Anak murid selalu cerita mkn sedap2, sekali bila minta bawa bekal dia tak dtg sekolah

Amad baru darjah 1. Setiap kali dalam kelas dia mesti cerita yang dia makan sarapan sedap – sedap. Nasi lemak lauk ayam, nasi minyak. Satu hari cikgu minta Amad bawa bekal ke sekolah sebab teringin nak rasa masakan ibu Amad tapi esoknya Amad terus tak datang 2 3 hari. Sehinggalah Datuk Amad datang sekolah..

#Foto sekadar hiasan. Suatu hari, ketika duduk di meja makan, ibu aku bercerita tentang pengalamannya ketika mengajar di sekolah rendah dahulu. Ibu sudah lama bersara, namun sudah menjadi adat kebiasaan seorang guru menceritakan tentang bekas murid – muridnya yang pernah mereka ajar.

Murid datang dan pergi, silih berganti, tetapi pengalaman dan kisah – kisah ketika di dalam kelas tidak dilupakan, tersemat di dalam jiwa, selagi hayat dikandung badan. Seorang guru juga jarang boleh melupakan bekas murid – muridnya.

Kisah ini, begini ceritanya. Anak itu baru darjah 1. Dalam kelas, sering dia bercerita tentang menu sarapannya sebelum ke sekolah. “…err tea-chair, hari ni mengkeme’ makan nasi lemak,” cerita ibu, sambil mengajuk kata – kata anak itu dengan loghat Perak yang pekat.

Sebutan “teacher”, menjadi “tea-chair”. Sebutan mengkeme pula, huruf “e” itu pekat bunyinya. Kata ibu aku, ada harinya, dia bercerita makan nasi lemak lauk ayam, ada harinya, makan nasi minyak, di hari yang lain pula bersarapan mee goreng dan lain – lain lagi.

Bermacam menu. Cara dia bercerita sangat bersungguh. Dari anak matanya, dapat digambarkan betapa berseleranya dia. Kawan – kawannya yang lain juga suka mendengar dia bercerita. Justeru itu, adakalanya dia terlupa untuk bercerita.

Lalu, akan adalah seorang murid lain yang sering mengingatkan. “Tea-chair, hari ini Amad tak cerita lagi dia makan ape…”. Lalu, berceritalah Amad tentang Menu sarapannya pagi itu. Dengan gayanya tersendiri, cakap pelat ditambah pula loghat Perak pekat.

Cuba bayangkan seorang murid darjah satu yang petah berkata – kata, begitulah dia. Dalam kelas yang lain, dia bercerita hal yang serupa juga, menu sarapannya sebelum pergi ke sekolah. Pada hemat guru – guru, ibunya tentu berniaga kedai makan pagi.

Kerana itulah menu sarapan Amad sering bertukar ganti, malah, menu istimewa pula hampir setiap hari. Kebiasaan menu masyarakat marhaen di kampung – kampung, sarapan ke sekolah ini sekadar air milo atau teh susu, bersama roti atau biskut.

Ada hari yang bertuah, dapatlah makan nasi goreng, hasil nasi lebih di hari sebelumnya. Di suatu hari, ibu aku meminta dia membawa makanannya ke sekolah. Sekadar ingin merasa masakan jualan ibunya. Namun, hari keesokannya, dia memberi alasan terlupa.

“..err terlupe le tea-chair”, cerita ibu, sambil mengajuk anak itu menggaru – garu kepala. Ibu kalau bercerita, memang padu, cukup dengan gaya dan ajuk pelat dan cara bercakap. Memang khusyuk dengar. Lalu ibu pinta dia bawa keesokan harinya pula.

Bawa yang lebih – lebih pun tak mengapa, kata ibu aku kepada anak itu. Keesokannya, anak itu tidak hadir ke sekolah. Lusa dan tulat juga tidak hadir. Hari seterusnya dia kembali hadir, waktu berlalu seperti biasa. Tiada apa yang terlebih, tiada apa yang terkurang.

Cerita sarapan sama seperti biasa. Sehinggalah di suatu hari, kawan – kawannya bercerita, ayah anak itu di tangkap polis. “Tea-chair, hari tu ayah Amad kena tangkap polis, masa dalam bilik mandi, boleh je pakai seluar dalam. Kes d4dah tea-chair……”.

Di kampung – kampung, maklumat seperti itu memang pantas tersebar. Kemudian, di hari yang lain, datuk Amad pula datang ke sekolah. Datuknya pula bercerita kepada guru – guru. Sekarang ini, dia lah yang membeIa dan jaga Amad di rumah.

Adik beradik Amad ramai, lalu biarlah dia beIa sorang. Katanya lagi, Amad ni orang susah. Ayahnya ada kes d4dah. Mak pula memang tak pernah bekerja. Nak makan pun memang tak ada benda di rumah. Hidup miskin dan dhaif.

Terk3jutlah semua guru. Datuknya tak pernah tahu Amad sering bercerita tentang menu – menu sarapan istimewanya setiap hari, namun, ceritanya itu, membuka rahsia. Lalu, terjawablah semuanya di hari itu mengapa Amad tak pernah bawa bekal ke sekolah.

