Anak sulung 6 tahun main campak je tuala, ingat aku kuIi. Anak kedua istimewa, main n4jis, meng4muk. Aku penat

Aku nak makan, anak istimewa panjat – panjat meja. Aku suruh suami ambil anak, tak ambil. Sibuk tengok telefon. Aku menangis sambil makan, dia masih tengok telefon. Aku jerit minta cerai, baru dia ambil anak. Yang dia tahu bila hujung minggu, waktu cuti, dia tuntut ‘hak’ dia. Bila aku nak rehat?

#Foto sekadar hiasan. Salam. Confession ni ditulis sebab aku str3ss dengan diri aku, yang tr1gger nya ada kejadian semalam, bilamana aku ter flash back balik kehidupan aku dulu, benci. Confession sedikit panjang. Penat jadi mak..

Anak sulung. 6 tahun. Isu dengan makanan. Selalu tak nak makan. Badan kecil dari usia. Padahal aku dan suami bukannya rendah, aku 160cm, suami 170cm. Tapi anak bantut. Dari kecil tak nak makan, kawan cakap masa tu, tak mengapa, dia masih menyusu.

Nanti dah berhenti menyusu, banyak la makan nya, seperti anak dia. Tapi sekarang sampai besar tak nak makan. Suka makan benda merepek seperti jajan dan gula – gula. Aku dan suami tak ajar makan macam tu. Tapi bila pergi rumah nenek, nenek bagi jajan, ikut nenek pergi kedai, nenek belikan jajan banyak – banyak.

Oh ye, rumah nenek dekat. Suka la dia. Dah rasa jajan sedap, mana dia nak makan nasi. Pergi kenduri dapat jajan, suka. Jamuan sekolah, bawa balik satu plastik besar jajan, tu aje la yang dimakan. Balik rumah tak nak makan nasi.

Kelmarin aku masak, dari pagi sampai petang tak nak makan. Kata nak puasa (Bila bulan puasa tak nak pulak dia puasa). Aku p4ksa makan jugak pukuI 4. Lepas tu munt4h. Yela, perut dah masuk angin. Pastu malam suruh p4ksa makan lagi, isi perut sebab petang dah munt4h. Munt4h lagi.

S4kit hati aku tengok. Dah la suka membazir makanan (bukan kelmarin saja), pastu dimunt4hkan lagi. Semalam aku bawa pergi kedai, suruh dia pilih makanan apa dia nak, dia pilih pastu makan sikit – sikit, sampai malam berapa sudu saja makan.

Lepas tu buang. Aku meng4muk. Dah la yang dia pilih tu mahal. Duit bukan senang nak dapat. Kalau masak beli lauk pun dah mahal, ni apatah lagi yang dibeli. Aku tengking anak aku dengan suara tertinggi. Kalau aku marah, aku selalu tengking sebab aku penat.

Aku benci tengok semua ni. Dulu masa aku kecil, keluarga aku tak pernah membazir makanan, sebab tahu, susahnya nak dapat duit beli makanan dulu. Keluarga suami lain. Tak habis makanan tak mengapa. Diberi pada ternakan.

Masalah sekarang rumah aku rumah taman, bukan ada ternakan untuk dibazirkan makanan. Aku str3ss nak tengking – tengking anak, tapi dia tidak mahu mendengar kata. Dulu aku cuba praktik kan cara barat, cakap baik – baik dengan anak.

Bila cakap baik – baik, langsung tak nak dengar cakap aku. M4kin menjadi – jadi per4ngai. Jadi, nak tak nak aku kena naik suara pada anak aku. Aku sedih bila marah dia, aku nangis selalu lepas tengking dia, tapi dia seperti tak faham – faham apa yang aku cakap.

Tiap – tiap hari ye anak sulung aku dimarah kerana hal makan. Bukan aku masak pelik – pelik, masak ayam goreng, kurma, semua yang dia cakap suka. Bila dah masak, cakap tak nak ayam la, tak nak ikan la, tak nak telur la.

