Anak tiri umur 10 tahun dah pandai menipu, mencuri. Dia curi duit anak aku RM500, suami langsung tak tegur, siap nak ganti

Suami terlalu manjakan anak tiri. Bayangkan umur 10 tahun pun masih terkucil waktu malam atas katil. Siap pakai pampers. Bila aku tegur, anak tiri ni pemalas taknak dengar. Aku yang kena basuh, jemur tilam..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Kenalkan diri aku, Bunga sudah berkahwin dengan si Razif, duda anak 1 perempuan umur 10 tahun aku gelarkan dia Alia. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan tapi sangat berharap disiarkan untuk aku dapatkan kata – kata semangat ataupun nasihat untuk orang keras kepala macam aku.

Kami dah kahwin 3 tahun dikurniakan sorang anak perempuan yang akan aku gelarkan Girl (1 tahun). Dalam tempoh 3 tahun ni dah 2 kali kami naik mahkamah untuk proses cerai tapi sampai sekarang kami belum bercerai sebab Razif tarik kes semula di depan hakim.

Kali pertama Razif yang failkan sebab kami berg4duh dan aku ancam dengan kekerasan pada Girl. Sebab itu je cara untuk bagi Razif marah pada aku. Aku layan Girl (6 bulan) dengan kasar depan mata Razif. Baru la Razif start marah.

Mula – mula tu kami dah berg4duh. Aku dah bising – bising tapi Razif cuma senyap membatukan diri langsung tak endah kan aku yang dah macam orang giIa meng4muk menangis sambil lempar segala barang. Sebab kan aku geram dia tak endah, Girl la jadi m4ngsa untuk bagi Razif sedar aku tengah marah!

Sebab aku marah? Macam aku cakap Razif duda anak 1. Dan benda yang selalu buat kami g4duh mesti sebab Alia tak pun mak nye Alia, bekas isteri Razif. Alia duduk dengan mak dia tapi cuti sekolah selalunya Alia mesti akan balik.

Aku tak kisah pun Alia ni nak balik bila – bila sebab tiap kali balik dia akan balik rumah mak mertua bukan rumah kami, sebabnya rumah mertua lagi ramai sepupu dia (kak ipar duduk dengan mertua) dia takkan bosan dapat bermain.

Sebab siang malam kami suami isteri kerja walaupun weekend pun sebab kami kerja shif balik lewat pukuI 10 baru sampai rumah. Girl dekat pengasuh, siapa yang balik dulu dia akan ambik. Jadi setiap kali Alia balik rumah mertua, kami pun akan pergi dan tido sana, lagipun jarak tak jauh cuma 10 minit.

Berbalik pada kenapa aku selalu g4duh dengan Razif sebab pada mata aku Razif selalu lebih kan Alia tiap kali Alia balik. Apa sahaja kemahuan, kehendak Alia confirm Razif ikut tak kisah jika terp4ksa beli barang tu mahal murah.

Tapi selalunya mahal sebab beli barang mainan ke baju ke Alia taknak ye beli dekat kedai RM2 ke DIY ke ye sebab dia kata mak dia selalu bawak jadi dia nak benda lain. Jadi kami akan ke mall. Kat situ la akan beli mainan dan apa – apa barang Alia nak.

Bayang ye kalau dalam sebulan tu 3 – 4 balik tiap kali tu jugak akan beli macam – macam. Jadi kalau Alia balik, Razif akan advance siap – siap dekat bos dia tapi sorokkan dari aku sebab kalau bagitau confirm la aku akan bising.

Dorang pergi mall pun kadang – kadang aku tak ikut sebab Alia ni pandai pulak mengadu dekat Razif nanti aku tak bagi beli macam – macam. Jadi Razif akan bawak masa aku tengah kerja. Dia bawak anak – anak buah dia (anak kak ipar) dan Alia ke mall.

Bila advance 3 – 4 kali dalam sebulan apa je tinggal bila gaji. Aku jugak terp4ksa hadap nak kena bayar itu ini. Pampers, pengasuh Girl aku yang kena bayar sebab bila gaji, Razif cuma dapat bayar sewa rumah dan bil – bil. Kadang – kadang jadi negatif duit nye aku yang kena tambah.

Kalau lebih pun sikit sangat dalam 3 – 4 puluh ja. Itu la untuk makan sebulan. Nafkah untuk aku lagi la ke laut dalam. Aku fed up sebab ibarat aku kena tanggung Girl. Razif tanggung Alia yang bermewah – mewah sedangkan barang – barang Girl baju ke mainan semua aku yang beli.

