Aku tak pernah nampak Angah keluar main dengan kawan sebab sepanjang tu dia kena duduk rumah, jaga dan buat segala benda. Angah terkurung dalam rumah. Sehinggalah Angah berjaya lari ke luar negara. Mak ayah tiba – tiba teringat Angah sebab nak duit..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku ni anak bongsu ada sorang akak dan sorang abang. Mesti selalu dengar orang tua cakap tak pernah pilih kasih, mak ayah sayang anak semua sama rata. Hakik4tnya tidak, aku yang anak bongsu nampak sangat pilih kasihnya ayah dan mak aku dekat abang aku berbanding akak aku.
Umur akak dah abang aku beza setahun je, abang aku anak sulung dan akak aku nombor 2, aku pula dengan akak umur beza dalam 4 tahun. Akak aku sejak tingkatan 2 umur yang baru 14 tahun tu dah bangun sebelum subuh ye, waktu semua orang sedap tidur.
Dia masakkan sarapan, kemas segala macam dekat rumah, dan buatkan air siap – siap. Aku waktu tu baru darjah 4 tapi setiap kali pagi aku rasa kesian dekat akak aku. Jadi aku pun kadang – kadang bangun awal. Bila nak tolong, akak aku cakap takpe.. Dia suruh aku sambung tidur.
Biasa aku akan duduk dekat meja tengok apa akak aku buat. Dah siap masak semua aku pun tolonglah susun cawan pinggan mangkuk sudu apa semua. Abang aku jangan cakap dia bangun paling lambat dalam rumah, lepas tu nak bangun pun kena pakai k3jut. Kalau tak memang tak nak bangun. Jenis yang paling payah nak bangun walaupun dah k3jut beratus kali.
Aku terus terang cakap dari kecik tak pernah suka abang aku. Jenis kaki buIi dia ni. Kat rumah tak pernah tolong apa. Akak aku dah siap pagi tu pergi sekolah, balik pula nak kemas rumah, basuh baju, jemur, lipat, masak pula.
Aku pun yang tengok selalu penat. Kalau balik, aku memang jarang keluar sangat sebabnya selalu aku tolong akak. Kadang – kadang tolong dia nak beli macam barang untuk memasak ke. Sebab kalau tak dia yang terp4ksa ulang alik kedai.
Selalu akak aku cakap, takpe dia suruh aku keluar pergi main, hal rumah dia boleh selesaikan. Abang aku pula bila minta suruh tolong, sikit sikit melenting. Tapi itulah mak dengan ayah aku tak pernah cakap, “terima kasih angah tolong mak dengan ayah” tapi bila abang aku buat bare minimum basuh pinggan dia yang sekeping tu.
“Anak soleh along ni rajin tolong dekat rumah,” aku sendiri perasan muka akak aku pun berubah bila dengar. Ingat lagi akak aku buat kerja sekolah, ayah aku suruh akak pergi kedai. Abg aku rilex tengok tv tak buat apa, dia tak nak suruh.
Akak aku pun cakap, “kejap ayah siap ni angah belikan,” tiba – tiba ayah aku melenting. “Kau aku bagi makan minum belajar suruh beli sekejap pun payah,” tiba – tiba abang aku menyelit cakap nak belikan. Ayah aku selamba cakap, “tengok abang kau juga yang tolong senangkan aku,” aku dalam hati dia punya rasa marah tu jangan cakap lah.
Bila aku dah masuk sekolah menengah. Aku pun selalu bangun pagi tolong lah akak potong segala benda penting nak masak. Balik sekolah selalu aku tolong selesaikan hal rumah dengan akak dah habis barulah pergi main bola ke, gasing, kad tepuk tu semua.
Abang aku waktu spm result teruk. 1A pun tak ada. Mak dengan ayah aku pujuk cakap takpe bukan rezeki. Siap belikan telefon baru ye. Bukan telefon biasa – biasa telefon nokia express music 5300 tu. Aku dengan akak giIa jealous kot.
Tahun depan turn akak aku ambil SPM result dia cemerlang 5A 4B. Akak aku bila balik tu dia macam gurau lah dengan mak ayah aku, “angah nak hadiah juga” eh entah kenapa ayah dengan mak aku melenting. “Hadiah apa? Kalau semua takpelah hadiah ni 5A je. Lain kali 9A baru aku beli”.
Aku waktu tu macam terlepas cakap, “abang yang tak ada A dapat telefon baru boleh je”. “Abang kau lain”. Ha sampai sekarang aku ingat ayah aku jawab bersahaja macam tu. Akak aku sambung belajar, abang aku pula sambung tingkatan 6. Aku pula yang dekat rumah ambil alih tugas akak aku.
Selalu akak aku telefon tanya okay tak dekat rumah, aku cuma jawab penat nak buat semua. Akak aku punya result dari awal sambung belajar sampai akhir perfect kot. Graduate waktu degree tu dapat award sekali. Tapi bagi ayah dan mak aku benda tu macam tak cukup.
Sebab apa, sebab abang aku kerja dekat satu tempat ni. Aku tak nak mention kerja apa tapi abang aku jenis kaki buIi, rempit, isap r0kok dekat sekolah tapi dia jenis aktif sukan sebab tu kot senang dapat kerja. Mak dengan ayah aku kemain bangga padahal level paling rendah.