Suami dah belikan multivitamin pun selera dia macam tu jugak. Bagi ubat cacing macam tu jugak. Dah la suka makan benda manis, nanti kecil – kecil dah dapat peny4kit. Mainan pun tak pandai nak kemas walaupun berbuih mulut tiap – tiap hari suruh kemas. Lepas mandi tuala campak – campak saja. Yela, mak kau ni memang kuIi.

Anak kedua. Anak istimewa. Tak payah nak cerita banyak bila ada anak istimewa. Faham – faham aje la. Orang cakap sabar, sabar. Memang la sabar tapi kalau tiap – tiap hari menghadap aku str3ss juga. Main n4jis, meng4muk.

Tiap – tiap hari mencuci. Nak kena pantau sentiasa. Keperluan perlu dipenuhi tepat pada masanya. Lambat sikit meng4muk. Bukan tak hantar terapi. Hantar. Tapi lambat sikit nak nampak perkembangannya. Nak berjalan – jalan pun tak boleh sebab anak istimewa akan berkelakuan bukan – bukan di khalayak ramai.

Pernah pergi hotel, receptionist suruh bawa anak keluar dari lobi. Bawa kenduri, orang pandang jelik. Akhirnya, aku juga la yang jaga dia di rumah. Suami saja yang pergi, dah dia yang dapat jemputan. Oh ye, aku surirumah.

Dah takde kawan, mana nak dapat jemputan kenduri ke apa dah. Dulu kerja, ada anak istimewa berhenti. Hidup terkurung kat rumah saja. Yela, nak berjalan, pergi kenduri semua tak boleh sebab ada anak istimewa.

Anak ketiga, baru masuk setahun. Tapi high demand baby. Aku jauh sikit pun tak boleh. Tinggalkan dengan suami pun tak boleh. Nak aku jugak. Penat la. Nak masak pun nak kena dukung. Tambah lagi str3ss aku. Penat jadi isteri..

Kalau dah nama, suami, mesti la nak tuntut hak dia dari isteri. Aku penat la tiap – tiap hari aku ajela yang bangun pagi sebelum subuh. Hari bekerja aku bangun awal pagi, buat sarapan, suami nak kerja, anak nak sekolah.

Suami pun dalam seminggu hari biasa tu pun nak layanan. Pastu pukuI 7, bayi aku dah bangun. Bila tah nak rehat. Sambung buat kerja rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, masak, anak nak balik sekolah. Petang masak lagi suami nak balik makan.

Vacuum rumah, banyak habuk. Tengah hari masak cincai saja pasal anak aku bukan suka makan sangat tapi masak la jugak, nanti cakap aku ibu yang kejam pulak takde bagi anak makan. Hujung minggu pun sama la. Mana nak rehat.

Kena juga bangun sebelum subuh. Suami nak hak dia lagi, sebab cuti katanya. Dah aku bila dapat rehat? bila dapat menikmati tidur yang panjang? Dah la malam aku yang tidurkan bayi, sebab dia nak aku saja yang tidurkan dia.

Pastu terbangun bangun malam. Pagi aku juga la yang bangun awal. Lepas tu anak bangun, aku jugak la yang jaga sebab anak tak nak kat bapak dia. Aku la yang masak sarapan, masak tengah hari, masak malam, cuci kain, sidai kain, beli barang basah, barang kering.

Laki sedap la, tidur cukup, takde gangguan, lepas tu main telefon. Kadang – kadang bantu vacuum dan mop tapi selalu sekerat jalan. Lepas vaccum, letak camtu saja. Lepas mop, biar saja air mop kat situ. Lepas tu anak main celup – celup air mop yang kotor tu.

Suami tak bising rumah bersepah, tapi aku yang s4kit mata. Kalau anak munt4h, munt4h tak lap pun dia ok. Kain 5 bakul tak lipat, dia cakap g4ntung saja. Celah mana nak g4ntung? Almari besar ke nak g4ntung semua. Nanti aku juga yang susah nak cari baju anak – anak.

Suami memang tak pandai buat kerja rumah sebab mentua tak ajar anak – anak dia buat kerja rumah. Dulu aku tengok adik – adik perempuan dia sebelum kahwin, baju pun mentua aku yang lipatkan. Padahal masing – masing dah umur 20an.