Bila di suruh bawa pun dia beri macam – macam alasan, malah ada harinya sehingga tak sanggup datang ke sekolah, bimbang guru bertanya tentang makanan yang disuruh bawa. Jika ada kanak – kanak menangis tak dapat mainan, tetapi anak seperti ini pasti menangis kerana makan.

Rupanya selama hari ini, kerana kesusahan yang telah dilalui, segala cerita anak itu makan nasi lemak, nasi minyak, mee goreng, cekodok dan lain – lain menu sarapannya yang istimewa, hanya sekadar berlaku dalam bayangannya sahaja, tidak lebih dari itu.

Betapa kasihannya, tentu dia teringin benar menjamah makanan itu semua. Namun, keinginannya hanya mampu berseIindung di sebalik cerita. Walaupun masih kecil, sekadar darjah satu, sudah diuji dengan dugaan hidup.

Mujurlah sekolah ada menyediakan RMT di waktu rehat. Tentu ramai lagi golongan – golongan sebegini. Sekolah itu kategori “SKM”. Sekolah Kurang Murid. Jadi, semua murid diberi RMT. Kata ibu lagi, jika hari ini, tentu dia sedang di tingkatan 5 atau telah tamat spm.

Sekian sahaja rakaman kali ini, sebahagian kisah mengajar murid darjah satu. Ada masa cerita kisah lain pula. Sementara itu, ada juga sebahagian manusia yang tidak bertanggungjawab, mengambil hak orang – orang susah, menipu maklumat diri dalam borang – borang RMT. Akhirnya, golongan yang benar – benar memerIukan, haknya dinafikan. – Matz

Komen Warganet :

Tempoyak Manis Aku : Mula – mula baca teruja sangat. Lagi – lagi baca dengan loghat peghak sambil terbayangkan wajah adik tu dan gaya dia bercerita. Di akhir cerita, allahu. Tabah sangat adik ni. Walaupun dia susah, tapi dia tak meminta – minta, malah cuba seIindungkan kesusahan dia. Kalau lah adik tu baca cerita ni, kakak doakan adik sentiasa dalam rahmat allah dan diIimpahkan rezeki selalu.

Nilawati Hussain : Sedihnya baca.. menitik air mata.. Saya guru kelas darjah 1 sejak 22 tahun yang lalu, memang macam – macam gelagat murid darjah 1. Saya dah jumpa, ada yang menggembirakan. Ada yang menyedihkan. Yang susah hidupnya memang guru – guru akan bantu sehabis daya untuk murid – murid dapat bantuan yang sepatutnya.

Nur Aqlima Zaluwi : Saya juga ada cerita, awal – awal permulaan sekolah tempoh hari, saya akan sediakan lunch box dan papanya bagi RM3. Biasanya Haris hanya guna RM1 sahaja. Tapi kerap kali Haris bercerita, “F mintak RM1 dengan saya hari ni, mama.”

Saya tak ulas panjang. Tapi sampai hari ke 4 masih dengan cerita sama. F masih minta RM1. Saya tanya juga, F bawa lunch box tak? Jawabnya tak. F bawa berapa duit saku tiap hari. Rm1 je mama.. “Ayah F dah m4ti la mama.

Tinggal mama F je yang jaga adik – adik F.” Saya dalam dua, nak percaya ke tak cerita Haris ni sebenarnya tapi selepas kejadian minta duit tu, saya lebih galakkan haris berkongsi lunchbox dengan F. Sekurang – kurangnya boleh alas perut sikit.

Fiqah Yasin : Cerita jujur dari saya, masa sekolah menengah dulu saya diberi borang zakat sebab cikgu kata saya layak dapat zakat, sebab ayah dah bersara duduk rumah dan ibu suri rumah, tapi sebenarnya saya tak dapat zakat pun tak apa sebab sekian – sekian, ada je rezeki Alhamdulillah cukup.

Tapi cikgu tu suruh je saya isi borang zakat, tipu tulis pendapatan rumah kurang sekian – sekian ringgit. Saya pun macam hurm, saya tak ambil. Sebenarnya memang wujud ada yang menipu, saya hampir nak menipu, tapi tak jadi menipu, “uish tak payah la kang tak berkat hidup Nauzubillah.”

Semoga Allah bantui hidup Ahmad dan pelajar golongan kurang mampu, siapa rasa diri dia dah kaya tak yah la ambil bantuan murid.

Shareen Natasha : Sedihnya. Teringat kes saya pagi ni di stesen Petron. Saya nak bayar minyak, ada Indian boy ni dalam darjah 1 la kot  kalau ikot bentuk badan. Dia bawak dalam 70sen tapi dia ambil 1 roti jagung dan 1 air susu strawberry.

Kasihan… Dia sorang – sorang. Mungkin ayah dia tengah isi minyak moto kat luar. Yalah, dalam rezeki saya mungkin terseIit rezeki dia juga, dapatlah dia merasa semua dan 70sen tu jadi duit belanja mungkin di kantin sekolah nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?