Gaji aku 600 je, isteri tak bekerja. Sampai masa takde duit nak beli lauk. Isteri aku bijak, sayur kangkung dia buat jadi 3 jenis lauk. Contohnya sayur kangkung masak belacan, telur goreng kangkung dan sup kangkung. Mengalir air mata, aku malu dekat anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Salam warga Facebook. Terima kasih admin sudi siarkan coretan abang untuk jadi kenangan dan pengajaran untuk semua. Abang dah 56 tahun. Waktu umur 19 tahun, abang bagitahu arw4h mak dan abah, abang nak kawin.
Waktu tu semua menentang sebab tak suka calon isteri abang, keturunan negeri lain. Dan abang muda lagi waktu tu. Sebab degil nak kawin, abang masuk tent3ra. Cinta hati abang waktu tu berumur 17 tahun dan tidak bersekolah habis. Maksudnya ada SRP jelah.
Tapi rajin cari rezeki. Apa saja depan mata dia ambil buat rezeki. Kahwinlah kami dengan majlis sederhana. Ramlah, isteri abang anak yatim piatu. Pakcik dia lah yang suruh abang pinang kalau ikhlas, sebabnya anak – anak pakciknya semua lelaki. Dan membesar. Tak manis kalau Ramlah duduk sekali dengan anak – anak lelakinya.
Sebab itu jugaklah abang kahwin. Walaupun gaji tak sampai RM600 waktu tu, abang askar pangkat rendah. Ada asma pulak tu, jadi jarang keluar padang. Berapa kali dah hampir kena buang sebab peny4kit abang. Tapi abang di tempatkan di unit pejabat kawalan. Tupun sebab abang pandai buat report dan matem4tik power.
Alhamdulillah, rezeki kami walaupun tak mewah. Tapi dapatlah kuarters tentera untuk tumpang berteduh. Bila dah ada anak, pendapatan kami m4kin kurang. Anak kembar pulak tu, yang si adik mengalami masalah asma jugak. Nasib baik ada hospitaI kerajaan.
Ramlah, isteri abang waktu tu memang macam – macam bisnes dia buat, bisnes agen kain, kasut, barang kemas dan niaga nasi lemak. Kadang – kadang waktu kami betul susah, duit takde langsung, Ramlah pandai cipta juadah bagi kami anak beranak tak bosan.
Sayur kangkung dia buat jadi 3 jenis lauk. Contohnya sayur kangkung masak belacan, telur goreng kangkung dan sup kangkung. Anak – anak kecik waktu tu diorang tak boleh bezakan lauk tu sebenarnya dari sayur yang sama.
Ramlah buat bagi jadi pelbagai jenis supaya anak – anak lalu makan. Abang waktu tu tahan air mata, abang malu dengan anak – anak. Tapi abang berterima kasih dengan isteri. Dia pandai jaga air muka abang. Abang ingat lagi waktu KFC muncul, anak abang teringin nak makan.
Menangis – nangis bagitau kawan – kawan dah pernah merasa KFC. Ramlah isteriku, dengan muka tebal mintak bekas kotak KFC dari jiran sebeIah. Dia masakkan ayam masak tepung yang serupa dengan KFC. Bila dah siap, dia senyap – senyap turun bawah tunggu abang balik kerja.
Dia berikan kotak KFC tu dan suruh abang naik atas. Berebut – rebut anak – anak abang makan. Sebab first time diorang makan, jadi diorang tak tahu sampai ke hari ni yang ayam tu arw4h ibu diorang yang masak, haha. Bila anak perempuan kami dah besar, mulalah rasa teringin nak barang mekap, rantai dan gelang tangan.
Ramlah isteriku dengan kreatifnya tumbuk bedak sejuk, letak sikit bedak soleknya lepas tu disejukkan di dalam bekas bedak yang dia tak pakai. Untuk gincu, dia ambil sedikit pewarna merah, dia campurkan dengan minyak zaitun dan losyen.
Abang tak tahu dia buat macamana sampai menjadi gincu tu bagi anak abang pakai. Baju pulak yang mana dah tak boleh pakai, dia jahitkan jadi baju baru. Gelang tangan pulak dia ambil dari sisa manik dan buatkan jadi gelang tangan, sampai sekarang anak abang simpan kenangan tu, siap menang ratu sekolah lagi dari hasil tangan ibunya.
Itulah Ramlah, isteri abang.. dia tidak pernah mengeluh tapi dia gunakan kretiviti untuk penuhi kemahuan anak. Sehinggalah anak – anak kami bersekolah menengah, abang keluar askar, dengan duit yang kami kumpul, kami bukak kedai makan.
Alhamdulillah berkat kejujuran berniaga, kami dapat hidup selesa. Abang bukanlah sesiapa, tapi abang tumpang rezeki arw4h isteri abang dari mula – mula kahwin sehinggalah akhir hayatnya. Isteri abang meninggaI dunia 5 tahun lepas.
Sehingga hari ini menduda, kerana abang dapat rasakan tiada siapa yang dapat menggantikan Ramlah. Sifat tabahnya, akal cerdiknya hinggalah kami hidup selesa. Tiada pengganti. Anak – anak abang semua sudah berkahwin.