Tolong la jangan suruh aku bersyukur ke apa. Memang bersyukur tapi aku penat. Jangan cakap siapa suruh kahwin. Aku mana tahu kehidupan berkahwin macam ni. Aku tak tahu masa depan. Kalau boleh diundur masa mungkin tak nak kahwin.

Hidup aku untuk orang lain saja. Dah hilang dah jati diri aku. Aku pun tak tahu yang Allah nak bagi aku anak istimewa. Terima kasih baca. – Delima (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Salam pembaca budiman. Terima kasih membaca luahan hati aku. Lega sedikit membaca komen komen yang menyejukkan hati. Ini luahan terakhir aku, sekadar luahan, kerana aku tidak mempunyai tempat luahan.

Mahu bercerita pada ibu, aku ambil pengajaran dari kisah kakak aku, masalah rumahtangga dicerita pada ibu, kemudian habis dicerita pada saud4ra mara. Akhirnya mereka suami isteri berg4duh kerana suaminya mengatakan aibnya disebar.

Begitu juga ibu mertua, kisah rumah tangga adik ipar dicanang pada saud4ra mara. Suka untuk aku bermula dengan kehidupan aku sebagai mak orang, kerana ini yang aku hadap 24 jam. Terima kasih di atas cadangan robot vaccum dan sebagainya.

Aku ada terfikir, tapi mungkin aku masih perlu membersihkan rumah. Ini kerana, aku mempunyai anak istimewa. Rumah selalu kotor berhabuk kerana anak sulung dan anak istimewa suka menyepahkan mainan dan membuat sampah.

Adik kecil, akan mengutip sampah – sampah ini ataupun mainan dan masukkan ke dalam mulut. Pernah adiknya tercekik kerana makan mainan. Nasib aku nampak. Aku bukan tak boleh nak kemas. Boleh, tapi aku tiada kemampuan kerana aku banyak perkara lain yang perlu dibuat.

Nak kemas, kena dukung sekali anak kecil. Lagipun, anak sepatutnya diajar berkemas tetapi kenapa aku yang jadi kuIi buat segala – galanya? Anak diajar tapi tidak mahu berkemas. Suruh suami marah anak, dia ugvt – ugvt cakap macam tu saja.

Sebab tu aku cakap aku marah aku tengking sebab cakap baik baik tak mahu dengar. Suami aku cakap baik – baik tak mahu dengar. Rumah perlu dicuci dan dikemas sentiasa kerana ada anak istimewa yang suka bermain n4jis.

Pantang leka, habis n4jis dicalit sana sini. Ketika aku sembahyang, dia membuang air besar tanpa aku sedari, belum sempat habis sembahyang, n4jis dah dicalit sana sini di dinding. Sembahyang pun tidak boleh tenang.

Dengan adiknya menangis – nangis. Bila aku mandikan adiknya, sempat dia keluarkan bebird, k3ncing di lantai. Air k3ncing dimain, dilap sana sini juga. Bukan sekali perkara ini berlaku. Banyak kali juga. Mana mungkin aku dapat berehat.

Mana mungkin aku dapat tidur kerana anak istimewa aku perlu dipantau sentiasa. Baju dan seluar dipakaikan berlapis, siap di pin, masih dia berjaya bermain dengan dengan n4jis. Kadang – kadang aku menangis semasa membersihkan n4jis, nak termunt4h – munt4h.

Adik pulak asyik menangis je bila aku membersihkan abangnya, sebab tak boleh ditinggal. Anak istimewaku juga akan meng4muk dan menangis tiba – tiba. Pening dan str3ss aku dengar nangis tak henti – henti. Aku sebenarnya fed up dengar tangisan dah sebab anak istimewa aku semasa kecil juga menangis – nangis tanpa henti selama 2 hingga 3 jam.

Kadang – kadang aku marah, kadang – kadang aku pekakkan aje telinga. Tapi itula, bila anak menangis, jiran sibuk bertanya kenapa anak menangis, meng4muk. Bukan dia tak tahu aku ada anak kecil. Bukan dia tak tahu aku ada anak istimewa. Benci aku.

