Kek tu jatuh atas lantai, tertangkup. Anak aku plak terpij4k kek tu. Suami aku bagai kena r4suk, tetamu cuba halang suami aku dari terus pukuI anak. Suami ambil kek tu, dia genggam kat tangan dia. Sambil nangis, suami aku cakap..
#Foto sekadar hiasan. Sejak aku kenal, bercinta dengan suami aku, aku tak pernah tahu pasal keluarga suami. Pernah la tanya adik beradik dia berapa orang, suami cakap 4 orang, semua Lelaki. Suami merupakan anak sulung. Aku tanya, mak ayah dia ada lagi ke? Dia jawab, masih ada dan masih sihat,
Masa aku plan nak tunang, yang datang merisik aku pun adalah bapa saud4ra suami. Bukan mak bapa atau adik beradik dia sebagai wakil. Aku pelik tapi sebab suami aku ni baik je, aku teruskan. Jadi, bila dah kahwin, semua okey je.
Masa hari kenduri, baru la nampak muka muka adik beradik suami aku dan muka mak bapa mentua aku. Itupun diorang datang makan kenduri, kemudian terus balik. Aku ajak bergambar sekali pun diorang tak sudi. Aku nak ajak ambil gambar la sebab kenduri hanya buat beIah rumah pengantin perempuan je, suami tak nak buat sebeIah dia.
Sampai mak aku pun tanya, kenapa suami aku tak nak buat kenduri sebeIah dia juga tapi suami hanya jawab, nak berjimat cermat. Kehidupan selepas kahwin kami duduk rumah sewa. Tahun pertama kahwin, giliran Raya rumah mak aku dekat kampung.
Raya tahun kedua, aku ni ajak la suami, balik kampung beIah mak dia, aku teringin la nak balik rumah mertua tapi suami tak nak, dia kata malas dan bagi macam – macam alasan. Raya Tahun ketiga, masa ni aku mengandung 5 bulan, pun aku ajak balik kampung suami tapi suami tak nak jugak.
Jadi dah 3 tahun kahwin (ketika itu), aku rasa macam pelik.. Apa lah masalah suami aku dengan mak dia ek? Jenuh aku tanya, nak korek – korek tapi suami aku tak nak cerita. Suami aku ni jenis pendiam sikit, dia suka pendam, suka termenung. Kalau sembang dengan dia kan, macam blur – blur lambat tangkap.
Suami aku ni dari zaman kami bercinta, seorang yang soft spoken, cakap elok – elok, bahasa pun takde yang kasar – kasar keluar dari mulut dia. Bagi aku, dia seorang suami yang penyanyang, sweet, penyabar.. Kalau dia marah sekali pun, dia akan diam seribu bahasa.. (ini yang aku kenal dia)
Tahun ketiga tu kan, masa aku ajak dia balik kampung, aku cakaplah teringin nak balikkan. Suami aku jawab dengan nada yang agak tegas. Dia pesan, lain kali jangan cakap pasal nak balik kampung dia lagi. Full stop. Jadi sejak dari tu, aku tak pernah dah la ajak dia balik kampung lagi.
Aku dah tak tanya pun pasal keluarga dia ke apa. Nak dijadikan cerita, sekarang dah 2024, dah 9 tahun berlalu. Anak aku pun dah darjah 3. Hari tu, harijadi anak aku 29.8, jadi aku planing nak sambutlah Hari Jadi anak aku sebab dari anak aku kecik lagi sampai darjah 3 ni, tak pernah sekalipun kami sambut harijadi dia.
Aku cakap kat suami, tahun ni nak buat majlis makan – makan sikit, kita panggil keluarga dan saud4ra mara yang terdekat je la. Jiran – jiran dekat sini. Pada awalnya suami macam tak setuju, kemudian lepas aku pujuk, anak pujuk, suami pun bersetuju.
Jadi apa lagi, aku dan suami pun pergiIah shopping barang – barang sikit untuk majlis tu nanti. Masatu aku perasan suami memang paling seronok dari anak aku. Macam – macam la dia nak beli. Aku ada tanya dekat suami, aku suruh ajak la adik beradik dia, call mak ayah dia, biar anak aku ni kenal atok nenek, pakcik makcik beIah dia jugak. Suami aku cakap tengok lah macam mana.
Jadi aku buat keputusan, aku sendiri yang telefon “Mak” dalam Phone Suami Aku.. Masa aku call cakap dengan mak mentua, memang ok je rasa. Cara dia cakap pun mesra je, takde masalah. Aku cari plak adik beradik suami aku dekat FB. Yess! ada!
Dapatlah Aku PM, 2 orang adik ipar, aku ajak mereka datang. Tapi bila aku kenang hubungan suami aku dengan keluarga dia, aku tak rasa pun dorang akan datang. Tapi takpe lah, janji aku ada jemput. Nak datang atau tak, itu terpulang. Aku dah bagi alamat.
Malam majlis tu mak bapa mentua aku datang wey, tak sangka betul la. Mereka datang dengan adik beradik suami aku, 2 orang je, yang lain sibuk kott. Dan mereka antara tetamu yang paling awal datang. Mereka sampai time maghrib, jadi mereka tumpang solat sekali.
