Anak sulung dua tahun, anak kedua 4 bulan tapi aku dah mengandung lagi

Aku nekad pikir cara ‘hilangkan’ baby ni. Aku lari turun naik tangga kat office. Aku pergi kerja naik moto. Aku lalu setiap jalan yang berlubang, bumper aku Ianggar tak berhenti semata sebab tak nak baby ni. Aku pergi kIinik nak scan, sekali aku terk3jut apa yang ada dalam perut aku sebenarnya..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku dah pernah menulis artikel di sini. Tapi tak pernah disiarkan. Kali ni aku menulis di sini untuk share pengalaman aku sendiri. Banyak confession yang aku baca tentang para isteri yang diuji dengan kesukaran dapat zuriat.

Betapa struggIenya mereka hanya untuk dapatkan seorang zuriat. Moga semua yang masih TTC dikurniakan zuriat. Aamiin.. aamiin. Aku kahwin dikala umur 26 tahun. Suami aku 31 tahun. Tak dikira lambat atau awal. Sedang sedang la katakan.

Lepas kahwin aku bunting pelamin. Tak lama kemudian aku lahirkan seorang anak perempuan secara normal. Disebabkan rancang sendiri atau tak reti merancang atau ala ala merancang, baby umur 4 bulan, aku dah disahkan pregnant lagi.

Masa tu aku masih kerja. Aku dan suami terima dengan hati yang terbuka. Rezeki orang cakap. Setelah cukup 9 bulan aku lahirkan anak lelaki secara normal jugak. Alhamdulilah, masa tu lega dah dapat sepasang. Rasa dah tak nak tambah lagi anak sebab kami suami isteri berkerja.

Sejak dari itu aku makan pil perancang n0riday untuk elakkan mengandung. Sejak dari aku anak d4ra period aku teratur, jadi aku boleh jangka bila period aku. Kalau lari pun mungkin sehari dua. Cuma bila anak kedua aku dah 4 bulan, masa tu aku sepatutnya dah datang period, tapi tak datang.

Aku masih sangka baik lagi. Aku fikir mungkin sebab aku ambil pil perancang. Aku tunggu sampai seminggu. Still tak datang. Aku dah tak sedap hati, period aku dah lewat seminggu. Aku beli upt dan cek. Sah! Naik 2 line. Lepas aku tengok result tu, aku blur, rasa betul ke aku mengandung lagi.

Anak aku kecik lagi. Aku pun ambil pil perancang. Betul ke ni? Aku terus ambil wuduk, solat isyak, solat sunat, solat taubat. Masa sujud Aku menangis semahu – mahunya. Aku tak tau sama ada ni ujian atau pun rezeki dari Allah.

Aku tak tau nak buat apa masa tu. Berd0sa aku masa tu. Aku persoalkan kenapa Allah bagi aku mengandung sekarang. Kenapa bukan kawan aku yang masih cuba untuk dapatkan zuriat. Kenapa bukan orang lain. Kenapa aku?

Lepas habis tu aku bagitau husband aku, dia pun terdiam lepas aku bagitau. Kami pandang muka anak kami yang masih kecil. Betul, kami tak ready masa tu. Lepas dari tu, aku depr3ssion. Aku pergi kerja, tapi sepanjang hari dekat office aku jadi pendiam.

Tak bercakap dengan orang. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah ataupun tak jawab langsung. Dari seorang yang ceria jadi pendiam, masuk toilet nangis dan nangis. Aku asyik fikir di mana salah aku sampai aku boleh mengandung.

Apa kata orang setiap tahun mengandung. Aku jadi str3ss dan kemurungan. Setiap hari aku fikir macam mana cara nak gugurkan baby ni. Aku lari turun naik tangga kat office. Aku lompat dua tiga anak tangga bila nak turun tangga.

Dulu aku kerja naik moto. Aku lalu setiap jalan yang berlubang, bumper aku Ianggar tak berhenti semata – mata sebab tak nak baby ni. Ya Allah, berd0sanya aku masa tu. Alhamdulilah, walaupun ada mulut – mulut jahat yang cakap setiap tahun buat anak saja.

Macam takde kerja lain. Asyik nak beranak setiap tahun. Aku masih ada kawan – kawan yang supportive. Husband aku dah terima rezeki ni awal – awal. Cuma aku, aku yang tak dapat nak terima yang aku mengandung lagi.

Balik kerja aku pun tak bercakap dengan suami aku. Anak pun dia yang jaga. Aku? Asyik melenting tak tentu pasal. Menangis, tido, pergi kerja, menangis lagi, diam, balik kerja. Macam tu la keadaan aku setiap hari sampai kandungan aku cecah usia 4 bulan.