Adakah budak – budak kecil tidak boleh menangis? Anak istimewa aku juga suka meludah – ludah dalam rumah. Nak tak nak aku kena mop dan bersihkan. Rumah aku seperti nak kena samak tiap – tiap hari. Dia belum berjaya dilatih bebas lampin kerana dia tidak faham arahan.

Setelah terapi, dia dah boleh makan sendiri, tidak mahu disuap lagi. Perkembangan yang baik, tetapi aku masih perlu mencuci makanan yang dicampak ke lantai, yang diteraburkan, air yang ditumpahkan. Setiap kali makan.

Aku masak banyak kali kerana anak istimewa aku tidak mahu makan makanan yang sama. Contoh, pagi jika aku sediakan roti atau mi, tengahari dia mahukan makanan lain. Dia tidak mahu makanan yang sama. Makan perlu tepat pada masanya, kerana dia seperti tahu rutinnya, walaupun dia tidak tahu tengok jam dan waktu.

Kadang – kadang aku masak lebih, anak istimewa aku nak makan lebih. Seketul ayam atau ikan tidak cukup untuknya. Jadi lauk tidak cukup sampai malam. Anak sulung tiada masalah jika makan makanan yang sama, cuma itula, dia kadang – kadang nak makan, kadang – kadang tak nak.

Kalau makan sampai berjam – jam. Boleh sampai 6 jam untuk habiskan makanan yang sedikit. Leka asyik main sahaja. Makan tengah hari bawa ke malam terus. Aku malas nak suap sebab kalau suap pun dia akan ambil masa yang lama untuk kunyah dan telan sampai berjam – jam dan kering tangan aku tunggu.

Fed up aku. Aku jarang beli makanan kerana aku tinggal di pinggir bandar. Tidak banyak kedai makan yang ada. Pilihan yang ada di grabfood atau foodpanda pun terhad. Nak sedap pun kfc sajaIah. Itupun anak – anak aku sudah muak.

Aku bagi saja anak sulung pergi ke rumah nenek dia sebab aku tak nak marah – marah selalu pada dia tentang makanan dan mainan. Sebab kalau aku marah, aku marah betul, sampai tengking. Tapi tula, dah pergi rumah nenek, jajan – jajan jela dia makan.

Kain – kain, seperti baju baju dan cadar perlu dibasuh setiap hari kerana seperti kata aku, anak istimewa aku suka bermain n4jis dan meludah – ludah. Minta dryer pada suami, dia macam tak masuk dikepalanya. Bukan dia yang menguruskan.

Entah apa yang difikir dalam otaknya. Mesin basuh sudah cukup baginya. Anak istimewa aku juga kerap bangun malam, meng4muk, menangis, menyebabkan adiknya bangun, menyebabkan aku terjaga, tidak boleh tidur, tidak cukup tidur.

Jika tidak dipantau, dia akan mengeluarkan kemaIuan ketika berjaga malam dan kencing di tilam. Mana mungkin aku dapat tidur lena jika setiap masa perlu dipantau. Suami. Baik, cukup nafkah, tetapi malas, tiada common sense.

Anak munt4h atas tikar, tikar gulung basuh, tinggal dalam bilik air. Kerja tak lengkap. Tak siap. Tikar tak disidai. Anak kencing atas carseat, basuh, tinggal dalam bilik air. Tidak dijemur. Vaccum rumah, perabot di alih, tetapi tidak disusun semula.

Begitu juga setelah dimop, perabot dibiar bertebaran. Jika mop di ruang tamu, air mop dibiar ajela tinggal di situ. Kalau makan, dua pinggan lauk, satu dibasuh, satu tak dibasuh. P0tong buah, pis4u dan papan pem0tong dibiar tidak dibasuh.

Sampah penuh, dibiar sampai terk0yak plastik. Aku boleh buat semua tu tapi aku kuIikah di rumah? Aku cakap sekali, seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku membebel, dia fedup dengar, lagi dia pekak kan telinga.

