Anak sulung umur 15, dia sokong ayah dia kahwin lain, katanya ayah dia mampu. Dia tak tahu, ayah dia guna semua duit gaji saya

Saya tambah sedih anak – anak tak mahu berbual dengan saya. Saya jadi pelik. Saya rasa anak – anak saya tahu pasal hubungan ayah mereka. Kerana ketakutan melampau akhirnya saya beranikan diri telefon adik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, izinkan saya menceritakan sedikit keluhan dan ratapan hati saya, bukan cerita mengumpat, mengutuk atau bercerita hal orang lain, tetapi tentang kesetian, cinta dan kasih sayang yang begitu tebal selama ini bertahta di jiwa saya, akhirnya saya rasa diri ini ditipu, diperlemahkan yang semuanya berpunca dari keb0dohan dan kesetiaan memb4bi buta saya sendiri.

Saya dan Mail berkenalan semasa di asrama sekolah hingga melahirkan putik – putik cinta, kemudian putik cinta itu terus berkembang mekar hinggalah kami masuk kolej. Walaupun tinggal jauh, berlain negeri lagi, tetapi cinta kami tetap mekar kerana kesetiaan saya yang tidak berbeIah bahagi.

Rasanya kamilah pasangan paling setia dari sekolah hinggalah ke jinjang pelamin. Ramai rakan – rakan yang cemburukan kesetiaan kami. Selepas setahun dua bekerja, Mail mahu kami segera kahwin, bertunang pun tidak, keluarganya datang, merisik dan terus tetapkan hari perkahwinan, sebab kata mereka kami dah lama kenal, tak baik tunggu lama – lama.

Terlebih penting Mail mahu segera menguruskan kehidupan keluarga sendiri. Langkah pertama setelah berkahwin Mail mahu saya berkongsi buka akaun bank bersama. Supaya saya tak perlu susah payah fikirkan urusan rumah tangga, semua benda dia uruskan, bermula dari beli perabut, bayar sewa rumah, bayar bil, beli kereta yang kami mampu, hinggalah ke pasar, semua dia uruskan.

Bertambah pula saya cepat hamil, maka bertambah manjalah saya duduk di rumah, kerana semua benda Mail uruskan. Katanya, sebut aja apa nak makan dia akan beli atau masak. Kerana dia memang boleh memasak. Ketika itu saya merasa hidup saya cukup mudah, selesa, sebab semua Mail uruskan. Dia mahu saya besarkan anak sahaja.

Tetapi satu perkara yang saya rasa terkilan Mail tidak mahu beri emak saya duit setiap bulan seperti yang biasa saya buat sebelum kahwin. Kata Mail sudah berkahwin mengurus keluarga sendiri lebih penting. Lagi pun bukan wajib bagi duit setiap bulan pada emak bapak. Kita lebih memerIukan. Walaupun saya rasa keciwa, tetapi saya tak boleh bantah.

Kata Mail tugas emak bapak besarkan anak dan beri mereka pendidikan, dan bukan minta jasa mereka dibalas. Namun bila emak saya hantar surat minta bantuan duit, saya tak dapat penuhi permintaan emak sepenuhnya. Itu yang saya terkilan.

Masa berlalu begitu pantas, 3 orang anak kami sem4kin remaja dan perkahwinan kami menjangkau 17 tahun. Tetapi nak jadi cerita satu hari saya terjumpa pin tudung dan beg duit siling dalam kereta Mail. Bila saya tanya, katanya milik kawan yang tumpang keretanya.

Walaupun hati berdetik, tetapi saya tak pernah bersangka buruk pada Mail. Kerana dia ayah penyayang, dia sediakan semua keperluang sekolah anak – anak, dari pakaian, buku, duit saku, tambang bas, tusyen semua dia uruskan. Kerana itu anak – anak perempuan rapat dan sayangkan ayahnya.

Satu hari tanpa ribut taufan saya terima panggiIan telefon dari teman sepejabat Mail. Dia suruh rahsiakan, katanya Mail ada teman wanita, dia minta saya berhati – hati dan jaga diri dan suruh saya perhatikan pergerakan Mail supaya tidak terlanjur lebih teruk lagi.

Memang saya terk3jut. Nasib tidak ada d4rah tinggi. Sebab saya sayangkan Mail kerana suami bertanggungjawab. Saya tak percaya Mail mahu meIukakan hati saya. Walaupun saya tidak yakin, tetapi naluri isteri terusik juga, tambah – tambah saya lihat gaya Mail banyak berubah, dia lebih banyak buat kerja tambahan di pejabat, tak macam dulu.

Dia selalu balik lewat hingga ke malam, membuat hati saya mula berkata – kata. Satu hari saya terus tanya Mail. Dalam tertawa dia menafikan, tetapi katanya kalau pun benar apa salahnya! Berdebar jantung saya. Ini bukan perkara main – main, walaupun saya sanjung kebaikannya selama ini, tapi bab nak kahwin lagi bukan bahan guruan.

Sejak itu saya mula mencurigai Mail setiap kali dia keluar saya selalu bertanya pergi mana, hingga dia jadi bosan, maka per4ng mulut pun berlakulah, berakhir dengan saya menangis. Saya tambah sedih anak – anak tak mahu berbual dengan saya, soalan saya pun mereka tak mahu jawab. Saya jadi pelik.

