Anak saya nak jadi pelakon drama tapi minta tolong ajar bahasa melayu yang betul – Azhar Sulaiman

Cantik betul anak da ra Azhar Sulaiman ni…

Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki yang kacak bergaya Azhar Sulaiman. Baru-baru ini Azhar ada memuat naik gambar anak gadisnya di IG iaitu Kasih Iris Leona.

Wajah Leona menarik minat netizen, dengan muka yang cantik seiras bapanya. Menurut Azhar Sulaiman anaknya itu berminat untuk berlakon drama. Cuma perlu bantu untuk fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.

Mungkin dari kecil mereka sekeluarga dan keadaan persekitaran sekeliling menyebabkan anak-anak beliau sudah terbiasa untuk menggunakan bahasa Inggeris. Jangan risau abang Azhar, mudah je nak belajar bahasa melayu ni. Kalau Leona jadi pelakon drama mesti meletup!

My dotter Leona nak berlakon drama…..Kalau you larat ajar dia cakap Melayu betul betul….Mami izinkan.

Selain Kasih Iris Leona, beliau ada lagi dua orang anak iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin(kembar Leona). Semuanya handsome dan cantik-cantik.

Mereka ini bukan sahaja cantik malah bijak dan aktif. Rees dan Leona telah dinobatkan Anugerah Tokoh Ko Kurikulum Sekolah Lelaki & Perempuan. Cukup pakej la orang kata. Tahun ini Leona dan Rees akan menduduki peperiksaan SPM. Goodluck!

Lagi gambar Azhar Sulaiman dan keluarga.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..