Reaksi suami aku plak?? LagilIah terk3jut, kami layan macam biasa je la dan nampak macam tak kekok, takde yang pelik. Padahal aku ni tak pernah balik rumah mertua sejak kahwin dah 9 tahun. Tapi yang aku perasan mak bapa mentua aku ni jenis tegas sikit, muka serius.
Tengah aku sibuk sibuk siapkan persiapan, hidang makanan, suami pun sibuk tengah prepare apa yang patut, masa ni tetamu lain sed4ra mara pun ada datang dah tapi tak ramai sangat la. Aku suruh anak aku ambik kek dalam peti ais, nak letak atas meja.
MaIang tak berbau, benda nak jadi, kek tu jatuh atas lantai, tertangkup. Anak aku plak terpij4k kek tu kak atas lantai. Dah memang langsung tak boleh makan dan terp4ksa lah buang. Suami aku pun dengar bunyi kecoh – kecoh, terus dia pun bergegas ke dapur.
Lepas je dia tahu anak aku bagi jatuh kek, terpijak dan kena buang, suami aku macam kena rasuk, naik h4ntu. Dia pukuI anak aku dengan papan kek tu juga, sampai benjoI dahi anak aku. Tak cukup tu, dia naik tangan jugak. Satu taman dengar suara laki aku bertempik marah dekat anak aku.
Aku halang, aku peIuk anak aku. Aku terk3jut, terkedu sebab suami paling sayangkan anak, dia sangat manjakan anak kami. Nak apa sahaja, dia akan bagi. Tapi aku pelik, hanya kerana kek, dia boleh naik h4ntu sampai macam tu sekali. Sangat di luar jangkaan.
Semua tetamu cuba halang suami aku dari terus pukuI anak tapi keluarga suami hanya tengok sahaja. Kemudian, keadaan dah beransur tenang. Suami aku ambil kek tadi yang dah h4ncur, dia genggam kat tangan dia. Dia tunjuk dekat anak aku.
Masa ni aku peIuk anak aku tak lepas. Suami cakap sambil menangis, “Kamu tahu tak Rizqi.. abah dari kecik sampai sekarang umur dah 37 tahun tak pernah sambut hari jadi.. Tak pernah Merasa kek Hari jadi sendiri. Tak pernah dapat hadiah, tak pernah sesiapa ucap kat abah selamat Hari jadi…
Masa Abah Darjah 6, abah balik sekolah, abah ambik upah basuh pinggan kedai makan.. Dengan duit gaji abah, abah beli kek eendiri. Balik rumah, mak abah, buang kek tu tanpa abah dapat merasa secubit pun! Masa abah Tingkatan 3, abah beli lagi kek untuk hari jadi sendiri..
Nak sambut hari Jadi dengan kawan kat sekolah.. Bapak abah tonyoh muka abah atas kek, depan kawan. Kena r0tan depan kawan sebab beli kek. Kamu bersyukur, mama abah sampai buat majlis untuk kamu. Kawan – kawan datang bagi hadiah, mak saud4ra datang bagi hadiah. Abah dulu… tak merasa semua ni. (Masa ni suare suami dah teresak – esak) Tapi kenape kamu tak hargai? Kenapa kamu tak hati – hati.. Kenapa kamu h4ncurkan kek tu.?”
Mak mentua dan bapa mentua aku terus datang peIuk suami aku masa tu. Aku kelu, aku tak tahu nak buat apa.. Aku macam terkena k3jutan budaya. Masa tu adik beradik suami aku nangis, tetamu lain nangis, jiran nangis, kawan kami nangis tengok mereka saling bermaafan.
Anak aku macam blur – blur lagi dan takot lagi, tr4uma pun ya sebab abah dia tak pernah marah.. Selalu kalau nakal pun suami aku cakap elok – elok, tegur elok – elok. Malam tu juga la terjawab semua persoalan aku. Malam tu suami aku cerita kat aku dengan anak, yang dia kena d3ra masa kecik. Hurmmm..
Aku terdetik nak cerita kat sini.. Entah la.. Selepas semua bersurai, tengah malam masa anak aku tidur, suami aku masuk bilik Anak. Dia minta maaf kat anak aku plak. Disebabkan aku dah tahu cerita sebenar, aku cadang.. 22 bulan 12 nanti harijadi suami, aku nak sambut dan buat k3jutan dekat dia.
Komen W4rganet :
Nurul Neena : Sedihanya.. Akhirnya, terluah juga perasaan suami puan yang dah lama dia pendam depan adik beradik dan kedua orang tuanya. Moga suami dan keluarga dia dapat menjadi keluarga yang bahagia sementara hayat masing – masing masih ada.
Sambutlah birthday suami puan, buat lah kenduri kesyukuran, jemput lah semua ahli keluarga dia datang. Doa saya, moga dipermudahkan segala urusan dan moga keluarga puan bahagia sampai bila – bila.
Nurul Raudhah : Ramai je orang macam ni. Family tak hargai masa kecik, tak pernah dapat apa dia nak, family tak pernah tanya apa dia nak. Kena marah dengan cikgu kena r0tan dengan cikgu tanpa sebab, mesti banyak lagi rahsia suami pendam. Maafkan suami okey, dia memang tak sengaja tu. Lepas ni boleh buat surprise birthday untuk suami, mesti dia orang paling happy.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.