Satu hari kerana runsing saya tanya anak sulung saya yang berusia 15 tahun. Saya rasa bimbang jika ayah mereka ada kekasih dan nak kahwin lagi. Tentu menganggu pelajaran mereka. Tetapi saya terk3jut bila anak saya kata, ayah mereka baik, kalau kahwin pun ayah tahu tanggungjawabnya. Jelas anak saya ini menyebeIahi ayahnya. Terkedu saya.

Saya tak sangka dia boleh bercakap macam tu. Dia tambah lagi, mama boleh aja terus tinggal di apartment ini, mama ada kereta boleh pergi kerja macam biasa. Ayah akan sediakan semuanya untuk mama. Mama jangan risau tentang makan minum semuanya beres.

Aduh!! S4kitnya jantung saya, sungguh tak sangka anak sebesar ini boleh bercakap macam tu. Lebih meng3jutkan dia nasihatkan saya jangan risau. S4kitnya hati!! Saya rasa anak – anak saya tahu pasal hubungan ayah mereka, sebab itu mereka tidak runsing. Dan pandai nasihatkan saya. S4kitnya hati.

Malam itu satu malam saya tak boleh tidur. Fikiran terganggu. Apa jadi pada saya jika Mail kahwin dan anak – anak tak pedulikan saya. Anak – anak fikir ayah mereka banyak duit, tetapi mereka tidak tahu ayah mereka ambil duit gaji saya setiap bulan. Saya tak pernah pegang duit gaji saya. Saya tidak ada simpanan.

Anak – anak terlalu muda untuk faham masalah saya, sedangkan saya yang berumur ini pun boleh ditipu, mengapa fikiran anak – anak tidak boleh dipesongkan. Anak saya boleh kata bila bersara nanti tentu mama banyak duit dalam KWSP. Tambah terkedu saya!

Bercerita dengan anak sulung membuat saya lebih mend3rita. Mulalah terfikir peng0rbanan dan kepercayaan saya kepadanya selama ini, hingga meminggirkan permintaan membantu emak ayah saya sendiri. Jika saya bertindak tak bagi Mail ambil duit gaji saya lagi apa dia akan buat?

Ceraikan saya, nak kahwin lagi atau….? Jika benar pada siapa saya nak berg4ntung. Anak – anak sokong ayahnya. Hubungan saya dengan emak dan adik beradik memang tak rapat sejak kahwin kerana ikut nasihat Mail. Kata Mail wanita lepas kahwin jadi tanggungjawab suami bukan emak ayahnya lagi

Kerana ketakutan melampau akhirnya saya beranikan diri telefon adik, berbual kosong tanya khabar emak. Nampak gaya adik ok, tak bencikan saya walaupun jarang balik kampung. Kerana dia kerja bank saya tanya macam mana nak buka akaun, dia suruh saya datang ke bank dia akan tolong, tapi dia tanya duit gaji saya simpan kat bank mana?

Saya terp4ksa berterus terang minta dia bantuan apa patut saya buat untuk simpan duit gaji saya sendiri. Saya sedar risikonya, tetapi saya tak nampak jalan lain. Dengan bantuan adik semuanya beres, tapi Mail meng4muk sakan. Saya terp4ksa diam. Tetapi sejak itu hidup saya huru hara. Memang saya jangka.

Adik nasihatkan bersabar, tapi kalau Mail nak kahwin juga biarkan, dan saya mesti buat keputusan, sanggup bermadu atau berpisah. Setengah tahun lamanya saya cuba sabar, tapi akhirnya saya beritahu Mail kalau nak kahwin lagi, kahwinlah, tapi ceraikan saya.

Saya tak sanggup bermadu. Memang Mail meng4muk dia ugvt nak ambil semua anak – anak. Jangan harap saya boleh jumpa mereka. Saya panik, berpisah dengan anak – anak, tapi kata adik mereka dah besar biarlah dia jaga, lagi pun mereka memang rapat.

Saya terp4ksa setuju dengan syarat yang kecil duduk dengan saya. Mail bantah juga. Kata adik kerana Mail nak kahwin juga, segeralah minta cerai, lepas cerai baru buat tuntutan hadanah. Namun kata adik, biarlah ayahnya jaga anak – anak, satu hari nanti anak – anak tetap ingatkan emaknya, tetap cari emaknya.

Kini 4 tahun berlalu, walaupun saya terpisah dengan anak – anak, tetapi mereka sering datang bertemu dan menghubungi saya, bukan nak minta duit, tetapi nak jumpa sepupu sepapat yang mereka tak pernah kenal selama ini.

Memang salah saya terlalu ikut kehendak Mail jarang jumpa emak, adik beradik dan anak – anak saud4ra. Kini setelah umur sem4kin dekat 50an saya rasa hidup saya lebih gembira, tenang dan aman sebab berdampingan dengan keluarga.

Kalau dulu saya takut bercerai, kini saya rasa bahagia tetap datang jika kita berusaha dan berani mencarinya. Nasihat saya, wanita jangan takut jadi ibu tunggal, jangan bakar diri sendiri. Tak ada faedahnya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.