Arw4h suami ada insurans 120k, keluarga suami bolot semua. Bila saya siasat, saya pelik arw4h suami buat hibah 2 hari sebelum kemaIangan

Dari awal lagi, kak ipar suruh suami saya letak nama dia sebagai pew4ris insurans. Saya rasa tak sedap hati. Masa tahliI arw4h, kak ipar kata dia akan bela nasib saya dan anak – anak. Rupanya dia dah hasut anak sulung saya di asrama. Duit yang dihibahkan..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. sila hide profile saya, terima kasih. Ingin  saya kongsikan pengalaman selepas suami meninggaI dunia dan jadikan iktibar buat isteri di luar sana mengenai hibah. Jika ada asset atau harta sepencarian dengan suami, hibahkanlah harta itu atas nama isteri atau anak – anak sebelum orang yang tidak sepatutnya mengambil hak anda kerana hibah ini kebaI dari faraid, mahkamah malah pasangan sekalipun.

Penama juga berhak memilih untuk bahagikan duit itu atau tidak. Saya baru sahaja kem4tian suami beberapa bulan lepas. Semasa hayatnya, dia pernah menyatakan hasrat ingin mengambil insuran atas sebab kerja yang dia lakukan agak berisik0 iaitu sebagai pemandu lori.

Dia tak sempat letakkan nama saya atau anak sebagai pew4ris kerana kesibukan kerja. Majikannya merupakan kakak dia sendiri. Kakaknya tak pernah menerima saya dalam keluarga kerana mungkin saya dari keluarga susah.

Saya tak sedap hati bila dia meminta namanya diw4riskan. Suami saya pun kerana tak nak berlaku seIisih faham, dia kosongkan bahagian pew4ris. Kakaknya memujuk suami saya meletakkan namanya sebagai pew4ris kononnya ingin membantu saya menguruskan anak – anak bila ketiadaannya, apa yang terjadi selepas itu wallahualam.

Semasa majlis tahliI dia menyuarakan hasrat dia di depan orang ramai yang dia akan membeIa nasib anak – anak saya tapi maIangnya janji hanya tinggal janji. Selepas mengetahui jumlah insuran yang kami peroleh sebanyak RM120k.

Dia berubah kelakuan, dia a1bkn saya, dia pisahkan saya dari anak lelaki sulung, dia ambil rumah yang merupakan harta sepencarian kami dan mengugvt kalau saya menuntut hak dia akan cari saya dan lakukan sesuatu. Duit tu dibahagikan kepada adik beradik dan bahagian anak – anak saya tidak dibahagikan.

Anak – anak saya masih kecil dan bersekolah. Sedangkan adik beradiknya ada yang berumahtangga dan semua bekerjaya. Saya redha dengan ujian saya sebab keluarga saya walaupun susah memang tak akan ambil  hak orang dan tak hadap pun hidup mewah.

Allah maha kaya, makan duit anak yatim nescaya akan terima baIasannya. Buat surirumah atau isteri di luar sana. Janganlah letakkan kepercayaan pada orang lain tak kira lah rapat macam mana pun dengan seseorang tu walaupun family mertua, biras atau kawan baik sekalipun.

Letaklah sedikit keraguan supaya tidak ditind4s kemudian hari. Bila harta dihibahkan, hak anda sebagai isteri juga tidak layak menuntut. Berwaspadalah.. Yang menjadi kemusykilan, bagaimana penama dihibahkn atas nama kakak ipar selepas kem4tian suami sedangkan suami saya kosongkan penama.

Apa pun yang berlaku moga Allah menyatukn semula saya dan anak yang terpisah itu. Adik – adiknya teramat rindukan dia. Doakan kami dijauhkan dari kezaIiman mereka. Semoga tiap doa anda Allah berikan ganjaran pahala dan menerima amalan anda di dunia dan di akhir4t. InshaAllah

Sambungan… Salam.. Susulan dari kisah hibah yang saya post beberapa hari lepas. Selepas kem4tian arw4h, kakak ipar mengarah ejen insuran yang menguruskan polisi suami berjumpa saya kerana kononnya mahu menguruskn polisi insuran yang baru untuk anak – anak.

Tapi yang peliknya dia hanya minta salinan ic saya dan mykid anak – anak dan saya hanya dibenarkan menandatangi borang, saya tidak dibenarkan meletakkan nama atau pew4ris kononnnya bimbang borang rosak. Saya bertindak mengambil borang itu dengan alasan ingin memahami polisi terlebih dahulu dan akan berjumpa semula selepas saya bersetuju.