Akak aku pekerjaan pertama dia dah masuk top firm kot. Waktu ni akak aku dah duduk jauh dari rumah. Memang dah jarang balik selalu, dia cuma call tanya aku belajar okay tak dan nak duit tak. Waktu aku sambung belajar tu pun duduk dekat rumah akak aku sebab dekat.
Akak aku m4kin hari m4kin aku tengok berjaya la dengan kerjaya. Ambil master, bila dah habis tu ambil phd. Siap belikan mak dan ayah aku kereta baru. Tahun 2019 akak aku tanya nak ikut dia tak immigrate dekat Finland.
Aku waktu tu terk3jut rupanya akak aku dah dapat job offer dekat sana. Aku tanya ayah dengan mak tahu ke. Dia cakap tak tahu. Jadi akhirnya lepas siap segala preparation akak aku pun pindah ke sana sampai ke hari ni dia tak balik.
Aku jumpa akak aku pun kali terakhir hujung tahun lepas itupun dia sponsor dari A-Z. Ingat lagi mak dengan ayah aku berg4duh depan webcam sambil membebel dekat akak aku. Tapi akak aku cuma gelak je sambil cakap, “setiap bulan nanti angah masukkan duit”.
Walaupun pandemik 2 tahun tu akak aku tak pernah lupa pun bagi duit setiap bulan. 500 euro je tapi bila ke duit Malaysia dah berapa. Waktu melawat akak aku tu, aku nampak lah dia tenang dan chill je. Aku tanya lah “angah happy ke kat sini” dia cuma cakap dekat sini tenang.
Rupanya company dia siap bagi satu minggu cuti untuk akak aku spent masa dengan keluarga, masa aku datang tu. Dalam perjalanan nak balik akak aku cakap kalau nak pindah datang sini duduk dengan angah. Aku joke lah macam, “nanti kalau angah dah kahwin macam mana?”
Dia cuma cakap, dia mungkin tak kahwin sampai bila – bila. Aku pun setakat diam je. Aku yang membesar dengan akak aku ni tahulah yang angah aku ni childhood dia terkurung macam dalam sangkar. Aku tak pernah nampak dia keluar main dengan kawan sebab sepanjang tu dia kena duduk rumah, jaga dan buat segala benda. Jadi aku faham dia nakkan ketenangan.
Akak aku pun pernah dulu mengadu dekat aku. Dia cakap mak dengan ayah tak pernah puji dia. Waktu tu baru terdetik dalam hati aku, betul aku pun tak pernah kena puji. Tapi abang aku bermacam pujian dia dapat. Bila aku dengan angah macam ingat dan kenang balik zaman kanak – kanak, baru macam perasan hadiah tak pernah dapat.
Harijadi pula tak pernah celebrate tapi abang aku punya beli kek, bawa pergi kfc. Awal tahun haritu abang aku kahwin mak dengan ayah aku bergadai barang nak buat persiapan. Aku setakat geleng kepala. Itu majlis abang aku, sepatutnya pandailah dia cari duit.
Baru – baru ni, baru lah mak dan ayah aku terdetik macam rindu dekat angah aku. Selama ni kalau video call mak dengan ayah aku tak pernah tanya angah aku sihat ke tidak duduk sana macam mana tapi setakat membebel, “bila kau nak balik sini, kau jangan nak jadi derh4ka.” Tak pernah tanya benda baik dekat angah aku.
Senang cerita tak pernah ambil masa untuk faham dan dengar. Bagi mak dan ayah aku mereka berdua ni betul. Hari tu nak ambil barang yang gadai tu semua. Semua sekali dalam RM7000. Aku bagi RM1500 aku cakap dengan mak ayah aku balance tu minta dekat along sebab dorang gadai untuk majlis dia dulu.
Along aku bagi 500. Lepas tu dia cakap nanti setiap bulan dia bagi dalam 100 suruh mak dengan ayah aku kumpulkan. Aku bila dengar tu mampu ketawa. 100 sebulan! Akhirnya yang tolong siapa akak aku dia kasi dalam 3000 ribu euro dan suruh aku split half untuk aku ambil separuh.
Entahlah.. Mungkin lambat laun mak dengan ayah aku sedar yang tolong dia banyak dan yang ringankan beban dia dari dulu bukan along, tapi angah. – Mirza (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Niswatun Sofia : Iktibar yang sangat baik. Semoga kita semua dijauhkan dari menjadi ibu bapa yang pilih kasih, berat sebeIah. Anak – anak semua rezeki, semua pandai, semua istimewa dalam cara yang berbeza, baik lelaki mahupun perempuan. Beri peluang sama rata pada semua anak – anak dan lihat cara masing – masing gunakan peluang yang sama. Tahniah angah! Berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah
Rosdidi Roses : Adakala anak yang disayang oleh kedua ibubapanya pengakhiran hidup tak semudah mana pun. Hidup umpama putaran roda. Allah lebih berkuasa. Bahagia itu pasti pada yang pernah mend3rita.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.