Aku cari yang murah – murah je dekat shopee kadang – kadang aku beli prelove kadang – kadang aku beli bundle. Jarang sangat beli yang mahal macam Alia, lagi lagi kalau dalam mall tu. Walaupun murah asalkan Girl boleh pakai dan cantik. Tiap kali aku mintak duit, Razif cakap takda duit dah tolak itu ini.

Haih penat mental aku macam ni. Macam mana la tak g4duh. Si Alia pulak satu hal. Aku ni macam mak – mak biasa la. Anak buat salah aku marah la. Tapi sejenis Razif, anak tak boleh di marah, tak boleh di tegur. Bayang eh berkali – kali Alia ni masih k3ncing malam.

Jadi setiap kali sebelum tido aku mesti akan suruh gosok gigi k3ncing cuci kaki. Tapi sebab budak – budak ni jadi pemalas lepas dah penat main langsung tak hirau apa aku suruh buat. Mula – mula dulu aku layan kan la k3ncing malam tu cuci jemur tilam ape bagai sebab yelah dekat rumah mertua kan. Lama – lama aku pun fed up penat nak settle Girl lagi.

Sekarang apa – apa aku lantak kan aje Razif yang settle. Bila Razif tahu penat nak kemas baru la sekarang dia suruh Alia pergi toilet sebelum masuk tidur. Hasilnya jarang sangat dah dia k3ncing malam. So sebab aku yang terlalu banyak itu ini tegur macam – macam Alia macam jadi tak suka aku.

Satu hari dia balik rumah mak dia bagitau aku p0tong rambut dia pendek. Mak dia whatsapp Razif marah – marah sebab aku p0tong rambut Alia. Nasib baik Razif back up aku dan cakap yang aku takkan buat semua tu. Jadi Razif whatsapp Alia (Alia ada hp sendiri) suruh cerita betul – betul apa yang jadi.

Rupanya dia dan sepupunye main gunting – gunting rambut. Takut kena marah dengan mak dia, dia sebut aku yang buat. Benda ni sikit pun aku tak tahu mula – mula. Aku terbaca whatsapp Razif baru aku tahu. Dan Razif senyap kan aje.

Waktu raya masa salam tu aku suruh Alia mintak maaf sebab dia dah belajar menipu dan aku sangat pantang dengan budak yang kecik dah pandai menipu. Dia geleng kepala tak nak mintak maaf sampai lari masuk bilik konon nak nampak aku yang sengaja suka marah dia agaknya.

Aku cakap dekat Razif selagi Alia tak mintak maaf selagi tu jangan heran dan jangan persoalkan kalau aku abaikan dia terus sebab selama ni kalau keluar ke apa aku tetap bayar kan apa – apa barang Alia kalau Razif dah habis duit. Razif cuma cakap biasa la budak – budak.

Ye sebab budak la jangan di biasakan menipu. End up kami yang gaduh dan ulang benda yang sama aku bebel Razif buat donno, Girl jadi mangsa marah aku. Aku biar dia nangis, aku langsung tak nak bagi susu sebab Girl full susu badan dengan aku.

Bila Girl dah melalak baru la Razif pujuk aku cakap baik – baik. Banyak lagi aku nak cerita sampai aku disahkan MDD & anxiety kena makan ubat untuk kawal keadaan aku. Tapi macam dah panjang nanti la sambung part 2 kalau ada yang nak. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Salam semua. Aku Bunga. Aku baca setiap komen korang. Ramai salahkan aku sebab libatkan Girl. Ye betul memang aku salah masa tu. Aku sedar. Ada jugak yang faham keadaan aku. Terima kasih. Macam aku cakap aku memang dah disahkan pakar ada MDD & anxiety dan perlu makan ubat hari – hari.

Aku ada jugak ikut terapi anger management.. So far aku m4kin ok jarang marah cuma aku abaikan je apa – apa yang takda kaitan. Kan aku cakap aku susu badan. Baby tak boleh minum susu kalau aku makan ubat. Jadi setiap kali makan ubat aku kena marmet buang susu. Sedih tau sebab sebelum ni Girl memang full susu badan.

Dulu dekat tempat kerja aku pam untuk stok ebm Girl.. Sekarang aku pam / marmet jugak tapi untuk buang supaya balik kerja Girl tak terminum susu ubat. Macam mana pakar boleh sahkan aku MDD sebab aku pengsan dekat tempat kerja.

Ambulans angkut aku ke hospitaI dan tekanan d4rah aku terlalu tinggi masa tu. Doktor pujuk aku untuk cerita kenapa, adakah aku str3ss atau apa. Menangis aku cerita dekat doktor dan doktor refer aku ke psy. Doktor psy call Razif untuk datang dan ada sedikit sesi kaunseling.