Bila aku bagitahu, aku mahu tindakan. Dia tidak membuat tindakan. Aku kadang – kadang membebel, dia buat, tapi lambat lambat. Aku nak makan, anak istimewa panjat – panjat meja. Aku suruh ambil anak, tak ambil. Sibuk tengok telefon.

Aku menangis sambil makan, dia masih tengok telefon. Aku jerit minta cerai, baru dia ambil anak. Takde common sense. Aku nak makan pun tak boleh senang. Mandi pun sama la. Kalau hujung minggu minta beli sarapan, dia akan balik rumah pukuI 10.

Buat janji lepak dengan kawan. PukuI 10 aku nak masak tengah hari dah. Anak istimewa aku pun dah meng4muk dah. Baik aku masak sarapan. Kalau suruh pergi pasar, lagi lambat balik. PukuI 11 baru dapat sarapan. Takde common sense.

Nak tak nak aku juga la yang keluar ke pasar awal pagi. PukuI 8 aku sudah balik rumah. Ye, memang aku aje yang buat semua. Suami aku begini kerana inilah didikan keluarga dia. Per4ngai suami aku sebiji per4ngai bapa mertua aku.

Keluar lepak minum, balik rumah pukuI 11 atau 12 baru balik bawa sarapan. Itulah ibu mertua aku cerita. Bapa mertua aku cari nafkah ibu mertua menguruskan rumah dan anak. Mungkin ini yang suami aku jadikan contoh.

Ini yang dia praktikkan di rumah aku. Dia mahu aku jadi seperti ibunya. Ibu mertua aku juga suka membebel – bebel. Aku cerita pada ibu mertua aku, suami aku malas, tidak mahu dibebel – bebel. Dia cakap suami aku memang macam itu.

Dari dulu susah untuk disuruh – suruh buat kerja. Dia lagi rela suruh anaknya yang lain. Kalau dah begini, sudah pasti suami aku selesa dengan kehidupan malasnya. Maknya atau isterinya membebel, dia akan pekakkan telinga sahaja. Setel masalah dia.

Bawa bercuti, tapi aku yang penat. Aku yang kemas segala benda. Pergi pantai, aku duduk tepi pantai jaga barang, jaga anak kecil. Anak meng4muk balik. Kejap ajela pergi cuti pun. Banyak duduk bilik je. Pergi tido hotel mahal dekat KLCC tu, dia dan anak – anak sedap tidur atas katil. Aku?

Anak kecik meragam tidur atas kerusi je. Katil pun tak muat. Nak pergi KLCC, anak istimewa buat per4ngai, balik rumah ajela. Percutian apa tu? Tu bukan untuk aku. Baik tak payah pergi bercuti. Duduk rumah lagi bagus. Aku pun dapat tidur tilam.

Nak pergi bercuti sendiri, dia tak bagi sebab aku pernah ugvt nak bvnvh diri. Takut aku sendirian buat perkara bukan – bukan. Aku memang tertekan. Nak pergi mall, dia bagi tapi suruh bawa anak. Anak istimewa je tinggal.

Aku nak pergi sendiri. Aku nak masa bersendirian. Aku tak nak pegang – pegang anak. Sekali sekala aku mahukan kebebasan dari anak. Aku tak nak bawa beg pampers ke apa. Itu pun tak boleh. Aku tak tahu kenapa dia tak faham – faham.

Aku pun dah penat menaip ni. Aku cuma terkilan bila baca komen yang membandingkam dan mengatakan aku tidak ikhlas dengan perkahwinan kerana jika dilihat zaman dahulu lagi susah. Seperi aku katakan, aku bersyukur, cuma aku penat. Salahkah meluahkan rasa penat.

Aku pasti orang zaman dahulu juga penat. Aku pernah nampak ibu aku menangis semasa aku kecil. Aku faham pasti dia penat. Ibu mertua aku pun pernah bercerita, semasa berpantang dahulu, dia basuh kain di tepi sungai.