Dalam usia kandungan aku 4 bulan. Aku ke kIinik swasta untuk scan sebab aku perlu bukak buku pink. Masa scan, doktor bagitau aku perut aku besar semacam. Dia agak mungkin sebab baby aku besar. Aku pun iyakan saja, sebab dalam masa 4 bulan aku kemurungan, aku makan macam – macam.

Aku telan macam – macam. Aku tak jaga makan sebab niat aku masa tu aku tak nak baby tu. Tiba – tiba doktor bagitau, yang dia nampak ada dua baby dalam perut aku. Aku terk3jut masa tu. Doktor sahkan aku mengandung kembar.

Mengalir air mata aku masa tu. Subhanallah, Ya Allah, maafkan aku. Maafkan mama baby. Besarnya kuasa mu Ya Allah. Bukan satu nyawa yang Allah hadiahkan, tapi dua. Lepas dari ni, baru aku boleh terima hakik4t yang aku mengandung.

Bukan seorang tapi dua orang. Betapa kuatnya dia bertahan dalam rahim mak dia. Aku pun dah boleh ignore orang cakap macam – macam. Malah bila ada nurse dan doktor marah sebab aku mengandung setiap tahun pun aku dah boleh senyum balik.

Kalaula doktor tu tahu apa yang aku hadap dalam 4 bulan tu. Aku dah mula happy balik. Aku cuba redha dan bersangka baik dengan Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah lebih tau masa yang terbaik untuk kita dapatkannya walau kita rasa kita tak bersedia.

Lepas dari kes kemurungan tu, aku dah jalani hidup macam biasa sampai aku lahirkan anak kembar aku secara czer. Alhamdulilah semuanya selamat dan sihat. Ini cerita aku 8 tahun yang dulu. Sekarang anak kembar aku dah besar.

Dah sekolah. Aktif sangat. Lepas 6 tahun baru aku mengandung lagi. Tapi dengan persediaan. Sebab aku dan suami subur, aku boleh pilih bila nak mula mengandung, bulan bila nak bersalin sebab aku jaga semua anak – anak aku sekarang.

Aku dah berhenti kerja sebab kos untuk jaga anak 4 orang mahal. Aku saja share kisah ni sebab aku banyak baca cerita pasal TTC kat page ni. Betapa struggIenya mereka untuk dapatkan anak. Aku doakan semua yang TTC dimudahkan rezeki untuk dapatkan zuriat. Aamiin. Yang benar, – Daliya (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Nuriah Abdrazak : Adik sis pun sebegitu. Masa anak kedua baru berapa bulan, dia mengandung lagi anak ketiga. Menangis hari – hari. Penat dah nak nasihat. Benda dah jadi. Kena harung, tak boleh patah balik. 1 dan dua.. boy..

So sis doakan yang ketiga girl. Alhamdulillah.. sis suruh plan. Husband good helper. Boleh laa beranak ramai. Setakat ikut mood bilamana nak jaga. Takyah beranak ramai – ramai. Cukup seadanya sudah.

Habibah Abas Bibah : Ya Allah saya pernah mengalaminya pengalaman seperti ini, ketika anak saya 8 bulan saya disahkan mengandung, terduduk saya, menangis kesian pada anak yang masih menyusu lagi tetapi saya sangat menyesal hingga sekarang( anak saya dah berusia 26 tahun).

Kenapa saya harus menangis atas kurniaan yang paling berharga buat saya, abang dan adik seperti isi dan kuku saling menyayangi dan menghorm4ti masing – masing telah berjaya dalam hidup.

Faezah Jamaludin : Rasa macam diri sendiri yang confess haha. Saya sebijik macam confessor ni. Orang selalu tuduh saya tak makan ubat la tak merancang la masalahnya saya betul – betul makan ubat on time dapat jugak yang kedua.

Saya cucuk depo dapat jugak yang ketiga. Kun faya kun. Saya dah la alahan teruk memang f0bia betul sebut bab mengandung ni. Selalu doa bagi kawan – kawan yang belum dapat zuriat mengandung pulak.

Aida Ahmad Kamal : Memahami sangat rasa str3ss nya. Sebab kita dah usaha sehabis daya menjaga, tapi semua kuasa Allah kan, nak beri pada yang Dia kehendaki. Nak menghadapi kata – kata dari orang sekeliling lagi s4kit.

Siap ada yang cakap, ‘kalau czer kali ni senang sikit noh, boleh ik4t terus’. TerIuka sangat. Belum umur 30 orang dah sibuk suruh ik4t tak bagi bersalin dah. Sebab suami saya pun tak pernah merungut terp4ksa bekerja lebih demi anak – anak.

Bagi dia, setiap anak datang bersama rezeki dan rahmat Allah. Sekarang tengah menanti hari melahirkan zuriat ke-3 kami, selepas 4 tahun 2 bulan mendirikan mahligai cinta. Doakan saya semoga Allah permudahkan segalanya untuk saya dan anak dalam kandungan ni ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?