Doktor cakap kalau tekanan d4rah tak dikawal boleh buat pembuluh d4rah di kepala pecah maka m4ti lah aku. Dan benda ni tiada siapa yang tahu kecuali Razif. Aku mintak Razif rahsia kan dari family aku sebab aku tak nak mereka risau.

Kejadian ni masa proses cerai kali kedua sebab tu jugak Razif tarik kes sebab dia rasa bersalah. Alia. Ramai kata aku tak berlapang d4da ada anak tiri. Tak ikhlas ada anak tiri. Aku sendiri taktahu aku rasa sebab awal kahwin dulu, aku betul – betul jaga dia. Kalau boleh aku nak serba serbi kami lengkap kan dia.

Seluar baju pakaian alatan berbedak sik4t yang tak pernah ada dekat rumah mertua atau rumah aku tapi sekarang penuh almari dekat dua – dua rumah. Setiap kali dia balik sini tak perlu dah bawak beg pakaian macam sebelum Razif kahwin dengan aku. Tapi tak kan la salah tak boleh ditegur.

Raya baru ni. Duit raya Girl lebih kurang RM500 dicuri oleh Alia. Itu aku tak boleh marah lagi ????? Itu aku tak boleh tegur lagi ???? Macam mana aku tahu Alia yang ambik. Sebab masa raya ada sed4ra datang rumah aku.

Dorang nak tumpang solat dan aku tak beri kan bilik kelamin kami sebab bagi aku tu p&c aku dan suami. Aku beri bilik Alia jadi sebelum tetamu masuk aku kemas sikit – sikit supaya sedap mata memandang. Tiba – tiba aku jumpa beg kecil yang aku kumpul kan semua duit raya Girl ada di bawah laci Alia. Masa tu Alia tiada sebab beraya di sebeIah mama nya.

Balik je sed4ra aku slowtalk dengan Razif dan beritahu beg duit yang hilang tu jumpa dalam bilik Alia tapi dah kosong. Razif tahu aku dah start nak marah jadi dia kawal keadaan dia janji untuk gantikan semula.. See??? Dia cakap nanti dia tegur Alia.

Razif. Dia sebenarnya ikut segala kemahuan Alia sebab Alia selalu cakap, “Kalau ayah tak belikan Alia ini, Alia tak nak balik sini!”, “kalau ayah tak bawakkan jalan – jalan tempat tu, Alia tak nak balik!” Dan ini semua mama dia yang ajar.. Ugvt untuk taknak balik kalau apa – apa kehendak tak diikut.

Sampai kan Alia pernah bagitau masa awal – awal kahwin, “Ayah, mama pesan Alia tak boleh sayang ibu baru.” “Ayah, mama cakap Girl bukan adik Alia sebab mama tak sama.” Aku tak tahu la apa yang ex wife dia buruk kan aku sedangkan aku bukan penyondol ye.

Aku kenal Razif 4 tahun kot rasanya selepas dorang bercerai. Razif pulak risau Alia tak balik sebab mak mertua jenis suka masuk campur jugak hal – hal macam ni sebab risau kan Alia ikut per4ngai mama dia. Mereka cerai dulu sebab kantoi dekat hotel dengan laki lain.

Razif dengan arw4h bapa mertua aku dengan adik si ex wife tu tangkap dorang dekat hotel. Jadi aku rasa segala tindak tanduk Alia pun dibrainwash dengan mama dia. Yang kata aku tak ikhlas lagi, sedangkan sejak kahwin ni baru la si Alia ada sspn dan tabung haji sebab aku bukak kan untuk Girl jadi aku mintak Razif buat sekali untuk Alia..

Jadi setiap bulan Razif bayar tapi untuk Alia sspn 100 setiap bulan untuk Girl 50. Sebab tempoh masa Girl lagi lama nak capai umur 18. Untuk masa depan anak – anak pun aku yang fikirkan tak pernah pun aku bezakan.

Nafkah untuk Alia setiap bulan memang takda amount tetap sebab tiap kali balik bagi belanja dan beli barang keperluan. Cuma amount untuk bukak sekolah termasuk yuran 1k dan raya aidilfitri 400, raya k0rban rm200.. Internet hp nya juga Razif beli kan setiap bulan.

Isu k3ncing tilam. Masa tu aku cakap dekat Razif.. Nanti Girl lahir dah pakai pampers takkan la nak kena beli pampers untuk si Alia lagi?? Dengar macam tak logik kan tapi tu la hakik4tnya dulu Alia tido malam berpampers ye.