Aku faham, zaman dahulu susah, suami mencari rezeki. Suami aku mungkin melihat peng0rbanan ibunya, ayahnya seperti itu, lelaki mencari nafkah isteri menjaga rumah. Kerana itu suami aku berkelakuan seperti itu, memberi nafkah, cukup untuk keluarga tapi aku perlu uruskan segala urusan rumah.

Tetapi, adakah ini yang perlu diterapkan dalam pemikiran masyarakat melayu kita? Adakah ini yang perlu dilalui oleh wanita melayu yang berkahwin? Adakah ini tradisi yang perlu dikekalkan, di mana wanita perlu berk0rban masa, badan dan lelaki dilayan seperti raja?

Adakah wanita sahaja yang perlu menanggung masalah em0si? Tidak boleh diluah masalah, dik4ta aib, mengeluh, hilang pahala. Semuanya perlu ditelan sendiri. Bila mahu meluahkan pada suami, suami endah tak endah.

Kadang – kadang tiada respon pun. Aku seperti bercakap sorang – sorang. Kadang -kadang dia cakap orang lain ok je. Dia tahu ke? Setakat tengok kawan – kawan kerja tak payah. Ataupun dia suruh buat bisnes. Buat bisnes apa? Semua nak komitmen.

Dengan anak kecil, anak istimewa yang perlu dipantau sentiasa dan urusan rumah, aku tiada kapasiti memberi komitmen. Ya, jika diundur masa, aku mungkin tidak mahu berkahwin jika inilah yang sepatutnya wanita lalui selepas berkahwin. – Delima (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zauyiah Haji Saidin : Saya dah baca kedua – dua luahan hati puan. Saya doakan puan diberikan kekuatan dan ketabahan untuk hadapi ujian hidup hari – hari. Semoga suami puan dijentik hatinya untuk berubah menjadi lebih prihatin terhadap diri puan dan semoga puan kekal waras dan sihat.

Saya memahami situasi puan kerana saya juga ada anak aut1sme yang selalu menduga perasaan saya. Sebagaimana anak saya tidak minta dilahirkan 0ku, saya juga tidak minta untuk melahirkan seorang anak 0ku. Ini takdir yang telah tertulis. Semoga Allah membuka lorong – lorong keluar atas permasalahan puan dan juga saya. Kuatkan semangat yer puan.

Faranisyah Hakim : I feel you confessor. Apatah lagi Puan ada anak istimewa. Memang saya yang baca pun terasa penatnya. Bab memilih makan, anak bongsu saya pun ada masalah yang sama. Mak gedempol ha, anak punya tulang rusuk dah macam gitar.

Sedih rasa kadang –  kadang.Tapi apa yang saya buat, suap dia makan. No choice, memang saya tak suka manjakan anak tapi kalau tu jer cara nak kasi dia makan.. i have to. Try slow talk dengan suami ye, kadang – kadang orang lelaki ni dia tak faham apa yang kita nak.

Kena cakap baru jalan. Kalau dia ada duit lebih ke, mintak lah beli makanan yang dah siap masak. Kadang – kadang camtu lah cara saya untuk elak penat. My husband pun bukan yang jenis tolong kerja rumah tapi dia willing spend duit untuk beli lauk atau beli gajet untuk mudahkan kerja rumah saya. Cuba lah bercakap dengan dia dulu. I did that, Alhamdulillah… ada perubahan. Anyway.. hugs for you, semoga diberi kekuatan.

Shikin Ilyas : Puan tulis je lah berapa banyak siri pun. Puan lega dapat meluah, saya yang membaca pun insaf sikit bila sesekali nak mengeluh ngadap anak – anak ni. Beban puan sebagai suri rumah dah cukup berat apatah lagi dengan anak istimewa.

Kalau suami main peranan, 50% beban puan dah kurang. N i believe u will be a better mother and wife. Memandangkan suami jenis takde common sense, dah cakap pun tak faham – faham, apa kata pergi kaunseling keluarga.

Bincang untuk dapatkan satu hari cuti tanpa anak – anak sekurang – kurangnya sebulan sekali. Sebaiknya masa tu biar suami yang jaga semua anak. Biar dia tahu apa yang puan hadap selama ni. Harap kembalilah otak dia yang tercicir lepas tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?