Anak murid suka bukak HP aku. Satu hari dorg tanya siapa ‘lelaki’ dlm HP aku. Bila aku jawab, dorg terus kutuk

Kelas aku tu, separuh daripadanya anak orang susah. Masa aku ada duit lebih, ada la aku pergi jumpa mak ayah diaorang mintak izin bawak pergi mall. Ada yang tak pernah langsung jejak kaki kat mall. Aku bawa 4 orang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Sebenarnya confession ni sekadar suka – suka je. Sekadar nak bercerita kehidupan aku sebagai seorang guru. Aku mengajar di sebuah sekolah rendah dan merupakan guru kelas tahap 1.

Aku ni jenis yang memang suka budak – budak, so bila dapat mengajar budak sekolah rendah ni memang aku suka la. Aku sejenis yang sempoi je, aku buat macam kawan – kawan je dengan anak – anak murid aku tu. So mereka semua memang agak rapat dengan aku.

Walaupun macam tu aku tegas jugak kalau bab belajar, selalu je aku marah masa mengajar. Dan kalau aku marah memang bergegar la sekolah. Tapi bukan apa, sebab tak nak anak murid aku ketinggalan. Kelas aku tu boleh dik4takan kebanyakannya pelajar yang agak ketinggalan. Jadi cikgu memang kena usaha lebih.

Walaupun budak – budak tu macam tu, aku tetap sayang, sebab mereka semua memang menghiburkan hati. Aku akan cerita beberapa peristiwa yang buat aku ketawa berdekah kalau teringat. Okey, peristiwa pertama. Budak kelas aku ni jenis suka buka phone aku, pantang aku letak atas meja.

Jadi selalu la ternampak wallpaper phone aku. Dulu aku pernah letak gambar seseorang ni sebagai wallpaper. Yes, he’s a guy. Si dia tu berkulit hitam manis, hidung mancung. Macam hindustan la kiranya. Mereka pun tanya la aku siapa tu.

Aku saja – saja la cakap suami, aku bergurau je, aku belum kahwin lagi pun. Dan lelaki tu media social influencer. Tau apa mereka cakap? “Tak hensem pun, macam B***la” punya direct mulut kan, hahahaha. Langsung tak jaga hati cikgu.

Aku marah la jangan kata macam tu tak baik. Jadi lama lepas tu, dah dekat setahun aku rasa. Satu hari tu mereka bising. Aku saja la buat – buat merajuk. Aku cakap nak tukar sekolah malas nak mengajar sekolah tu dah. Terus diorang tarik tangan aku, “Teacher jangan la pindah teacher, jangan la..” Aku suruh mintak maaf dulu dengan aku.

Apa yang meng3jutkan aku, memang diorang ramai – ramai datang depan aku mintak maaf, “Teacher, kitorang mintak maaf, kitorang banyak buat d0sa,” aku tahan je nak gelak. Kemudian aku cakap, “tak nak la, teacher nak ikut suami pindah”.

Korang tau what they said? “Tak payah la ikut B***la tu!” Dengan nada marah weh! Aku sampai nak tersembur air dalam mulut. Hahahahaha… Dia punya marah tak boleh tahan betul aku. Nampaknya, siapa – siapa yang jadi bakal suami aku, memang kena mintak restu anak murid aku dulu. Hahaha..

Lepas tu aku cakap, “Yela, teacher tak pindah” semua bersorak. Tapi tu pun sampai ke nak balik datang lagi tanya, “Teacher tak jadi pindah kan?” Kids, teacher mana la yang tak cair tengok kesungguhan macam tu. Lagi satu, diaorang ni jenis ada je nak tegur muka aku.

One day tu aku tak mekap sebab tak sihat sangat. Masuk je kelas terus kena soal “Teacher ni kenapa? pucat je. Teacher tak sihat ke?” Aku jawab la ya aku tak sihat. Tau apa one of them cakap? “Yelah, teacher kan perempuan, perempuan kan lemah…” Hahahaha tak pasal – pasal aku dituduh lemah.

Ada sekali tu, tangan aku banyak caIar sebab main dengan kucing. Bila aku masuk kelas, aku kan berdiri depan meja diaorang dulu. Salah seorang dari anak murid aku perasan, jadi dia tanya dekat aku, “Teacher ni kenapa? Tak pandai jaga diri ke? Penuh caIar kat tangan.”