Abang tinggal dengan cucu sulung dan hidup bahagia dengan kenangan di dalam rumah ini. Abang kongsi pengalaman ini untuk anak – anak muda sekarang. Hidup mereka lebih menc4bar kerana keadaan ekonomi sekarang, termasuklah anak – anak abang.
Tapi percayalah dengan rezeki dan hargai pasangan masing – masing. Abang akan sentiasa rindukanmu Ramlah, Seikhlas hati…
Sambungan.. Assalamualaikum wbt para pembaca dan admin. Alhamdulillah ramai yang suka dengan penulisan abang. Abang risau juga sebab sekadar kongsi cerita cinta orang pencen. Yalah mana nak sesuai dengan citarasa orang muda sekarang. Tapi alhamdulillah anak – anak semua suka baca luahan hati abang.
Abang memang suka menulis. Kalau abang rindukan arw4h isteri abang, Ramlah, abang akan tulis puisi di dalam diari. Nanti bila abang sudah takde, itulah menjadi moment cinta ayah dan ibu untuk anak – anak kami baca.
Abang manusia biasa, belajar dari pengalaman. Mungkin boleh menambah saham pahala kalau dapat menjadi inspirasi anak – anak muda sekarang. Oleh itu abang buat sambungan cerita abang sikit. Seperti mana dari part 1, abang katakan family abang tidak berapa restui hubungan abang dan arw4h isteri dengan beralasan bakal isteri bukan senegeri.
Waktu mula – mula kahwin, memang Ramlah tidak dilayan sangat oleh keluarga abang. Tapi sebagai suami kita kena pandai main peranan. Kelemahan kami bukan setakat lain negeri, tapi juga tiada duit banyak boleh jadi “pajakan” untuk mendapat kasih sayang. Yang mana faham tu fahamlah dengan situasi kami hadapi masa tu.
Abang tidak berdiam diri. Abang nasihatkan adik beradik abang supaya sedar, jangan buat d0sa dengan melayan buruk isteri abang yang seorang anak yatim piatu. Abang juga duduk bercakap dengan arw4h mak abang, abang terangkan kepadanya, abang sayangkan mak dan juga sekarang abang ada tanggungjawab untuk menjaga dan membimbing Ramlah.
Dengan perlahan – lahan mereka dapat menerima Ramlah di dalam keluarga. Ramlah isteri abang sedar yang dia tidak boleh berikan duit. Oleh itu dia berikan seluruh tenaganya dalam membantu keluarga abang. Untuk yang berada dalam masalah ini, suamilah yang perlu ambil peranan. Menjadi perlindung isteri dan anak – anak.
Jangan buat diam bila orang h1na bid4dari kita. Dalam masa yang sama, tunjukkan budi pekerti yang baik dan elak terlalu berem0si. Kalau Ramlah terlalu str3ss, abang tak akan bawa dia balik ke kampung abang. Macam – macam alasan abang bagi, abang kena bekerja luarlah, masuk hospitaI, macam – macam lagi supaya Ramlah tidak berasa str3ss.
Alhamdulillah setelah 2 tahun berkahwin, barulah family abang menerima Ramlah sepenuhnya. Menjadi menantu kesayangan mak, haha. Arw4h mak siap wasi4tkan rantai lehernya diberikan kepada Ramlah setelah dia meninggaI dunia.
Kami teruskan hidup seperti biasa. Anak – anak diajar berdikari dan tolong ibu mereka di rumah. Anak sulung abang, faizal cukup pandai buat kerja rumah. Sehinggalah sekarang menantu abang mendapat benefit tersebut.
Sebab mungkin dia melihat bagaimana ayahnya menolong ibunya membuat kerja rumah. Waktu berniaga nasi lemak, Faizal akan bangun pagi – pagi untuk kukur nyior. Sebelum ke sekolah dia akan pastikan adik – adiknya bersiap.
Faizal memang anak yang dianugerahkan kepada kami menjadi abang sulung yang boleh menjaga adik – adiknya. Sebab itulah hubungan adik beradik ni kena mulakan dari kecil. Abang memang terapkan hubungan kekeluargaan sejak mereka lahir.
Supaya saling sayang menyayangi, saling melindungi dan tolong menolong. Buat anak – anak sekalian, ajarlah anak – anak kalian supaya rapat antara satu sama lain. Ramlah isteri abang start s4kit selepas Faizal dan Fatihah (anak kembar) habis sekolah. Waktu itu kami sudah mempunyai kedai makan.
Faizal tidak ke universiti kerana ingin uruskan bisnes keluarga. Dan Fatihah meneruskan pengajian untuk menjadi jururawat. Niatnya hanya satu, menjadi jururawat ni dapat menjaga ibu mereka dan pada masa yang sama, dapat access perubatan dengan mudah.
Adik – adik mereka, Fauziah dan Fitriah masih bersekolah. Abang mengambil tugas menjaga mereka disaat isteri abang berjuang meIawan s4kit. Disaat ini, memang perkahwinan diuji dengan berat. Pasangan kita dalam keadaan s4kit, lemah, depr3si dan juga terasa menjadi beban kepada kita.