Walaupun cuma guna sekeping sehari tapi tetap kena beli kan????? Itu pun salah ke aku sebagai ibu tiri untuk train dia tido tak pakai pampers. Budak tu dah besar dah pandai cakap dah pandai bangun untuk pergi k3ncing. Yang cuma nya malas untuk ikut arahan.

Ex wife Razif pulak. Awal – awal dulu dia siap wasap Razif “Bagitau bini ko dia tu tumpang kasih sayang anak aku je tak payah beria sangat.” Nombor hp ex wife Razif pun aku takda save. Apa – apa Razif akan contact dengan dia sendiri atau Razif terus direct Alia..

Kadang – kadang aku pun ada wasap dengan Alia. Tapi sejak kahwin aku memang tak pernah bercakap langsung atau wasap dengan ex wife Razif. Awal – awal dulu memang aku rapat dengan Alia tapi sejak ex wife dia masuk campur kami jadi renggang dan per4ngai Alia pulak m4kin menjadi – jadi tak ikut arahan dan teguran aku.

Sebab dulu setahun lebih aku kosong baru la pregnant Girl jadi sementara tu memang Alia kami banyak fokus dekat Alia. Ouh ye.. yang suruh aku hempuk Razif tu. Ye memang aku dah buat pun. Aku beIasah dia tapi dia tetap sabar membatu kan diri dan rela dihempuk sikit pun tak meIawan dengan marah aku.

Bila aku tanya kenapa masa tu dia tak meIawan dia cuma cakap, “Sy4itan kalau nak di lawan tiada guna” baik pergi ambik wuduk, rehat. Pikir dan tenang. Kami sebenar nya ok. Yang tak ok bila melibatkan Alia. Aku dan Razif macam suami isteri lain bila balik kerja masak makan tanggungjawab dekat rumah buat sama – sama.

Basuh sidai baju semua buat sama – sama.. Mandi cebokkan ber4k Girl ke semua sama – sama. Ada masa akan bawak Girl pergi padang, taman.. Jalan – jalan pasar malam. Seriusly macam normal suami isteri.. Semua isu akan timbul bila apa – apa yang libatkan Alia.

Untuk pengetahuan, lepas je bersalin aku terus pakai implan jadi ada yang komen sebelum jadi yang kedua tu aku jawabkan awal – awal. Entah lah aku tak tahu dah nak cerita macam mana. Ini pun sikit je dari hidup aku.. Kadang – kadang aku pun give up dengan kehidupan ni.

Aku pernah je nak end life aku. Sebab aku rasa macam hopeless, rasa diri useless dan macam – macam lagi benda negatif. Aku dah g4ntung dah kain pelik4t dekat palang bilik rumah. Tunggu masa untuk aku naik je. Tak jadi sebab aku tenung lama – lama sampai terbayang muka Girl.

Macam mana Girl kalau aku takda.. Girl taknak minum semua fm milk. Aku sedih tau korang. Aku nangis masa taip ni sebab terkenang semula kejadian tu. Kain pelik4t tu pun aku dah bakar. Aku taknak tengok lagi. Tak tahu la aku mampu sabar tahap mana.

Terima kasih yang memberi pendapat. Terima kasih juga yang kecam. Cuma korang tak berada di tempat aku. Doakan aku kuat semangat.. Doakan hati aku ni sentiasa sabar dan redha. Sejak aku join terapi anger management tu memang aku tak marah – marah Girl.. Aku sayang Girl. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Yang paling penting sis kene jaga emosi dan kesihatan sis demi girl. Kesian dia kecik lagi. Isu anak tiri tu kena slow talk dengan suami. Kene betul – betul bentuk dia dari kecik. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Esok dah besar panjang lagi payah nak dibentuk. Ayah dia kene bertanggungjawab tapi biasa la ibu tiri ni selalu orang pandang serong tapi biar la orang yang penting niat sis yang ikhlas mendidik. Pasal nafkah tu memang kene slow talk jugak dengan suami.. kene buat money management betul – betul.

Suami kene belajar cakap no pada Alia. Budget jangan lari.. sis jangan senang – senang topup.  Bagi Razif rasa susah sket baru dia bertanggungjawab kalau tak dia akan rasa aler tapi bini aku topup nanti. Mintak nafkah setiap bulan walaupon RM50 je.. jadikan. Kebiasaan supaya dia sedar ada tanggungjawab dia pada sis dan girl jugak. Semoga dipermudahkan urusan sis dan girl.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.