Suami aku boleh kira jarang sangat nak bangun tolong aku bancuh susu anak. Masak dan suap anak aku juga yang buat. Suami cuma tidur dan tak fikirkan aku yang setiap hari kerja tanpa gaji. Aku ingat bila balik rumah mak aku, tekanan berkurang tapi lagi teruk…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku Nana (bukan nama samaran) berumur pertengahan 20-an. Aku berkahwin diusia muda dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Aku tahu c4baran membesarkan anak adalah satu ujian dan amanah yang besar.
Aku percaya tak ada ibu yang nak sanggup kehilangan anak. Begitu jugak aku. Aku tewas dalam em0si. Anak aku yang masih kecil tak tahu apa – apa selalu jadi m4ngsa kemarahan aku. Aku ibu yang b0doh. Aku selalu berpesan pada diri, “kenapalah aku naik tangan dekat anak aku, dia tak berd0sa, dia masih kecil dan tak faham apa – apa”.
Aku tinggal bersama mertua aku. Kami masih belum ada rezeki nak ada rumah sendiri atau nak sewa. Sejak anak aku lahir aku berhenti kerja sebab nak jaga anak aku. Korang mesti pelik kenapa aku tak hantar anak ke pengasuh.
Aku ada masalah tr4uma dari kecik iaitu s3xuaIIy h4rrasment dari adik beradik sendiri dan itu membuat aku tak percayakan orang. Jadi aku surirumah sepenuh masa. Duduk dengan mertua bukan perkara mudah tambah – tambah suami masih ada adik – adik lelaki yang belum berkahwin dan aku sentiasa perlu menjaga aur4t 24/7.
Tekanan aku rasai sangat bila semua kerja rumah aku uruskan. Aku sedar menumpang rumah mertua takkan nak goyang kaki je. M4kin lama aku m4kin rasa tertekan. Tidur malam tak pernah cukup sebab anak aku jenis menyusu botol setiap malam walaupun tengah tidur.
Suami aku boleh kira jarang sangat nak bangun tolong aku bancuh susu anak kecuali kalau aku gerakkan dia. Aku ni mudah terjaga kalau anak merengek sikit pun. Dan akibat tu aku kadang – kadang marah anak aku yang tengah tidur. Ibu apa aku ni.
Fasa membesar ni anak aku suka mengutip apa saja dan masukkan dalam mulut. Aku tak boleh tengok dan mudah marah. Tangan aku kerap sampai ke pipi anak aku sebab ni. Aku tak faham kenapa aku susah kawal tangan dan kemarahan aku.
Anak yang tak berd0sa ni menangis dan setiap kali tu aku menyesal perbuatan aku. Anak aku kalau menangis kuat selalunya dia akan munt4h. Aku marah dia sebab dia munt4h sebab aku fikir aku lah yang nak kena buat semua dari lap munt4h sampai la mencuci baju.
Tak ada orang tolong aku pun walaupun suami ada. Anak aku salah pakai kasut pun aku marah sambil jerit padahal dia tengah dalam fasa belajar lagi. Aku letih sangat. Aku jadi letih dengan rutin aku. Aku tak ada masa untuk diri sendiri.
Aku s4kit tak boleh bangun sekalipun aku juga uruskan anak. Anak s4kit aku jugak yang uruskan. Mana masa untuk aku rehat kecuali tidur? Itupun tak pernah aku dapat nikmat satu malam untuk aku tidur tenang tanpa gangguan apa pun.
Masak dan suap anak aku juga yang buat. Suami cuma tidur dan tak fikirkan aku yang setiap hari kerja tanpa gaji. Aku faham dia letih berkerja tapi aku ni macam mana. Mungkin bagi suami aku ni buat kerja rumah saja tak letih langsung macam dia kerja di luar.
Bukanlah aku tak redha semua ni tapi aku pun manusia, ada rasa penat dan letih. Ada rasa nak ada masa untuk diri sendiri untuk satu hari je. Tak boleh ka? Aku banyak membaca kesan bila kita pukuI anak dan mungkin akan beri kesan pada tumbesaran dia tapi aku dah cuba kawal diri dan aku gagal lagi.
Ada masa aku happy dengan anak. Bawa jalan – jalan, aku juga suka peIuk anak, suka ungkapkan kata – kata sayang tapi bila em0si aku datang anak aku jadi m4ngsanya. Aku marah bila anak tak dengar cakap aku walaupun anak aku tak faham apa yang aku nak.
Aku selalu cubit atau tampar dia. Aku memang ibu yang tak guna. Baru – baru aku balik rumah mak aku di kampung sebab aku nak hilangkan tekanan aku di rumah mertua. Ingatkan semuanya akan ok dan aku cuba lagi untuk kawal kemarahan aku rupanya sama saja. Bahkan lebih teruk berbanding di rumah mertua.
