Sebelum ayah meninggaI, ayah dah pindah semua harta ke atas nama mak. Depan adik beradik aku dan mak, ayah pesan kepada semua untuk bahagi secara faraid dan adil. Selepas beberapa tahun mak guna duit untuk untuk adik dan kakak. Aku satu sen tak dapat…
#Foto sekadar hiasan. Cerita aku ringkas sahaja sebab aku dalam fasa separa redha dan cuba maafkan mereka. Nama aku Kirana (bukan nama betul), ayah aku dah meninggaI 7 tahun lepas. Sebelum ayah meninggaI, ayah dah pindah semua harta (rumah, kereta, tanah – tanah) ke atas nama mak.
Depan adik beradik aku dan mak, ayah pesan kepada semua untuk bahagi secara faraid dan adil selepas dia meninggaI. Beberapa tahun berlalu. Semua harta ayah tersebut mak belanja untuk adik dan kakak aku sahaja. Satu sen aku tak dapat.
Kalau mak ambil sebab keperluan, aku faham dan mungkin aku halalkan. Kereta ayah kereta buruk tapi ada plate number fancy, mak jual dan hasil jualan tu mak bagi adik untuk dijadikan 20% (RM40k) downpayment kereta mewah.
Kereta mewah, kalau ikutkan gaji adik, memang tak mampu nak beli kereta tu kalau tak letak downpayment tinggi. Aku terkilan sebab aku tak tau apa – apa pun. Aku tahu pun lepas kakak aku terlepas cakap. Means kakak aku pun tahu dari mana duit tu datang.
Tanah pula mak jual untuk buat rumah kakak. Jumlah yang aku dengar 600k. Mak bagi kakak duit tu untuk buat rumah bangalow untuk kakak dan suaminya. Di kampung, bangalow 500k tu kira sangat – sangat mewah. 100k lagi untuk perabot.
Dua kali aku terkilan. Oh, bungalow tu pun atas tanah lain milik arw4h ayah. Tanah tu dah ditukar nama kakak dari mak. Setiap kali balik raya, depan saud4ra mara mak boleh berlagak yang anak bongsu dia pakai kereta mewah dan anak sulung ada rumah bangalow setengah juta. Hmm. Aku?
Anak tengah yang kerja di bandar KL duduk rumah apartment tingkat 30. Untuk orang – orang kampung, duduk apartment tingkat 30 bersamaan duduk setinggan, flat, miskin dan keadaan buruk walaupun sebenarnya aku duduk dekat condo mewah.
Kereta aku pun biasa – biasa je sebab aku lagi minat bercuti luar negara 3-4 kali setahun dari beli kereta mewah. Aku terkilan dengan mak aku sebab tak bagitahu aku apa – apa. Aku terkilan dengan kakak dan adik aku sebab ambil hak aku, sepatutnya mereka tahu dari mana duit tu datang sebab mereka pun ada masa arw4h ayah pesan tu. Hmm..
Lepas kes ni, baru la aku faham kenapa susah dan makan masa untuk urus faraid melalui pejabat pusaka kecil atau Amanah Raya. Memang mereka tegas untuk pastikan semua w4ris dapat hak mereka. Cara arw4h ayah aku mungkin berkesan kalau w4ris lain betul – betul cakna tapi malangnya arw4h ayah aku sendiri tak kenal wajah sebenar mak aku.
Sekarang ni aku tak boleh buat apa – apa pun sebab semua aset tu memang atas nama mak secara undang – undang. Sekarang ni aku duduk KL mencari harta sendiri. Bukan harta pusaka tu yang buat aku sedih tapi keputvsan mak, kakak dan adik aku yang buat aku sedih.
Kalau mereka datang berbincang elok – elok, aku yakin aku mampu lepas bahagian aku demi mereka. Lama aku fikir kenapa mak buat aku macam ni? Aku tahu hubungan aku dengan mak dingin lepas aku tolak interview untuk masuk kos medik 10 tahun lepas.
Aku tolak sebab aku betul – betul tak minat lepas aku fikir banyak kali. Sekarang aku kerja software engineer, gaji aku sama tinggi dengan doktor pakar. Rezeki Allah dah tetapkan kan? Tapi kerja aku ni orang kampung tak faham.
Walaupun aku tahu mak masih marah, aku tak sangka mak sanggup buat aku macam ni. Tiap – tiap bulan aku masukkan duit belanja mak. Kalau lewat sikit, mak terus call bertanya sebab mak aku hidup di rumah pusaka tu memang berg4ntung duit aku je.
Kakak dan adik aku memang tak bagi duit ke mak sebab masing – masing hidup susah. Katanya duit sentiasa tak cukup. Adik aku selalu cakap duit tak cukup sebab kereta asyik rosak, maintenance mahal, insurance dan roadtax mahal, tayar pancit, kena Ianggar lari dan macam – macam hal dengan kereta mewah dia.
Kakak aku pulak, anak – anak sentiasa s4kit, bil eletrik rumah ribu – ribu walaupun duduk 3 orang je, sinki sumbat selalu, rumah kena pecah masuk 2 – 3 kali setahun, bil air ratus – ratus, dan suami kerja asyik tukar – tukar. Nak cakap padan muka, boleh tak? Hmm. Jahatnya aku. Hati aku s4kit dan bernanah. Doakan aku dapat maafkan mereka.. – Kirana (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Jamilah Jaafar : Itulah sebab kau tak dapat harta. Sebab Allah lindungi kau tapi kau tak sedar. Allah dah beri kau banyak dan berkat. Dok kondo best apa ada swimming pool dan segala kemudahan dengan tempat kerja dekat.
Adik beradik kau tak berkat sebab tu macam – macam masalah. Kau tak payah s4kit hati sebaliknya bersyukur banyak sebab kau tak dapat. Kalau dapat harta tu dia akan beri masalah dengan cara yang kau tak faham. Boleh jadi kau suka tak baik untuk mu. Boleh jadi kau tak suka tapi dia baik untukmu. Ayat Quran. Teruskan kehidupan dengan cara bersyukur dan redha apa yang ada. Ewah pandai pulak aku nasihat ya.. hemmmm
Ezd Airaniez : Nak suruh 100% redha dan sabar memang tak dapat. But for the sake of your happiness, should try your best to IGNORE. Sesiapapun memang akan makan hati teruk kalau dilayan macam ni. Cara terbaik ialah cuba hidup dan selamatkan diri sendiri baru fikir orang lain.
Harta di dunia ni sementara je. Rezeki Allah swt bagi dan bukan semata – mata duit. Tapi mungkin sis dapat harta yang berkat, kesihatan yang baik dan dikelilingi orang baik – baik walaupun bukan keluarga sendiri. Wallahualam.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.