap hadiahkan tudung dan baju lagi untuk staff-staff disana.

“Terima Kasih Awak2 Semua

Termasuk pada Doc Yusrina, Doc2 lain yg membantu, Sister2, Staff Nurse di Wad 6B Dewan BersaIin, HospitaI Sungai Buloh

Terimalah sedikit sumbangan dari Saya & Suami @jaiezzany, blouse & tudung @kernadia_byabbyabadi tanda penghargaan atas layanan baik pada kami. Sangat2 kami hargai

10hari berlalu… macam2 kejadian bersama Abby Abadi kan? Rasa mcm tak percaya sbb mcm sekelip mata je semua

Hari ni Saya dibenarkan balik dah. Jangan sedih2 tau. Perpisahan ini hanya sementara ok.. kita memang kena selalu datang lagi sebab Baby D kita kena tinggal sini lama lagi huhu.. Doakan terus utk Baby kita kuat bertahan hingga jadi hamba ALLAH terhebat dunia akhirat k

#MohonTerusDoakanBabyDkami

#HanyaDoaBulehUbahTakdir .Ps: Love Uall! Rindu nanti peluk baju dgn tudung kita k hehe


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..