Aku cakap la, “Oh, teacher kena c4kar dengan kucing.” Terus aku kena sekolah wei. “Dah tau kucing tu kuku t4jam, main jugak buat apa?” Oh G0d! Siapa sebenarnya kanak – kanak entah, hahahaha..  Dan kalau aku tak sihat masuk kelas, baik sangat – sangat, siap pesan suruh makan ubat. Jangan minum ais.

Ya Allah, walaupun dia orang nakal, tapi sangat ambik berat pasal cikgu. Dah rasa macam anak sendiri. Kelas aku tu, separuh daripadanya anak orang susah. Masa aku ada duit lebih, ada la aku pergi jumpa mak ayah diaorang mintak izin bawak pergi mall.

Ada yang tak pernah langsung jejak kaki kat mall. Aku bawak la 4 orang macam tu.. belanja makan, tengok wayang. Nak ajak semua tak mampu. Jadi kena bergilir – gilir la. Aku belikan jugak pensil warna atau buku. Beli yang murah je, suka sangat masing – masing.

Demi Allah, cikgu sebenarnya sayang sangat kat anak murid. Rasanya tak ada yang denda murid sebab benci kat budak tu. Semua nak anak murid masing – masing berjaya. Kalau orang lain marah anak murid kami, kami yang terasa hati.

Ustazah sekolah aku pernah naik angin giIa – giIa bila satu hari tu ada pekerja baru kantin yang tengking budak tahun 1 sebab tak beratur masa beli makanan. Rasanya kenapa? Sebab hati cikgu ni sayang kat anak murid dia.

Jadi bila keluar isu ibubapa p4ksa ustazah merangkak beberapa tahu yang lalu, sedih betul aku tengok. Mungkin ada sesetengah ibubapa ni, dia rasa cikgu sekadar orang yang dibayar gaji untuk mengajar. Sekadar makan duit yang dia gaji yang dia bayar.

Satu lagi berkenaan isu tu, ada sesetengah guru agama dia memang sangat particular sebab dia mengajar agama Allah, ajar Quran kalamullah, yang mana bukan benda main – main. Contoh, ayat Al-Quran kalau tersalah sebut dah terpesong makna.

Mungkin dia nak anak – anak murid dia sedar yang belajar agama bukan benda main – main. Dulu ustaz aku pun jenis macam tu. Bacaan Al-Quran langsung tak boleh salah. Ini hanya pendapat aku ye. Lagi satu, ustazah tu mungkin guru KAFA.

Kalau tak salah aku la. KAFA gaji berapa je tuan puan sekalian. Bukan kaya pun kalau ustazah tu sekadar makan gaji je. Dia sanggup mengajar anak orang ilmu agama dengan bayaran macam tu kerana nak berbakti pada agama, pada saud4ra seagama.

Kita yang cetek ilmu agama ni, harapnya lebih menghargai. Sebab mungkin kat rumah kita tak boleh pun didik anak kita dengan ilmu agama. Sekurang-kurangnya, berterima kasih la pada ustaz and ustazah yang sanggup mengajar. Sekian, tu saja. – Aleya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Bintu Abi Wa Ummi : Saya pon pernah menjadi seorang guru. Saya juga rasa apa yang tt rasa. Saya pernah buat apa yang tt buat. Masa hari guru, guru lain Dapat Hadiah sehari je. 16 mei.. Saya Dapat hadiah seminggu. Alhamdulillah, Tapi bukan tu yang seorang guru Nak… bagi saya, pelajar saya Ada peningkatan dalam pelajaran pon Saya Dah cukup gembira..

Yan ML : I love my students too. Masa – masa dorang ni meny4kitkan hati. Terp4ksa pujuk hati cakap kat diri. Anak – anak orang semua ni. Aku cikgu je.. Takde kena mengena. Takyah nak berlebih – lebih.

Norazezah Ismail : Setuju sangat. Kita ibubapa tak dapat mengajar macam cikgu kat sekolah. Tambah – tambah bab fardhu ain yang sebenarnya tanggung jawa ibubapa yang ajar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.