Saya bertanyakan tentang insuran arw4h kepadanya, katanya arw4h berjumpa pada bulan Mei dan kali terakhir bulan Julai. Selama berurusan dia hanya menandatangi polisi di ipad sahaja. Keesokannya saya terus ke syrik4t insuran itu bertanyakan tentang polisi arw4h dengan harapan dapat maklumat selanjutnya.

Yang peliknya hibah dibuat pada november. 2 hari sebelum dia meninggaI akibat kemaIangan dan pada hari tersebut dia tidak bekerja. Dia luangkan masa dengan anak – anak kerana saya bekerja dan dia tidak berurusan dengan sesiapa pada hari itu.

Malangnya saya tidak dapat berbuat apa – apa walaupun saya isteri arw4h. Apabila ejen insuran mengetahui saya menyelidik tentang polisi ini, dia block call dan whatsapp saya. Ketuanya juga mengelak dari berjumpa. Saya terp4ksa pergi ke HQ untuk maklumat lanjut dengan siapa saya berurusan di sana saya terp4ksa rahsiakan tetapi jawapan yang saya dapat kemungkinan kakak ipar berpakat dengan ejen hibahkan atas nama dia dan menipu tarikh hibah dan meniru tandatangan.

Memang senang je nak tiru sebab simple je sign arw4h, mungkin ia dibuat selepas kemaIangan. Sijil m4ti arw4h yang ori pun kakak ipar ada dan banyak bantuan dia dapat dari ejen tu tentang bagaimana palsukan polisi.

Sedangkan saya yang pulangkn ic arw4h dan daftar kem4tian di JPN. Kiranya sekarang ada 2 sijil m4ti ori dan ingatlah sijil m4ti amat penting untuk menuntut insuran dan boleh dikeluarkan oleh w4ris terdekat. Balik dari hq terus family arw4h call saya dan ugvt kalau teruskan diorang nak pukuI saya.

Saya terus ke balai polis buat laporan ugvtan dan ke mahkamah syariah. Di mahkamah, mereka berikan borang tuntutan faraid. Tapi untuk meneruskan tuntutan saya kena dapatkn salinan polisi insuran arw4h. MaIangnye bila ke syarik4t insuran itu, mereka enggan memberi salinan itu atas alasan semua maklumat hanya ada pada ejen.

Ejen dah lari dari saya, macam mana saya nak membeIa anak – anak lagi. Nasib tak berpihak pada saya, ada yang memberi jalan lain, complain ke Bank Negara Malaysia pun saya dah buat. Masalahnya tetap sama, mereka mahukan salinan polisi.

Perihal anak yang dipisahkan itu, anak saya beIajar di tahfiz. Saya tidak berjumpa dia selepas kejadian kerana masa kemaIangan suami meninggaI, saya dan 2 anak saya yang lain ced3ra parah. Dalam saya sibuk menjaga anak yang parah kakak ipar ke tahfiz berjumpa anak sulong dan menyalahkn saya adalah punca kemaIangan itu.

Saya dan suami sebenarnya sedang dalam kesusahan rumah dan kereta nak kena tarik dan lelong. Saya terp4ksa bekerja untuk ringankan beban suami. Saya kerja kat kedai makan dan memang bergilir jaga anak dengan suami.

Kakak ipar mer4cuni fikiran anak sehingga dia bencikan saya, hingga dia enggan balik ke rumah. Dia hanya benarkan kakak ipar sahaja yang mengambil dia bila cuti. Dia bahasakn diri dengan saya ‘aku..engkau’. Saya benar – benar terduduk tapi saya kuatkan semangat demi anak – anak yang lain.

Ujian paling azab dalam hidup saya, saya mampu redha je. Jadikanlah iktibar dari kisah saya. Hibah ada kebaikan dan keburukannya. Saya bukan tak nak membeIa nasib anak – anak. Saya buntu dan tiada siapa akan bantu sebab saya tidak berkemampuan.

Komen W4rganet :

Susilawati Saharudin : AllahuAkbar, saya cuma mampu mendoakan sis. Semoga urusan sis dipermudahkan dan ada yang pakar yang sedia turun mmbantu sis dalam posisi sekarang. Saya tumpang simpati, apa – apa pun sis kena kuat.

Jangan mengalah dan jangan biarkan diri nampak kalah ye. Doa orang terani4ya ni mustajab, orang – orang yang mengani4ya kalau hari ni dia senang mungkin 1 hari akan tiba masa hidupnya akan lebih mer4na.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.