Tapi, itulah investment akhirat kita sebgai seorang suami. Ramlah pernah mengutarakan supaya abang berkahwin lain. Tapi tidak sama sekali abang akan menduakan Ramlah. Wanita yang berada dengan abang susah senang.
Wanita yang sudah mengetahui dan menerima buruk baik abang, hanya Ramlah sahajaIah yang boleh berada di hati abang. Rambut Ramlah sem4kin gugur, tiada tanda peny4kitnya akan berhenti merebak. Alhamdulillah Fatihah dapat menjaga ibunya sendiri dengan ilmu yang dia ada.
Kami banyak berikan sokongan moral kepada Ramlah. Alhamdulillah anak – anak kecil abang tidak banyak kerenah. Selalu menghiburkan hati ibu mereka. Setelah 10 tahun berjuaang, akhirnya Ramlah menghembuskan nafasnya terakhir di sisi kami semua.
Abang waktu itu sempat berbisik kepadanya.. “Ramlah, abang halalkan semuanya, abang redha dan Ramlah telah mendapat kunci isteri solehah, insyaAllah”. Setelah 5 minit Ramlah isteri abang meninggaI dunia dengan tenang.
Alhamdulillah, kami telah penuhi segala hajat Ramlah sewaktu dia hidup. Ingin berada di sisi kami saat dia menemui ajaI, dan juga dapat menghadiri konvo anak bongsunya, Fitriah. Alhamdulillah hajatnya untuk melihat salah seorang anaknya menjadi guru tercapai.
Fitriah menjadi guru sekolah dan Fauziah menjadi guru agama di salah sebuah Maahad di Kelantan. Faizal mewarisi bisnes kami. Berkat kerajinannya adik – adiknya dapat hidup selesa. Menjadi perlindung adik beradik perempuannya.
Itulah yang kami sebagai ibu bapa harapkan. Bukan pangkat, ijazah yang kami ingin lihat, tetapi lebih kepada hubungan rukun adik beradik dan kebahagiaan mereka. Semoga peng0rbanan anak sulung abang ini diberi syurga yang tinggi kepadanya di akhirat kelak.
Itulah kisah keluarga kecil kami. Kami bukanlah orang kaya, tapi kami kaya dengan kasih sayang. Ia bermula dari ibu bapa, mendidik anak – anak supaya berkasih sayang, ajar mereka mengenai tanggungjawab dan yang paling penting menyayangi ibu mereka dengan sepenuh hati.
Kepada anak – anak muda, walaupun dunia sekarang sudah begitu canggih dan moden tapi janganlah lupa untuk mendidik anak – anak kalian kepentingan menjaga silaturrahim di dalam keluarga. Didiklah mereka supaya tidak bercakap kasar, baik dengan keluarga dan tanggungjawab menjaga keluarga dari ibubapa hinggalah adik beradik dan saud4ra mara.
Ramlah isteri abang sudah pergi, hanya kenangan menjadi peneman abang sehingga kini. Hargailah isterimu wahai suami. Tanggungjawab kita sebagai suami ini besar, mendidik isteri dan anak – anak bukanlah mudah, yang paling penting janganlah curang atau menipu isteri.
InsyaAllah jika kamu ikhlas dan menjadi suami yang baik, anak – anak kamu jugak akan menjadi suami atau isteri yang baik di masa hadapan kelak. Kita adalah contoh anak – anak untuk kehidupan mereka. Sekiranya rasa tidak mampu anak ramai, merancanglah dengan teliti.
Jangan lahirkan anak disaat tidak mampu. Anak – anak tidak minta dilahirkan di dalam hidup kita, tapi kitalah yang menjadi penyebab mereka dilahirkan. Jangan jadikan anak – anak sebagai bebanan kerana mereka tidak salah apa – apa. Ambillah tanggungjawab dengan hati yang ikhlas.
Sekiranya kamu sibuk dengan tanggungjawab menjaga keluarga, insyaAllah Allah penuhkan pahala dan kebahagiaan setiap saat. Melihat senyuman isteri itu adalah satu kebahagiaan buat kita. Semoga semua yang membaca ini dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan. Assalamualaikum – Hamdan (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Muzii Mas : Saya isteri pesara t3ntera saya pernah lalui apa yang isteri anda lalui. Gaji suami kecil jadi kami perlu kreatif dalam menyediakan makanan keluarga. Hari raya kami tak pernah balik kampung. Tinggal diblok yang bertingkat hanya kami sekeluarga yang tinggal, lain semua balik kampung hanya kami sahaja yang sambut raya sendirian.
Kami makan apa yang ada kadang – kadang hampir 2 minggu kami makan nasi goreng saja campur ikan bilis sikit dan sayur kangkunng atau sawi. Tahan air mata bila melihat suami dan anak – anak makan berselera.
Raidah Zabidah : Ni baru cinta sampai m4ti. Gaji tent3ra dulu takder mahal macam sekarang. Ramlah mengingatkan akak zaman baru kahwin, semua keja akak buat selain mengajar, bantu suami. Berdikit – dikit. Anak gi sekolah bawa bekal.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.