Ramai bertanya aku tak nak tambah anak ke. Satu ja aku jawab, “aku perlu stabilkan em0si aku dulu baru fikir anak lain”. Aku tak nak anak – anak aku yang lain jadi m4ngsa kemarahan aku. Aku tak nak ulangi kesilapan aku terhadap anak lain.
Aku perlu ruang untuk diri aku. Tak kira la berapa tahun lagi pun. Bukanlah aku menidakkan rezeki Allah tapi aku betul – betul tak mampu. Keadaan aku di rumah mak aku dan rumah mertua sama saja. Tak ada sapa membantu, semuanya aku buat sendiri.
Tambah bila suami aku selalu tinggalkan kami buat aku lebih tertekan. Anak aku sangat rapat dengan suami. Jadi bila suami aku tinggalkan dia, dia menangis tak henti sampai aku tak tahu nak pujuk macam mana lagi. Aku kurung dia dalam bilik dengan harapan dia berhenti menangis tapi tidak, m4kin bertambah teruk. Aku ibu yang b0doh.
Anak tu masih kecil dan aku buat dia macam tu. Bila aku masuk bilik dia terus peIuk aku sambil menangis dan ketika itu aku faham yang anak ini perIukan peIukan dan kasih sayang bukannya menghukvm kesalahan yang dia sendiri tak tahu maksudnya.
Aku selalu berdoa, “Ya Allah janganlah engkau ambil anak ini dari aku, sesungguhnya aku sayangkan anakku, Kau kuatkanlah imanku dan em0siku dan Kau jagalah serta lindungiIah anak aku dari segala kejahatan dunia.”
Buat anakku maafkanlah ibu. Ibu gagal menjadi ibu yang baik. andai suatu hari kalau anak ibu dah besar dan benci ibu. Ibu redha mungkin ini adalah kifarah atas kesilapan ibu. – Nana (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Izyan Izani : Ya Allah sis. Sedih saya baca. Saya faham sangat. Awak bukan ibu yang teruk or b0doh or whatsoever. Awak ibu yang letih dan tertekan sebab tak ada yang membantu. Jaga anak penat. Penat sangat. Lagi penat kalau tak ada yang membantu.
Bincanglah dengan suami. Bagitahu dia awak penat dan nak dibantu. Anak dia juga kann! Ada terbaca komen yang suruh awak bekerja. Hantar anak pergi taska. Socialize. Sangat – sangat membantu sebenarnya sis. Isu tak percayakan orang tu, hmm, insyaAllah doa baik – baik moga direzekikan pengasuh yang sayang anak macam anak sendiri. Allah kan Maha Baik. Semoga Allah keluarkan awak dari semua kesulitan yang awak hadapi sekarang. Jaga anak elok – elok ye.
Miera Wahab : Bagi tahu suami kau perIukan bantuan dia dalam uruskan anak. Lelaki tak reti bahasa macam suami kau perlu diberitahu direct bahawa tanggungjawab uruskan anak bukan tugas kau seorang. Anak tu bukan anak kau sorang tapi anak korang berdua.
Pindahlah masuk rumah sendiri supaya kau hanya uruskan rumahtangga kau sendiri dan bukan jadi amah dalam rumah mak mentua. Biarlah rumah sewa pun, biarlah kecil, biar tak selesa serba tak ada asalkan korang bertiga sahaja dalam rumah tu.
Daripada lepaskan kemarahan kepada anak yang tak faham langsung, baik kau lepaskan marah pada suami. Sebab tu kena duduk rumah sendiri. Kau nak marah buat silent treatment ke kat suami. Kau nak marah jerit – jerit ke kat suami, kau nak marah hempas – hempas barang ke, hanya kau dan suami sahaja yang tahu.
Nazira Mylisa : Dah lah dik, lebih ko hantar anak masuk Taska, pergi cari kerja dik. Cari rumah sewa. Mungkin boleh kurangkan tekanan tu. Anak tu kecik lagi, dia tak faham apa – apa. Selalu marah, pukuI – pukuI anak, lama – lama anak tu terikut per4ngai marah tu nanti.
Kecik – kecik dah gangguan em0si. Ada perempuan, sesuai jadi suri rumah, ada yang tak sesuai jadi suri rumah. Tak H1na pun dik, kalau kita perempuan berkerja. Sebab macam akak, akak bukan jenis suka jadi surirumah, tak de kawan, tak pegang duit sendiri. Akak akan str3ss.
So kena kenal diri sendiri macam mana. Cuma kena faham, walaupun kita bekerja, priority tetap pada rumahtangga. Sebab tu dah kerja belas tahun pun akak malas naik pangkat. Yang penting gaji dah selesa, anak tak terabai. So kena faham diri tu jenis macam mana. Kalau memang jenis tak suka bekerja, memang nak jadi surirumah, memang kena lah ubah per4ngai, dan ubah rutin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.